Friday, June 15, 2012

Umrah dan Ziarah 2012 - Travel Agent..

Salam Jumaat buat semua..

Rasanya soalan mengenai Travel Agent (TA) mana yang diambil untuk Umrah dan Ziarah adalah soalan utama yang sering ditanya pada jemaah yang mahu pergi dan baru pulang. Makanya hari ni aku nak bercerita mengenai TA yang mengendalikan Umrah dan Ziarah kami. Kami pergi dengan TA Andalusia. (Pengerusi Eksekutifnya Ust. Dato' Daud Che Ngah. Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji.  Waktu zaman sekolah aku sudah mengenalinya kerana kerap mendengar program pagi yang dikendalikan olehnya di radio. Jadi bila mengikuti kursus umrah yang dikendalikan olehnya aku rasa macam dah kenal benar dengannya he..he..).

Bagus ke TA Andalusia tu?
Soalan yang biasa ditanya. Sejujurnya, itulah soalan yang berada di minda aku  yang baru pertama kali mahu menunaikan ibadah umrah. Sebelum pergi aku ada juga google mengenainya. Bermacam-macam komen yang aku dapat. Ada yang kata bagus. Ada yang kata kurang. Ada juga yang kata tak bagus. Maklumlah pandangan dan penerimaan kita kan berbeza-beza. TA juga mengendalikan beratus atau beribu jemaah. Bukannya melayani kita dan keluarga kita saja. Jadinya tentulah ada perkara yang memuaskan dan tidak memuaskan hati kita. Namun aku tertarik dengan satu komen yang bunyinya lebih kurang begini mengikut pemahaman dan bahasa aku. Perkara berkaitan TA ini menjadi rezeki masing-masing. Aku sangat suka dengan komen sebegitu. Kiranya, tak kiralah TA mana pun yang kita ambil, kalau rezeki kita baik, maka akan baiklah semuanya buat kita. Jika sebaliknya, itulah juga rezeki kita. Sehinggakan sebelum bertolak aku berkata kepada en-asben. Kita terima apa saja rezeki untuk kita. Banyakkan bersabar dan jangan berlebih-lebihan mengharap. Kita terima apa saja seadanya. Asalkan segalanya selesa buat emak dan ayah juga emak, itu sudah sangat baik.

Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar, baik-baik saja dan dipermudahkan buat kami. Kalau di tanya kepadaku selepas umrah dan ziarah ini bagaimana pendapat aku tentang TA Andalusia? Jawapan aku ialah semuanya baik untuk kami. Mungkin aku jenis yang mudah rasa berpuas hati. Makanya, segalanya nampak okey dan baik saja di mataku. Masalah ada di mana-mana. Tak perlu fikir sangat. Kalau kita rasa masalah tu besar, ianya akan jadi besar. Bila kita fikir masalah itu kecil, maka akan jadi kecillah masalah tu. Yang penting banyak-banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Kursus Umrah?
Disediakan pada setiap sabtu dan ahad di Pejabat Andalusia di Kg. Pandan.  Rasanya Andalusia juga tiada jadual tertentu bila jemaah perlu datang kursus. (Hanya diberitahu sebaik-baiknya sebelum 2 atau 3 minggu sebelum bertolak). Tiada juga panggilan kursus secara khas. Jadinya boleh saja memilih tarikh-tarikh hujung minggu yang sesuai sebelum waktu berangkat.  Rasanya untuk kursus setiap ahad memang dikendalikan oleh Ust. Dato' Daud Che Ngah sendiri. Memang penuh padat setiap kali kursus. Ini kerana jemaah yang datang tidak terhad kepada jemaah Andalusia saja. Ada juga orang luar yang mahukan kursus umrah  turut serta. Minuman pagi disediakan secara percuma.

Tiada masalah dengan Ahli kumpulan ke?
Alhamdulillah..  Tiada masalah dengan group kami TK22. Semuanya baik-baik belaka seperti saudara sendiri. Walaupun berlainan usia dan latar belakang, nampaknya semuanya boleh bersatu hati. Semuanya saling hormat menghormati. Saling sama-sama menjaga kebajikan. Paling best bila segala hal diuruskan bersama-sama sehinggakan tidak terasa terbeban dengan hal bagasi dan urusan ketika mendaftar masuk di airport mahupun di hotel.

