Semalam Yus ada tanya, lebih kurang sama ke USS ni dengan Disneyland. Alamak, yang itu tak boleh nak jawab sebab tak pernah sampai lagi ke Disneyland tu. He..he.. Ramai juga yang kata nak tunggu anak-anak besar sikit baru nak pergi ke USS ni. Yang itu aku setuju. Bila anak-anak dah besar, lagi fun sebab banyak ride yang anak-anak boleh join sekali. Barulah berbaloi dengan harga tiket tu. Untuk kanak-kanak, ada attraction kalau tinggi 102 cm dah boleh masuk. Ada juga yang 125 cm baru boleh masuk. Macam Az pun ada yang dia tak lepas nak masuk. Nasib baiklah en.asben dah pernah sampai USS tu, jadinya bolehlah en.asben tunggu Az kat luar.
Bersambung lagi tentang USS. Kami mulakan penjelajahan dari sebelah kanan. Jadinya tempat pertama yang kami masuk ialah Light, Camera, Action hosted by Steven Spielberg. Attractions ini di kawasan New York. Dekat luar tu memang ada diberitahu berapa lama kita perlu menunggu. Untuk attraction ini kami perlu menunggu selama 15 minit. Yang ni kanak-kanak pun boleh masuk. Tips : Kalau bawak anak-anak elok kalau bawak jajan. Air pun kena standby. Jadinya taklah terasa waktu menunggu tu. Anak-anak pun tak bosan. Kalau bosan boleh bagi makan. Bawak jajan dalam beg memang dia orang tak check. Jadi memang boleh bawa masuk. Kalau tak pun dalam USS tu pun ada macam-macam jajan yang di jual. Tapi mahal sikitlah. Air pun kat mana-mana ada jual. Water cooler pun boleh jumpa kat banyak tempat. Kalau taknak beli boleh isi air dari water cooler saja.
Kena beratur. Tapi sepanjang beratur tu ada macam-macam yang kita boleh tengok. Macam kat Camera., Light and Action ni ada macam-macam poster filem. Jadinya bolehlah layan waktu menunggu tu. Tengoklah, Is dan Az dah buat muka sentap. So jajan memang sangat membantu. He..he..
Staff USS mengucapkan selamat datang sebelum Steven Spielberg mucul di skrin bercerita tentang pembikinan filem.
Selepas itu kami di bawa masuk ke dalam studionya pula. Yang ni best. Ada hujan ribut bagai. Siap dengan cermin pecah. Ada guruh kilat. Ada scene kebakaran. Siap terasalah bahangnya. Ada juga yang terkena percikan hujan tu. Skrin Bandar New York kat belakang tu pun bertukar mengikut perubahan cuaca. Awesome. Macam real sangal.
Di penghujungnya siap ada kapal besar ni masuk dalam studio. Gerakannya macam nak langgar kita. Berhenti pun betul-betul di depan kita sebelum sauh di jatuhkan. Berderaulah juga jantung tu.
Seterusnya kami ke Transformers 3D Ride. Yang ini adalah attraction baru di Sci-Fi City. Amiey kata last time masa dia orang pergi ride ni masih dalam pembikinan lagi. Kat luar tu ada diberitahu masa menunggu ialah 80 minit. Kita orang redah juga.Tapi aku tak terasa lama pun. Mungkin sebab ada jajan kot.. he..he.. Ride yang ini kami anak beranak semua boleh masuk. Best.
Mana nak terasa lama sebab sepanjang beratur dan menunggu tu, suasananya seperti kita berada di makmal Transformers. Ada macam-macam peralatannya. Aku pun tak tahu nak panggil apa. He..he.. Lepas tu barisan sentiasa bergerak. Itu yang tak terasa lama tu.
Ada bermacam-macam punat yang boleh di tekan. Rasanya semua yang beratur tu dok menekan.
Yang ni pun ada. Tangan robot yang terputus kot. Aku pun tak pasti. Kat dalam ni pun sejuk aje. Jadinya memang selesalah waktu beratur dan menunggu giliran tu.
Dalam makmal Transformers kan. Mestilah ada banyak logonya.
Sebelum naik tu adalah di terangkan serba sedikit tentang ride tu dalam skrin. Macam inilah rupanya seat dalam ride tu nanti.
Panca Sitara he..he.. Sebelum naik ride Transformers, semua orang kena pakai cermin mata 3D tu. Barulah terasa efeknya nanti. Ride ni sangat-sangat awesome okey. Mungkin aku jenis yang mudah berpuas hati. Walaupun baru masuk 2 attraction tapi aku dah rasa berbaloi dengan harga tiket sebab memang sangat best. Ride 3D ni macam kita berada dalam movie Transformers tu. Berlawan dengan Megatron lagi. (Info ni anak-anak yang beritahu. Walaupun aku tengok Transformers tapi tidaklah aku menghafal nama-nama watak tu). Siap badan-badan robot yang entah apa namanya berkecai depan kita. Terasalah bahang panasnya. Lepas tu kita di seret langgar banggunan. Masuk dalam bangunan pejabat lagi. Langgarlah semua meja dalam bilik mesyuarat. Masa nak jatuh dari tingkap pejabat tu Transfomers tahan. Jadinya terselamatlah. Lepas tu adalah aksi-aksi berlawan lagi dan lagi. Serius best.
Kat luar tu ada transformers besar ni. Kalau nak bergambar dengannya kena beratur juga. Aku ambil gambar dari jauh saja. Ride transformers tu dah cukup mengujakan. Tak bergambar dengan transfomers pun takpe he..he..
