Nuffnang

Thursday, December 29, 2011

Han masuk SMK Jalan Empat, Is masuk Az-zahrah..

Salam buat semua..

Hari selasa, aku gembira bila dapat surat dari PPD Hulu Langat. Alhamdulillah, permohonan Han untuk masuk ke SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi  di terima. Sebelum ni risau juga kalau Han tak dapat masuk ke Sekolah Berprestasi Tinggi tu. Bukan apa, Han cuma memohon masuk ke sekolah itu. Sekolah berasrama penuh dan MRSM memang tak mohon. Jadinya bila dapat di SMK Jalan Empat tu aku memang bersyukur sangat.

Hari Selasa, aku berduka bila Is dimasukkan ke Pusat Rawatan Az-zahrah kerana demam denggi. Demam sejak sabtu membuatkan aku pergi ke klinik sekali lagi petang selasa tu untuk ujian darah.  Hari ni masih di wad lagi. Tolong doakan agar Is segera sembuh ya. Sejak cuti sekolah bermula memang dugaan betul buat kami. Bergilir-gilir aku dan anak-anak demam. Berulang-ulang pula. Ya Allah, berilah kesihatan yang baik buat kami. Semoga Is segera pulih dari demamnya. Tak sampai hati tengok dia sakit. Sedih sangat.

Nikmat Allah untuk kita syukuri. Ujian Allah juga untuk kita syukuri. Alhamdulillah. Semoga bertambah iman kita kepada Allah dengan segala pemberianNYA untuk kita, insyaAllah. 

Tuesday, December 27, 2011

ICT, Snow Walk dan potong Q...

Sabtu lepas aku ke ICT, Shah Alam. Orang lain dah lama sampai, aku baru pertama kali nak jejak ke sana. Sebelum ni walau orang lain sibuk-sibuk kata tempat tu penuh dengan lampu-lampu cantik aku tak tertarik hati sangat nak pergi. Tapi bila dengar pasal Snow Walk kat sana, tiba-tiba jadi teringin pula. Itu yang bila adik, sepupu dan makcik aku ajak, aku pun join sekali. Orang tak pernah rasa salji, itu yang nak merasa sangat tu.

Pada aku okeylah Snow Walk tu. Bayaran masuknya RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Harga termasuk jaket sekali. Agak berbaulah sikit jaket tu. Maklumlah dah ramai-ramai dalam keadaan lembab pula kat sana tu. Jadinya kena tahan hidung sikitlah. Kalau yang ada winter jaket tu bolehlah bawak sendiri. Boot pun boleh sewa. Sepasang RM10. Dapat stokin sekali. Kena bayar deposit RM20. Waktu pulangkan boot bolehlah ambil deposit tu. Kalau taknak sewa, pakai saja kasut bertutup dan berstokin dari rumah.

Sejuk betul kat dalam tu. Mula-mula aku masuk pakai sandal saja. Padahal yang lain memang dah sarung sport shoes dari rumah. Bila dah masuk tu rasa tak tahan sejuk. Sakit rasa jari-jari kaki sebab kebas. Apalagi, aku keluar balik dan sewa boot. Masuk kali kedua lengkap berboot barulah rasa okey sikit. Tapi Az, pulak masih tak tahan sejuk. Sedangkan dah pakai boot. Aku siap belikan sarung tangan lagi. Az masih tak tahan juga. En.asben dahlah takde. Terpaksalah aku dukung dan peluk dia kuat-kuat. Bukannya kecik. Dah besar. Nak masuk darjah 2. Lengguhlah juga tangan ni. Jadinya tak bolehlah nak lama-lama kat dalam tu.

 Han, Az dengan sepupu dan dua pupu mereka..

 Tak cukup korum lagi ni. Pakai-pakai jaket aje semua tak sabar nak pose walaupun "a bit smelly"..

Han dengan dua pupunya. Anak dara aku ni dah pandai pose dan bergaya sekarang ni. Terus rasa makin tua bila anak nak masuk sekolah menengah.

Lepas keluar dari Snow Walk kami bawa anak-anak main-main. Lepas tu naik ride kat dalam area ICT tu. Orang memang ramai. Beratur pun panjang. Tapi barisannya agak tidak teratur. Waktu kami beratur dah nak sampai bahagian yang depan-depan boleh pula ada orang nak potong barisan. Selamba saja menyelit dan tolak anak-anak dia masuk barisan. Bayangkan, kami sekeluarga ada 14 orang masa tu. Tiba-tiba saja ada orang lain dalam kumpulan kami. Memang sah-sahlah potong barisan kan.

Adik aku pula memang laser sikit kalau bab-bab orang yang tahu mengikut peraturan ni. Apalagi, kena soundlah orang tu. Kalau aku, walaupun rasa bengang tapi rasanya aku tak berani nak sound. Tapi dengan adik aku memang silaplah. Dia memang berani nak tegur bila ada perkara yang tak betul macam tu. Orang tu pun tunjuk protes. Sentap tangan anak dia keluar barisan. Dia kata tak tahu nak beratur kat mana. Aduhai, lagilah adik aku bengang. Logik ke, tak tahu nak beratur kat mana, terus pergi bahagian depan-depan. Ada juga yang buat badak, berdiri terus dalam barisan kami. Tak tahu nak cakap apa lagi dah dengan orang yang pentingkan diri macam tu.

