Nuffnang

Tuesday, December 27, 2011

ICT, Snow Walk dan potong Q...

Sabtu lepas aku ke ICT, Shah Alam. Orang lain dah lama sampai, aku baru pertama kali nak jejak ke sana. Sebelum ni walau orang lain sibuk-sibuk kata tempat tu penuh dengan lampu-lampu cantik aku tak tertarik hati sangat nak pergi. Tapi bila dengar pasal Snow Walk kat sana, tiba-tiba jadi teringin pula. Itu yang bila adik, sepupu dan makcik aku ajak, aku pun join sekali. Orang tak pernah rasa salji, itu yang nak merasa sangat tu.

Pada aku okeylah Snow Walk tu. Bayaran masuknya RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Harga termasuk jaket sekali. Agak berbaulah sikit jaket tu. Maklumlah dah ramai-ramai dalam keadaan lembab pula kat sana tu. Jadinya kena tahan hidung sikitlah. Kalau yang ada winter jaket tu bolehlah bawak sendiri. Boot pun boleh sewa. Sepasang RM10. Dapat stokin sekali. Kena bayar deposit RM20. Waktu pulangkan boot bolehlah ambil deposit tu. Kalau taknak sewa, pakai saja kasut bertutup dan berstokin dari rumah.

Sejuk betul kat dalam tu. Mula-mula aku masuk pakai sandal saja. Padahal yang lain memang dah sarung sport shoes dari rumah. Bila dah masuk tu rasa tak tahan sejuk. Sakit rasa jari-jari kaki sebab kebas. Apalagi, aku keluar balik dan sewa boot. Masuk kali kedua lengkap berboot barulah rasa okey sikit. Tapi Az, pulak masih tak tahan sejuk. Sedangkan dah pakai boot. Aku siap belikan sarung tangan lagi. Az masih tak tahan juga. En.asben dahlah takde. Terpaksalah aku dukung dan peluk dia kuat-kuat. Bukannya kecik. Dah besar. Nak masuk darjah 2. Lengguhlah juga tangan ni. Jadinya tak bolehlah nak lama-lama kat dalam tu.

 Han, Az dengan sepupu dan dua pupu mereka..

 Tak cukup korum lagi ni. Pakai-pakai jaket aje semua tak sabar nak pose walaupun "a bit smelly"..

Han dengan dua pupunya. Anak dara aku ni dah pandai pose dan bergaya sekarang ni. Terus rasa makin tua bila anak nak masuk sekolah menengah.

Lepas keluar dari Snow Walk kami bawa anak-anak main-main. Lepas tu naik ride kat dalam area ICT tu. Orang memang ramai. Beratur pun panjang. Tapi barisannya agak tidak teratur. Waktu kami beratur dah nak sampai bahagian yang depan-depan boleh pula ada orang nak potong barisan. Selamba saja menyelit dan tolak anak-anak dia masuk barisan. Bayangkan, kami sekeluarga ada 14 orang masa tu. Tiba-tiba saja ada orang lain dalam kumpulan kami. Memang sah-sahlah potong barisan kan.

Adik aku pula memang laser sikit kalau bab-bab orang yang tahu mengikut peraturan ni. Apalagi, kena soundlah orang tu. Kalau aku, walaupun rasa bengang tapi rasanya aku tak berani nak sound. Tapi dengan adik aku memang silaplah. Dia memang berani nak tegur bila ada perkara yang tak betul macam tu. Orang tu pun tunjuk protes. Sentap tangan anak dia keluar barisan. Dia kata tak tahu nak beratur kat mana. Aduhai, lagilah adik aku bengang. Logik ke, tak tahu nak beratur kat mana, terus pergi bahagian depan-depan. Ada juga yang buat badak, berdiri terus dalam barisan kami. Tak tahu nak cakap apa lagi dah dengan orang yang pentingkan diri macam tu.

Waktu dah naik ride aku nampak orang yang nak potong barisan tadi tu. Bukan  main lagi dia tahan tangan dia takut orang potong barisan dia. Dalam hati aku, pandai pula dia nak jaga barisan sendiri tak nak bagi orang potong barisan dia. Barisan orang selamba saja nak potong. Off topik tentang orang yang pentingkan diri sendiri tu. Kita ambil iktibarnya saja. Selalu macam tu kan. Kita taknak orang buat perkara yang tidak menyenangkan kita. Tapi kita tak kisah untuk buat perkara yang tidak menyenangkan orang lain. Moralnya, jangan pentingkan diri sendiri dan ikutlah peraturan seperti mana orang lain boleh ikut. Kesannya, kita tak sakitkan hati orang dan orang pun tak rasa sakit hati dengan kita.

