Menghitung hari mahu ke Singapura membuatkan aku teringatkan cerita lama. Bukanlah cerita Singapura di langgar todak tu. Tapi cerita waktu aku kecil-kecil dulu. Waktu dulu kami sekeluarga memang selalu ke Singapura. Arwah ayah memang dibesarkan di sana. Pernah bekerja sebagai polis Singapura juga. Emak dan ayah bertemu jodoh juga di Singapura. Saudara mara dan kawan-kawan arwah ramai di sana. Dulu kalau ke Singapura, selain mahu melawat saudara, agenda lainnya ialah membeli belah. Ingat lagi, kalau nak membeli beg sekolah pun, ayah dan emak akan mencari di Singapura. Tuala dan laici tin memang selalu menjadi kiriman jiran-jiran dan saudara-mara yang tidak berpeluang ke sana. He..he.. kiriman utama tu. Waktu dulu matawang kita masih sama kot. Jadinya bolehlah membeli belah, Sekarang ini dengan kadar tukaran yang semakin tinggi memang tak berbaloilah mahu membeli belah di sana.
Kalau dulu, bila kami ke Singapura kami akan menginap di rumah saudara di Woodland. Berulang kali datang memang di situlah kami akan menginap. Di situ ada macam perkampungan nelayan. Di situlah arwah ayah dibesarkan dulu. Kalau dari imegresen boleh jalan kaki saja. Rumah-rumah di tempat itu tidak sebesar dan secantik mana. Namun cukup selesa kerana tuan rumahnya cukup baik budi. Untuk pergi ke rumah-rumah di situ kena melalui titi-titi kayu yang bersambungan antara satu sama lain. Ini kerana rumah-rumahnya di bina di atas laut. Kalau tidur malam memang best sebab boleh dengar bunyi air pasang dan surut. Debush.. debush bunyinya. Bila air surut, bolehlah bermain di bawah rumah-rumah tu. Seronok sangat. Bila mereka balik dari laut, kami akan dijamu dengan sebakul makanan laut. (Bakul sebesar bakul durian tu, memang puaslah makan. Belangkas pun ada. Rasa lemak aje telurnya bila di bakar). Teringat-ingat sampai sekarang suasananya.
Sekarang ini penempatan itu sudah tiada lagi. Saudara yang di Woodland dulu pun sudah ramai yang bermastautin di JB. Namun kemesraan dan persaudaraan yang terjalin dengan erat masih dapat aku rasakan sehingga kini. Awal tahun ini aku membawa emak dan makcikku ke kenduri saudara yang dulunya di Woodland tu. Dalam perjalanan aku bertanyaan pertalian kami dengan saudara di Woodland itu dulu. Sebab aku tak dapat tangkap mereka dari keluarga belah mana. Dari situ barulah aku tahu yang rupanya tiada sebarang pertalian persaudaraan antara kami rupanya. Mereka cuma jiran yang rapat sejak dulu. Keakraban dan hubungan yang rapat membuatkan aku langsung tidak tahu tentang itu. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana dikurniakan dengan jiran yang begitu baik bagaikan saudara mara sendiri.
46 comments:
wah...masih adakah lagi sebegitu jalinan yg sebegini disini?
syukur...moga ikatan ni terus kekal..
pnting bbuat baik pd jiran krn mrekalah org yg dahulu smpai tkala kita ksusahn. Syukur lah ada jiran yg baik budi ;)
bagusla ada jiran camni kak..igtkan sedara ek..huhu..
mmg seronok bila dpt jiran yg baik mcm sedara ni. Tak rasa kekok kan.
Seronok dapat jiran baik camni..selamat bercuti nanti ye kak..moga selamat pergi balik:)
Alhamdulillah. Ada masanya, jiran tetangga & rakan taulan lebih akrab dengan kita dari saudara sendiri.
sronok dpt rakan camtuh kan? :)
Sudah lebih suku abad kakcik tidak menjejakkan kaki ke Singapura. 'Di sana kasih pernah bertaut'... (~_*)
alhamdulillah, hubungan kekeluargaan masih utuh
alhadulillah....skrg ni ssh nak dapat jiran yg btl2 tulus hatinya....
mmg seronak dpt jiran2 yg baik mcm tu..
alahamdulilah jiran2 kat rumah tu pun ok jugak...bukan senang nak dpt jiran2 yg baik sekarang ni..
bertuah sape dapat jiran camtu..mmg terbaek :)
untung dpt jiran yg baik hati kannn :)
bagus kan?..ikatan yg terjalin masih dikekalkan.....
