Thursday, December 15, 2011

Sebak..

Membaca kisah orang lain kadangkala menjadi kekuatan buat kita. Kehilangan insan tersayang tentunya dugaan yang berat untuk diterima. Aku memang seorang yang penyebak. Kisah sedih orang lain mampu membuatkan aku menitiskan air mata. Lebih-lebih lagi bila aku cuba meletakkan diri di tempat mereka yang ditinggal pergi. Pergi yang tidak kembali. Pergi yang sudah dijanji untuk kembali ke pangkuan Pemiliknya yang abadi. Aku kagum melihat kekuatan mereka. Harapanku agar mereka terus tabah hendaknya.

Emakku juga pernah mengalaminya. Begitu juga dengan adikku. Mereka kehilangan suami tercinta di saat anak-anak masih kecil-kecil lagi. Kuatnya emak. Bila ditanya mengapa emak tidak mencari penganti, jawapan emak, tidak jumpa yang sebaik ayah. Emak suka bila termimpikan arwah. Katanya hilang rasa rindu. Katanya waktu awal-awal terasa dekat dan dapat di capai. Lama-lama ianya terasa jauh. Tak tergapai dek tangan. Tapi cintanya tetap di hati.


Adikku pula diawal kehilangan arwah, tiada rasa untuk memulakan hubungan yang baru. Katanya saat kehilangan itu tidak mahu dirasai lagi. Pedih dan perit. Waktu itu aku turut sedih melihat kesedihannya. Namun, jodoh pertemuan di tangan Allah.  Hidup perlu diteruskan. Adik aku menemui juga cinta baru. Sudah takdirNYA. Tiada yang bisa menolaknya.

Aku tak tahu andai aku sekuat emak, adik atau orang lain yang pernah melalui saat sukar seperti itu. Tapi, kisah-kisah mereka membuatkan aku lebih mahu menghargai insan-insan tersayang. Sebelum aku juga kehilangannya.


Mood sebak selepas membaca kisah mawarnafastari. Semoga beliau dan anak-anak terus kuat hendaknya.

20 comments:

whitecappuccino said...

Sama la dengan akak..mudah tersentuh dan sebab bila dengar dan tengok kisah sedih..

Dinas Aldi said...

Akak dulu2 takla senang sebak sangat tapi lepas mak kena mild stroke tahun 2003, ditambah pulak dengan masalah peribadi lain di tahun yg sama, sejak tu akak senang betul sebak..

Pengalaman hidup sedikit sebanyak menentukan ketahanan emosi kita kan.

♥ Nana BamBam ♥ said...

nana pon sebak teringat kisah arwah nenek nana pergi buat selamanya, kerna arwah nenek seorang yang penyayang...:(

Amie said...

memang rasa sebak, bukan lagi dapat tahan kembang kempis perut, kalau dapat menangis terasa seperti terkeluar batu yang menyekat di dada... itu hati, itulah perasaan

Hudalatip said...

sedih kan kak..kadang kita memang senang kata sabar kat orang lain, tapi diri sendiri belum tentu jadi setabah mereka...

Ce'gu JAERA said...

kak fea... ia juga mengingatkan saya dengan pemergian arwah ayah... sedihnya hanya kita yang pernah merasainya yang tahu.. kehilangan org yang tersayang.. betapa sebak dan pilu.. apa lagi mngenang emak yang setabah dengan takdir ini

Unknown said...

yus pun sebak baca kisah mawar tu. dari awal pagi tadi baca, sampai skrg tak hilang sebak lagi. Satu hari ni asyik sms suami, sampai dia pelik...huhu.

Tak tahu kalau kita di tempat dia bagaimana? Moga roh Nafastari di tempatkan di kalangan orang2 yang mukmin...amin.

muslimah rempit said...

oh... terima kasih...
saya memang cari laman blog ni - mawarnafastari.
beberapa bulan yang sudah, saya ada baca tapi langsung terlupa nama blog ini...
Terima kasih ...

sud@is said...

ya bukan senang nak kuat dan bukan kuat itu yang menyenangkan....berat mata memandang tentu berat lagi bahu yang memikul....
mohon diberi kekuatan dan kesabaran yangberterusan...

sekadar satu coretan said...

Dah baca mmg sedih...sebak..tak tau nak citer mcm mana...

ummiross said...

Allahuakbar, sungguh2 tersentuh. Moga beliau dan anak2nya terus tabah dan diberi kekuatan oleh Allah SWT.

Ibu Muda 30series said...

kak fea...blog tu tmpat wani cr kekuatan

bila kita rasa susah...bc cerita mawar, kita akan cepat2 tersedar bhw ada yg lebih menderita dr kita :(

akuzle ayu said...

sy pon abes air mata baca blog mawar tuh.

Ati Masrif said...

hanis ..
perangai kita hampir sama
mudah tersentuh, penyebak
dan selalu bayangkan
semalam selepas baca blog tu
langsung takde mood nk bw
sedihhh sangat....

Izwa Kamaruddin said...

kak...izwap un hilang punca idea berkata kata kerana baru lepas baca blog kak mawar juga tadi..

farah fauzi said...

bukak akak jer yang mudah tersentuh...saya pun sama....even tgk nenek tua menjual kat kedaipun saya dah mula nak nangis...uwaaa

wakgelas said...

wak pon sedey jugakkk...,, eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

Unknown said...

buat masa sekarang saya belum pernah tengok/rasa kehilangan yg macam ni dalam keluarga terdekat. belum tahu lagi mcm mana tahap ketahanan hati ni. tp saya pasti kalau saya diuji, air mata la jadi teman baik.

Rina Rahamat said...

sy br sempat bc entri akak yg ini..dh jengah blog mawarnafastari..



dan..



saya nangis..



moga beliau terus kuat..

Irfa said...

kak hanis..
keciknya dunia ini.saya baca blog dia dan dapat tahu mawar itu adalah sepupu en suami.maklumla jarang jumpa krn ada tanggungjawab masing2.moga nur terus tabah

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...