Mutawwifnya bagaimana?
Alhamdulillah, Mutawwif kami Ust. Aswin sangat bertanggungjawab orangnya. Juga sangat membantu. Penerangannya jelas. Ust. Aswin juga sentiasa ada bersama kami sejak dari Malaysia, Singapura, Istanbul, Madinah dan Mekah dan sehinggalah waktu kami pulang semula ke Malaysia. Jika ada jemaah yang terlambat, pastinya dia akan berusaha untuk pergi mencari dan sedia menunggu. Pengisian sepanjang perjalanan penuh terisi dengan doa, zikir dan cerita-cerita  kisah zaman Rasulullah dan kisah-kisah di Bumi Anbiya'. Ustazah juga ada disediakan di Madinah untuk membawa kami masuk ke Raudhah - Masjid Nabawi. Alhamdulillah, Ustazahnya juga sangat baik. Selain itu di hotel penginapan juga ada pengisiannya. Ada ceramah berhubung dengan ibadah umrah. Juga diadakan bacaan yaasin dan tahlil arwah.  

Penginapan bagaimana?
Aku boleh katakan penginapannya selesa. Untuk aku, ada katil dengan tilam empuk, bilik airnya bersih dan biliknya beraircond sudah dikirakan selesa. Untuk  jarak, di Madinah memang dekat dengan Masjid Nabawi. Di Mekah agak jauh, lebih kurang 400 meter (10 minit berjalan). Ini kerana faktor banyak hotel-hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram yang sedang diruntuhkan.

Makanan dan minumannya bagaimana?
Alhamdulillah.. cukup dan mengenyangkan he..he.. Sedap dan tak sedap tu subjektif. Ada juga makanan yang tak kena dengan selera aku. Tapi kena dengan selera orang lain. Aku rasa sedap orang lain rasa sebaliknya. Jadinya bila ianya sentiasa cukup dan mengenyangkan, pada aku kira dah cukup bagus. Lagipun ada banyak restoran di sana. Kalau rasa tak kena dengan selera kita, boleh cari makanan lain yang memenuhi selera kita.

Info tambahan :
Jemaah Andalusia turut diberikan 3 biji beg untuk setiap seorang. 1 Beg baju besar yang beroda, 1 beg galas yang juga beroda dan beg sandang kecil untuk mengisi dokumen penting dan barang keperluan. Waktu bertolak diberikan juga 1 beg bimbit kecil berisi biskut dan air kotak. Beg ini boleh digunakan untuk mengisi kasut ketika di masjid.  Air mineral diberikan seorang sebotol setiap hari bagi setiap perjalanan melalui bas.

Rasanya itu saja yang boleh aku kongsikan serba sedikit tentang TA untuk Umrah dan ziarah. Harap-harap perkongsian dari pengalaman pertama aku yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat untuk orang lain juga.

36 comments:

alin said...

cukup dah kak.. penerangan tu dah lengkap. teringin nak jejakkan kaki ke sana..

tim_fs said...

salam kak fia..lama tak jenguk sni..

alahamdulilah akak dpt jejakkan kaki kesana..good info kak..tq sharing..

ummiross said...

Betul kata Hanis, senang susah rezeki masing2,berserah dan berdoa kepada Allah, insyaAllah di permudahkan tak kira pakej mana yang kita sertai.

-Sara- said...

pokok pangkalnya kita sendiri kena pandai bawa diri dn menerima apa yang ada dengan hati terbuka kan kak :)

TS said...

terpulang pada penerimaan orang kan kak..
as long as selesa dan masih lagi mampu tuk kite beribadah..tu pon dah lebih dari cukup kan kak.. :)

Fieza79 said...

teringin nyaaa nak ke sana...kwn opis srg ni baru je balik mgu lepas...

Hudalatip said...

penerangan yang ringkas dan padat..menarik, bos saya pun hari tu pergi dengan Andalusia..

- dieyana - said...

erm, dieyana pun dgr andalusia ni bagus, ramai yang g dgn dia..satu lagi, yang mak dan ayah saya p haji hr tu...agensi citra travel, pun bagus. tapi betullah, pergi dgn agensi mana2 pun, atas rezeki masing, yang penting niat masing2....Wallahualam.

Fazlinil Irma said...

sy TK15.. ;)

betul.. semuanya rezeki masing-masing. lebih dan kurang banyakkan bersabar dan bersyukur. semuanya ujian dr Dia jg.

moga Allah jemput lg kita semua menjadi tetamu Dia.

saniah said...

Tu la akak pun bersetuju...apa2 pun our expectation tu jgn lah terlalu tinggi...manusia ni kan tak sempurna jd terima je kelemahan walaupun sebesar mana pun...Allah yg tentukanNya semua nya..yg penting niat kita nk buat ibadah bkn nya brrcuti kan..:)
Sekadar berkongsi pendapat je
Suka dengan pendirian fea...senang dan mudah...bagus :)

Kella said...

hati dah memang tanam hasrat nak ke sana.. semalam baru bincang dengan papa n mama.. nak baw diorang sekali..
moga moga ada lah rezeki kami..