Waktu dah naik ride aku nampak orang yang nak potong barisan tadi tu. Bukan  main lagi dia tahan tangan dia takut orang potong barisan dia. Dalam hati aku, pandai pula dia nak jaga barisan sendiri tak nak bagi orang potong barisan dia. Barisan orang selamba saja nak potong. Off topik tentang orang yang pentingkan diri sendiri tu. Kita ambil iktibarnya saja. Selalu macam tu kan. Kita taknak orang buat perkara yang tidak menyenangkan kita. Tapi kita tak kisah untuk buat perkara yang tidak menyenangkan orang lain. Moralnya, jangan pentingkan diri sendiri dan ikutlah peraturan seperti mana orang lain boleh ikut. Kesannya, kita tak sakitkan hati orang dan orang pun tak rasa sakit hati dengan kita.

Thursday, December 22, 2011

Akak yang ramah..

Salam keceriaan buat semua. Harap semuanya baik-baik saja hari ni. Bagi teman-teman yang ada anak yang mengambil keputusan PMR hari ini, aku mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya, InsyaAllah. Semalam ada yang bertanya tentang trofi super mom dengan best husband tu. Trofi tu dari USS. Kami terpikat dengan nama-nama award tu. Itu yang bergambar. Aku tak beli pun. Sekadar bergambar saya he..he.. Tak tergamak pula nak simpan trofi patung orang  tu kat rumah.

Terbaca komen Bujal X untuk entry gathering blogger tu. Aku tersenyum sendiri. Komennya :  dan yang paling ramah adalah tuan blog ni~keh keh~.
Seronok bila dilabel dengan label yang baik-baik ni. Bukan untuk membangga diri. Tapi untuk memperbaiki diri agar jadi lebih baik lagi. Entahlah, nak kata ramah sangat-sangat tu tidaklah. Untuk bertegur sapa memang tiada masalah. Tapi aku pasti yang sombong tu memang tidaklah, insyaAllah. Ada yang kata aku suka senyum. Ya, aku mengaku, aku suka memberi senyuman pada orang. Lebih-lebih lagi bila maklum yang senyuman itu merupakan satu sedekah. Lagilah aku suka untuk tersenyum. Harap-harap ada pahala untukku.

Waktu aku kecil-kecil dulu, aku selalu mendengar arwah ayah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap-sikap orang yang sombong dan suka memasamkan muka. Keluhan ayah cukup memberi kesan padaku. Dari keluhan itu aku terdidik untuk tidak bersikap sombong. Juga untuk selalu memaniskan muka dengan senyuman. Bila aku tidak melakukannya terasa seperti terdengar-dengar keluhan arwah ayah.

Waktu aku dalam tingkatan 1, beg sekolahku dicuri orang. Kad pengenalanku turut hilang bersama. Siapalah agaknya yang tergamak nak menganiaya aku. Hilang IC satu hal. Kena buat report polis dan membuat IC baru pula. Pada waktu itu, emak tidak dapat temankan kerana tidak boleh bercuti. Makanya segala urusan perlu aku lakukan sendiri. Bayangkan, budak 13 tahun perlu buat segalanya sendiri. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Cumanya, waktu buat IC baru di Pejabat Pendaftaran, aku menerima layanan yang cukup buruk dari petugas di sana. Apalah yang budak 13 tahun tahu tentang pengisian borang dengan sempurna dan betul. Sudahlah tidak mendapat bantuan yang sewajarnya, aku dijerkah pula dan diperli dengan soalanku. Waktu itu ada bahagian untuk butir diri ayah. Ayahku kan sudah meninggal dunia waktu itu. Jadinya aku bertanya, ayah saya dah meninggal, perlu isi juga butir-butir di bahagian ini? Jawapan yang aku terima, orang saja yang dah mati. Rekod tak mati. Ya Allah, kalaulah dia menggunakan bahasa yang lebih sopan, pastinya aku tidak di hantui dengan kata-katanya.  

Layanan buruk itu cukup aku ingati sehingga kini. Dari layanan yang buruk itulah, aku bertekad untuk tidak bersikap seperti itu. Aku mahu menjadi orang yang lebih baik dari petugas itu. Kalau aku boleh layan orang dengan baik, aku akan cuba layan dengan baik. Kalau aku boleh beramah mesra, aku  cuba untuk bersikap ramah. Kalau aku boleh membantu orang yang memerlukan bantuan, akan aku usahakan untuk membantu mengikut dayaku.

Apa kelasss nak sombong-sombong ni kan. Kita kan sama saja di sisi Allah. Semoga rahmat Allah sentiasa ada buat kita.

Wednesday, December 21, 2011

Bila super mom "kehilangan" best husband...

Kalut bila "Super Mom" kehilangan "Best Husband". Dia orang ramai-ramai pakat gelakkan. Uncle Gedek cakap mata aku dah berair. Kak Azieazah siap teringat-ingat dan sambung gelak lagi kat rumah ya. Aduhai.. itu baru hilang sekejap he..he.. Hari jumaat ni my "Best Husband" nak outstation 4 hari. Lagi kalutlah aku nampaknya hu..hu.. Semoga en.asben selamat pergi dan selamat balik. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan diberkati olehNYA.

Tuesday, December 20, 2011

Punyalah tak menyempat..

