Assalamualaikum..
Selamat tahun baru untuk semua. Semoga tahun ini kita mendapat lebih keberkatan dan kejayaan dalam hidup hendaknya, insyaAllah. Aku dah mula dengan azam baru aku. Harap-harap ianya dapat aku penuhi. Benarlah yang setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sebelum ini aku ada buat entry tentang pelajaran Is yang merosot di akhir tahun ini. Az pun ikut merosot juga. Kedua-duanya turun kelas tahun hadapan. Perkara itu membuatkan aku mahu memberikan lebih tumpuan kepada pelajaran mereka. Untuk permulaan aku sudah membuat jadual belajar untuk anak-anak seawal cuti sekolah minggu lepas. Setakat ni Alhamdulillah. Walaupun tak dapat penuhi 100% sekurang-kurangnya dalam 60% anak-anak mengikut juga jadual yang aku dah buat tu.
Bila pelajaran masing-masing dah merosot, jadi senang sikit aku nak aturkan jadual untuk mereka. Kalau tidak susah sikit sebab bila dapat result bagus masing-masing perasan macam dah pandai sangat sampai rasa tak perlu nak belajar. Bila cakap tak boleh tengok tv pun takdelah yang berani nak mengeluh atau buat muka. Sebab kalau dia orang mengeluh atau buat muka nanti dia orang sendiri yang tak tahan bila aku mengungkit markah keputusan peperiksaan mereka he..he.. Bila ada jadual nampak teratur juga semuanya. Masa belajar, belajar. Masa main, main. Masa solat, solat. Masa mengaji, ngaji. Senang sikit aku nak monitor. Kalau tak ikut jadual pun senang sikit aku nak bagi denda.
Semalam waktu cuti maal hijrah aku kemaskan buku-buku dia orang. Lepas dah susun semua buku-buku tu aku jumpa sebeban buku-buku latihan ujian yang masih tak digunakan. Sebeban okey. Punyalah banyak dan punyalah aku pun terleka sama bila anak-anak leka. Kiranya sebelum ni aku cuma beli aje buku-buku latihan tu semua. Lepas tu harap anak-anak ada initiative sendiri untuk buat latihan. Memang taklah kan. Kiranya memang aku jugalah yang salah bila pelajaran anak-anak merosot. Jadinya sepanjang cuti ni ada banyak latihan yang boleh mereka buat dan aku boleh pantau. Harap-harap usaha aku ini tidak separuh jalan. Semoga pelajaran Is dan Az akan meningkat di tahun depan. Permudahkanlah Ya ALLAH.
Salam hormat untuk semua. Take care.
10 comments:
tak pe.. masih ada masa utk betulkan. insyallah tahun depan pelajaran is n az meningkat. mungkin turun kelas ada kebaikan utk mereka
salam MAAL HIJRAH kak... semoga azam akk tercapai...
Insya Allah bolehntu kak...masih belum terlambat..
Salam maal hijrah juga buat Hanis sekeluarga, semoga tahun baru penuh dengan keberkatan buat kita semua.
InsyaAllah Hanis, ummi doakan moga usaha Hanis membuahkan hasilnya.Masih belum terlewat, ummi yakin Is dan Az memang berkemampuan,dengan bimbingan Hanis,insyaAllah pencapaian mereka akan meningkat.
Teringat zaman skolah dulu2... ayah mmg pantau giler2 bab belajar ni.. setiap buku latihan yg dia beli mesti dia akan cek...kalau tak sentuh langsung.. mkn penampar je...senang cerita... tp Alhamdulillah dgn penampar tu la yg membuatkan anak2nya berjaya...
Sebenarnya, ada beberapa sebab pelajaran merosot adalah juga kesalahan dari kita sebagai ibubapa. Tak boleh nak salahkan sekolah dan guru semata.
Semoga usaha yang berterusan akan memberikan hasil yg memuaskan.
sama juga keadaan nya dgn ieja hanis..byk lagi buku2 latihan dorang x buat rupanya..kita leka dorang pun sama..sume nak kena ketuk dulu br nak wat keje..hasilnya mmg x blh nak kata lah..
Salam maal hijrah kak, moga azam akak tercapai:)
qema zaman sekolah pun gitu kak, abah xtanya xbuat hihi
Salam maal hijrah....
moga azam akak akan tercapai....
usaha tangga kejayaan....hehhe
Masih belum terlambat, in syaa allah :)
Post a Comment