Bila mahu bercerita tentang ciuman di Masjid, yang terbayang di mata ialah waktu selepas majlis akad nikah. Ini kerana itulah saja ciuman di Masjid yang biasanya terjadi. Teringat lagi waktu majlis sepupuku. Selepas akad nikah, bacaan doa dan solat sunat, Tok Kadi sendiri yang bertanya kepada pengantin lelaki, eh.. taknak cium pengantin perempuan ke. Ciumlah, dah halal nak cium depan mak ayah dia.. he..he.. usikkan Tok kadi untuk pengantin baru.
Waktu di Istanbul, seronok sangat melihat penduduknya mengimarahkan Masjid. Masjid-masjidnya yang lama dan cantik memang menjadi tumpuan pelancong. Tapi mereka sendiri juga sentiasa memenuhkan masjid untuk solat berjemaah. Tempat solat untuk wanita, sentiasa penuh pada waktu solat fardhu. Kalau kat tempat kita payah sikit nak tengok keadaan yang sebegitu. Orang Istanbul cantik-cantik. Handsome-handsome. Suka sangat tengok pasangan-pasangan mereka yang sama cantik sama padan. Lagi suka tengok bila sebahagian dari mereka bercinta sehingga ke dalam kawasan Masjid. Berpegangan tangan sehingga ke kawasan Masjid. Kemudian sebelum berpamitan untuk menunaikan solat, sempat lagi mencium dahi pasangan (isteri) mereka. Tak segan mempamerkan kemesraan dalam keadaan yang nampak begitu sopan. Aduhai romantiknya.
Yang, sukanya i tengok dia orang tu. Dengan excitednya aku bercerita pada en.asben. Iyalah kalau kat tempat kita, kawasan Masjid macam jadi kawasan larangan pula untuk menunjukkan kemesraan sebegitu.
Waktu di Masjidil Haram..
Selepas solat zohur aku dan en.asben bertawaf sunat mengelilingi kaabah. Waktu selepas zohur memang keadaannya agak lenggang. Orang masih ramai cuma tak sepadat waktu-waktu lain. Jadinya selepas bertawaf sunat dan bersolat sunat tawaf, aku mengajak en.asben untuk mengambil peluang bersolat dan berdoa di kawasan Hijir Ismail (Kawasan Hijir Ismail ni adalah sebahagian dari Kaabah. Ianya dikatakan antara tempat mustajab untuk berdoa). Alhamdulillah, aku dan en.asben dapat peluang untuk masuk ke dalamnya. Dapat bersolat sunat dan berdoa di situ. Sungguh syahdu perasaan bila dapat peluang untuk berada di situ. Lebih-lebih lagi bila bersama orang yang tersayang. Rasa bersyukur dan seronok sangat bila dapat sama-sama beribadat. Selepas bersolat sunat, aku mengambil masa untuk berdoa. Sangat asyik berdoa sehinggalah en.asben mengajak aku keluar untuk memberi laluan kepada orang lain. Beratnya hati untuk keluar dari kawasan itu. Tapi aku tahu, memberi peluang untuk orang lain juga adalah sangat perlu. Kami berpandangan dan berpegangan tangan sebelum bangun untuk keluar. Dalam sendu aku menciumi tangannya. Tak terduga en.asben mencium dahiku. Bukannya tidak pernah menerima ciuman darinya. Tapi perasaannya adalah sangat indah ketika berada di situ. Selepas aku begitu teruja bercerita dengannya tentang betapa indah dan romantiknya mendapat ciuman di dalam masjid beberapa hari sebelum itu. Alhamdulillah..
22 comments:
Ohhhhhhhhhhhh syahdu nyer kak....
sweet sgt!
bestnya kak..kadang2 orang bila dah lama kahwin malu nak cium tangan cium dahi sebagai tanda hormat dan sayang ni kan.. masa baru2 kahwin je tunjuk..da tua konon malu..tapi itu yg lebih baik sebenarnya..
Oh kak, sweet nya lagi-lagi di tempat yang mulia..boleh jadi kisah dalam novel ni..:)
alhamdulillah...
ade peluang dah indahnya rase berpeluang dapat ciuman di tempat yg suci mcm tu kak.. :)
Alhamdulillah, indah dan istimewanya ciuman itu, ketika hati sangat dekat dengan Allah SWT,ketika kasih sayang suami isteri terasa sangat meresap dalam kalbu, ummi pun pernah melalui saat sebegitu..moga kasih Hanis suami isteri akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Syahdunya. :)
ooo so sweeetttt
Tersentuh hati sy kak!
Kt tmpt kite, bkn masjid yg melarang ciuman tapi masyarakat yg mengharamkannya.
Heee~
Syahdunya bila baca...
Salam Hanis,
Semoga sentiasa bahagia.
semoga kita teruas mendapat kasih sayang dariNya juga kasih sayang dari suami tercinta. AMin
uishh kak..romantik gak en asben kan..hehe..tak dpt bayangkan situasi di situ..mesti syahdu rasanya..
semoga sy dpt rasa mcm akak rasa satu hr nanti..teringin nakk ke sana...
Syahdunya akak baca Hanis. Ciuman untuk insan yg halal & berhak menerimanya, itu yg paling manis & romantis.
uhhh syahdunyaaa smpi sy yg baca pon terasa kesyahduannyaaa
moga cinta akak dan hubby kekal hingga ke syurga
Sweet sangat...tersentuh hati.....:)
sweetnye... mmg syahdu terasa bg yg membacanya pun..kalau di tmpt awak,herm...lagilah..^_^
aaawwwwww sweetnya, dabel like hehe
Syahdunya dan sweet saat itu.....
ya ALLAH... sweet dan romantiknya... teringin sangat... teringin nak kesana... insyaALLAH...
Sweetnya....
Perasaan disana lagi indah maksudnya kan kak
peristiwa yang terjadi di tanah suci adalah refleks kepada kehidupan sebenar kita..alhamdulillah kasih sayang hanis dan hubby begitu indah diluahkan di kawasan hijir ismail yang merupakan sebahagian kaabah yang tidak berdinding..alhamdulilahh semoga ianya kekal hingga ke surga...
Post a Comment