Semalam, adik aku minta tolong emak untuk tanakkan pulut. Ini kerana balik kerja nanti, adik aku bercadang mahu buat kuah durian sebab di rumahnya ada durian. Nak buat pagi tu tak sempat. Petang semalam emak dah siap kukuskan pulut tu. Balik kerja aku macam pelik sebab ada pulut dalam periuk kukus. Terfikir juga, pulut tu nak makan dengan apa? Bertanya pada emak barulah aku tahu cerita sebenar.

Emak, kata pulutnya ada, kuahnya kena tunggu esoklah sebab adik aku baru nak masak malam nantinya. Maknanya esok pagilah adik aku bawakkan untuk kami. Sebab aku dan emak sama-sama berpuasa semalam, jadinya untuk menunggu esok tu bagaikan terlalu lama. Dalam kepala ni dah terbayang-bayang. Dalam mulut dah terasa-rasa. Jadinya kami ambil keputusan untuk membuatnya sendiri. Penat-penat balik kerja tu sanggup keluar mencari durian. Mengeleng adik aku bila balik kerja dengan ketidaksabaran kami.

Sebab dah nak maghrib sangat, lepas isyak baru emak masak kuah durian tu. Alhamdulillah dah selamatlah aku dengan emak makan pulut dengan kuah durian malam tadi. Kalau tak kena tunggu hari ni he..he.. Punyalah tak menyempat. Kalau tekak dah rasa nak makan tu, selalu saja macam tu. Tak boleh nak tangguh-tangguh dah.

Monday, December 19, 2011

Pengakuan..

Salam buat semua. Hari ni nak buat pengakuan sikit yang saya... errr.. saya... err... ya  saya... err... telah terbabit dalam... errr... tengoklah sendiri.. he..he..

 Pengakuannya...

Keseluruhan ceritanya.. disediakan oleh Uncle Gedek. TQ..

 Bahan bukti pertama...

Bahan bukti kedua..

Alhamdulillah, semalam dapat sekali lagi bertemu dan berkumpul bersama teman-teman blogger untuk kali kedua. Terima kasih banyak untuk tuan rumah yang baik budi Dato' LF dan isteri yang sudi menerima kami sebagai tetamu. Terima kasih juga buat orang kuat yang bertungkus lumus dalam menjayakan perjumpaan ini, Kak Cik Seroja dan suami, Kak Azieazah, Ayu Akuzle dan Uncle Gedek. Seronok dapat jumpa dengan teman-teman yang dikenali di alam maya seperti Fitri Senin, Irfa - Happy Irfa, Kak Ati Masrif, Kak Ainoraini, Gadis Bunga, Pakcik Lie dan isterinya Mama Diana, Daddy Ziyyad, Bujal, Kak Ida Nyanyi Sunyi, Kak Marina Monroe dan lain-lain (minta maaf yer kalau tertinggal nama). Juga gembira sangat dapat bertemu dengan teman-teman blogger yang saya baru mengenali mereka semalam. Nanti saya terjah ke blog-blog anda yer untuk lebih mengenali. Kesimpulannya yang dapat saya rumuskan, pertemuan ini pertemuan yang best. Pot luck yang di bawa  memang super best. Pelbagai variasi makanan yang sedap-sedap dan membangkit selera. Penuh meja sampai tak tahu nak makan yang mana sebab terlalu banyak pilihan. Berborak dan berkenal mesra yang best juga. Bila semuanya BEST maknanya dah tentulah perjumpaan itu happening kan. Alhamdulillah. Semoga perjumpaan semalam diberkati olehNYA.

Ralat : Minta maaf, terlupa dan terlepas pandang untuk war-warkan tentang perjumpaan itu di blog ini untuk teman-teman blogger yang tidak maklum mengenainya. InsyaAllah, jika ada rezeki untuk perjumpaan di lain kali, saya akan kongsikan di sini.  Minta maaf  banyak-banyak ya.

Friday, December 16, 2011

I sayang U....

Salam jumaat untuk semua..

Semalam, ramai yang berkongsi cerita yang sama. Seperti aku, ramai yang  sebak, tersentuh dan beremosi dengan kisah yang sama. Bukan setakat berkongsi rasa, malah berkongsi reaksi juga. Kak Ati kata : sampaikan hubby kita hairan dgn kita bila balik kerja terus peluk dia..sebak betui!. Yus Kata : Satu hari ni asyik sms suami, sampai dia pelik...huhu.

Aku pun lebih kurang begitu juga. Rindu mawar yang tak terucap membuatkan aku terus call en.asben hanya untuk katakan kerinduanku padanya. Pagi tadi ketika en.asben bersiap, aku leka memandang wajahnya. Tentu saja en.asben berasa pelik. Kenapa, u tak pernah tengok lelaki handsome ke? Soalnya dengan nada berseloroh. Kalau selalu pastinya aku mengutuknya kembali bila berkata-kata seperti itu. Paling tidak pun aku mencebik. Tapi pagi tadi, aku membalas kata-katanya dengan memeluknya.  

Semoga aku lebih tahu menghargai. Semoga aku menjadi isteri terbaik buat suamiku. Sayang, i sayang u...

Thursday, December 15, 2011

Sebak..

Membaca kisah orang lain kadangkala menjadi kekuatan buat kita. Kehilangan insan tersayang tentunya dugaan yang berat untuk diterima. Aku memang seorang yang penyebak. Kisah sedih orang lain mampu membuatkan aku menitiskan air mata. Lebih-lebih lagi bila aku cuba meletakkan diri di tempat mereka yang ditinggal pergi. Pergi yang tidak kembali. Pergi yang sudah dijanji untuk kembali ke pangkuan Pemiliknya yang abadi. Aku kagum melihat kekuatan mereka. Harapanku agar mereka terus tabah hendaknya.