44 comments:

kasihibu said...

hrmmm...tak boleh tahan dgn orang yang potong q ni
memang tak hormat orang lain

seronok berkumpul dgn keluarga walaupun bersalji di ict ;p

eB ezrin said...

mmg ramai la g2.. tapi kalo x perasan barisan leh jadi jugak sbb eB pernah g2, x tau nk start baris kiri ker knn. hu3
ps: ramai yg kater semmly eh? adusss

Qhaifa Nur said...

saya pun belum jejak sini lagi..terigin nak ke sana...

kenapalah potong q, macam tak faham je...

Huda said...

Issh, memang pantang betul dengna orang yang potong barisan ni kan..saya pun tak sampai sini lagi kak, entah bila lah nak jejak ke sini..

Ati Masrif said...

emm..orang2 macam ginilah
yg potong mood org nk bergumbira..

kita dah pernah pi sana
mmg siap2 pakai kasut dan stokin
sejuk beku dlm tu kan ..
maklumlah peti ais ...hihi~

kakcik said...

Di mana2 kita akan berjumpa dengan orang yang suka pentingkan diri sendiri. Iktibarnya, bila kita tak suka orang lain lakukan kepada kita, maka janganlah kita lakukan kepada orang lain. Betul tak? :)

So Shy Lady said...

hai mcm2... susah sgt ke utk t.myusahkn org lain?... tak pe la, biar kita ingat slalu.. what u give u get back ;)

ank akk lbih suka bc TFT pdahal akk dh blikn dia novel lily haslina

Izan Ishak said...

tak suka kan kak dgn org pentingkan diri sendiri ni. en hubby izan pun kalau jadi macam tu depan dia... selamba je dia sound.

nyanyisunyi said...

Akak pun pantang gak kalau org potong line ni...pulak tu kalau kita dah lama menunggu...hangin satu badan tp kalau org tua yg potong akak diamkan je...

akak lom penah pegi ICT ni..nantilah ada rezeki bawak anak2

Eye_nee said...

akk pon jenis yg sama mcm ur sister tu sis...mmg pantang kalau kita dah duk berdiri lama tetiba dia potong...akk akn sound balik namun dgn cara yg paling berhemah lah...kalau dia sentap itu dia punya pasal yg penting akak tahu akk betul...

mak encik | SZ said...

teringin gak nak g snow walk tu kak! macam menarik, takdelah jauh sgt ngan rumah tp tak tersampai2 :p

fazrulnoor said...

selalunya perempuan mmg x le sabar ngan org yg ptg q. laki2 lebih boleh sabar..tp ptg q ni mmg menyakitkan hati org

Daddy Ziyyad said...

Saya sendiri tak pernah masuk ke ICT tu walaupun selalu lalu situ! hahaha..

Saya jenis macam adik Hanis Azla jugak...saya pernah sound sorang apek yg selamba badak potong Q masa beratur kat Tesco..hahaha

diana said...

mesti cina kan???:p

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

akak tau dak, ade kwn sy selamba kodok je bawak anak dia umor 3 bulan masuk umah salji tu..padahal dah tetapkan had umor yg leh masuk. dia kata tak baca..bahaya tol..anak akak yg dah sekolah tu pon cakap sejuk tak tahan..ape lagi anak dia yg kecik n tak tahu berkata2 tu..hhuhuhu

org yg camtummg patut dilase je kak..if tak cukup ngan mulot..kasi laser cam ultramen pon ok..grrrrr

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

saya cukup angin klu org potong Q.tpi mulut takut nak lazer..tak terluah.huhu.


sis..saya lum sampai sana lagi.nak pergi gak!

Pok Amai-Amai said...

Sy tak pnh g ICT lagik. Best ke?

Sy tepuk tgn dgn keberanian adik awak. Klu sy pun, sy sound je. Elok menegur manusia yg takde sivik nie.

=(

Fieza79 said...

pnh dh smpai ict tp ms tu lum ada snow walk tu..

teringat ms masuk snow world kat genting..mmg berbau kan jaket2 tu..haishh mula geli nak pakai tp demi nk masuk terpaksa la pki jgk...

