Thursday, July 5, 2012

Pengalaman Umrah dan Ziarah 2012 : Dugaan..

Assalamualaikum...

Dugaan... Hmm tak sangka pula, bila balik dari umrah ada juga yang bertanya, ada apa-apa dugaan tak? Errr.. Aku jawab Alhamdulillah takde. Walaupun sebenarnya aku sendiri tidak pasti dugaan yang dimaksudkan ialah dugaan yang bagaimana. Sebelum bertolak ramai yang bertanya, pergi nanti dengan siapa? Aku jawab pergi dengan suami, emak, emak mertua dan ayah mertua. Kebanyakkan respon yang aku terima dari orang-orang yang rapat denganku ialah, besar nanti dugaannya sebab pergi dengan kedua-dua emak. Nak bawa orang tua ni kena lebih banyak-banyak bersabar. Bila Allah nak duga, yang tak banyak kerenah pun akan jadi banyak kerenah ketika di sana. Aku menerimanya sebagai satu nasihat yang baik. Ini kerana aku yakin mereka bercakap melalui pengalaman mereka dan bukannya sekadar mahu menakut-nakutkan aku. Aku ambil berat nasihat yang mereka berikan. Pesan kawan baikku, layankan aje, kau jangan ambil port sangat. Tak payah nak kecil-kecil hati. Buat tak tahu aje. Tak payah nak layan sangat perasaan tu. Pesan makcikku, sabar banyak-banyak, berdoa banyak-banyak. Jadinya sebelum pergi lagi aku sudah memperbanyakkan berdoa agar aku diberikan kesabaran. Semoga aku dapat menangani segala dugaan dengan baik. Semoga aku dan en.asben dapat menjaga orang tua kami sebaik mungkin.  Semoga aku dapat menjaga hati dan mulutku dari berniat dan bercakap perkara yang tidak elok. Juga berdoa agar segalanya dipermudahkan buat kami semua.

Sejak dari awal aku dan en.asben memang berazam mahu melakukan sebanyak mana ibadah yang kami mampu. Tapi kami juga sudah setkan yang hal orang tua kami akan sentiasa menjadi keutamaan. Lebih-lebih lagi soal keselamatan, kesihatan dan kemampuan mereka. Tambah-tambah lagi, emak dan ayah mertuaku yang membawa kami bersama untuk ke Tanah Suci. Perkara itu tentulah kerana mereka mahu ada anak-anak yang dapat menjaga mereka ketika di sana. Alhamdulillah, bila aku dan en.asben sudah berbincang dengan baik sebelum pergi, di sana kami tidak ada masalah untuk mengutamakan mana yang lebih utama. Jadinya, ketika di sana kami sudah tahu sendiri mana yang akan lebih menjadi keutamaan kami. Bila ada kesempatan baru kami melakukan ibadah bersama. Jika tidak, kami lebih selesa mengutamakan orang tua kami. Di Mekah, selepas solat maghrib, kami selalunya akan tunggu di Masjidil Haram sehingga masuk waktu isyak. Tapi kesihatan ayah mertuaku tidak mengizinkan beliau menunggu di masjid kerana perlu ke bilik air. Jadinya selepas waktu maghrib, en.asben akan menemankan ayahnya balik ke hotel sebelum berpatah balik ke Masjidil Haram semula. Jadinya dalam waktu itu, jika aku mahu buat tawaf sunat, aku akan pergi sendirian saja. Itupun setelah dapat keizinan dari emak dan emak mertuaku. Tapi selalunya aku sentiasa duduk bersama mereka. Bangun untuk ambilkan air zam-zam. Bangun untuk ambilkan al-quran.