Emakku juga pernah mengalaminya. Begitu juga dengan adikku. Mereka kehilangan suami tercinta di saat anak-anak masih kecil-kecil lagi. Kuatnya emak. Bila ditanya mengapa emak tidak mencari penganti, jawapan emak, tidak jumpa yang sebaik ayah. Emak suka bila termimpikan arwah. Katanya hilang rasa rindu. Katanya waktu awal-awal terasa dekat dan dapat di capai. Lama-lama ianya terasa jauh. Tak tergapai dek tangan. Tapi cintanya tetap di hati.


Adikku pula diawal kehilangan arwah, tiada rasa untuk memulakan hubungan yang baru. Katanya saat kehilangan itu tidak mahu dirasai lagi. Pedih dan perit. Waktu itu aku turut sedih melihat kesedihannya. Namun, jodoh pertemuan di tangan Allah.  Hidup perlu diteruskan. Adik aku menemui juga cinta baru. Sudah takdirNYA. Tiada yang bisa menolaknya.

Aku tak tahu andai aku sekuat emak, adik atau orang lain yang pernah melalui saat sukar seperti itu. Tapi, kisah-kisah mereka membuatkan aku lebih mahu menghargai insan-insan tersayang. Sebelum aku juga kehilangannya.


Mood sebak selepas membaca kisah mawarnafastari. Semoga beliau dan anak-anak terus kuat hendaknya.

Wednesday, December 14, 2011

Universal Studio Singapore Part 3..

Salam semua. Hari ni nak sambung lagi cerita tentang USS...

Keluar dari Transformers the Ride : the ultimate 3D battle yang superb tu kami ke kawasan luar Sci Fi City pula. Kat situ ada 2 jenis Roller Coaster.

Inilah rupanya roller coaster tu. Bersilang-silang. Track biru tu Battlestar Galactica : Cyclon. Upside down with an intense corkscrew and a cobra roll. Track merah tu Battlestar Galactica : Human. Speed 82.8km/h. Twist, turns and propels you over 14 storeys into the air. Katanya,  the world's tallest duelling roller coaster. (Info tu semua aku dapat dari brochure). Brochure kena wajib ada yer. Senang nak refer. Brochure boleh dapat kat entrance. Kalau tak pun dekat tempat jual air dan jajan pun ada juga.  

Whoaaa.... Tinggi. Tengok pun dah seram. Tengok orang naik pun aku yang takut.

Aku tak naik kedua-duanya. Aku gayat dan penakut. En.asben pun tak naik sebab tak berani. He..he..

Di Lost world, kami bawak anak naik flying dino ni. Merasalah naik dinosour terbang.. he..he..  Kalau nak dinosour tu naik cuma tekan button putih kat dalam ride.

Kami memasuki ke Ancient City pula. Terasa macam berada dalam cerita the mummy. Kat sini kami naik roller coaster revenge of the mummy. Roller coaster dalam gelap. Az tak dapat naik sebab ketinggian tidak mencukupi. Makanya en.asben kena temankan. Nasib baik en.asben pernah ke USS sebelum ni. Jadinya tak kisahlah sangat. Mulanya aku takut nak naik. Tapi en.asben kata tak takut. So dengan confidentnya aku, han, is, kakak ipar dan anak buah pergi beratur. Suasananya waktu beratur tu seperti berada di dalam gua. Sejuk dan seram. Rupanya menakutkan juga roller coaster kat sini. Tengah laju tiba-tiba roller coaster tu berhenti bila ada halangan kat depan. Lepas tu kita di tarik laju ke belakang. Aku memang tutup mata. Kaw-kaw aku jerit he..he.. Tapi itu pun masih rasa kejap jantung tertinggal kat atas. Sekejap tertinggal kat bawah. Takut-takut tapi tetap rasa best. Bagus juga en. asben kata tak takut. Kalau en.asben kata takut tentu aku tak naik. Terlepas pula keseronokannya.

Kat sini patung arab purba ni gedang-gedang. Merasalah aku nampak kenit bila bergambar kat sini he..he..  Nak naik ride revenge of the mummy tadi, beg semua tak boleh bawak masuk. Kena tinggalkan dalam locker. Locker tu diberikan secara percuma untuk setengah jam pertama. Selepas tu SGD 2 kut untuk jam seterusnya. Nak guna locker pun senang. Perlu ikut arahannya saja. Cuma masukkan tarikh lahir dan warna kegemaran kita. Lepas tu akan diberitahu locker mana yang perlu kita guna. Kalau tak faham macam mana nak guna boleh bertanyakan pada staff USS. Tips : Pastikan duit semua tak masuk dalam locker tu yer. Sebab kalau lebih dari setengah jam naya juga kalau takde duit kat tangan. Dah tak boleh nak buka locker tu.
Kami ke Far-far away pula selepas itu. Muka masih excited walaupun tengah panas terik. Tips : Kena pakai sunblock untuk protection. Kalau bawak anak-anak elok pakaikan topi. Kasut pun kena pakai yang selesa. Sandal dan selipar pun lagi okey pada aku sebab banyak tempat nak berjalan. Aku en.asben dan anak-anak belasah sandal aje. Memang sangat selesa.

