Nuffnang

Monday, September 5, 2011

Summary raya...

Salam Aidilfitri untuk semua..

Masih dalam mood raya? Off courselah kan. Raya kan sebulan. Hari ini ada yang masih sambung cuti. Ada yang sudah mula bekerja. Aku masuk dalam kategori kedua tu. Dah start kerja walaupun ofis masih sunyi he..he.. Raya kawan-kawan semua macam mana? Raya aku seperti biasa. Tetap meriah dikelilingi keluarga tercinta juga sanak saudara yang tersayang. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Segala urusan dipermudahkan. Sebelum sibuk dengan majlis-majlis open house selepas ini,  aku nak update sikit summary raya kami tahun ini.

1. Plan balik kampung Tok di Taiping hari isnin terpaksa diawalkan sehari sebab makcikku di masukkan ke hospital kerana serangan jantung. Jadinya pagi-pagi ahad tu kalutlah berkemas beg bagai sebelum bertolak pulang pada tengah harinya. Hujan sepanjang perjalanan tapi perjalanan lancar.

2. Sehari sebelum raya mengharungi jem di bandar Penang untuk ke Hospital Pulau Pinang melawat makcik yang masih tidak sedarkan diri. (Alhamdulillah, makcik sudah sedar dan beransur sembuh sekarang ini). Balik dari Penang terus sinsing lengan bersama emak dan makcik untuk masak juadah hari raya. Sudahnya, untuk berbuka puasa tu  pun makan lauk hari raya juga.

3. Pagi raya selepas sembahyang raya berkumpul bersama keluarga besar emak di Taiping. Walaupun tak semeriah tahun-tahun yang lepas kerana kekurangan ahli, tapi suasana hari raya tetap terasa. Sempat juga bergambar beramai-ramai anak, cucu, cicit, nenek, moyang semua. Yang best tu siap pegang bendera sempena merdeka sekali. Havoc jadinya dengan macam-macam ragam dan kerenah.

4. Beraya beramai-ramai ke rumah saudara mara sampai ke malam.

5. Sambung pula menonton Cars di pawagam bersama anak-anak, adik-adik dan sepupu-sepupu. Dua row kami conquer di Pawagam Taiping Sentral.

6. 31 hb Ogos - Hari Merdeka. Berborak dengan Tok tentang salasilahnya. Tok bercerita tentang kisahnya yang terpaksa berhenti kerja dari menjadi guru waktu zaman jepun dulu. Memang kena betul dengan Hari Merdeka. Alhamdulillah, dalam umur 89 tahun, ingatan Tok masih kuat lagi.

7. Raya ketiga balik ke kampung en.asben di Sabak Bernam. Meriah juga dengan keluarga besar ibu mertuaku. Pergi jalan beraya beramai-ramai ke rumah saudara mara di sekitar rumah embah.

8. Malamnya bergegar jantung dengan dentuman meriam batang kelapa dan batang besi. Berlawan-lawan bunyinya. Terasa rumah pun ikut bergegar sama. Tapi suasana itu memang indah dan susah nak jumpa walaupun  keadaan itu menjadi gangguan untuk melelapkan mata.

9. Persiapan untuk Majlis Hari Keluarga belah ibu mertua. Seronok bergotong royong menyiapkan juadah. Lepas solat jemaah dan tahlil layan ikan bakar, ayam bakar, air asam dan tomyam yang memang cukup superb malam tu. Lagi feel makan dengan diiringi alunan lagu raya sepanjang majlis.

10. Sebelum balik Bangi sempat singgah beraya rumah keluarga ayah mertua di Kuala Selangor. Sampai rumah sehingga semalam memang layan kain baju yang menimbun pula. Lepas basuh, sidai. Lepas sidai, angkat. Lepas angkat, lipat. Lepas lipat, gosok he..he.. lepas tu angin sebab penat ha..ha..  




