Acik Mustapha, adik arwah ayah mempunyai 3 orang anak lelaki. Kalau diikutkan, tak merasalah Acik untuk menjadi wali untuk menikahkan anak-anaknya kerana kesemua anaknya lelaki. Namun sudah rezeki Acik, dengan ketiadaan arwah ayah, Acik mengambil alih tempat arwah ayah untuk menjadi wali kepada kami 3 beradik. Terima Kasih banyak Acik, orang penting dalam urusan pernikahan dan majlis perkahwinan kami.
Petang isnin, dapat berita yang Acik dimasukkan ke ICU, SJMC. Malam itu pula ada solat hajat untuk pelajar UPSR di surau kawasan rumah selepas solat maghrib. Makanya agak lambat juga baru kami ke hospital. Cadangnya mahu menunda sehingga esok, namun terasa berat sangat hati ini untuk bertangguh. Sudahlah adik-adikku tiada di sini kerana bercuti ke Langkawi. Jadinya terasa tanggungjawab untuk melawat Acik pada malam itu perlu aku tunaikan juga.
Penuh tempat menunggu ICU dengan tetamu yang ingin melawat Acik. Hampir ke 10 malam, tetamu masih tak berhenti datang. Dan aku masih tak dapat menjengguk Acik sebab terpaksa menunggu giliran untuk orang yang lebih awal masuk dahulu. Pukul 10 malam shift bertukar. Pelawat tidak di benarkan melawat waktu itu. Kalau diikutkan waktu melawat di ICU SJMC sehingga ke pukul 10 malam saja. Ada yang terus pulang. Namun aku masih terus menunggu.
Alhamdulillah, ada juga rezeki aku untuk menjengguk Acik malam itu. Mungkin dengan kondisi Acik, kaum keluarga dan sahabat handai diberi perlepasan. Aku masuk bersama en.asben dan anak Acik. Emak sudah masuk dahulu sebelum itu. Sebaknya melihat Acik waktu itu. Acik nampak sakit dengan komplikasi jantung, buah pinggang dan hati. Aku cium tangan Acik. Alhamdulillah, dalam separa sedar dia masih mengenaliku. Along, Acik menyebut namaku. Hanya beberapa minit kami di dalam kerana mahu Acik berehat. Sepanjang malam sehingga ke pagi aku teringatkannya.
Tengah hari semalam dapat berita Acik sudah dijemput Ilahi. Bergegas kami pulang dari ofis. Kami ke rumahnya di Subang Jaya, ke masjid Al-Ehsan Subang untuk solat asar dan solat jenazah dan turut menghantar jenazah ke kubur di USJ22. Hari ini aku sudah kehilangan pakcik tersayang. (Acik ni pengasas JM Bariani dan francaisnya bersama anak-anaknya.) Adik beradik arwah ayah sudah tiada lagi kesemuanya.
Semoga rahmat Allah sentiasa ada buat Acikku Allahyarham Mustapha Bin Abdul Karim. Semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga arwah dan kita semua terdiri dari golongan ahli syurga Allah hendaknya. Acik, damailah dikau di sana. Segala jasamu tetap akan aku dan adik-adik kenang sehingga ke akhir hayat kami.
42 comments:
takziah...
al-fatihah...
takziah.moga arwah dicucuri rahmat.
alfatihah utk arwah acik..
semoga arwah ditempatkan bersama2 orang beriman...amin..
akak bykkan sabar yer...
al-fatihah.... salam takziah dr lia..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin.
takziah kak..
al-fatihah..moga rohnya ditempatkan di kalangan org beriman..
berita sedih kedua dipagi rabu ni...alfatihah utk acik. semoga dia ditempatkan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman
takziah kak fea, patutlah semalam kak fea takde on9.. huhu, al-fatihah...
takziah utk kak fea sekeluarga :)
salam takziah dari akak
alfatihah ....
takziah utk kak hanis sefamili..alfatihah utk arwah..
Al Fatihah...
Oh, Acik rupa rupanyua pengasas JM Bariani...
Al. Fatihah, takziah kepada akak dan keluarga achik nih.
innalillah. dari Allah kita datang, kepada-Nya kita pasti pulang.
Salam takziah buat kak Hanis sekeluarga. Semoga terus tabah.
al-fatihah untuk arwah. semoga rohnya tenang di sana~~~
Hanis..
takziah kepada Hanis dan keluarga Acik.
Ummi dapat rasakan kesedihan Hanis, bersabar ye, moga rohnya ditempatkan di sisi orang2 yang beriman.
Al Fatihah.
salam takziah. kami skluarga mmng pminat JM bariani
takziah..Dia lebih menyayanginya..
takziah kak
semoga allahyarham ditempatkan disisi mereka yg disayangiNya
takziah kak. didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Alfatihah..
alfatihah.
takziah buat akak dan keluarga arwah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yang beriman.
Takziah Hanis..Al Fatihah buat allahyarham..
takziah yer.. alfatihah buat arwah
takziah kak hanis .. moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg tertinggi .. amin .. ALFATIHAH ...
takziah akak...alfatihah...
al-fatihah
moga aruah acik dibariskan bersama org2 yg soleh.. amin
Takziah.
Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Dah sampai janjinya ...
al fatihah utk arwah..semoga beliau di tempatkan dikalangan golongan solihin
al-fatihah untuknya, mudah2an rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman
semoga beliau ditempatkan d kalangan orang2 yg beriman...al fatihah
takziah...al fatihah...sori lame tak jengah sini...
Alfatihah...takziah utk keluarga hanis..ketentuan Ilahi..Dia pinjamkan sekejap pd kita tiba masa Dia jemput kembali..Alhamdulillah achik hanis telah menyempurnakan amanah mewalikan anak2 saudaranya dgn sempurna..berdoalah selalu utk arwah ya..
salam takziah buat hanis sklrg...
semoga roh2 pak saudara dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman
PS: terima kasih tinggalkan jejak diblog saya, sebenarnya ayu nie jenis kurang update.. maklumlah sibuk dikedai makan yang bernama citarasa rinduan...
suka sangat bila penulis populor join blog ayu..
ayu minta izin nak bubuh blog hanis dalam bloglist ayu ya, kategori wajib baca
al fatihah...takziah...
semoga arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman...
takziah dan alfatihah buat arwah acik .. semoga roh arwah sentiasa di cucuri rahmat ..
terima kasih banyak2 atas ucapan dan doa dari semua.. saya hargainya sgt2..
citarasa rinduan : eh, saya bukan penulis popular.. saya cuma penulis yg baru nak bermula.. terima kasih yer sudi masukkan blog saya dlm bloglist.. saya berbesar hati mendengarnya.. terima kasih byk2..
alfatihah buat arwah dan salam takziah buat hanis n family..mudah2an rohnyer d tmptkan bersama glgan org2 yg beriman..
tumpang sedey jugak..takziah dan bersabar k
takziah utk kak hanis n family..
tabahkn hati kuatkan semangat..
Takziah
AL-Fatihah moga arwah tenang disana..
salam takziah
al-fatihah moga arwah damai di sana
al-fatihah
semoga roh arwah dicucuri rahmat
al fatihah untuk beliau...saya doakan rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman...
Al-fatihah utk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat....
Post a Comment