Semua tempat memang kena beratur yer. Tapi ikut nasib panjang atau tidak barisannya. Macam kat sini Alhamdulillah lenggang juga. Tapi kat dalamnya memang dah penuh. Ada yang kata elakkan pergi waktu hujung minggu atau cuti sekolah. Tapi pada aku, masih selesa juga walaupun kami pergi pada waktu-waktu itu. Orang memang ramai tapi waktu menunggu tidaklah terlalu lama. Okey aje.


Cantikkan istana shrek ni. Kat sini ada Shrek 4-D Adventure. Best sangat-sangat. Macam tengok wayang 4D. Tapi efek dia lebih sikitlah. Aku memang enjoy sangat. Anak-anak tentulah terlebih lagi sukanya. Bila donkey bersin, terasalah ada air-air terkena muka kita. Kerusi pun bergerak ikut cerita. Kalau jatuh terasa jatuh.  Bila keluar labah-labah, terasalah macam labah-labah geletek kaki kita. Az siap angkat kaki naik atas kerusi. Seronok sangat tengok adventure shrek tu. Seisi keluarga seronok menikmatinya.

Memang thumbs up USS ni. Jom kita check are mana yang kita tak pergi lagi. He..he.. Kusyuk tgk map sebab takut ada yang tertinggal.

Jurassic park ni kat area lost world juga.

Nachos. Yummy. Bawak anak-anak kan. Dah bawak jajan pun membeli tetap juga. Kami ada beli botol air USS juga. SGD 15.90 kot harganya. Air dia boleh refill. Kalau soft drink SGD 2 sekali refill. Kalau air jus SGD 5 kot. Jus dia memang sedap. Dua tiga kali juga kita orang refill air tu.

Ada banyak street show juga. Kena tengok jadualnya agar tak terlepas. Cute aje show ni. I like to move it, move it.. memang Fun.

Ada banyak juga restoran yang halal di sini. Logo halal Singapore memang ada dipaparkan di pintu masuk setiap restoran yang halal tu. Dekat brochure pun memang ada diletakkan logo-logo tersebut. Jadi memang mudahlah untuk kita tahu tempat makan yang halal. Kami makan di restoran ini. Boleh tahan juga rasanya. Untuk lunch set tak termasuk air dalam SGD 14.90 macam tu. Untuk kids meal dalam SGD 9.90. Portion dia besar. Makan share berdua pun masih kenyang.

Sebab dah makan jajan, semua orang tak berminat nak makan waktu tengah hari tu. Jadinya pukul 3 lebih baru kami makan. Kelebihannya makan lambat sikit ni ialah kami tak perlu nak beratur dan berebut atau menunggu tempat kosong. See.. clear kan. Tips : Nak makan, elakkan waktu 12 hingga 2 petang. Tak perlu bersesak dan menunggu lama.

Untuk kids meal dapat sekali dengan lunch box ni. Aku tak pasti di restoran lain dapat ke tidak. Sebelum pergi makan aku memang nampak ramai yang menjinjing lunch box ni. Mana yang anak ramai tu memang bawak banyaklah. Ingatkan dia orang beli souvenir. Rupanya dapat percuma sekali dengan set.
Kids Meal dapat sekotak air susu coklat juga. Yang bawah tu beg USS. Ada gambar transformers. Beli barang dapatlah beg tu.
Water world ni kat area Lost City. Tengok orang beratur punyalah ramai. Dalam hati aku muat ke. Sekali tengok kat dalam memang besar sungguh. Memang muat sangat.

 

Tapi kan, sebab cuaca tidak mengizinkan, hujan lebat petang tu, makanya kami tak dapat tengok show yang hebat di sini. Dua kali kita orang pergi kat situ. Pukul 5.30 dan pukul 7. Siap tunggu lagi. Tapi show cancelled. Hu..hu.. Takpelah takde rezeki. Tapi mereka tetap bagi kita masuk tengok macam mana rupanya kat dalam tu. Jadilah.

Malam tu siap ada Fake Snow lagi. Orang yang tak pernah merasa salji macam aku ni tentulah rasa teruja dan seronok he..he..

Sampai malam kita orang kat sini. Cukup puas hati. Bye-bye Universal Studio Singapopre. Ada rezeki nanti kami datang lagi. Bas bertolak balik ke New York Hotel pada jam 8 malam.

Info tambahan : Untuk solat ada di sediakan bilik berhampiran pintu masuk. Kami buat solat jamak takhir kat sana. Jadinya kami solat dalam pukul 4.30 petang. Kalau dari pintu masuk, bilik solat tu di sebelah kanan. Tempat solat itu berkongsi lelaki perempuan. Jadinya kalau orang perempuan masuk dan pada waktu itu tiada orang lelaki, janganlah bersolat di saf yang depan-depan. Ambil saf yang di tengah. Sebab nanti jemaah lelaki kena menunggu pula. Takkanlah mereka nak sembahyang di belakang kita. Macam waktu aku solat tu, jemaah perempuan dah gunakan saf yang depan. Jadi jemaah lelaki kena menunggu lama di luar. Untuk berwuduk kena ambil di tandas. Untuk lebih selesa, gunakan tandas OKU. Senang nak ambil wuduk di tempat itu.  Cakap elok-elok dengan staff USS di situ kata kita nak berwuduk memang dia orang akan benarkan. Kalau dari pintu masuk utama, tandas tu disebelah kiri. Pakai tudung siap-siap dalam tandas. Sebab nanti tak selesa kita nak betulkan tudung dalam tempat solat yang ada jemaah lelaki juga.  