40 comments:

Aku Ibu Muda said...

padat sungguh jadual raya akak :)

:: Mrs.Eady :: said...

pack nyer hari akak...:)

selamat hari raya kak.. :)

Mama Gee said...

salam aidilfitri buat kak hanis sekeluarga...

walaupun padat jadual...tp g membaca terasa meriah...maklumlah duk beraya bertiga kt putrajaya je..ada sedikit sunyi...hehee

Hanis Azla said...

aku ibu muda : mmg padat wani.. tp seronok.. waktu penat pun tak terasa..

mrs eady : cukup pack.. meriah dgn kaum keluarga dan saudara mara.. Selamat Hari Raya juga utk awak..

mama gee : Salam Aidilfitri buat gee juga.. oh gee beraya di sini yer.. takpe, asalkan ada insan kesayangan, raya kat mana2 pun sama juga kan..

.: iEyLa :. said...

wahh..siap wat summary ni..
memang padat tul jadual..
keje pon xcamni nih..hihi
selamat hari raye kak.. ;)

whitecappuccino said...

wah! panjang jugak summary ni ya? janji happy!

lydzar said...

meriah raya kan kak. lepas tu memang masing2 meriah jugak ngn kain baju hahaha..saya pon bakal jugak la tu. mlm td baru sampai rumah, terus lambak kainbaju kotor dalam mesin basuh..pagi ni harapkan hubbby yg tak keje tolong sidaikan :D

Eye_nee said...

Hamboiiii....padat sungguh jadual beraya...Seronok ye Hanis ada family yg besar..kedua2 belah pihak pulak tu...Part kain baju tu akk pon sama..pagi td lepas bersahur baru lipat sedikit...

diana said...

raya lepas tu sambut hari kemerdekaan..
memang meriah sakan la tahun ni..kan??

Hanis Azla said...

ieyla : he..he.. itulah, beria plk kan.. kena buat summary ni bukan apa.. takut terlupa plk nnt.. Salam aidilfitri buat ieyla juga..

whitecappucinno : betul kak.. yg penting happy..

lydzar : bestnya ada asisstant.. he..he.. betullah lydzar, lps sakan beraya kita sakan godek baju plk..

eye nee : Alhamdulillah seronok kak ada keluarga besar.. saya pun, smp pagi tadi baru sudah lipat kain.. balik ni nak susun plk.. aduh.. he..he..

diana : betullah diana.. double celebration.. meriahnya terasa lebih lagi..

Amy Syaquena said...

selamat hari raya kak , amy sensitif betul bunyi dentam dentum nie , sekali meletup panjang bunyinya... kalau sembahyang tue asyik terkejut je , kalau terkejut tu boleh di maafkan lagi tapi yang x tahannya mulut berbunyi sama... susah betul orang melatah nie huhu...

Hanis Azla said...

amy syaquena : Salam aidilfitri amy.. oh, amy melatah yer.. mmg tak bolehlah klu terkejut2 ni kan..

farah fauzi said...

selamat hari raya akak..mmg meriah raya tahun ni kalu tgk jadual akak tuh..hehe

Liza @ Adzriel AB said...

ishh... nak geramlah ni hanis gi taiping tak call kak liza. kak liza kat sana seminggu sampai jumaat tau.

Hanis Azla said...

farah fauzi : selamat hari raya farah.. time raya mmg selalu meriah and pack jadual mcm ni..

liza@adzriel ab : oh ye ke kak liza.. ruginya.. tak tahu plk akak di taiping juga.. klu tak boleh kita bertemu di taipig kan.. rugi2.. nnt jemputlah ke rumah yer..

Sizzling Suzai said...

huhu..bunyi pon da meriah dah..jeles je coz family sy kecik je..hemmm...raye pon busan je..haha neway, SELAMAT HARI RAYA kak..! ^^

lor..akk dok bangi ke??sy kat sg.chua je ni..

MulutPayau said...

padatnya jadual raya....tapi tak pe, jnji happi...

