Assalamualaikum..
Pagi ni seronok sangat waktu nak pergi kerja. Kereta tak banyak. Jadinya tanpa melalui kesesakan biasa di pagi isnin, cepat aje dah boleh sampai ke pejabat. Alhamdulillah.. mungkin ramai yang sambung cuti minggu ni. Aku sengaja taknak ambil cuti sebab nak meraikan feeling sehari bekerja dan sehari bercuti dalam minggu ni. Bestnya. Bukan selalu nak dapat rasa cuti selang sehari macam ni. Jadinya haruslah diraikan he..he..
Okey, berbalik pada tajuk entry. Aku memang mempunyai kulit yang sensitif. Rasanya sejak kecil sampai sekarang, ada aje masalah kulit. Bila nak pakai losyen kadang-kadang bukan dapat kulit licin tapi dapat kulit gatal-gatal pulak. Kalau dulu-dulu memang takut sangat nak guna apa-apa produk. Lebih-lebih lagi untuk muka. Sebab selalu aje muka akan jadi gatal-gatal dan naik ruam setiap kali nak cuba produk untuk kulit muka. Sebab berjaga-jaga, rasanya sampai lepas kahwin baru aku betul-betul berani pakai pelembab, pencuci muka dan skrub muka. Itu pun ada yang serasi ada yang tidak. Sekarang ni dah mula serasi dengan Safi Rania. Jadinya memang takut nak cuba produk lain. Tapi dalam berpuas hati dan serasi tu, kadang-kadang hati ini terasa juga nak cuba produk lain. Iyalah, bila tengok muka orang nampak begitu bersih dan gebu, hati ini pun jadi mengebu-gebu nak guna dan cuba produk macam yang orang lain pakai. Tapi selalunya kulit sensitif aku ni masih menjadi penghalangnya. Macam baru-baru ni aku rasa begitu teruja nak try pakai mask muka. Sebab baca review beberapa orang yang dah pakai kata muka akan rasa sangat best selepas memakainya. Waktu singgah di guardian hari tu aku pun belilah satu. Nak try pakai mask juga. Hasilnya...Wah.. muka u nampak bersih.. Puji en.asben. Itu masa jari-jari dia belum singgah ke pipiku. Lepas jari-jari dia dah singgah ke mukaku lain pula ceritanya. Eh.. kenapa rasa mengerutu ni ma.. Hmm... itulah hasil sebenarnya. Kulit mukaku yang sensitif tak boleh menerima mask tu. Habis muka jadi gatal-gatal dan naik ruam hu..hu.. Sampai hari ni aku masih rasa tak selesa. Lepas ni aku tak berani nak cuba-cuba lagi. (Err.. itu pun kalau tak terpengaruh dengan iklan lagilah he..he..)
Okey, habis pasal kulit sensitif. Sekarang nak bercerita pasal gusi sensitif pula. Aku memang ada masalah gusi. Kalau berus gigi selalu gusi berdarah. Ditambah lagi dengan tabiat aku memberus gigi suka kuat-kuat. Sebab kalau tak terasa macam tak berus gigi aje he...he.. Ianya menambahkan lagi masalah gusiku. Tahun lepas aku perasan gusi aku belah depan nampak macam dah longgar sikit dengan gigi. Aku dah mula cuak. Seram betul bila tengok gigi kat cermin. Terbayang kalau-kalau semua bahagian gusi jadi longgar macam tu. Sebab takut aku pun mula memberus gigi secara lebih berhemah. Takde nak berus kuat-kuat lagi. Alhamdulillah.. nampak okey sikit. Tapi gusi yang melonggar masih kekal begitu juga. Baru-baru ni aku nampak kawan aku beli satu ubat gigi ni. Dia kata ubat gigi tu bagus untuk masalah gusi. Aku pun terus rasa nak mencubanya. Sekarang ni dah nak hampir habis setiub yang aku pakai. Hasilnya.. gusi-gusi yang melonggar tu dah kembali melekat dengan gigi. Alhamdulillah.. aku rasa puas hati sangat. Sampaikan terasa nak kongsikan di sini. Kalau nak tahu nama ubat gigi tu boleh e-mel aku. He..he.. takdelah. Aku bukannya jual ubat gigi tu. Bukan juga nak buat promosi. Sekadar nak berkongsi aje. Nama ubat gigi tu ubat gigi Winz Fresh dengan Kayu Sugi keluaran CNI. So, kalau korang pun ada masalah gusi macam aku boleh cuba beli dengan kawan-kawan korang yang jual CNI. Mana tahu korang pun akan berpuas hati nanti, insyaAllah.
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.
13 comments:
alhamdulillah izwa tetap setia dgn safi rania jek walaupun selalu bedal sabun je kat muka mase mandi...hhehehe..belasah je time malas..
Saya mmg bkulit sensitif. Lotion pun kena tengok. Bukan semua blh
abah blk kampung kat kawasan sawah mesti akan gatal-gatal..manja sangat kot kulit tu.hehee
Bekas-Bekas Aiskrim Yang Sangat Cute
Sebaiknya jgn terpengaruh Hanis. Dah jumpa yg sesuai teruskan aje...
CNI kakak ada guna minyak panas dia..
sejak dua menjak ni ada masalah gigi rasa ngilu jer ...
walaupun time tu tak minum air batu ...
tak cukup kalsium ker ???
Salam kak fea.. Kulit muka kita sama.. Huhu
Haaa cni punya ubat gigi tu mmg bagus.selalu pki sebab klu silap sikit je mmg gusi saya berdarah dan bengkak. Tak tau pula blh buat gusi yg longgar kat gigi tu elok. Nnt nk cerita kat kwn2
Laa kesiannya Hanis, kalau macam tu kena hati2 juga kan agar tak jadi macam tu lagi.Waa lepas ni ummi kena cari ubat gigi cni juga ni Hanis..
Amboii, kak.!
Pipi lagi tu, hahaa
eiqa x boleh sbb belom khawin. ;)
Kalau akak dah serasi dgn Safi better akak jgn try yg lain, takut bila campur2x nie lagi teruk nanti.
Salam kenal akak :)
Org yg berkulit sensitif ni, mmg agak susah juga..Saya selalu jumpa patient yg terlebih sensitif kulitnya, sampai ke tahap timbul masalah eczema..Selalunya, yg paling penting kena pastikan kulit cukup lembapan, so guna lah apa apa moisturizer mcm Cetaphil, etc
samela ngan sy kak..kang tibe2 gatal kat muke pastu ada bintik2....hurrmmm banyak pencuci x sesuai..yg sesuai pulak rm 200..x mampu mak!
Apa juga masalah pun, sekarang ni mudah saja nak cari penawar. Kita masing2 ada kelebihan. Ada orang mudah jer nak jaga, sebab dikurnia kulit yang tak banyak problem...
Thanks info.
Kak Azie pun setia satu jenama saja sejak dulu. Malas nak fikir jenama lain dah.
akak biasa guna loreal atau oley total effect..alhamdulillah serasi..kulit pn tak bnyk masalah.oo..bleh try ubat gigi tu nanti..tq 4 sharing ya fea.
kulit alin sensitif asyik tumbuh jerawat jek
Post a Comment