Memang untung dapat jiran begitu..akak, saya dulu pun duduk jb, sekolah jb, tiap minggu memang ke singapore, shoping kat sana..tin laici mmg benda wajib beli kan kak..:)
memang bersyukur sangat klau dapat jiran macam tu......
bagusnya jiran family akak dulu kan. skg ni jiran esp kt bandar sibuk2 belaka. keluar rumah pagi, lewat petang or malam baru balik. mmg mcm susah je nk berbaik2 sgt ni..
wow..bestnyer klu dapat jiran macam tu kan akak...bestnye nak gi USS...
smoga persahabatan kita pun kekal mcm tu jugak ye kak..
eratnya sebuah persahabatan...seronok mendengar cerita kamu...
MasyaAllah, bertuahnya mendapat jiran yang baik macam tu, inilah yang dikatakan orang Islam itu bersaudara...
wak dulu pon penah keje kat singapor jugakkk... eeeeE wak dh datang niii nk komen komennnnnn.................
kadang2 memang ada jiran yang lebih mesra dengan kita dari saudara mara kita sendiri..
Jiran adalah saudara paling dekat yang boleh kita harapkan. Jika kita berbaik dgn jiran, banyak sekali untungnya.
Ada jiran yang dah macam adik beradik..
Tingin nak pi Singapore.
tak pernah gi singapore...walaupun asal org johor.. :)
saya dan famaly sendiri lagi rapat dengan jiran banding saudara...
jiran yang baik memang sejuk hati kita kan....
Salam
Ada masa singgah dan bagi pandangan tentang template blog saya ya. Terima Kasih
wow, akrab sampai mcm tu sekali, untuknya bila ikhlas dalam bersahabat kan
mak dgn nenek sy ms zaman dulu-dulu pon kalau shopping mesti gi singapore..
baca cerita akak ni blh terasa bestnya suasana ms tu..x penah makan belangkas..cemanalah rsnya ek..
juga punya saudara di Singapura. Belum berpeluang untuk kesana cuma emak ngan abah jek dah jumpa sedara mara disana..
waah sampai camtu yee..mmg rasa cam sedara lah kan..bertuah dpt jiran camtu..^_^..skrg susah nk jumpa..huu~
dulu kak saya duk jb lama .. selalu juga ke woodland tuu dah mcm daerah sendiri sbb suke beli buah2 disana ..
kebetulan saya ada mak saudara yg kerja sbgai DJ di radio singapore ...
skrg dah bertahun x kesana .. katanya dah lain benar huuh .. JB punn takut nak turun .. jalan simpang siungg huhuh
betul tu kak...org dolu2 memang berbondong-bondong membeli belah di sana...dulu kecik2 berangan juga nk buat rumah tepi laut tp sebab tsunami pun boleh ada kat rantau ni impian tu dh dikuburkan...
debush...debush...
sorry kakak bru sempat nk bw...susah ckit nk ngulor skrg ni (curi tulang..)
teringat zmn kck2 dulu..ramai orang lelaki kt kg kerja kat spore..diorang slalu beli kain cntik2 n brg2 lain pun...murah katanya...
tp skrg terbalik pulak..org2 spore pun dh turun shoping kt JB...
alhamdulillah...ikatan utuh walau tida darah persaudaraan.sungguh murni ikatan tersebut.
untung kak dapat jiran yang baik...
saudara sesama islam kan kak... :)
Hehehe, Ada lgkah skang ni jiran yg mcm ni.... Yg selalu di dengar, jiran sbelah pon x kenal.... :)
waaa.. sonok2.. huhu.,, masih ada lagi org macm ni di zaman nieh..
jom baca kejap..=0
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html
hee, untung klau kita slalu wat baik ngan org kan kak. ramai kwn yg bleh tlg satu hari nnti lau ditimpa kesusahan. :)
zaman sekarang susah nak cari jiran yang rapat seperti sedara sendiri..
lama betul kami tak pergi singapore,mesti da banyak berubah kan..
tak pernah ke singapore...
jiran disangka saudara...mesti baik sgt jiran tu kan...
dulu2 org kite ramai gi spore sbb nak beli kain, towel, cadar murah sana dulu..lagi satu buah.. skang org spore yg dtg m'sia beli barang2..:)
tak penah lagi ke singapore..
belangkas sedap eh kak rasenye? tak penah rase..
mmg ade jiran yg baiknye mengalahkan sedara kite sendri kan..untung kalu dpt jiran yg mcm ni..
Assalamualaikum Hanis...pekaba? dah lama tak ziarah kat sini kerana kesibukan tugas....tak sempat nak ziarah blog kekawan...memang bagus sgt jika dapat jiran yang baik kan..
Fie dulu pun masa kecil2 dulu ada ayah n mak bawa ke Singapura menaiki keretapi untuk ziarah bapa saudara ayah...sekarang dah terputus hubungan kerana bapa saudara ayah sudah meninggal dunia n dia tidak mempunyai anak.Sebelah makcik pula tidak berapa rapat.
baguslah jiran akak tu kak .. kes aida ni, yg mmg status sedara tak nak ngaku plak .. sedih-sedih ..
untung akak dan keluarga ..
Post a Comment