Ayat yang paling kerap keluar dari mulut kami juga ialah, ayah mana? Where's ur mom. Where's my mom. (sebab kedua-duanya kami panggil emak jadi bila cakap ur mom, my mom jadi lebih senang untuk kami walaupun kedua-duanya emak kami). Kami  juga saling ingat mengingatkan. Pimpin mak tu. Tengok ayah tu. Pegang emak tu. Teman ayah tu. Perkara ini juga dapat mengelakkan kami dari keadaan seandainya ada yang akan merasa terlebih atau terpinggir. (Jika tidak pun, setidak-tidaknya kami sudah cuba yang terbaik). Bila berjalan, aku memimpin emakku. En.asben akan memimpin emak mertuaku. (Subhanallah, seronok sangat bila lihat suami sendiri dapat berbakti pada orang tuanya. Semoga anak-anakku nanti akan jadi sebegitu juga, insyaAllah.) Bila di tempat perempuan, emak dan emak mertuaku berpimpinan tangan berdua dan aku akan mengikut rapat di belakang mereka berdua. Aku tahu aku bukannya anak yang begitu baik. Bukan juga menantu yang begitu budiman. Tapi aku mengambil peluang ketika di sana untuk menjadi anak yang lebih baik untuk emakku. Untuk menjadi menantu yang lebih budiman buat mertuaku. Biasalah hati manusia. Kadang-kadang perkara yang kecil-kecil pun boleh terasa. Lebih-lebih lagi hati orang tua kita. Jadinya perkara begitu cuba aku elakkan. Harap-harap aku telah berjaya melakukan sebaiknya.

Anak yang soleh awak dan suami  sebab jaga emak dan ayah dengan baik. Tegur seorang makcik dalam kumpulan kami ketika di Masjidil Haram pada satu hari sebelum kami melakukan umrah sunat. Allahuakbar, kata-kata yang baik yang diucapkan di tempat yang mulia itu aku aminkan sepenuh hati. Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Emak yang mendengar turut mengaminkan. Semoga apa yang makcik itu ucapkan benar belaka. Ini kerana, itulah juga impian aku dan en.asben. Subhanallah.. Allah itu Maha Penyayang. Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha Pengasih. Perkara yang dikatakan dugaan itu rupanya adalah sesuatu yang sangat indah bila kita bersedia untuk menerimanya dengan baik. Perkara yang dikatakan dugaan itu dapat kita lalui dengan baik dengan memperbanyakkan berdoa dan meminta pertolongan dariNYA. Dugaan yang diberi bukanlah hanya sebagai satu ujian untuk kita. Namun ianya juga satu jalan untuk kita mengumpul pahala. Satu jalan untuk kita memperbaiki diri yang terlalu banyak kekurangan. Satu jalan untuk kita lebih mengharap, lebih bersyukur dan lebih bertakwa kepadaNYA. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Entry ini sudah dua, tiga hari aku taip. Tapi masih terfikir-fikir mahu post ataupun tidak. Begitu juga dengan cerita-cerita lain ketika di sana yang mahu aku ceritakan. Aku jadi takut sendiri. Adakah aku berlebih-lebihan mahu bercerita. Pengalaman setiap orang berbeza-beza. Begitu juga dengan pengalamanku sendiri. Kalau boleh, aku mahu coretkan semuanya untuk kenangan diriku.  Juga untuk teman-teman yang mahu membacanya. Please, please, please kawan-kawan semua, tegurlah aku kalau ada yang merasakan aku berlebih-lebihan dalam bercerita. Atau cara aku bercerita tak kena gaya. Aku selalu berdoa agar dijauhkan dari sikap riak dan takbur. Jadinya, jika ada yang merasakan aku sebegitu, harap-harap dapatlah menegur agar aku dapat memperbaiki diri, insyaAllah. Yang baik itu dari ALLAH dan yang tidak baik itu pastinya dari diriku sendiri yang serba kekurangan dan masih terlalu cetek ilmunya. Mana yang boleh aku perbaiki akan aku cuba untuk memperbaikinya.

Teringat lagi kata ustaz yang memberi ceramah waktu kursus umrah dulu. Bila balik nanti, ceritakan yang baik-baik. Ceritakan yang indah-indah. Beritahu pada semua orang, seronok sangat dapat ke sana. Pergilah. Itu jugalah yang mahu aku sampaikan pada semua. Aku yakin, semua yang pernah ke sana ada cerita tersendiri yang mahu dikongsikan. Pastinya yang baik-baik dan yang indah-indah. (Kisah pengajaran yang katanya seperti rakaman ulangan itu, kita ambil sebagai iktibar. Ianya membawa banyak kebaikkan pada diri kita untuk sentiasa beringat. Juga untuk sentiasa memperbanyakkan doa, memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah.) Bukannya kerana mahu bercerita pada semua tentang seronoknya ketika di sana kerana mahu memberitahu pada semua orang yang I dah sampai sana. U belum lagi. Tapi kerana mahu semua orang dapat merasa keadaan yang sama, keseronokan itu yang bagaimana, kebaikkan itu yang bagaimana, keindahan itu yang bagaimana. Bila ada yang bertanya, macam mana pergi umrah. Seronok tak? Jawapan aku ialah Alhamdulillah, seronok sangat. Aku tak dapat ceritakan secara terperinci kepada setiap orang. Tapi yang aku tahu, segala keindahan, kebaikkan, keseronokan itu membuatkan aku mahu semua orang dapat peluang dan jemputan untuk ke sana agar dapat merasainya sendiri.

