Tuesday, June 19, 2012

Gua Hira', Jabal Nur...

Alhamdulillah.. waktu di Mekah, aku dan en.asben berpeluang mendaki ke Gua Hira'. Waktu mutawwif bertanya pada sesiapa yang mahu ke Gua Hira' memang aku begitu teruja untuk ke sana. Sangat teringin untuk sampai ke Gua Hira'. Awal-awal lagi mutawwif sudah memberitahu. Perjalanan untuk naik ke Gua Hira' ialah dalam 40 minit. 40 minit lagi untuk perjalanan turun. Entah mengapa aku seperti tidak ambil peduli tentang perkara itu. Macam berdaya sangat kaedahnya. Mungkin kerana semangat yang begitu membara. Bak kata mutawwif, lebih 40 minit membeli belah tu tak jadi hal. Jadinya tentulah tak jadi hal juga untuk mendaki.

Kami bertolak dari hotel jam 10 malam. Mutawwif memilih waktu malam kerana faktor cuaca. Walaupun malam, masih juga terasa bahangnya dengan suhu sekitar 30~35 darjah celcius. Dari bawah sudah nampak Jabal Nur yang bercahaya. Memang nampak bercahaya. Kami ingatkan bukit itu nampak bercahaya kerana waktu itu bulan terang. Tapi menurut mutawwif pada waktu bulan gelap pun Jabal Nur masih lagi bercahaya. Mendengarnya membuatkan kami semua menjadi sangat kagum. Subhanallah.. Mungkin itulah sebabnya nama bukit itu dinamakan sedemikian, Jabal Nur.

Ketika sampai bas berhenti di tepi jalan. Kemudian ada van yang datang mengambil kami untuk di bawa ke kaki bukit. Menaiki van ini terasa seperti menaiki roller coaster. Ini kerana keadaan muka bumi yang seperti tegak mendaki 45 darjah. Juga dengan cara pemanduannya yang sangat laju. Namun skill pemandunya sangat boleh dipuji. Maklumlah memang kerjanya dan dia sangat arif dengan keadaan di situ. Tapi kami semua memang mengucap panjang dan terjerit-jerit juga kerana terasa ngeri. Namun bila sampai ke kaki bukit semuanya rasa seronok dengan pengalaman yang terasa mencabar itu.

Untuk mendaki kaki bukit yang bertar pun terasa payah. Aduhai, itulah akibatnya bagi orang yang rajin bersenam. Baru 4,5 langkah mendaki sudah terasa pancit. Kemudian mendaki tangga pula. Itu pun rasanya sepuluh kali aku berhenti. Terasa sudah jauh benar mendaki. Ingatkan sudah sampai separuh pendakian. Bertanya pada mutawwif rupa-rupanya baru suku. Makkk.. Namun semangat tetap ada. Namun makin lama makin perlahan. Makin lama makin lebih banyak berehat dari mendaki. Sudahnya aku seperti mahu menyerah. En.asben pujuk juga sambil beri semangat. Pelan-pelan katanya.

Tapi aku rasa tak berdaya. Sudahnya aku minta en.asben jalan dulu. Sebab kesian pula kalau disebabkan aku en.asben juga tidak dapat sampai ke Gua Hira'. Maka tinggallah aku bersama beberapa orang dari ahli kumpulan kami yang masih ada semangat namun sudah tidak terlarat. Aku yang kononnya dah surrender pada mulanya dengan begitu bijak pandai tidak ambil air minuman dari en.asben. Makanya  kehausanlah jadinya. Sampai kena tebalkan muka minta air dari ahli kumpulan.. he..he..

Namun dalam tak berdaya tu, gagahkan juga daki pelan-pelan. Makin lama makin pancit. Tapi dalam makin pancit tu makin terasa sayang pula untuk berhenti. Masing-masing memberi semangat antara satu sama lain. Gagahkan juga daki lagi. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke atas.  Alhamdulillah juga sebab sebelum nak ke Gua Hira' ada orang menjual air. Makanya berhenti dulu hilangkan dahaga. Dah sampai atas tu aku mula gayat. (Aku memang gayat pada ketinggian) Sebab nak ke Gua Hira' kena turun ke bawah sikit di sebalik bukit tu. Aduhai terasa cukup mencabar. Sampaikan aku terpaksa buka kasut. Sudahnya pakai stokin aje aku masuk ke Gua Hira'.

Alhamdulillah, sampai juga aku ke Gua Hira'. Terasa hilang segala penat. Rasa sangat puas. Kecil benar laluan pintunya. Muat-muat badan saja nak melepasi pintunya. kena lalu seorang-seorang. Subhanallah.. Terbayang bagaimana kepayahan Rasulullah dulu. Terbayang kesetiaan isterinya, Saidina Khadijah yang menghantarkan makanan buat Baginda Rasulullah. Subhanallah... Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw dan ahli keluarganya.

Waktu aku sampai en.asben dah nak turun pun lepas dah lepak lama kat atas tu. He..he.. punyalah lambat. Tapi dia tunggu juga. Sebab kalau tak memang aku tak tahu macam mana nak turun. Sebab aku dah super gayat waktu tu. Rasa mengigil-gigil nak turun. Kaki rasa mengeletar sangat. Dari atas tu nampak Masjidil Haram. Sungguh terang benderang bagaikan kota emas di mataku. Sangat indah.  Sekarang ini aku hanya teringatkan kepuasannya. Rasa penat itu bagaikan langsung aku terlupa tentangnya. Rasa seronok berada di tempat Rasulullah pernah berada. Walaupun tiada kelebihan pun untuk kita mendaki ke Gua Hira'. Hanya kepuasan untuk diri sendiri.