Ada yang bertanyakan tentang pakej New York Hotel JB tu. Aku berhubung dengan Ms. Vivien di talian 07-3312842. Kalau berminat untuk dapatkan quotation bolehlah berhubung dengannya bertanyakan USS pakej tu.

Pada yang belum membaca part I dan part II kisah percutian kami sekeluarga ke USS bolehlah tengok percutian-yang-best-ke-universal-studio dan universal-studio-singapore-part-2.

Friday, December 9, 2011

Dah tak murah dah..

Salam hari Jumaat yang indah buat semua..

Hari ni nak off dulu cerita tentang USS. Nanti kita sambung lagi. Terima kasih pada yang sudi datang dan membaca entry tentang USS tu. Ada yang bertanyakan tentang pakej di New York Hotel JB. Nanti aku kongsikan contact no nya yer. Beberapa hari tak buka blog waktu bercuti hari tu bilangan follower dah bertambah. Alhamdulillah. Salam kenal dan terima kasih buat kenalan baru di blog ini.

Hari selasa lepas kami keluar membeli kasut sekolah anak-anak. Beli kasut sekolah sorang sepasang bersama stokin 3 pasang seorang pun dah lebih seratus setengah. Besar betul perbelanjaan sekolah sekarang ini. Tahun ni Han dah tak mahu pakai kasut zap-on lagi. Nak yang bertali pula. Jadinya kami carilah kasut yang bertali. Terpandangkan kasut sekolah jenama Pallas Jazz membuatkan aku teringat kasut sekolahku dulu. Han pula berminat dengan kasut itu. Makanya, kami pun membelinya.

Waktu dulu-dulu kasut Pallas Jazz itulah yang menjadi kasut sekolahku ketika di sekolah menengah. Waktu itu, kasut Pallas Jazz itulah yang mampu emak belikan kerana harganya dalam kategori yang murah. Iyelah, arwah ayah dah takde waktu aku bersekolah rendah. Hanya emak seorang yang bekerja dengan pendapatan yang tidak seberapa. Tentulah kami kena berjimat dalam segalanya. Memang takdelah nak beli yang mahal-mahal. Beli kasut sekolah  yang berharga 16.90 sepasang saja. Itulah yang termampu. Alhamdulillah, aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya masih dapat juga berkasut baru ke sekolah.

Kini, kasut Pallas Jazz itu tidak lagi berharga 16.90. Bukan juga 26.90. Tapi sudah 31.90. Mahal sungguh harganya sekarang. Terfikir di fikiranku, untuk golongan yang kurang berkemampuan sepertiku dulu, tentulah terasa beban bila harga barangan melonjak tinggi. Dengan harganya yang sebegitu sekarang, Kasut Pallas Jazz  pastinya bukan pilihan untuk mereka yang mencari kasut sekolah murah.

Nilai barangan semakin berubah. Harap-harapnya, biarlah nilai diri yang ada pada kita tetap tidak berubah. Bila senang jangan terus lupa diri. Bila susah jangan terus selesa untuk meminta-minta tanpa berusaha.

Semoga anak-anakku menjadi insan yang tahu bersyukur hendaknya..

Thursday, December 8, 2011

Universal Studio Singapore part 2..

Semalam Yus ada tanya, lebih kurang sama ke USS ni dengan Disneyland. Alamak, yang itu tak boleh nak jawab sebab tak pernah sampai lagi ke Disneyland tu. He..he.. Ramai juga yang kata nak tunggu anak-anak besar sikit baru nak pergi ke USS ni. Yang itu aku setuju. Bila anak-anak dah besar, lagi fun sebab banyak ride yang anak-anak boleh join sekali. Barulah berbaloi dengan harga tiket tu. Untuk kanak-kanak, ada attraction kalau tinggi 102 cm dah boleh masuk. Ada juga yang 125 cm baru boleh masuk. Macam Az pun ada yang dia tak lepas nak masuk. Nasib baiklah en.asben dah pernah sampai USS tu, jadinya bolehlah en.asben tunggu Az kat luar.

Bersambung lagi tentang USS. Kami mulakan penjelajahan dari sebelah kanan. Jadinya tempat pertama yang kami masuk ialah Light, Camera, Action hosted by Steven Spielberg. Attractions ini di kawasan New York. Dekat luar tu memang ada diberitahu berapa lama kita perlu menunggu. Untuk attraction ini kami perlu menunggu selama 15 minit. Yang ni kanak-kanak pun boleh masuk. Tips : Kalau bawak anak-anak elok kalau bawak jajan. Air pun kena standby. Jadinya taklah terasa waktu menunggu tu. Anak-anak pun tak bosan. Kalau bosan boleh bagi makan. Bawak jajan dalam beg memang dia orang tak check. Jadi memang boleh bawa masuk. Kalau tak pun dalam USS tu pun ada macam-macam jajan yang di jual. Tapi mahal sikitlah. Air pun kat mana-mana ada jual. Water cooler pun boleh jumpa kat banyak tempat. Kalau taknak beli boleh isi air dari water cooler saja.

 Kena beratur. Tapi sepanjang beratur tu ada macam-macam yang kita boleh tengok. Macam kat Camera., Light and Action ni ada macam-macam poster filem. Jadinya bolehlah layan waktu menunggu tu.  Tengoklah, Is dan Az dah buat muka sentap. So jajan memang sangat membantu. He..he..

