Thursday, June 21, 2012

Umrah dan ziarah 2012 : Umrah pertamaku...

Petang itu selepas solat zohor kami akan berangkat ke Mekah dari Madinah.  Sangat sebak ketika melakukan ziarah selamat tinggal di Masjid Nabawi. Terasa sangat berat dan syahdu hati ini untuk meninggalkan Masjid Nabi s.a.w yang sangat mulia dan indah itu. Lebih kurang jam 3 petang, bas kami mula bergerak meninggalkan bumi Madinah. Tak putus berdoa agar kami ada rezeki dan peluang untuk menziarahi Makam Nabi dan Masjid Nabawi di lain kali, insyaAllah. Jemaah lelaki sudah lengkap berihram ketika itu. Dalam setengah jam perjalanan kami tiba di Miqat Bir Ali untuk solat sunat ihram serta berniat ihram dan umrah. Selepas itu, bas meneruskan perjalanan selama 5 jam ke Mekah. Di dalam bas kami dibimbing oleh mutawwif untuk bertalbiah. Sangat sebak ketika itu. Labbaikallahummalabaik.. Labbaikallasyarikalakalabaik.. (HambaMU datang menyambut panggilanMU Ya ALLAH..) Kemudian kami berdoa, berzikir dan berselawat. Sepanjang perjalanan, bas merentas padang pasir yang lapang dengan bukit bukaunya berbatu-batu, rasa sebak bila terbayangkan kepayahan Rasulullah untuk berdakwah. Allahuakbar.. Terbayangkan betapa sukarnya hijrah Rasulullah dan para sahabat dari Mekah ke Madinah melalui jalan yang sebegitu.

Bas kemudiannya berhenti untuk kami singgah makan malam di Wadi Kudait. Di sana kami juga menunaikan solat jamak maghrib dan isyak. Selepas itu bas meneruskan pejalanan ke Mekah. Semakin menghampiri bumi Mekah semakin hati ini terasa berdebar-debar dan terasa tidak sabar. Tidak sudah mulut ini berdoa, terimalah kedatanganku sebagai tetamuMU, Ya ALLAH. Permudahkanlah segalanya buat kami. Memasuki kota Mekah kami kembali bertalbiah. Air mata menitis-nitis ketika bas memasuki Tanah Haram. Terdengar sedu sedan diselangi dengan talbiah yang dibaca. Subhanallah.. indahnya perasaan kerana dapat sampai ke sana. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Hotel penginapan lebih kurang jam 9 malam. Lebih kurang 1 jam dengan urusan pendaftaran masuk ke bilik dan membawa naik bagasi, kami turun semula selepas berwuduk di bilik hotel. Jam 10 malam kami dan ahli kumpulan diiringi mutawwif berjalan ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah pertama kami. Umrah wajib bagi aku, en asben dan emak yang baru kali pertama menunaikan umrah. Orang yang pergi dan pulang ke masjid masih sangat ramai ketika itu. Bagi aku yang kali pertama ke sana, ianya satu pemandangan yang cukup menakjubkan. Subhanallah.. 

Malam sebelum berangkat, jiran belakang rumah yang sekarang ini sudah berpindah ke Sarawak ada menelefon kami di rumah. Berbesar hati sangat kerana dari jauh dia sudi menelefon. Dia mengucapkan selamat jalan dan selamat menunaikan umrah. Dia juga ada mengingatkan kami supaya berdoa sewaktu pertama kali melihat kaabah. Ini kerana katanya doa waktu pertama kali melihat kaabah adalah antara doa-doa yang dimakbulkan. Dia mengajarkan doa ini kepada kami. Ya ALLAH, kau ampunilah dosa-dosaku sehingga ke akhir hayatku. Kau makbulkanlah segala doa-doaku yang engkau redhai..