Aduhai.. angin betul. Dah taip banyak-banyak dan upload gambar bagai boleh hilang pulak separuh. Frustnya. Kenalah bersambung lagi.
37 comments:
wahh...trnsformers..terbaiklah sis.. :p
huaaaaaaaaaaa nak nagis tgk ada transformers.. hishhh jeles2 hahaha
hubby kata plan dr skrg lagi 4 tahun nk g lagi mesti ada byk lagi attraction yang baru..heeee
masa tu anak2 pun dh besar ... mesti lgi best..tapi budgetnye kena besar gak la huhuhu
modd ; jeles nk gk bergambar ngan robott heheheheheeh
Waahh, teringin la nak pergi jugak, oklah kena kumpul duit gak, bagi anak besar dan meninggi lagi, hehe..lagi kak, gambar dan cerita, terasa cam ada kat USS pulakk..:)
akakkkk..teruja betul kita tgk pengembaraan akak ke USS nih..
tp betul mcm akak ckp kena tunggu anak besar sikit
mcm sy nih bukan jauh sgt nk ke s'pore tp anak kecik jd kalo pegi pon x fun nnt..
p/s: akak entri td bkn nk malukan akak tau..kita yg nk mintak maaf sbb dh buat akak konpius hihi..jd akak x yahla mintak sori kt kita..lgpon kita risau ada org lain yg salah faham juga nnt x psl glemer lak pak mentua sy hehe
lepas baca ni, rasa macam nak pergi pulak , tanpa tunggu anak saya besar sikit (sebenarnya bapaknya yg excited!!)..hahaha
ala..kira kalo nk pegi kene tunggu anak besar la ni ye...hurrmm...
mesti best tgk 3d, takpe saya setia menanti next part.. :)
seronoknyaaa!!! tak tau nk kata apa dah..bawak bersabar mamalydzar ihihihi
waaa syoknyerrr
thun dpn mmber kaloi ajak pergi
tp sure berbaloi ke sis?
seronoknya..dah lame mengidam nak gi sana tau...anak2 pun selalu gak sebut nak gi sana..harus kene pegi jugak ni...
lepas baca review hanis ni, tetiba rasa nak pegi.
hanis...baca info hanis pun dah terasa syok nya USS..ishh tak sabar nak pegi nih..anak2 dh besar yea yea blh enjoy semua ride kat situ..:) thumbs up la hanis..nk info lagi tau.. :)
waa semuanya macam real je Hanis kan, mesti hebat teknologi yang dia orang gunakan, bila Malaysia pulak nak ada yang canggih macam ni ye..
kak... mcam best!!! wahhh kemain bebudak tu kan
pergh, biler kami nk gi nih? hu3
teruja habis baca entry ni.. terus print as rujukan! hihihi..
seronoknya baca entry USS ni!!!
syoknya USS ni..bila la dapat pergi ;)
syoknya USS ni..bila la dapat pergi ;)
okeh..jeles tgk..mau pergi jugakkkkkkkk
bestnya akak dapat pergi .. huhuh liza dah ajak hubby liza dia kata tunggu ada kereta baru.. tah berjanggut la tgu kereta baru..hhuhuu
TGK GAMBAR JE ..DAH TAHU MESTI BEST SGT KAT USS NI
wah mmg menarik ar gambar2 akak kesana tak sabar nak pi sana...
nampaknya lambat lg la kalau nk tunggu esyhad dan Nabhan besor..silap2 tambah lg baby tk terpergi-pergi lg...
berbaloi-baloi la kalau sesekali pergi...kena menabung dr sekarang RM 3 setiap hari hiks...
seronoknya kat sini..anak2 mesti suka..
wahhh, syioknya kak..... mesti awesome dalam studio tu kan.... macam real punya spt dlm filem Hollywood
wak pon baru balik jalan2 singapore, sekejap je tapiii... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........
lia pun setuju..kene tunggu anak2 besar sikit n faham tgk semua tu baru blh pegi kan...tiket mahal tu..hehee
hmmm belum tercapai lg hajat nk bawa makbondaku ke USS nih..dah nk abis tahun still tak tertunai..
entry sis ni bikin hati mau terjah before abis tahun..hehehe
wahhh .. transformers ada dah ekk kat uss .. untunglah sapa yg pegi time ni .. cepatlah dapat bonus .. nak gak sampai sana ..
Gler bez bt ht sy membuak nk msuk unvsal. Hee...nk tya kos mcm ne sis? Hihihi...svey.
saya dah abis baca 3-3 part. kebetulan nak gi spore next week. tapi takde lak plan nak gi USS. tapi bila baca akak punye entri ni....rasa macam terpanggil2 nak ke sana. :D
Review akak ni penuh informasi..
InshaAllah saya nak gi Ahad ni..
transformers ride ni nak masuk de had umur ke tuk budak??
Than pass msk uss ni leh re-entry ke??
Review akak ni penuh informasi..
InshaAllah saya nak gi Ahad ni..
transformers ride ni nak masuk de had umur ke tuk budak??
Than pass msk uss ni leh re-entry ke?
Klo dah keluar bley msk balik ✗?
Best baca blog ni..stori satu persatu..tq tq..ciku pun lama tunggu anak beso ni..insyaAllah next week pegi USS ..cam best je 3D transformer tu..hihi
Salam, klu bwk baby setahun n nak main games dlm tu ok x.ke x sesuai.
Salam, klu bwk baby setahun n nak main games dlm tu ok x.ke x sesuai.
As-salam Akma Raziah..
Rasanya boleh aje.. tapi tak banyak gameslah yang baby umur setahun dpt main..
Post a Comment