Staff USS mengucapkan selamat datang sebelum Steven Spielberg mucul di skrin bercerita tentang pembikinan filem.

Selepas itu kami di bawa masuk ke dalam studionya pula. Yang ni best. Ada hujan ribut bagai. Siap dengan cermin pecah. Ada guruh kilat. Ada scene kebakaran. Siap terasalah bahangnya. Ada juga yang terkena percikan hujan tu. Skrin Bandar New York kat belakang tu pun bertukar mengikut perubahan cuaca. Awesome. Macam real sangal.

Di penghujungnya siap ada kapal besar ni masuk dalam studio. Gerakannya macam nak langgar kita. Berhenti pun betul-betul di depan kita sebelum sauh di jatuhkan. Berderaulah juga jantung tu.

 

Seterusnya kami ke Transformers 3D Ride. Yang ini adalah attraction baru di Sci-Fi  City. Amiey kata last time masa dia orang pergi ride ni masih dalam pembikinan lagi. Kat luar tu ada diberitahu masa menunggu ialah 80 minit. Kita orang redah juga.Tapi aku tak terasa lama pun. Mungkin sebab ada jajan kot.. he..he.. Ride yang ini kami anak beranak semua boleh masuk. Best.

Mana nak terasa lama sebab sepanjang beratur dan menunggu tu, suasananya seperti kita berada di makmal Transformers. Ada macam-macam peralatannya. Aku pun tak tahu nak panggil apa. He..he.. Lepas tu barisan sentiasa bergerak. Itu yang tak terasa lama tu.

Ada bermacam-macam punat yang boleh di tekan. Rasanya semua yang beratur tu dok menekan.

Yang ni pun ada. Tangan robot yang terputus kot. Aku pun tak pasti. Kat dalam ni pun sejuk aje. Jadinya memang selesalah waktu beratur dan menunggu giliran tu.

Dalam makmal Transformers kan. Mestilah ada banyak logonya.

Sebelum naik tu adalah di terangkan serba sedikit tentang ride tu dalam skrin. Macam inilah rupanya seat dalam ride tu nanti.

Panca Sitara he..he.. Sebelum naik ride Transformers, semua orang kena pakai cermin mata 3D tu. Barulah terasa efeknya nanti. Ride ni sangat-sangat awesome okey. Mungkin aku jenis yang mudah berpuas hati. Walaupun baru masuk 2 attraction tapi aku dah rasa berbaloi dengan harga tiket sebab memang sangat best. Ride 3D ni macam kita berada dalam movie Transformers tu. Berlawan dengan Megatron lagi. (Info ni anak-anak yang beritahu. Walaupun aku tengok Transformers tapi tidaklah aku menghafal nama-nama watak tu). Siap badan-badan robot yang entah apa namanya berkecai depan kita. Terasalah bahang panasnya. Lepas tu kita di seret langgar banggunan. Masuk dalam bangunan pejabat lagi. Langgarlah semua meja dalam bilik mesyuarat. Masa nak jatuh dari tingkap pejabat tu Transfomers tahan. Jadinya terselamatlah. Lepas tu adalah aksi-aksi berlawan lagi dan lagi. Serius best.

Kat luar tu ada transformers besar ni. Kalau nak bergambar dengannya kena beratur juga. Aku ambil gambar dari jauh saja. Ride transformers tu dah cukup mengujakan. Tak bergambar dengan transfomers pun takpe he..he..

Aduhai.. angin betul. Dah taip banyak-banyak dan upload gambar bagai boleh hilang pulak separuh. Frustnya. Kenalah bersambung lagi.

Wednesday, December 7, 2011

Percutian yang best ke Universal Studio Singapore..

Alhamdulillah, sabtu lepas kami sekeluarga selamat bercuti ke JB. Hari ahadnya kami ke Universal Studio Singapore (USS). Sebelum pergi tu memang aku banyak membaca review tentang USS di blog-blog lain. Setiap dari mereka mempunyai cerita mereka tersendiri. Jadinya aku pun teringin nak abadikan USS dalam versiku pula. Bila aku dapat info yang baik dari blog orang lain, rasanya bagus juga untuk aku berkongsi info dengan orang lain pula.

Aku ambil pakej USS dengan New York Hotel JB. Hotel ni 25 tingkat. Terletak di Jalan Tebrau. Dekat benar untuk ke Pusat Bandar dan Danga Bay. Hanya 10 minit untuk ke imegresen di Woodlands. Hotelnya nampak macam lama sikit, tapi biliknya boleh tahan besar dan cantik juga. Cukup selesa buat aku bersama keluarga juga keluarga mertua. Parking kereta ada banyak di dalam bangunan di tingkat bawah. Jadinya memang takde masalah tentang itu. Sebenarnya banyak juga hotel di JB yang aku survey menawarkan pakej ke USS. Tapi aku tertawan dengan pakej di New York Hotel ni sebab Han yang sudah berumur 12 tahun masih dikira kanak-kanak untuk pakej USS tu. Jadinya memang jimat sikitlah untuk kami. Hotel lain Han sudah dikira dewasa untuk penginapan dan tiket ke USS. Breakfast buffetnya juga banyak pilihan. Di tekakku kira boleh tahan sedap juga makanannya. Penginapan 1 bilik untuk 3 hari 2 malam berserta sarapan pagi, bas ke USS juga tiket masuk ke USS untuk kami berlima (2 dewasa dan 3 kanak-kanak) hanya RM 1270. (Di hotel lain yang aku survey, harga tu cuma untuk 2 hari 1 malam saja). Jadinya kalau nak berjimat sikit, memang New York Hotel pilihan terbaik. Berbaloilah.
 View dari bilik Hotel
 Lagi view dari Bilik Hotel
 Katilnya.. Abaikan kedut-kedut tu sebab anak-anak dah terjah dulu sebelum mamanya snap gambar..
wall papernya cantik.. memang rasa cozy.. tv channel pun banyak.. okeylah..
Bilik cozy tapi kalau mamat-mamat ni buat bising memang susah juga nak tidur.. he..he..