30 comments:

nazayiena said...

Alhamdulillah berjaya juga Sis menjejaki Gua Hira' tu....

Dr K said...

Seronoknya akak dah sampai ke gua hira ni..penat mendaki,tapi berbaloi sebab dpt tgk tinggalan sejarah Rasul SAW

Kakcik Seroja said...

Subhanallah.

♥MAMASYAZA♥ said...

alahai seronoknya dengar cerita

Kakzakie Purvit said...

Bertuah Hanis dapat panjat, kakak tak sampai-sampai atas sebab kakak nampak tinggi sangat. Semua bukit-gunung yg kakak lawati hanya jabal rahmah aje kakak sampai puncak itupun sebab tak tinggi... lainnya kakak duduk di bawah aje hanis...

mamyharraz said...

syukur Alhamdulillah akk dah sampai situ..baca pengalaman akk seolah-olah sy yg ada kt situ..subhannallah...indahnya pengalaman itu.bertuah akk.

Unknown said...

seronoknya baca pengalaman Fea ni....

betul kata kakzakie, bertuah sebab dapat sampai ke puncaknya, teringin nak ke sana juga....

dapat bayangkan bagaimana letihnya fea memanjat tu. Sungguh besar pengorbanan dan kasih sayang saidina khadija menghantar makanan kepada baginda rasullullah satu ketika dulu ke sana kan

uncle gedek said...

uncle suka dengar cerita pengalam orang ke mekah face to face... suka tengok ekspresi muka pencerita tu...

nanti kita sembang, eh?

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer kan kak..

ummiross said...

Alhamdulillah, berjaya Hanis sampai ke atas, boleh bayangkan kepuasan hanis tu. Ummi pun tersangatlah gayatnya, setakat Jabal Rahmah ummi masih berani sebab tidaklah tinggi dan vuram sangat.

edane said...

alhamdulillah... gua yg banyak sejarahnya kan.alhamdulillah juga sebab sudah pun sampai ke sana.

h4ni3 said...

memang bercahaya ye k.fea?
Subhanallah..

Ce'gu JAERA said...

Gua Hira'.. mmg bertuah siapa yang dapat menjejakkan kaki ke tempat yang bersejarah ini

Set Menyusu , Berpantang & Milkbooster Shaklee said...

Subhanallah.. bestnya.. mudah2an saya pon dapat sampai kesana. insyaAllah =)

~Making the best of everything we have~
www.surijunior.com

Nini D.. said...

indahnya perasaan tu kak...

Myra Jay said...

Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga kan..

Darling Pya said...

Alhamdulillah best kan??
acu aritu tak berpeluang mendaki ke gua cuma bergambar di kaki bukit je

wahida said...

seronoknya akak dah sampai ke Gua Hira'...

bestnya...

Eye_nee said...

Subhanallah..Maha Suci Allah...teruja sgt dengar cerita kamu ni sis..Suami...Mak dan kaklong akk dah sampai kesini...Bila agaknya tiba giliran akk..

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Teruja betul Marya baca ni... Semoga nnt sampai juga sy ke sana... Saya pun gayat dgn ketinggian... Sgt2 gayat2... Teringat dulu masa ke mendaki gunung Datuk, di rembau Marya tak lepas ke puncak sb gayat yg amat smp mengigil2 kaki, so Marya mmg boleh bygkan kegayatan akak tu sb pernah mengalaminya sendri... tindakan luar kawal...mmg kecut perut! huhuu... Kira akak hebat dpt mengatasi rs gayat tu tau! :))

Ati Masrif said...

baru tahu kepayahan nak sampai
ke gua hira'

bagi org yg bersaiz besar mcm kita ni
mestilah buat persediaan yek

seronok baca kisah2 hanis di sana,
mcm dpt di bayangkan :)

nurkaloi said...

sronok bace pgalaman sis kat sane
kaloi pun teringin nk ke sne...kmpul wit poket byk2 lu eheheh

tim_fs said...

baca pun dah mmcm dpt merasakan pengalaman di gua hira' tu..huhu..tutur penulisan akak sgt mengujakan..penulis lah katakan...hehehe..

kurus said...

alhamdulillahhh
seronok membaca nukilan akk nie
akhirnya sampai juga
ralit saya baca kak ;)

gadisBunga™ said...

teringin nak ke sana juga...

bertuah akak dah dapat ke sana. :)

susumanis said...

Alhamdulillah...

Irfa said...

saya x naik atas kak fea
duk bawak tu je sbb bawak baby masa tu.rugi pulak rasa bila baca en3 akak ni

Hudalatip said...

seronoknya baca cerita akak ni..terasa macam kita pulak yang ada kat sana..

ryhana rahman said...

Kasut.. kena pakai kasut camne ye? Slipar biasa boleh ke

Hanis Azla said...

As-salam ryhana rahman..

Saya pakai kasut biasa aje. Bukan kasut sukan pun. Apa-apa kasut yang flat pun boleh asalkan tapaknya tak licin. Orang lelaki ramai aje yang pakai selipar biasa tu. InsyaALLAH boleh. Harap-harap perkongsian ini membantu. Have a nica day!

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...