Wednesday, November 7, 2012

Manja-manja tak jalan..

Assalamualaikum...

Jumaat lepas tayar kereta pancit. Aku memang tak perasan waktu keluar rumah. Bila nak masuk kereta lepas berhenti beli kuih barulah aku perasan yang tayar kereta aku belah belakang dah kempis sebelah. Patutlah masa bawak sebelum tu memang rasa dan dengar bunyi lain macam. Dah nampak tayar kempis barulah tahu sebabnya. Apalagi... terus cuak. Kalau masih kat rumah lagi takpelah juga. Ini dah separuh perjalanan nak ke pejabat. Tambah kalut lagi sebab pagi tu ada penilaian audit di pejabat yang berkaitan dengan tugas aku. Maknanya aku mesti pergi pejabat juga. Cepat-cepat telefon en.asben nak mengadu. En. asben nasihatkan suruh aku drive pelan-pelan pergi pam tayar tu kat stesen minyak dulu. Tengok macam mana. Nak tak nak terpaksalah aku gerak juga. Sebab nak terus pergi kedai tayar pun memang takde kedai yang dah bukak pagi-pagi macam tu. Sepanjang jalan tu aku kena hon dengan pemandu lain yang cukup peka. Tentunya mereka bimbang aku tak sedar tentang keadaan tayarku. Sepanjang jalan juga aku mengangkat tangan pada mereka-mereka itu tanda berterima kasih juga sebagai tanda aku sudah maklum tentang keadaan tersebut. Sampai di stesen minyak aku terus pam tayar. Alhamdulillah.. tayar kembali berisi angin seperti biasa. Dapatlah aku pergi ke pejabat dulu. Petang tu barulah aku ke kedai tayar. Memang tayarku tercucuk paku. Entah kat mana dan bilalah aku terlanggar paku. Paku panjang yang berskrew. Sebab aku masih memandu dalam keadaan tayar yang kempis sangat pagi tu  habis tepi-tepi tayar macam bercalar. Untuk keselamatan, terpaksalah aku menukar kepada tayar yang baru. Hmmm 280 melayang petang tu. Takpe..takpe.. keselamatan lebih utama. Duit boleh cari.

Bercerita tentang pam tayar, kalau dulu memang aku tak reti apa-apa tentang pam tayar. Semuanya nak harapkan en.asben. Tapi selepas satu insiden ni, terus aku pandai pam tayar sendiri. Cerita ni 9 atau 10 tahun lepas kot. Waktu tu aku baru lagi memandu kereta sendiri selepas bertahun-tahun ada lesen kereta. Satu hari tu tayar kereta macam lembik sikit waktu aku nak pergi kerja. Seperti biasa apa-apa pun kena telefon en.asben dulu tanya apa nak buat. Dia suruh aku pergi pam tayar tu untuk isi angin kat stesen minyak. Ala... i mana tahu nak pam tayar. Ayat biasalah tu kan. Kalau u tak tahu nak pam sendiri u tunggulah i balik kerja petang nanti. Memang taklah en.asben nak layan sangat kan. Ala... habis tu macam mana i nak pergi kerja. Nak gedik lagi tu. Kalau u nak pergi kerja u pergilah pam tayar tu dulu. Sebab en.asben macam tak nak layan dan  tolong (kata kejap lagi i balik ke, apa ke) aku pun terus sentap. Bila sentap memang apa pun boleh buat sendiri kan he..he.. Aku pun memandu pelan-pelan pergi stesen minyak. Pergi tempat pam tayar. Baca instruction kat situ. Okey.. tak faham nak buat macam mana. Nak call en.asben dah malu. Nasib aku baik sebab ada adik hensem yang nak pam tayar kereta jugak. Dik, macam mana nak guna pam ni ya. Akak tak tahulah. Sebab taknak bagi mamat tu tunggu lama lebih baiklah aku mengaku saja yang aku tak tahu. Terpaksalah interupt perbualan adik hensem tu dengan aweknya. Adik hensem tu pun dengan machonya mengajar aku macam mana nak guna pam tayar tu. Lepas dah ajar dia masuk tunggu dalam kereta balik. Hah.. ajar aje ke? Bukan nak tolong pamkan sekali??? Aku mana reti sebab baru ajar sekali. Omel aku dalam hati. Dengan muka terkulat-kulat aku pandang dia. Kak, benda-benda macam ni kena buat sendiri. Kalau tidak sampai bila-bila pun tak tahu. Sedas dia basuh aku kat situ. Aku rasa macam dah kena sumpah dengan en.asben pulak he..he.. Terus aku rasa adik tu tak hensem. Macho apatah lagi he..he..  Tapi sejak dari tu aku terus pandai pam tayar sendiri. Terima kasihlah ya dik.

Kadang-kadang kalau kita manja sangat memang semuanya tak boleh nak buat sendiri. Semua benda terasa macam susah sangat nak buat walaupun sebenarnya taklah sesusah mana kan. Bagus juga bila kena ajar keras-keras sikit. Lepas tu terus tahu dan pandai nak buat sendiri. Orang lain aku tak tahulah. Tapi macam aku, memang manja-manja tak jalan he..he..