Petang tu kami keluar berjalan-jalan di sekitan Bandar JB. Pergi Danga Bay. Tapi dapat lalu saja sebab hujan lebat sangat. Nak singgah berhenti pun tak dapat. Dapatlah tunjuk kat anak-anak Hospital Sultanah Aminah tempat kelahiranku pada anak-anak. Nak singgah makan pun tak boleh. Sudahnya makan kat kedai-kedai di depan Hotel saja. Itupun selepas dua jam melalui jalan sesak teruk masa nak patah balik ke hotel. Tak dapat nak cari Kacang Pool tu. Hu..hu.. frustnya.

Esok paginya lepas bersarapan kami tunggu di Lobi Hotel untuk bas sampai. Bertolak dalam pukul 8.45 pagi macam tu. Ramai juga yang ambil pakej ke USS dari New York Hotel ni. Separuh penuh juga bas dua tingkat yang disediakan. Anak-anak yang tak pernah merasa naik bas dua tingkat tu memang terujalah. Aku pun sama juga.. he..he.. Kalau naik bas memang kena turun 2 kali di imegresen. Di JB dan di Singapura. Tapi bagi aku taklah beban sangat. Sekurang-kurangnya adalah juga exercise untuk kaki sebelum meneroka ke USS sehari suntuk tu he..he....

 Muka excited naik bas.. tapi boleh pulak Is demam pagi tu.. Tapi Alhamdulillah, menjelang petang demamnya dah okey.. Memang sepanjang di USS tu kami bergilir picit kepala dia adooiii... lengguh tangan ni.. tapi semua ride yang kami naik dia join juga dalam demam-demam tu. Lepas paksa makan panadol dan muntah air kat situ barulah dia cergas sikit...

 Kena tukar voucher yang Hotel dah minta print sejak awal di kaunter kat bawah ni untuk ambil tiket USS lepas turun dari bas. Kat atas tu dah area USS dah. Jangan risau, pemandu bas memang guide kita tentang semua perkara. Jadi cuma ikut arahan aje.. Then settle. Sebab excited, semua orang dok tunggu depan kaunter.. padahal aku sorang pun dah cukup untuk ambil tiket tu.. he..he.. Kakak ipar dan anaknya pun join kami. Lebih meriah jadinya bila kami bertujuh.. Mertuaku tak ikut sekali. Mereka cuma jalan-jalan berduaan di Singapore.. USS tak menarik minat mereka.

 Harga tiket. Sebab weekend dan holiday, kami kena charge mahal sikitlah. Hu..hu.. tapi yang penting harga tu memang berbaloi. Tips : Jangan convert dalam RM yer harga tiket yang dalam SGD tu. Nanti rasa macam taknak masuk pula he..he..  Tapi untuk kami, agen dah siap-siap belikan. Kalau takde tiket boleh beli kat ares pintu masuk. Itupun nasib-nasib. Kadang-kadang tiket sold out. Jadi kalau nak selamat beli tiket online atau minta agen tolong belikan. Mudah dan selamat. Murah tu tidaklah. Sama aje harganya. 

  
Yeahhhhh... Trademark USS. Tempat wajib bergambar sebagai bahan bukti dah sampai ke USS. Globe tu berpusing-pusing. So, kenalah tunggulah tulisan tu sampai kat atas kepala baru snap.. he..he.. En.asben dah pernah sampai sini, jadi dia tak heran nak bergambar kat sini.. Okey jugak.. Boleh tolong snapkan gambar kami. TQ.

 Masuk-masuk aje muka memang rasa nak senyum. He..he.. untuk akulah yang nak sangat ke USS ni. Memang banyak karektor kartun  di sepanjang jalan. Boleh bergambar dengan mereka kalau nak. Tapi kena beratur. Nanti staff USS akan tolong snapkan gambar. Tapi ada hadnya. Iyelah dia orang kan pakai costume. Jadi tentulah tak boleh lama-lama. Panas tu. Jadinya kalau tak sempat, jangan risau. Nanti-nanti boleh ambil juga. Karektor-karektor lain pun banyak. Sebab banyak kali juga boleh jumpa dengan karektor-karektor tu. Bila dah petang, mereka sendiri yang datang dekat dengan kita. Jadi bolehlah ambil gambar banyak-banyak.

Ada street show juga. Yang ni dari Mel's Restaurant rasanya. Comel dan seksi.

Tangan dah lengguh nak taip. Gambar pun lambat nak uplaod. Jadinya kena bersambung di next entrylah  jawabnya. Kalau sudi,  bolehlah datang baca lagi nanti. Dah :))