Wednesday, December 14, 2011

Universal Studio Singapore Part 3..

Salam semua. Hari ni nak sambung lagi cerita tentang USS...

Keluar dari Transformers the Ride : the ultimate 3D battle yang superb tu kami ke kawasan luar Sci Fi City pula. Kat situ ada 2 jenis Roller Coaster.

Inilah rupanya roller coaster tu. Bersilang-silang. Track biru tu Battlestar Galactica : Cyclon. Upside down with an intense corkscrew and a cobra roll. Track merah tu Battlestar Galactica : Human. Speed 82.8km/h. Twist, turns and propels you over 14 storeys into the air. Katanya,  the world's tallest duelling roller coaster. (Info tu semua aku dapat dari brochure). Brochure kena wajib ada yer. Senang nak refer. Brochure boleh dapat kat entrance. Kalau tak pun dekat tempat jual air dan jajan pun ada juga.  

Whoaaa.... Tinggi. Tengok pun dah seram. Tengok orang naik pun aku yang takut.

Aku tak naik kedua-duanya. Aku gayat dan penakut. En.asben pun tak naik sebab tak berani. He..he..

Di Lost world, kami bawak anak naik flying dino ni. Merasalah naik dinosour terbang.. he..he..  Kalau nak dinosour tu naik cuma tekan button putih kat dalam ride.

Kami memasuki ke Ancient City pula. Terasa macam berada dalam cerita the mummy. Kat sini kami naik roller coaster revenge of the mummy. Roller coaster dalam gelap. Az tak dapat naik sebab ketinggian tidak mencukupi. Makanya en.asben kena temankan. Nasib baik en.asben pernah ke USS sebelum ni. Jadinya tak kisahlah sangat. Mulanya aku takut nak naik. Tapi en.asben kata tak takut. So dengan confidentnya aku, han, is, kakak ipar dan anak buah pergi beratur. Suasananya waktu beratur tu seperti berada di dalam gua. Sejuk dan seram. Rupanya menakutkan juga roller coaster kat sini. Tengah laju tiba-tiba roller coaster tu berhenti bila ada halangan kat depan. Lepas tu kita di tarik laju ke belakang. Aku memang tutup mata. Kaw-kaw aku jerit he..he.. Tapi itu pun masih rasa kejap jantung tertinggal kat atas. Sekejap tertinggal kat bawah. Takut-takut tapi tetap rasa best. Bagus juga en. asben kata tak takut. Kalau en.asben kata takut tentu aku tak naik. Terlepas pula keseronokannya.

Kat sini patung arab purba ni gedang-gedang. Merasalah aku nampak kenit bila bergambar kat sini he..he..  Nak naik ride revenge of the mummy tadi, beg semua tak boleh bawak masuk. Kena tinggalkan dalam locker. Locker tu diberikan secara percuma untuk setengah jam pertama. Selepas tu SGD 2 kut untuk jam seterusnya. Nak guna locker pun senang. Perlu ikut arahannya saja. Cuma masukkan tarikh lahir dan warna kegemaran kita. Lepas tu akan diberitahu locker mana yang perlu kita guna. Kalau tak faham macam mana nak guna boleh bertanyakan pada staff USS. Tips : Pastikan duit semua tak masuk dalam locker tu yer. Sebab kalau lebih dari setengah jam naya juga kalau takde duit kat tangan. Dah tak boleh nak buka locker tu.
Kami ke Far-far away pula selepas itu. Muka masih excited walaupun tengah panas terik. Tips : Kena pakai sunblock untuk protection. Kalau bawak anak-anak elok pakaikan topi. Kasut pun kena pakai yang selesa. Sandal dan selipar pun lagi okey pada aku sebab banyak tempat nak berjalan. Aku en.asben dan anak-anak belasah sandal aje. Memang sangat selesa.

Semua tempat memang kena beratur yer. Tapi ikut nasib panjang atau tidak barisannya. Macam kat sini Alhamdulillah lenggang juga. Tapi kat dalamnya memang dah penuh. Ada yang kata elakkan pergi waktu hujung minggu atau cuti sekolah. Tapi pada aku, masih selesa juga walaupun kami pergi pada waktu-waktu itu. Orang memang ramai tapi waktu menunggu tidaklah terlalu lama. Okey aje.