Dr K said...

Info yang bagus..Boleh jadi panduan utk org yg belum pergi umrah lagi, macam saya..

Unknown said...

TQ kak fea for info. semoga turn kamisekeluarga pulak sampai sana tahun depan.insya allah

Rina Rahamat said...

yg penting kita bersyukur kan kak dgn apa yg disediakan..skurang-kurangnya kita antara insan terpilih yg telah diberi kemurahan rezeki oleh Allah utk ke sana

doakan sy berpeluang ke sana juga kak =)

wahida said...

tengs kak...byk info ni...

doakan kami pulak dpt ke sana...InsyaAllah..

+ e.z + said...

alhamdulillah, pengisisan yg baek :)

Unknown said...

selalu dengar TA andalusia ni.. kitorang penah masuk kelas pengajian umrah..tapi belum ada rezeki nak pegi..

Ce'gu JAERA said...

info dan panduan yang menarik.. Insya Allah diri ini juga pasti suatu masa nanti akan ke sana jua.. amin

Dinas Aldi said...

Terima kasih kerana berkongsi. Boleh masuk list nih :)

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah..semua dipermudahkan kan kak.. :)

sekadar satu coretan said...

Terima berkongsi kat sini...
Insyaallah ada rezekibakan kesana jugak nnt...

apdm said...

salam..

ilmu ni..

jika sampai masa itu nanti.. insyallah..

LYAfrina said...

salam kak. tq for sharing...
dan... selamat kembali ke malaysia kak..

sori bru dtg sini.. lya krg sihat sjk lps buat operation bru2 ni

LYAfrina said...

salam kak. tq for sharing...
dan... selamat kembali ke malaysia kak..

sori bru dtg sini.. lya krg sihat sjk lps buat operation bru2 ni

MulutPayau said...

terima kasih berkongsi di sini...

Unknown said...

terima kasih fea berkongsi mengenai TA Haji ni. Makin teruja rasa untuk ke sana....

nazayiena said...

Byk info yg Sis kongsikan ini,betul tu semuanya terletak pd rezeki masing2...

Unknown said...

akan datang kembali membaca entri ni.. is xdan nak baca... jadi tinggaikan komen dulu... (^___^)hehe

she ma sakura said...

Alhamdulillah ... saya pun bersyukur bila jemaah berpuas hati dengan servis yang Andalusia berikan. Walaupun tidak lah seberapa dengan pegawai yang majoriti masih mentah lagi dalam perkhidmatan pelanggan. Saya mewakili seluruh warga Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih..

Anonymous said...

You're so awesome! I don't believe I've truly read a single thing like this before. So great to discover someone with genuine thoughts on this subject. Really.. many thanks for starting this up. This web site is something that's needed on the
web, someone with a bit of originality!
Also see my page: lanautica

Anonymous said...

It's awesome to pay a quick visit this web site and reading the views of all colleagues concerning this paragraph, while I am also eager of getting familiarity.
My website : friv games

Anonymous said...

Malaysia & Singapore & brunei ideal on-line blogshop for wholesale & quantity korean add-ons, earrings, earstuds, necklace, rings, bracelet, bangle
& hair accessories. Promotion 35 % wholesale markdown. Ship Worldwide
Also visit my page unemployment ohio

0xff said...

400m tu kira hotel paling dekat kan?

sebab saya tengok dalam brosur 850m pun ada.

kalau bawa orang tua warga emas dalam 71 tahun mcm mana ya? saya agak risau. dah bayar deposit, umrah transit jordan tapi flight tiba2 dibatalkan oleh airline.. skrg ni kena cari trip lain.. ataupun TA lain terus.. tapi deposit takut burn je

Hanis Azla said...

Salam oxff : Kalau ikutkan jarak, mmg antara yang terdekat juga.. untuk warga emas, ada kerusi roda yang disediakan oleh travel agent dengan bayaran yg sangat berpatutan.. rasanya, ini akan memberikan keselesaan kepada warga emas.. semoga perjalanan umrah awak nanti akan berjalan lancar, insyaAllah..

tukangkomen said...

Betul ke Andalusia travel ni mutawif nye ramai org Indonesia? Mcmna bab escort?bgus x?

Hanis Azla said...

Assalamualaikum Tukang komen..

Tentang tu saya tak berapa pasti.. tapi yang pastinya mutawif yang membawa kami dulu adalah orang indonesia.. Bab escort, Alhamdulillah.. saya boleh kata mutawif yang membawa kami dulu mmg first class.. ustaz sentiasa ada bersama2 dengan kami.. harap2 perkongsian saya ini dapat membantu..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...