Kami masuk ke Masjidil Haram melalui pintu 1 iaitu pintu King Abdul Aziz. Ianya bertentangan dengan jam besar di Zam-zam Tower. Hati semakin berdebar ketika melangkah masuk. Melalui pembacaan dan dari cerita pengalaman orang lain, selepas melangkah masuk dan selepas menuruni tangga akan kelihatan kaabah di depan mata. Mata ini terus jadi tidak tahu untuk memandang ke mana untuk mencari kaabah yang aku tidak tahu di mana letaknya. Cerita orang pastilah tidak sama dengan pengalaman sendiri. Ianya tidak sama seperti yang dibayangkan. Kami berhenti untuk minum air zam-zam terlebih dahulu. Kemudian berkumpul menunggu yang lain. Waktu mengangkat muka, kaabah sudah kelihatan. Terasa bagaikan tidak percaya dapat melihat kaabah dalam jarak sedekat itu. Terima kasih Ya Allah kerana menjemput kami untuk ke RumahMU. Subhanallah.. saat itu perasaannya tidak terungkap dengan kata-kata. Aku mencuit en.asben dan emak. Itu Kaabah.. Kami mula berdoa. Semoga doa-doa kami itu dimakbulkan hendaknya, insyaAllah.  Selepas itu kami menunaikan tawaf umrah pertama kami 7 kali mengelilingi kaabah. Selepas selesai bertawaf kami menunaikan solat sunat tawaf. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Selepas itu Mutawwif membawa kami ke tempat untuk saie. Untuk kali pertama bersaie itu, mutawwif membawa kami bersaie di tingkat atas. Ini kerana di tingkat atas keadaannya lebih lengang berbanding di bawah. Keadaannya lebih selesa buat kami yang baru kali pertama melakukannya. Kami berjalan berulang alik sebanyak 7 kali dari Safa ke Marwah. Setelah selesai bersaie kami bertahalul iaitu bergunting. Maka selesailah umrah pertama kami. Dan kami sudah keluar dari larangan berihram selepas bertahalul itu. Alhamdulilah segalanya dipermudahkan.

*Bagi yang tak larat untuk berjalan ketika bertawaf, ada orang yang memberikan perkhidmatan menyewa kerusi roda. Siap dengan orang yang menolaknya sekali. Kadarnya berbeza-beza mengikut orang yang menolaknya. Di tempat saie di tingkat atas juga ada disediakan buggy bermotor bagi yang tidak terlarat. Bayarannya adalah sebanyak 50 riyal untuk 2 tempat duduk. Ada juga orang yang menolak kerusi roda. Kadarnya juga berbeza-beza mengikut orang yang menolaknya.  Mengikut pengalamanku (kerana emak dan mertua ada menggunakan perkhimatan tersebut) Kadar orang yang menolak kerusi roda untuk tawaf dan saie adalah 150 riyal untuk seorang. Untuk bersaie saja dalam 50~80 riyal. Kadar ini boleh ditawar.

Begitulah kisah pengalaman umrahku yang pertama. Semoga perkongsianku yang tidak seberapa ini memberi manfaat untuk orang lain juga, insyaAllah.

36 comments:

Izwa Kamaruddin said...

SubhanaAllah kak..meremang bulu roma baca...rasa bagaikan 'masuk' didlm penceritaan akak...

TS said...

Subhanallah...berdebar2 saya bace kisah akk....
mudah2an saya berkesempatan ke sana..

ummiross said...

Ummi setiap kali orang bercerita pasal pengalaman di Mekah, akan bergenanganlah airmata. Bilalah dapat jumpa Hanis, face to face, nak dengar cerita pengalaman di SANA in person. Kalaulah kita dapat lepak2 jap disebelah petang, dengan Liza sekali, tentu puas dapat mendengar cerita Hanis.

Zana Adieyza said...

seronok & teruja baca kisah akk ni.. berharap agar 1 hari nanti dapat jejakkan kaki ke sana & dpt beribadah di sana.. insyaAllah..

mak encik | SZ said...

Alhamdulillah kak...
sangat terkesan di hati kisah umrah akak...

Unknown said...

subhanallah kak..
entah bila sampai giliran kami.. harap2 sempat sebelum dipanggil kembali..

Dr K said...

ooohh..siap ada buggy bermotor ya...saya igt hanya ada kerusi roda sahaja....

kadar bayarannya mmg berbeza beza kan, kena pandai tawar..ni pun ikut apa yg mak ayah saya ceritakan lah :)

Darling Pya said...

kak, acu nangis baca entri nie
acu terkenang kan suasana di sana
masih rindu dengan Haram :(

Unknown said...

SubhanaAllah....

rasa teruja sangat baca pengalaman fea ni...

makin meronta2 hati ingin ke sana juga...

Moga di makbulkan olehNya...

Tahniah fea, dapat menunaikan Umrah pertama dengan lancar....

Kamalia said...

salam kak..Masya Allah..Subhanallah,
memang terkesan di hati ni. semoga impian ke sana tercapai hendaknya..

p/s:banyak saya nak kena katam kisah umrah akk ni..

