Wednesday, June 13, 2012

Rasa meminjam, bukan rasa memiliki...

Semakin dekat hari mahu berangkat, semakin berat rasa hati ini untuk meninggalkan anak-anak. Tambah-tambah lagi waktu kami mahu berangkat, sekolah masih belum mula bercuti. Masih ada beberapa hari untuk anak-anak ke sekolah tanpa kami. Sehari sebelum berangkat rasa berat hati semakin memberat. Rasa rindu, rasa risau dan bermacam-macam rasa mula bersatu. Waktu pulang dari kerja yang cuma ada beberapa jam sebelum aku meninggalkan anak-anak aku buka saluran IKIM FM. Alhamdulillah, perkongsiannya waktu itu kena benar dengan apa yang aku perlukan untuk meredakan perasaanku. Ianya mengenai rasa meminjam dan bukan rasa memiliki.

Kata Ustazah yang berbicara (lebih kurang begini mengikut pemahamanku). Bila kita mempunyai rasa meminjam, kita akan rasa redha untuk melepaskan. Tapi bila kita mempunyai rasa memiliki, kita akan rasa tamak, rasa takut dan rasa tidak mahu melepaskan sesuatu yang kita rasa sepenuhnya milik kita. Segala-galanya yang kita ada hanya pinjaman. Tiada yang kekal milik kita. Semuanya milik ALLAH yang menguasai dunia dan akhirat. Hakikat dan kenyataan itu memang sedia dimaklumi. Tapi bila ianya diulangi lagi dalam waktu yang bertepatan, ianya cukup memberikan kelegaan kepadaku. Kata-kata itu membuatkan hati yang berat menjadi ringan.  Rasa redha dan berserah untuk meninggalkan anak-anak mula aku rasai. Alhamdulillah..

25 comments:

Hudalatip said...

Entry akak juga buat saya sedar..kadang kita perlu disedarkan, tq kak..

Izwa Kamaruddin said...

terima kasih kak....

Unknown said...

perkongsian yang baik ni fea. Terima kasih, buat yus tersedar juga...alhamdulillah.

TS said...

thanks for sharing this kakak..
bila kita rasa memiliki..kita akan jadi tamak..betul!!!
sumenye hanya pinjaman kan kak..

Unknown said...

subhanallah..sungguh pun macam tu mesti bila sampai sana rasa tenang je kan kak..

mak saya cerita masa sampai sana macam lupa pada keluarga kat malaysia..ingat nak ibadat je..

mak encik | SZ said...

allahuakbar!
terima kasih kak atas perkonsian ilmu ini... iye, lepas2 ni saya akan lebih redha atas apa jua dugaan cabaran yg berlaku dengan katakunci segalanya adalah pinjaman daripada Allah ... Dia maha pemurah, bagi pinjam takde interest2 pun!

Anonymous said...

terima kasih kerana mengingatkan sy yg mudah alpa :)

Darling Pya said...

terima kasih mengingatkan :)

ummiross said...

Alhamdulillah..rasa redha itu membuatkan kita lebih tenang untuk beramal ibadat di sana kan Hanis...

Rina Rahamat said...

Isk..terasa kerdilnya diri bila baca entri akak ni..sbb sy selalu rs takut kehilangan org-org yg saya sayang..takut kalau Allah ambil mereka..pdhal dunia ini dan segala di dalamnya semuanya milik Allah kan

♥MAMASYAZA♥ said...

terima kasih atas perkongsian ini. perasaan seorg ibu mmg camtu, amat takut akan kehilangan org yg kita syg

Unknown said...

nice sharing :)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

xpe la kak... anti kt sane banyak2 kan berdoa akan kesejahteraan kt sini.. tumpukan pada ibadat k :)

Kakzakie Purvit said...

Itulah hikmah mendengar radio IKIM Hanis. Kakak memang tak buka radio lain selain IKIM fm.

apdm said...

salam..

alhamdulillah, akak pun dah selaamt pulang, mereka yang menjaid pinjaman itu sudah ada didepan mata...

Nini D.. said...

tq sbb berkongsi ilmu kak :)

Irfa said...

terima kasih kak..sedar diri yg kita hanya meminjam :(

whitecappuccino said...

alhamdulillah..kalau kita rasa begitu, baru kita rasa ringan dan mudah sedikit..

Ati Masrif said...

sukalah n3 berguna ini

yelah selalunya kita dah tahu
tapi bila di dengar lagi
memberi kita peringatan kembali

p/s: anak2 tinggal dgn siapa?

Dinas Aldi said...

Terima kasih atas perkongsian ni, Hanis. Akak pun selalu ingatkan diri pasal rasa meminjam tu kerana sememangnya bukan hak mutlak kita, kita hanya meminjam dariNya :)

h4ni3 said...

betul jugak tu kan..
bukan saat nak meninggalkan anak je, tapi nasihat tu juga berguna andai kata anak2 pergi dulu sebelum kita (minta2 jangan lah).. supaya kita lebih redha

psst.. masa akak takde, hari2 saya perati rumah akak.. hari tu nampak telekung dan kain ihram bersidai kat pagar, maka saya tahu akak dah balik! :))

Maya Mayana said...

ayat tu memang memujuk hati, buat yana sedar juga..

tapi kdg2 hati ini sukar juga utk terima...

Lydia Miza said...

entri akak ni sedarkan saya psl satu kewajiban.saya tak mau gi haji tahun dpn konon risau tggl anak kecik.tp saya lupa nyawa saya hanya dipinjamkan hingga saat mana pun tak tau lg.

Ce'gu JAERA said...

Saya tertarik dgn kata2 itu. Betapa perlunya kita meminjam drp memiliki

Unknown said...

Allah.. Allah... (T___T)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...