Salam hormat untuk semua. Take care.

20 comments:

TS said...

alhamdulillah xde ape2 kan kak...
adik pon sbb duk jauh ngn mak ayah ngn abg sume kne la blajar pam sendiri..
smpaikn skrang g kedai aksesori kete nak make up2 kete pon adik g sndri.. :)

mama maman aka yana said...

kita pun dulu manja2 tak jalan gak.. pastu buat gak sendiri tuh pun time terdesak.. skrg kita selalu manja2 jugak ngan cik abe suruh isi angin.. hehehe

ummiross said...

betul tu Hanis, kalau tak terpaksa memang kita mengelak nak cuba, tapi bila dah buat, taklah susah mana pun kan. Hehehe..'bisa' juga tembakan adik ensem tu!

♥MAMASYAZA♥ said...

setuju sgt ngan n3 fea ni. akak dulu pun camtu, rasa phobia kalau nak isi minyak or pam tayar. tak berani nak buat sendiri. tapi bila skali tu kena marah ngan en. abah, dia kata sampai bila asik nak harapkan org, kita kena cuba. tercabar sgt dgn kata2 dia tu, akak beranikan diri buat sendiri semua tu. sebenarnya tak le sesusah manapun kan...hehehehe

faraherda.razalan said...

Kak, sy sgt takut dgn mslh2 kereta yg mcm ni. Pnh dulu ms bujang2, kete pancit sbb terlanggar divider. Nak tak nak, terus hantar kete sendiri ke workshop. Mtk diorang tukar tayar spare dlm bonet. Huuu!

azieazah said...

Pengajaran paling berkesan ya? Kena sedas terus pandai. hehehe

Qhaifa Nur said...

tayar pancit mmg cuak, gelisah...
nasib baik sampai kat stesen minyak...
terharu pada yg sudi ajar, kena tempias dgn kata2 tu yg sedih...itu semua pengalaman juga.....

Dr K said...

memang ramai tau wanita yg hanya tahu start enjin, terus jalan aja..nak isi minyak, nak tukar tayar, lagi lah tak tau! ekekekeke

edane said...

Saya pernah gak mandu dgn tayr pancit tp alhamdulillh ms tu dah nak smp rumah. Jenuh di hon sampaikan saya ketakutan sbb ada yg ketuk cermin msa di trfic lght. Ingtkn org jht rupanya nk bgtau tyar lancit

gadisBunga™ said...

saya rasa saya manja lagi sebab tak reti tukar tayar sendiri. ngeeeee~

Kella said...

pengalaman mengajar segalanya..
suami saya lah yang bersungguh sungguh mahu saya tahu itu ini pasal kereta ni... alhamdulillah la.. tukar tayar.. check minyak itam.. air.. boleh ler.. =)

Izan Ishak said...

izan antara org yg tak pandai dan tak pernah pam tayar kete kak... rasanya lepas ni mmg kena amik tau semua tu~

Izwa Kamaruddin said...

Kelakar pulak baca akak oiii...hilang hensem adik tuh!

aliza said...

pengalaman maha berharga tuh,.. sepatutnya terima kasih kpd adik ensem tu...

Dinas Aldi said...

Macam akak ni memang takdak tempat nak bermanja2, konpem kena buat sendiri. Dah biasa dah :D

Liza @ Adzriel AB said...

memang elok sedas adik ensem tu bagi. kalau kak liza pun jawap camtu gak. kena belajar yang. belum lagi part tukar tayar sendiri. pun kena belajar buat sendiri. sebab tu tayar spare tu pun kena isi angin selalu juga walau dia dok lepak dlm kereta kat belakang tu supaya bila kecemasan nk tukar nanti, anginnya cukup. bertambah ilmu haniskan... cer baca entry kak liza ni http://www.adzriel.com/2011/02/mak-buyung-tukar-tayar-kereta.html

Cho Zila said...

dulu masa bujang selalu pam sendiri tapi sekarangni tak buat dah.. tapi tauler kot..
ingatkan husband sayajer gitu takder chance nak manja2ni rupanyer ramai gak gitu yerk...

kurus said...

akak x dinafikan saya pun x pandai nak pam tayar huhuh
selalu memang saya serahkan pada hubby bab2 nie .. last2 bila pernah jadi macam akak , saya terpaksa pap sendiri baru saya tahu yg saya nie manja sangat .. sampai pam tayar kereta sendiri x tahu huhuhu

wahida said...

haha...kelakar la baca n3 akak ni...terus rasa mamat tu tak hensem ye kak...ekekek....


tapi mmg pedas la kata2 mamat tu, baru kita tersedar kan kak...kalau tak, sampai bila pun kita tak berdikari...huhu...

Rina Rahamat said...

haha..sebab-sebab macam nilah sy x suka drive sendiri..sy pom kategori manja gak ahaks

adik yg x nak tolong pam tu mmglah..x hemsem dan x macho langsung! ahaks

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...