Cantikkan istana shrek ni. Kat sini ada Shrek 4-D Adventure. Best sangat-sangat. Macam tengok wayang 4D. Tapi efek dia lebih sikitlah. Aku memang enjoy sangat. Anak-anak tentulah terlebih lagi sukanya. Bila donkey bersin, terasalah ada air-air terkena muka kita. Kerusi pun bergerak ikut cerita. Kalau jatuh terasa jatuh.  Bila keluar labah-labah, terasalah macam labah-labah geletek kaki kita. Az siap angkat kaki naik atas kerusi. Seronok sangat tengok adventure shrek tu. Seisi keluarga seronok menikmatinya.

Memang thumbs up USS ni. Jom kita check are mana yang kita tak pergi lagi. He..he.. Kusyuk tgk map sebab takut ada yang tertinggal.

Jurassic park ni kat area lost world juga.

Nachos. Yummy. Bawak anak-anak kan. Dah bawak jajan pun membeli tetap juga. Kami ada beli botol air USS juga. SGD 15.90 kot harganya. Air dia boleh refill. Kalau soft drink SGD 2 sekali refill. Kalau air jus SGD 5 kot. Jus dia memang sedap. Dua tiga kali juga kita orang refill air tu.

Ada banyak street show juga. Kena tengok jadualnya agar tak terlepas. Cute aje show ni. I like to move it, move it.. memang Fun.

Ada banyak juga restoran yang halal di sini. Logo halal Singapore memang ada dipaparkan di pintu masuk setiap restoran yang halal tu. Dekat brochure pun memang ada diletakkan logo-logo tersebut. Jadi memang mudahlah untuk kita tahu tempat makan yang halal. Kami makan di restoran ini. Boleh tahan juga rasanya. Untuk lunch set tak termasuk air dalam SGD 14.90 macam tu. Untuk kids meal dalam SGD 9.90. Portion dia besar. Makan share berdua pun masih kenyang.

Sebab dah makan jajan, semua orang tak berminat nak makan waktu tengah hari tu. Jadinya pukul 3 lebih baru kami makan. Kelebihannya makan lambat sikit ni ialah kami tak perlu nak beratur dan berebut atau menunggu tempat kosong. See.. clear kan. Tips : Nak makan, elakkan waktu 12 hingga 2 petang. Tak perlu bersesak dan menunggu lama.

Untuk kids meal dapat sekali dengan lunch box ni. Aku tak pasti di restoran lain dapat ke tidak. Sebelum pergi makan aku memang nampak ramai yang menjinjing lunch box ni. Mana yang anak ramai tu memang bawak banyaklah. Ingatkan dia orang beli souvenir. Rupanya dapat percuma sekali dengan set.
Kids Meal dapat sekotak air susu coklat juga. Yang bawah tu beg USS. Ada gambar transformers. Beli barang dapatlah beg tu.
Water world ni kat area Lost City. Tengok orang beratur punyalah ramai. Dalam hati aku muat ke. Sekali tengok kat dalam memang besar sungguh. Memang muat sangat.

 

Tapi kan, sebab cuaca tidak mengizinkan, hujan lebat petang tu, makanya kami tak dapat tengok show yang hebat di sini. Dua kali kita orang pergi kat situ. Pukul 5.30 dan pukul 7. Siap tunggu lagi. Tapi show cancelled. Hu..hu.. Takpelah takde rezeki. Tapi mereka tetap bagi kita masuk tengok macam mana rupanya kat dalam tu. Jadilah.

Malam tu siap ada Fake Snow lagi. Orang yang tak pernah merasa salji macam aku ni tentulah rasa teruja dan seronok he..he..

Sampai malam kita orang kat sini. Cukup puas hati. Bye-bye Universal Studio Singapopre. Ada rezeki nanti kami datang lagi. Bas bertolak balik ke New York Hotel pada jam 8 malam.

Info tambahan : Untuk solat ada di sediakan bilik berhampiran pintu masuk. Kami buat solat jamak takhir kat sana. Jadinya kami solat dalam pukul 4.30 petang. Kalau dari pintu masuk, bilik solat tu di sebelah kanan. Tempat solat itu berkongsi lelaki perempuan. Jadinya kalau orang perempuan masuk dan pada waktu itu tiada orang lelaki, janganlah bersolat di saf yang depan-depan. Ambil saf yang di tengah. Sebab nanti jemaah lelaki kena menunggu pula. Takkanlah mereka nak sembahyang di belakang kita. Macam waktu aku solat tu, jemaah perempuan dah gunakan saf yang depan. Jadi jemaah lelaki kena menunggu lama di luar. Untuk berwuduk kena ambil di tandas. Untuk lebih selesa, gunakan tandas OKU. Senang nak ambil wuduk di tempat itu.  Cakap elok-elok dengan staff USS di situ kata kita nak berwuduk memang dia orang akan benarkan. Kalau dari pintu masuk utama, tandas tu disebelah kiri. Pakai tudung siap-siap dalam tandas. Sebab nanti tak selesa kita nak betulkan tudung dalam tempat solat yang ada jemaah lelaki juga.  