Gen2Merah said...

macam tak puas plak nak beraya .. huhu.. banyak umah lagi belum pegi...

ieda said...

banyak agenda akak nie .. hebat ! :)

~Nana 귀여운~ said...

padat sendat beno jadual die..huhu

shameel Iskandar said...

selamat hari raya.
Wah padat sungguh aktiviti raya. pasti memenatkan. asal taiping ke.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

samalah kita kak..jadual raya kita padat sungguh..blog pon terpaksa cuti sama hehe

selamat hari raya kak

missbby said...

salam kak, sama jelah ngan saya kak..last sekali menimbun kain baju..tu yang sambung cuti semalam tuh..

mamalieyna said...

selamat hari raya~

raya sakan la ye..hee~penat2 pun puas hati~

Hanis Azla said...

sizzling suzai : salam aidilfitri suzai.. family kecik meriah cara lain pula kan suzai.. eh..eh.. kita berjiran rupanya yer.. nnt2 bolehlah jumpa kan..

mulutpayau : betul2.. yg penting hepi..

gen2merah : akak pun gitu.. bykrumah nak pi ziarah lagi..

ieda : byk agenda sbb family besar ieda..

nana : he..he.. mmg padat & sendat..

shameel iskandar : salam aidilfitri juga.. wp penat tp hati seronok.. mak akak asal taiping.. so kaum kerabat mmg ramai kat sana lg..

rina avail aka cik betty : sbb jadul padat, blog cuti kejap kan.. he..he.. salam aidilfitri juga rina..

missbby : bestnya dpt smbung cuti.. tentu dah settle kain baju..

mamalieyna : Salam aidilfitri juga.. mmg cukup puas hati wp penat melanda.. he..he..

wahida said...

seronok kan kak raya kat Sabak? hehe...saya pun enjoy raya kat sana...meriah sesgt!!

Sz said...

selamat hari raya kak!
cayalah akak dah sempat buat summary raya...
saya ni citer raya banyak tapi dah tak tau nak citer apa..ketandusan idea...ihiksss

Cik Puan Zura said...

tu dia...kak...padatnya info...best kan banyak aktiviti dan kenangan...hehehe

qemaishak said...

Wah kak meriah raya..nanti tepek la gambar pegang bendera tu ye..:)

Hanis Azla said...

wahida : mmg best beraya kat sabak tu..

sz : he..he.. sbb takde idealah keluar summary tu suzie.. ha..ha..

cik puan zura : sbb tu buat time ingat.. bila dah lupa tu tentu sekerat aje citernya.. he..he..

qemaishak : mmg meriah.. insyaAllah.. sebab gambar dalam kamera org lain.. itu yg lambat sikit nak tepek tu..

Daddy Ziyyad said...

Ohhh..dah ada Taiping Sentral ya :)

Lama saya tak ke sana..saya belajar di Taiping dulu tahun 1994-1995.

eB ezrin said...

wah pacnyer aktiviti :)

Hanis Azla said...

daddy ziyyad : mcm2 dah ada kat tepeng la ni doc.. tp akak pun tak sempat nak explore semua.. selalu klu balik sana pun suka lepak2 kat rumah dgn tok aje..

rb ezrin : mmg pack eB..

NM02 said...

wow... sakan benor kekdahnya... hehehe

sahromnasrudin said...

jalan klang - kuala selangor - teluk intan mesti sesak teruk kan huhuhhhh

Hanis Azla said...

nmo2 : cukup sakan.. he..he..

sahromnasrudin : Alhamdulillilah, perjalanan kami tiada mengalami kesesakan.. tp mmg dari arah sabak bernam ke teluk intan kesesakannya begitu panjang.. mmg muaklah siapa yg kena mengharunginya..

fazilzura said...

selamat hari raya maaf zahir batin hanis...

wah wah sakan beraya ye

Hanis Azla said...

fazilzura : sakan.. he..he..

Aida said...

bestlah kak .. siap ada summary .. aida lansung tak ingat dah .. yg tau seronok dan makan je .. wakaka

Hanis Azla said...

aida : sbb tgh fresh dlm ingatan.. itu yg cepat2 buat summary tu.. he..he..