Friday, January 25, 2013

Pejabat, Rumah, Hospital dan Miyagi..

Assalamualaikum..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Dah lamanya tak update entry di sini. Ada banyak yang mahu dikongsi. Tapi kesibukan dan kepenatan membataskan masa untuk aku berkongsi cerita. Sekarang ini adikku kembali tidak sihat dan terpaksa ditahan lagi di hospital. Anak-anaknya di rumah pula bergilir demam. Hari ni emak pula tidak sihat. Sedikit lega bila adik bongsuku dan suaminya bercuti. Dapatlah mereka tengok-tengokkan emak dan anak-anak buahku hari ini.

Maha Suci Allah  yang memberikan ujian dan dugaan untuk menguji hambaNYA. InsyaAllah, setiap dugaan dan ujian ini dapat kami lalui dengan penuh sabar. Alhamdulillah.. kami tetap bersyukur kerana dalam keadaan begini, Allah sentiasa ada untuk membantu. Jadual aku sekarang ni memang berulang ke tempat kerja, ke hospital dan ke rumah adik. Memang pengorbanan itu sangat perlu dalam keadaan-keadaan sebegini. Kalau tak kita keluarga sendiri yang mengambil berat, siapa lagi kan?  

Semalam pun begitulah juga jadual kami. Tapi sempat juga keluar makan-makan anak beranak untuk meraikan Is. Kami ke restoran jepun  Miyagi Bandar Baru Bangi semalam. Kami bukan peminat makanan jepun. Tapi semalam sengaja nak ubah selera bila membaca banyak review yang baik tentang restoran tersebut. Juga untuk bagi enviroment yang lain sikit untuk anak-anak.

Alhamdulillah.. seperti kebanyakan review,  memang best makan kat situ walaupun harganya sedikit mahal. (Seperti kata kebanyakan review juga). Suasana jepunnya sangat best. Makanan pun best. Portionnya besar sampaikan bertolak-tolak nak habiskan udang tempura he..he.. Ini kes dah order set lunch nak juga order side dish. Padahal bukan pandai sangat nak makan makanan jepun.  Miso supnya pun aku  tak sentuh. En.asben dengan Han pun cuma rasa hujung sudu he..he.. Tapi yang lain-lain tu boleh aje kami makan.

Bukan tekak jepun kami ni. Tapi dalam bukan tekak jepun pun aku masih boleh kata makanannya sedap. So bagi peminat makanan jepun boleh cuba makan di restoran tu. Semalam memang hari ini dalam sejarahlah bila aku cuma tengok aje salmon Is yang tak habis. Daging en.asben yang tak habis. Nasi Han yang tak habis. Kalau selalu tu aku dah jadi Majlis Bandaran dah tolong habiskan makanan dia orang he..he..

Oh ya, aku ada buat teaser untuk manuskrip ke-2 Benar-benar Cinta. Bab 15 Benar-benar Cinta juga sudah dimuat naik di Ilham Karangkraf.  Sudi-sudikan untuk membacanya pada yang berminat. Terima kasih.  Pada 1-3 Februari ni akan diadakan Karnival Karangkraf di Pejabat Karangkraf Shah Alam. Jom kita serbu dan memborong buku. InsyaAllah kalau takde aral melintang 2 Februari aku juga akan berada di sana.

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua.

9 comments:

Kella said...

semoga semua urusan dipermudahkan olehNya.. In Sha Allah..

Unknown said...

makanan jepun, memang selalu teringin. tp sebab suami bukan peminat makanan2 lain ni, hajat ditunda lah adanya. hehe.

good luck kak fea. lepas ni mesti lebih byk siri novel akak kan.

Kakzakie Purvit said...

Betul Hanis kalau bukan keluarg sendiri yg ambil berat siapa lagi. Moga semuanya dipermudahkan..

Makanan jepun pun bukan pilihan kakak walau makanlah juga tapi lebih suka nasi padang kalau ada pilihan.

Unknown said...

suami saya dah pangkah habis2 dah makanna jepun..dia memang tak mau..heheheh

-Sara- said...

ala kak, nape xde gambar? nak tengok gambar..hehe

MulutPayau said...

Semoga emak dan adik hanis cepat sembuh ya....

Wah..bestnya kalau dapat pergi..boleh borong novel bnyak2...

MumMe said...

tak ingat kat mana mumme rasa sup miso...tp suka rs nya yg light2 gitu...
semoga akak sekeluarga cepat sembuh

apdm said...

salam,,

semoga ujian ini dapat diatasi dgn tabah...

tak suka dengan makanan jepun..hehe

ummiross said...

Moga ibu Hanis pulih segera, semoga adik Hanis kembali sembuh secepat mungkin, semoga semuanya akan diberi kesihatan yang baik setelah diuji, ujian tanda kasih sayang Allah SWT terhdapa hambaNya. Harap Hanis dan keluarga terus sabar, insyaAllah disebalik kesusahan akan ada kesenanganya nanti,juga dibalas pahala berganda.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...