Tuesday, June 12, 2012

Please pray for her..

Pada malam terakhir bersolat jemaah maghrib dan isyak di Masjidil Haram, aku pergi ke masjid bersama en.asben. Emak dan emak mertua tidak larat untuk ikut bersama kerana selepas solat isyak kami akan membuat umrah. Sementara menanti waktu isyak aku mahu bangun untuk berwuduk semula dan minum air zam-zam. Jadinya aku minta jemaah di sebelahku untuk menolong menjaga tempatku. Dia mengangguk dan meletakkan begnya di tempatku sebelum meneruskan solat-solat sunatnya.

Sesudah kembali semula ke tempatku, aku berterima kasih kepadanya. Its okey.. sambutnya. Please pray for me.. sambungnya lagi. InsyaAllah balasku walaupun tidak tahu doa apa yang perlu aku doakan untuknya. Kami berkenalan sesudah itu. Berselang seli dengan solat-solat sunat, bacaan quran dan bacaan doa. Ini kerana niat beribadah masih lagi menjadi keutamaan kami. Dia dari Pakistan. Namanya Aisya. Umurnya 40 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Dia yang fasih berbahasa inggeris memudahkan komunikasi kami yang singkat dan bersambung-sambung itu.

Dalam singkat dan bersambung-sambung itu dia sempat bercerita. Cerita yang berkaitan doa yang mahu aku doakan sama untuknya. Ceritanya, baru 3 bulan dia pulih dari Barah kolon. Kini dia disahkan pula dengan  barah hati peringkat ke-empat. Ya Allah, besarnya dugaan untuknya. Aku jadi simpati sehinggakan aku tersedu-sedu dalam solat sunatku. Bersungguh dia meminta aku mendoakan agar dia dapat sembuh dari penyakitnya. Bersungguh juga dia meminta aku agar meminta ahli keluarga dan kawan-kawanku mendoakan untuk kesembuhan penyakitnya.

Aku dapat lihat dia mahu berbual dengan jemaah dari Iran atau Turki di sebelahnya pula. Pastinya dia mahukan jemaah itu mendoakan untuknya juga. Tetapi kerana tidak boleh berkomunikasi akhirnya perbualan mereka sekadar terhenti di situ. Selepas solat isyak dan solat jenazah aku perlu tergesa-gesa pulang ke Hotel bersama en.asben kerana kami mahu ikut kumpulan kami bermiqat di Tanaim untuk menunaikan umrah malam itu. Sebelum berpisah kami bersalaman dan dia memelukku erat. Kemudian dia mencium tanganku sambil meminta aku mendoakan lagi kesihatannya dan mendoakan agar dia di panjangkan umur.

Buat teman-temanku yang budiman, harap kalian dapat mendoakan kesihatan saudara kita Aisya agar penyakitnya dapat sembuh dan dia dipanjangkan umurnya. Harap-harap doa-doa dari kita semua dimakbulkan oleh Allah hendaknya.  Segala kebaikan teman-teman saya dahului dengan ucapan terima kasih.




30 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Semoga Aisya diringankan beban kesakitan nyer & semoga beliau kuat utk melawan sakit nyer itu juga semoga beliau dipanjangkan umur, amin~

sedih :(

mummY daniSha said...

semoga aisya diberi kesembuhan,amin...

Nini D.. said...

sebak hati bila baca kisah ni.moga kita jugak dapat menjadi sekuatnya..

Unknown said...

Semoga Aisya diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik....InsyaAllah. Sebak juga baca entri Fea ni...

Lulu Caldina said...

Semoga kesusahannya dipermudahkan..

Acik Erna said...

assalam hanis..mudah2an dengan iin allah..

Eye_nee said...

Ya-Allah pemudahkan dan berikanlah segala kenikmatan kehidupan dan kesembuhan buat sahabat kami ini..Aisya....

Kakcik Seroja said...

Semoga Allah mengurniakan kesembuhan buatnya.

faraherda.razalan said...

Semoga Allah permudahkan, mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik pada Aisya.

=(

Unknown said...

semoga aisya kembali sihat..amin

Unknown said...

semoga aisya tabah dalam menghadapi dugaanNya dan ia segera sembuh..

Hudalatip said...

Sedihnya..moga kita semua sama-sama dapat doakan untuknya, besar dugaan dia yea

ummiross said...

Ya Allah, Engkau sembuhkanlah saudara se Islam kami Aisya dari penyakit yang dideritainya dan Engkaulah balaslah segala kesabarannya menahan kesakitan dan keperitan dengan ganjaran pahala yang besar..Amin.

JunAina said...

Doa yang terbaik buatnya. Dikuatkan hati menghadi ujian Allah. di beri kesembuhan demi anak2nya.

♥MAMASYAZA♥ said...

semoga setiap doa kita utknya dimakbulkan tuhan. semoga dipermudahkan perjalanan hidupnya

Kakzakie Purvit said...

Kebanyakan jemaah dari Asia Barat sana sukar bertutur bah. inggeris. Tapi kalau dari India/Pakistan agak mudah sebab mereka boleh bertutur inggeris.

Moga Aisya yg Hanis temui itu diberikan kesembuhan olehNya..

Izan Ishak said...

moga aisya kuat dan tabah dgn dugaan yg diberikan kepadanya... dan moga kesembuhan juga buat dirinya...

Mek Rose said...

sy doakan yg terbaik utk aisya...moga Allah sembuhkan penyakitnya & dpt membesarkan anak2nya seperti insan lain..amin yarabal alamin..

Ati Masrif said...

semoga aisya kuat dan di kurniakan
kesihatan yang baik..amin

Kamalia said...

sedihnya kak. Semoga Aisya boleh sihat seperti dulu dengan kesihatan yang baik-baik hendakNYa.

saniah said...

Moga Allah mengurniakan kesembuhan buat aisya..moga kehidupan aisya diberkati Allah sepanjang masa...amiiiiiiinn
Sedih....

Dinas Aldi said...

Allahu akbar, besarnya dugaan yg ditanggung Aisya. Semoga Allah SWT merahmatinya dan menyembuhkan penyakitnya..

Maya Mayana said...

Semoga Allah meringankan penyakit Aisha...Aminn

apdm said...

salam..

semoga beliau tabah, saya akan mendoakannya. insyallah.

Anonymous said...

speechless

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Semoga Aisya tabah dgn dugaan yg ALLAH tentukan utknya... Sungguh beruntung dia kerana dipertemukan dengan akak, boleh akak panjangkan permohonan doanya itu... Kuasa ALLAH yg penuh tersirat... ALLAHUAKBAR!

Irfa said...

sedih baca :(
tumpang doa utk aisha

Lydia Miza said...

insyaAllah kak fea..saya akan sama2 doakan dia sembuh dr penyakitnya tu. moga Allah memberi kesembuhan kepadanya, amin

Ce'gu JAERA said...

Semoga ksihatan aisyah akan baik2 saja. Amin

Unknown said...

syafakillah untuk saudari aisya.. moga sakitnya itu sembuh dah dihapuskan dosa2nya..amin

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...