Ati Masrif said...

mengalir airmata kita juga sambil
membaca coretan ini..seperti dapat
di rasakan debaran hanis itu.

alhamdulillah dapat berkongsi pengalaman
indah dan berharga ini...terima kasih :)

JunAina said...

Syukur Ya-Allah. Doakan agar kami pula dapat menjadi tamu ALLAH suatu hari nanti.

Murni Alfathunnisa said...

subhanallah..terasa ada sekali kat sana... :-) terima kasih kerana kongsi pengalaman mahal sebegini dengan kami...syukur alhamdulillah.

Qhaifa Nur said...

sentiasa berdoa moga dipanjangkan umur moga dapat berkunjung ke rumah ALLAH........

apdm said...

salam..

sejuk saya baca kisah akak.

rasa sedapnya kalau boleh alami sendiri..

+ e.z + said...

doakan kami pn ader peluang ke saner yer? :)

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Seronoknye... Teruja sesgt! Kak, cerita lg ye! :))

h4ni3 said...

K.fea memang seorang novelis! :-)
daripada tulisan pun dah boleh terasa bagai dibawa ke sana :-)


k.fea.. InsyaAllah kitorg ada jer kat rumah sabtu ni.
Nnt akak sms kul bape ye.. Kalau takde aral, sampai la kitorg :-)

Rina Rahamat said...

bestnya..sekurang-kurangnya sy yg x berpeluang lg ni boleh rs juga pengalaman di sana :)

edane said...

alhamdulillah.

mak abah saya pun kak, kalau cerita pasal di sana, mmg akan cakap, kalau boleh tak nak balik. didiznkan tiap-tiap tahun nak ke sana. terllau banyak 'kenikmatannya'.

mama maman aka yana said...

alhamdulillah... :-)

tumpang baca entry nih, sambil dlm hati berdoa agar dimurahkan rezeki dan berpeluang kesana jugak.... amin.

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

Alhamdulillah
saya baru tahu Hanis menunaikan umrah
moga perolehi umrah yg mabrur

Dinas Aldi said...

Akak pun rasa syahdu & berdebar2 masa baca entri ni. Bagus informasi tentang sewa kerusi roda tu. Buggy bermotor pun ada rupanya di situ ya, ini baru akak tau. Terima kasih Hanis :)

Dinas Aldi said...
This comment has been removed by the author.
Hanis MY said...

Subhanallah besnya bc pngalamn kak fea ni.

Izan Ishak said...

bila baca pengalaman kak fea mmg dapat bayangkan betapa syahdunya bila diri betul2 berada di depan kaabah. moga ada rezki buat izan n family pula lepas ni ye...

susumanis said...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah swt yang memudahkan segalanya untuk hanis dan family...

Rida.B said...

Salam,

Kami suka baca penulisan saudari ttg umrah. mengalir airmata membacanya. Boleh tak kiranya, kami meminta izin utk share pengalaman saudari di page kami? Sekadar berkongsi pengetahuan bersama follower kami :) kami tidak akan gunakan sebagai alat promosi atau apa - apa yg menyumbang salah faham di kemudian hari.

Barakallahufikum :D
www.facebook.com/ansuranumrah

Hanis Azla said...

Salam Rida.B,

InsyaAllah, boleh saja untuk dikongsikan. Tiada masalah buat saya. Silakan dan sudi-sudikan..

Salam ramadhan dan selamat berpuasa..

azlan said...

salam.

subhanallah seronok baca blog ni terasa macam berada sama dalam cerita ni.Apapun sememangnya saudari ni ada bakat didalam bidang penulisan. Mudah2an kai juga berpeluang kesana Amin

umrahmurni said...

Salam Tuan...Mohon Kebenaran Untuk Mengambil Manfaat Dari Cerita Di Atas Agar Menjadi Panduan Kepada Sahabat Yang Akan Mengerjakan Umrah Dan Haji . Wasalam

Hanis Azla said...

As-salam Umrahmurni,

Silakan untuk perkongsian. Tiada halangan dari saya. Salam hormat dna terima kasih..

Hajj and Umrah Packages said...

Wonderful article thanks for sharing. Umrah is a minor pilgrimage than Hajj. But perform Umrah in December, it is a great opportunity. Now it is very easy to perform because many tour operators offer cheap Umrah packages for families and groups. So, just grab the best deal and visit this holy place.

Hanis Azla said...

As-salam,

Alhamdulillah.. syukur. Thank you!

Islamic Society said...
This comment has been removed by the author.
Islamic Society said...

You can get cheap umrah & Hajj packages and hallal tours in different countries with Muslims Holy Travel

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...