Hari ini kita semua memulakan buku catatan baru. Semoga ianya dimulakan dengan segala yang baik-baik dan akan dipenuhi dengan segala kebaikkan. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita dan keluarga. Selamat berpuasa buat yang berpuasa. Semoga segala amalan kita diterima olehNYA. Salam hormat buat semua. Take care.

28 comments:

TS said...

alhamdulillah...
segala yang baik hanya dariNya...
salam nisfu sya'ban...
semakin menghampiri Ramadhan.. :)

Unknown said...

syukur alhamdullillah...

setiap yang yus baca dari coretan fea memang buat yus rasa teruja sangat ke sana, dan yus tak pernah rasa pun fea ada sifat riak atau bangga. Dapat rasakan keikhlasan fea bercerita sambil mengajak semua turut merasakan keseronokan dan kebahagiaan dapat ke sana sambil berbakit kepada orang tua...alhamdulillah...

Terima kasih atas perkongsian yang berharga ini....

Selamat nisfu Sya'ban, moga kita sama-sama membuka lembaran baru yang lebih baik dan bermakna...

Lulu Caldina said...

perkongsian baik begini memang harus dikongsikan kak fea. memang sudah menjadi adat penulis, menulis apa yang terlintas di hati. Dan untuk memuaskan hati semua orang memang suatu yang mustahil. Namun sebagai pembaca, sebelum melihat sesuatu itu dengan cara negatif, marilah melihatnya secara positif terlebih dahulu..

*sharing is caring. semoga kita semua menjadi anak yang soleh..amin

Darling Pya said...

Alhamdulillah...seronok baca
acu pun macam tu gak...syukur dapat bantu memudahkan mak ketika di sana

syahdu nya hanya Allah saja yg tau saat acu pimpin mak terutama nye ketika tawaf, saie dan juga waktu berjalan ke masjid...

Cik Puan Izan❤ said...

rindunya nak pergi lagi... seronoknya sukar digambarkan dan rindu pun sukar digambarkan...semoga kita semua berpeluang ke sana...

Unknown said...

alhamdulillah kak.. orang kata setiap orang ada dugaan masing masing..kadang kadang takut jugak bila dengar dugaan yang pelik pelik orang yang ke sana..maklumlah saya ni bukan baik sangat orangnya..siapa tahu Allah nak bagi peringatan masa di sana.. tapi bila org cerita pengalaman yang indah indah teringin rasa nak ke sana..

Kakzakie Purvit said...

Entah mengapa air mata kakak mudah aje luruh baca N3 ini walau biasa-biasa pada setengah org tapi ianya menyentuh hati kakak. Bersyukur Hanis & hubby diberi peluang membawa org tua sama-sama ke tanah suci dgn penuh kasih sayang dan kesabaran yg tinggi.

Moga benar kata makcik di masjidilharam anak soleh/solehah itu.

Eye_nee said...

Jika bersama-sama org tua kita..tidak ada yg lebih baik akan Allah berikan sis...cumanya hati org tua ni mudah tersentuh kan....sis dah berusaha melakukan yg terbaik buat mereka semasa disana...sehinggakan kelihatan begitu soleh dan solehah dimata seorng ibu yg lain...Subhanallah....maha suci Allah yg menjadikan kamu antara anak2 yg dapat berbakti semasa hayat ibu dan ayah kamu ditanah suci itu......

Izwa Kamaruddin said...

syukur alhamdulillah.....sejuk hati perut jiwa membaca nyer kak...

terbayang bayang muka akak yg manis tu bertelekung sambil memimpim kedua-dua emak..

nanie said...

bestnya kak dah sampai sana...saya bila lagi x tau la kak...syukur Allah permudahkan urusan kak di sana... :)

Rina Rahamat said...

rupanya yg dikatakan 'dugaan' tu adalah rahmat buat akak dan hubby kan :)

yg penting kita kena sentiasa sangka baik dgn Allah kan :)

Dr K said...

salam Nisfu Syaaban kak..