Kayun.Zack said...

ala, x pernah masuk yg snow walk tu lg la akak. hee. pegi tgkp2 gmbr yg kat luar je.

hee, msti malu tu sbb dia x expect org nk tegur la kot kn. hehe. takpela, biar dpt pengajaran. *dulu kat skolah rendah jd pengawas jg barisan bg org x leh potong time beratur kat kantin. haha

Liza Abu Bakar said...

rasa nak amik gambar je ye org mcm tu.. tak sopan betul. mmm... sebulan je lagi kak liza dah nak 39.. 1 angka lagi nak 40. 2 org dah menengah.. adoii..he..he.

gadisBunga said...

akak. nak komen off topic ni.

congratulations sebab dah ada novel!!! nanti saya nak beli dan baca. :D

eisyaawie said...

Snow walk nie mmg sejuk giler kan... sy pon br pergi sekali..hihihi..

Liza Abu Bakar said...

http://www.adzriel.com/2011/12/sekolah-menengah-jalan-4-tahniah-han.html

Kakzakie said...

Kakak semalam shopping kat Giant pun ada org potong Q - hubby kakak kenyit mata kat kakak so kakak kata pada lelaki itu "Depan tu suami kakak, ini pun bakul kami juga, kalau awak celah kakak macam mana nak bayar?" Dia terus minta maaf malu sebab semua org tengok dia....

p/s: Tegur aje dgn baik Hanis mesti org akan malu. Betul cara adik Hanis - kena tegur kalau tak semua org buat sama.

wahida said...
This comment has been removed by the author.
wahida said...

saya pun pernah sound mamat negro potong q masa kat mekdi...sentap terus mamat tu...kan dah termalu...hehe...

ummiross said...

selalu ada orang macam ni kan, 'bengkak' jugak hati kita dibuatnya kan hanis..

ieda said...

hurmm semua org x suke lah kan kak , kalau ada org bersikap macam tuu , selalu saya harap sgt2 org2 nie sedar .. tapi bila ada di tempat kejadian saya pun adakalanya hilang sabar kekke

kadang2 tuu saya pandanggg je org2 mcm nie .. tapi mereka buat muke selambeer aje .. aduhhh sakit ati !!! :)

Aida said...

X pernah lg kena org potong Q time beratur.. Tp potong Q time bawak kete pasti ada.. Sakit betul hati..

Dilla Ady said...

bile la nk merasa gi sini kak..huhu

Anaa said...

banyak2 sikap negatif, potong Q la salah satu yang boleh kasi hangin naik satu badan... :)

Hanis MY said...

akakkk mmg hanis nyampah sgt dgn org mcm tu ee tak suka tapi geram dlm hati jela nk sound tak berani huhu...

محمد رازيق said...

bestnyer kak.. saya pun belum pergi lagi kak ICT.. nak2 yang tempat ais tuh.. asyik dengar org cakap jer.. hehe.. mesti syok ni..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

tak sampai lagi kat sini..tapi org kata ramai sangat cuti2 sek nie kan.

Nini D.. said...

memang menyakitkan hati bila berdepan dengan manusia yang tak reti bahasa...

Kamalia said...

siang td xsempat nk komen..bestkan jln ramai2 camni.
kot sy pun angin je org mcm tukan kak..erm,nak tegur takut la pulak..hehe

Azian Elias said...

u yg memang jauh dr s alam ok lah kalau baru je sampai.. akak ni yg duduk tepi teliga baru je 3 bulan lepas sampai. tu pun tak sempat nak ronda dah hujan lebat..

azieazah said...

Kami dulu pegi tak masuk pun snow tu. Tak sempat. Games banyak nak layan. Orang ramai, memang ramai yang kurang ajar potong barisan.

Kak Azie pun kadang2, selamba jer sound kalu tengok orang takdak manners nih!

ainnoraini said...

mmg pantang betul org mcm ni...sesuka hati jer nk mencelah.. pantang ada ruang..

whitecappuccino said...

wah! dah dapat experience rasa snow la tu ya..cam best jer tempat ni..

Oh ya hanis, akak dah beli novel hanis..baca kat sini http://whitecappuccinol.blogspot.com/2011/12/pmr-boling-buku.html

dah habis baca, best!! tulis la lagi..

h A n Y S said...

Saya ni yang dok dekat dengan icity pon tak masok lagi snow walk tu kak..hee..

MumMe said...

dekat traffic light pun kdg kala mcm tu kak...mumme mmg x kan biarkan...at least main lampu...

MulutPayau said...

tak pernah lagi ke ict...

mamawana said...

Tingin plak nak snow snow nih..