Thursday, June 14, 2012

Seronok bercerita..

Waktu zaman sekolah, banyak yang kita tahu tentang sejarah mengenai  Rasullulah saw.  Tentang peperangan yang dihadapi. Nama bukit-bukit tertentu yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Nama masjid-masjid penting dan pelbagai lagi. Tapi bila telah lama meninggalkan alam persekolahan, banyak yang sudah dilupai. Ada yang ingat tapi sekadar samar-samar saja. Ada pula yang langsung terlupa. Teruk betul rasanya. Dapat ke Mekah dan Madinah membuatkan aku kembali mengingati semula perkara-perkara yang sebelum ini sudah samar dan hampir terlupa. Sangat seronok bila bercerita dengan anak-anak mengenai kisah di sana. Ini kerana mereka lebih maklum tentang perkara-perkara yang aku ceritakan kerana cerita dan kisah-kisah tersebut masih segar di fikiran mereka kerana mereka baru dan sedang mempelajarinya di sekolah. Sedangkan aku baru kembali maklum mengenainya selepas mendengar cerita dan penerangan dari Muttawif.

Mama ke Masjid Quba.. Ceritaku. Oh, masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah tu ye mama.. kata anakku.  Mama ke Jabal Uhud.. ceritaku lagi. Oh, tempat Saidina Hamzah meninggal dalam perang tu.. Sambut anakku. Mama ke Jabal Thur.. Oh, tempat Rasullullah bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar.. Mama ke Gua Hira'.. Oh, tempat wahyu pertama dan kisah Iqra'.. Seronoknya bercerita pada anak-anak mengenainya. Aku sendiri ada yang baru kembali maklum mengenainya. Terasa malu sendiri.

Mama ke Jabal Rahmah.. Rasanya cuma yang ini anak-anak macam tak berapa tahu mengenainya. Jabal Rahmah ialah tempat pertemuan Nabi Adam dan isterinya Hawa selepas turun dari syurga ke  dunia. Menurut cerita Nabi Adam dari Sri Lanka dan Hawa di situ. Di situ katanya tempat untuk berdoa akan jodoh kita. Aku dan en.asben turut berdoa. Mudah-mudahan berpanjanganlah jodoh kami hingga ke syurga. Ada seperti tugu di atasnya. Ada yang bersolat sunat di situ. Waktu kami pergi ada Pak Arab yang sound orang yang bersolat mengadap tugu itu sebab katanya (memang sepatutnya) solatlah dengan mengadap ke arah Kaabah. Bukan mengadap ke tugu itu.

26 comments:

Izwa Kamaruddin said...

syok nyer baca...

♥MAMASYAZA♥ said...

yup betul sronok membaca

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah, Along dulu berpeluang berdoa di Jabal Rahmah. Mungkin telah tersurat dia bertemu dengan seseorang di sana (orang Malaysialah tapi...). Semoga jodoh mereka hingga ke syurga. Amin.

Unknown said...

ada jugak orang yang salah info pergi solat mengadap tugu tu kan.. bahaya betul..

Acik Erna said...

alhamdulillah aak2 tau sejarah ..seronok baca erita hanis

Mak Wardah said...

Alhamdulillah, hanis dah selamat kembali, semoga idea bertambah sebab wardah tunggu novel hanis...

Darling Pya said...

Mutawwif acu pun pesan jangan berdoa menghadap tugu...

-Sara- said...

seronoknya kan kak..kak long sara pon baru balik dari sana..dengar cerita die mmg seronok :)

Unknown said...

btl la kak...sejujurnya lia mmg dah byk lupa ttg kisah2/sejarah tu... alhamdulillah n b'tuah akak dah dapat menjejakkan kaki ke sana....mesti satu pengalaman indah kan kak...

mudah2an lia dimurahkan rezeki n b'peluang ke sana jg suatu hari nnti..amin.

kasihibu said...

tupang baca dan tumpang rasa seronoknya

Kakzakie Purvit said...

Memang ada yg buat perkara syirik tika berada di atas jabal rahmah Hanis. Kakak pun nampak depan mata..

ummiross said...

luas pengetahuan anak2 sekarang kan Hanis.
Selalunya jemaah sesetengah negara,ramai yang membuat perkara yang boleh membawa kepada syirik, nauzubillah!

Ce'gu JAERA said...

Bila tiba masanya, saya akan ikut jejak utk berada d tanah suci kelak. Pasti indah daripada pa yg dbayangkan

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

anak2 suruh belikan buku citer kisah nabi2..tapi cari kat kedai tak jumpa yg betul2 berkenan.

eiela said...

suka baca pengalaman orang nih. bagus juga pak arab tu sound supaya dia sedar, knp solat ngadap tugu patutnya menghadap ke kaabah.

Misz-ella said...

seronok dgr cerita Hanis.

h4ni3 said...

bagus betul budak2 tu
cepat pick up.. :)


k.fea.. biasanya kalau setakat pukul 10 tu, kitorg lom tido lagi. hehe

Ati Masrif said...

meremang bulu roma pula kita
baca mengenai tempat pertemuan
Adam dan Hawa tu...

sayu dan seronok pun ada baca
kisah ini :)

Dinas Aldi said...

Anak2 memang kuat daya ingatan, sebab tu pada sekian2 umur elok kita pelbagaikan bahan bacaan dema, insyaallah dema akan ingat dengan baik. Alhamdulillah anak2 Hanis, sangat mendalam pengetahuan mereka tentang sejarah Islam :)

zehan said...

seronoknya pegi umrah yer kak...mak saya kata, dah pegi rasa x mau balik dah...hati pun tenang jer duk kat sana.....

mamaarifakeemaisy said...

herm...zaman sekolah rendah byk blajar psl kisah nabi kan..skrg, hampir2 lupa kisah2 nabi..huu~

nak kena blajar balik ni, nnti nk ajar anak2..huu~

apdm said...

salam..

kalau anak2 tanya kita pun boleh refresh balik apa2 y kita lupa tu..biasalah, sy pun mcm tu, kalau dulu kat mulut, skrg ni lupalupa sikit..hehe

Anonymous said...

never ending story ye kakfea

doakan tina cepat sampai ke sana juga

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Welcome back! :))

Nice story... Nnt share2 lg ye! :))

wahida said...

betul tu kak, kita yg dah lama tinggalkan sejarah2 ni mmg tak berapa nak ingat dah, kalau tanya anak2, sure dorang lagi expert kan kak...

seronoknya akak dah jejakkan kaki ke sana...
doakan saya pulak yer..

Unknown said...

membaca entri ni... kembali mengingatkan sejarah yang kadangkala ada yang kita telah lupa... indahnya...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...