Ada yang bertanyakan tentang pakej New York Hotel JB tu. Aku berhubung dengan Ms. Vivien di talian 07-3312842. Kalau berminat untuk dapatkan quotation bolehlah berhubung dengannya bertanyakan USS pakej tu.

Pada yang belum membaca part I dan part II kisah percutian kami sekeluarga ke USS bolehlah tengok percutian-yang-best-ke-universal-studio dan universal-studio-singapore-part-2.

49 comments:

Hudalatip said...

bestnya kak..iallah ada rezeki dapatlah jejak ke sana..

Lydia Miza said...

sis..bestnyer..nak gi juga.dah gosok2 encik suami..ekeke

Rina Rahamat said...

Dalam gambar tu akak?


Siyes mmg nmpk mcm muda hihi


Cerita akak ni buat sy x sabar nk ke sana..tp lmbt lg anak sy nk besar huhu

Kakzakie Purvit said...

Universal Studio memang satu tempat yg cantk dan baik utk dijadikan kunjungan Hanis. Jangan kata kita yg duduk diMsia, family kakak di S'pore pun suka ke sini..

eB said...

wah gd info. tq3 :)

Unknown said...

lengkap info :)

thumbs up!!!!

ummiross said...

Ummi sah2 tak berani naik roller coaster tu Hanis!
Bagus ek ada tempat solat, boleh lah berlama2 dalam tu kalau solat dah selesai kan Hanis..

Kakcik Seroja said...

Baca catatan Hanis pun dapat dirasakan keseronokannya. :)

Izan Ishak said...

thanks for sharing kak pengalaman ke USS tu... bestnya!!

dalila said...

bestnya...... dela x pernah sampai sana lagi... :(

qemaishak said...

Best baca catatan percutian akak ni..enjoy je kan..

Unknown said...

alahai...baca 3 n3 ttg USS ni rasa macam esok je nak pegi..heheheee...tp kene sabar lah tunggu anak2 besar.. (7-8 tahun lagik..uihhhhh...lamanya!! mesi masa tu harga tiket pun da m'lambung2 mcm bola kan..heheee)

Dinas Aldi said...

Bestnyaaa! Teringin nak naik roller coaster tuh! Insyaallah satu hari nanti akan sampai jugak akak ke sana :)

Izwa Kamaruddin said...

nak pegi!nak pegi!tapi kene tggu anak besar skit la :(

Ati Masrif said...

macam kat Hollywood pun ada ye
mmg blk bercuti ni kulit
jadi gelap :)

MulutPayau said...

seronoknya....tgk gmbar2 tu mmng dah rasa kseronokannya....mmng teringin nak pergi....

Misz-ella said...

USS ni mmg dlm perancangan KC. Tp entah bila la dpt menjejak ke situ ..

Ryha Feyzal said...

how I wish...
i'll be here one day

amiey lee said...

okkk khatam baca akak nye entry..heee besttt masih terngiang2 lagi...masing2 nye pengalaman lain2 kan..
wahhh ada fake snow..hebattt gitu

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

pergi singapore slalu baru last month pegi..tp tak jejak2 lg kesini...menarik tul nmpk tmptnyer ek...

Hanis MY said...

seronoknya kakkk... kalau saya konpem tak naik roller coaster tu takutla, tengok pun dah nak pengsan! cantik istana tu terus berangan jap hehe...

exora said...

tumpang seronok dari jauh...

sud@is said...

bestnya lama x p..

♥MAMASYAZA♥ said...

wahh bestnya. insyaallah ada rezeki akak pun teringin nak bwk anak2 ke sana.

Dilla Ady said...

kak, dua gambar last tu gambar akak ke?

okeh nk britau,

first time tgk akak

akak nampak mude!

nampak cam kakak pada anak2..

ai jeles!

huhuhu..

So Shy Lady (SSL) said...

ralit mmbc nya.....tsgt best nih! yg gmba last tu mmng sjibik student U he..he..

♥ Nana BamBam ♥ said...

omak aih..best giler kentang..

teringin nak naik roller coaster kat singapore tuh :)

Ce'gu JAERA said...

wowww... cayala kak fea.. sronok bercuti2 d sana.. segalanya macam dalam filem yang kat Hollywood tu kan..