Memang indah kan tunaikan umrah...lagi indah kalau dapat pergi bersama ibu ayah kita yg tercinta

apdm said...

salam...

paling penting kita dpt berbakti kepada kedua2 org tua, mak bapak kita dan suami. bukan mudah sebenarnya utk memiliki hati seperti itu.

tiada apa y lebih, semuanya indah dibaca, rasa sebak pun ada.

♥MAMASYAZA♥ said...

akak belum penah sampai ke sana. bertuah fea, terpilih menjadi tetamu allah. tq so much kerana berkongsi pengalaman sepanjang disana. sronok akak baca, sambil menitik airmata. tok umi ngan tok ayah slalu cakap, sebelum depa menutup mata, teringin sangat depa nak jejakkan kali sekali lagi kesana, tapi kali ni bersama cucu dan anak-anak. insyaallah akak sedaya upaya akan tunaikan impian tu. nak jejakkan kaki kesana dgn keluarga tercinta, insyaallah

ummiross said...

Alhadulillah..bertuah sungguh Hanis berpeluang berbakti kepada ibu dan keluarga mertua semasa di Tanah Suci, sangat besar ganjarannya disisi Allah SWT. Selalu terharu bila membaca catatan Hanis, sangat menyentuh hati..

uncle gedek said...

uncle belom lagi...

h4ni3 said...

menunggu peluang menjadi tetamuNya
moga diberikan rezeki itu
aminnn

Dinas Aldi said...

Akak tak rasa pun entri ni ada nada menunjuk2 atau over, rasa bahagia ja baca, alhamdulillah!

kurus said...

salam nisfu syaaban juga buat akk

seronok kenangan dan kisah ke sana ye kak .. memang dugaan .. setiap yg berlaku ada hikmahnya
syukur akk dpt membantu mak disana .. seronok baca ..
saya lak x sabar rasanya ..
insyaallahh ada rejeki memang nakkk sgt2 kesana walau umrah ;)

Murni Alfathunnisa said...

Alhamdulillah. t.kasih kerana berkongsi dengan kami. Saya pun ada a few entry tertinggal..tapi so far, saya rasa seronok sangat baca entry pengalaman kak di tanah suci..terasa seronok, syahdu...bahagia..semua nya bercampur baur..melonjak-lonjak teringin untuk menjadi tetamu Allah suatu masa nanti..

Nini D.. said...

menitik air mata nini kak baca entry ni

wahida said...

saya tak rasa pun n3 ni menunjuk2 kak..serius...niat akak mmg baik nak sebarkan cerita ni..selama ni kita asyik dimomokkan dgn cerita2 yg pelik sepanjang berada di sana...buat kita naik takut pulak...huhu..

qemaishak said...

Alhamdulillah..seronok baca cerita baik2 camni kak..moga akak sekeluarga bahagia & dimurahkan rezeki..

whitecappuccino said...

terima kasih kerana perkongsian ini..bole dijadikan panduan.

Unknown said...

As salam Kak,

Pengalaman setiap org lain2kan kak... setuju dgn wahida... Marya rs akak tak menunjuk2 pun... cuma kdg2 lain org lain pula interpretasinya... Lgpun marya mmg suka dgr cerita di tanah haram ni... Cerita akak ni menjadi pendorong buat kami suami isteri utk membawa kedua2 org tua ke sana... Kami dua2 dah xde ayah jd kalau boleh niat nak bwk 2-2 emak ke sana... Contoh yg baik bile kite ke sana & mereka menjadi keutamaan... Doakan kak cita2 kami ni tercapai.. :)

susumanis said...

salam hanis..so far akak baca N3 hanis x de pun yang rasa menunjuk nunjuk ke hapa,hanis pun novelis jadi gaya bercerita tu amat mengasyikan..keep writing darling, Allah knows best, if its fr yr heart it will goes straights to others ppls hearts..insyaAllah..

-Sara- said...

indahnya pengalaman cerita akk kat sana..paling seronok dpt menggembirakan hati org tua kan kak :)

Kamalia said...

Alhamdulillah,semuanay dipermudahkan oleh Allah sepanjang akk berada di sana ye.
sebak saya baca macam mana akk dan suami menjaga emak dan mertua akak..begitu teratur nampaknya. semoga ALlah berkati kehidupan akk suami isteri.:))

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...