Lizawati said...

nak rancang g bulan 2 nanti, bila baca catatan akak lagi la excited nk g.... huhuhu...bestnya..snow fake..

whitecappuccino said...

bila tengok castle ni teringat masa kat Disneyland Orlando Florida 27 tahun yg lalu..tapi yg kat singapore ni semua yg baru2 dah, masa tu mana ada lagi kat florida..kat singapore ni pun nampak best ler..naik roller coaster sekali, ampunnnn tak nak naik dah!

mak encik | SZ said...

seronokkkk nya kak!

klu roller coaster mmg tobat takmo naik...dolu zaman bujang saya n kawan2 p ride kat GH ... tak brani nak menjerit! tutup mata je...sbb lg jerit lagi takut..ihikssss

Hanys Najib said...

o..roller coaster tu la transformers yg dok beriklan dalam tv tu ye kak..
btw, kalau saya tak rabun, tu akak kan..? dah boleh letak gambar kat sini ea..hehe

Azian Elias said...

selalu ke spore tapi tak perrnah sampai sini. ingat nanti leh bawak anak2 ke sini.

wahida said...

info akak lengkap!! thumbs up utk akak...

kak, boleh tanya lagi satu tak? berapa total semua perbelanjaan kat sana, termasuk harga pakej, mkn minum dan belanja semua sekali? kalau tak keberatan, boleh share tak? sbb nak kumpul duit gi sana..

tim_fs said...

kak...sonok la nampak..
kami mmg nak gi kesana..thn depan kot..

Zana Adieyza said...

thanks sebab sudi share ttg pakej new york hotel tu.. nanti zana nak try gak la dptkan quotation..

dah print semua part as rujukan.. tq so much!

Ce'gu JAERA said...

teringin nak honeymoon kat sana.. ehehe

Unknown said...

seronok tgk percutian hanis dan keluarga di USS ni. InsyaAllah ada rezeki dapatlah sampai sana juga. Pergi anak2 dah besar sikit lagi best kan...

Akak Kembang said...

sangat seronok....i'allah..ada rezeki ALin pun mau ke sana..

Unknown said...

terima kasih utk info akak ni .. boleh lah lepas ni call dia utk pegi kan .. :)

-Sara- said...

bestnyaa..tgk gmbr akk ni terasa nk pegi gak :)

SemuaTentangKita said...

Haishhh..bile la sy nk sampai sana..huhuhu

Unknown said...

memang best la..tengok gambar2 pun boleh tau best..
agak2 kak fia,berapa ye habis pi sana??
saya teringin pulak nak pi..ekekek..
mana tau tahun depan kot2 ada rezeki.

Sizzling Suzai said...

WAHHHHHHHHHHHHHHHHHHwahhhhhhh...sangat jeles!!! huhu ini mmg impian sy nk ke USS ni coz nk tunggu g US tol2 mmg lmbt la kn.so 1st time dolu2 tau singapore wat ya Allah gembiranyer sy xtrkata!hahha tp xd rezeki lg skg pon blajar lg duit xde huhu im happy for u kak..btw THANKS a lot 4 all d info..i really need it!! ^^

Sizzling Suzai said...

WAHHHHHHHHHHHHHHHHHHwahhhhhhh...sangat jeles!!! huhu ini mmg impian sy nk ke USS ni coz nk tunggu g US tol2 mmg lmbt la kn.so 1st time dolu2 tau singapore wat ya Allah gembiranyer sy xtrkata!hahha tp xd rezeki lg skg pon blajar lg duit xde huhu im happy for u kak..btw THANKS a lot 4 all d info..i really need it!! ^^

Widi Dede said...

melancong ke universal studio singapore, best lah :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

De' Nurul said...

ketinggian untuk naik ride mummy tu berapa? ala nak pegi next week nak naik tu Y__Y

CIKU said...

Mekasih sharing pasal uss dan info solat di uss ni..tq ye.ciku follow :)

Anonymous said...

Pakej Tempat-tempat Menarik di Singapura
- Universal Studios Singapura
- Singapura Marine Life Park
- Singapura Flyer
- Day + Night Safari di Singapura
- Tempahan Singapura Marina Bay Sands Hotel
- Tempahan Hotel Masa Perayaan Sentosa Singapura
dan lain-lain

Travel Delight
http://traveldelight.biz
QQ: 841-888-666
ask@traveldelight.biz
+65 6292-2221

Hai, kami adalah agensi pelancongan di Singapura. Blog yang anda tulis sangat sempurna, gambar-gambar anda juga menarik dan cantik. Ia sangat berguna untuk tetamu kami. Bolehkah kami bekerjasama dengan anda?

Kami mengharapkan balasan anda.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...