Wednesday, November 28, 2012

Tentulah Ain pilih Am..

Assalamualaikum...

Minggu ni terasa macam banyak perkara yang serba tak kena. Entah kenapa aku sendiri pun tak tahu. Walaupun kalau nak diikutkan, tak ada apa-apa pun yang tak kena.  Harap-harap semuanya akan baik-baik saja, insyaAllah..

Malam tadi tengok cerita Adam dan Hawa. Sekarang ni dah sampai part yang Ain Hawani dah boleh nak terima Adam Mukhriz. Sekarang ni juga Johan pulak buat perangai nak jugak dengan Ain tu semula. Siap suruh emak dia pergi meminang Ain. Dah elok-elok dengan Azie masih nak juga kat Ain lagi.  (Rasanya dalam novel Adam dan Hawa takde pun babak yang macam tu. Ke aku yang tak ingat babak yang tu ekk?). Hmm.. tak kisahlah kan. Tapi sekarang ni dah nampak macam Johan tu seorang yang tak tetap pendirian. Lagilah senang Ain nak buat pilihan antara Am dengan Johan kalau dah macam tu gayanya.

Han siap komen... Ala, kenapa dia orang pilih pelakon tu sebagai Johan. Memang senanglah Ain tu nak pilih yang mana..

He..he.. aku senyum saja mendengar komen dari anak dara aku tu. Tentulah bagi Han paras rupa Aaron Aziz sebagai Adam yang lebih menandingi paras rupa pelakon sebagai Johan tu pastinya membuatkan Ain senang nak menetapkan pilihannya. Itu pandangan Han yang membuat pemilihan itu berdasarkan paras rupa. Mungkin kalau watak mereka bertukar, Aaron sebagai Johan dan watak pelakon Johan sebagai Adam tentu dia akan kata, pilih Johan pun okey juga he..he..  

Kebiasaannya begitulah. Kita cenderung untuk memilih paras rupa seseorang sebagai kriteria utama dalam membuat pemilihan. Tapi akhirnya, peribadinya juga yang akan lebih menawan hati kita. Paras rupa bukannya ukuran untuk kita menilai seseorang. Tapi keperibadian seseorang itu yang perlu lebih diambil kira. Macam sekarang ni, Adam yang mempunyai keperibadian yang cukup setia menunggu Ain pastinya akan mengalahkan Johan yang sedang menunjukkan sifat sebenarnya yang tidak tetap pendirian tu.

p/s: Mama harap Han faham apa yang mama cuba nak sampaikan he..he.. Rupa paras bukan ukuran utama ya sayang..

Salam hormat untuk semua. Take care.

28 comments:

mama maman aka yana said...

yup.. rupa paras tak menjanjikan kebahagiaan..:)

Kakcik Seroja said...

Rupa paras adalah satu bonus kepada kebaikan2 yang lain. :)

Unknown said...

btl kak.. kat novel xder johan suruh ibunya meminang ain.. tp dah namanya drama sajer lah nak tambah konflik sikit utk memeriahkan perasaan penonton.. :)

dan lia jg setuju dgn akak 100% paras rupa bukan ukuran...cantik/hemsem diluar x semestinya elok didalam... tp klu dapat yg cantik luar/dalam lagi bagus kan... :)

TS said...

kat umah sewa xde astro..
so maknenye memang xpenah tgk cite ni kak..hiks..
hope Han paham yg paras rupa xmenjanjikan kebahagiaan..

♥ Vna ♥ said...

saya pun dah melekat dah tgk adam hawa sekarang..sangat² berkesan di hati lakonan aaron & nadiya tu :)

Unknown said...

biasa la dalam drama.. hehehe.. hakikatnya rupa paras tu tak menjamin bahagia..additional value je kata orang.. hehe..

ummiross said...

hehe..Aaron Aziz memang encem kan Hanis, kat luar pun tak banyak kontroversi dia tu setakat ni, bonus bagi dia tu.

Betul sangat tu hanis,bila kawin dan hari2 duduk bersama, rupa paras bukan lagi keutamaan. Kalau kacak tapi sikapnya buat isteri tak tersiksa, tak bahagia juga sudahnya. Biar yang sedang2 aje,asal baik hatinya, hehhe...
Take care juga ye..

NM02 said...

kadang2 rasa ain tu ngengada

johan tu giler! dah tau isteri orang lagi kau nak p pinang. vongok!

tapi kalu tak mcm tu, takde la jalan cerita sampai 80 episod kan kak. hehehehe

Anonymous said...

kiki kalau tina pun tak nak ke johan tu, tapi yelah kalau dah semua nak yg hensem, sapa pulak nak yg kurang hensem tu

Dinas Aldi said...

Tak tengok cerita ni. Tumpang baca di sini saja :)

Eye_nee said...

akk cuma tgk sehingga episod 20 jer..itu pun anak akk yg download..akk tak langgan pun rangkaian tu...

Kakzakie Purvit said...

Betul Hanis dalam novel tak ada bab Johan nak balik pada Ain. Kakak memang tak tengok tv so tak tahu cerit di tv. Kakak baca novelnya aje.

Ibu Muda 30series said...

masa memula layan adam hawa on9...sy stress sbb watak hawa tu tak sprti yg sy bygkan...tp bila lama2 tgk lakonan nad nisaa tu... bakat dia berjaya nmpk comel di mata sy...hihihii

Cho Zila said...

senyum saya bacanyer..
memang peribadi paling penting..
tuler yang kita akan hidup.. rupa parasnyer pastiler berubahkan...

saniah said...

Tu yg akak geram..tambah cerita yg bagus tak pe..ni mcm tak lojik dah...sepatutnya drama2 ni kena la buat lojik sbb penonton dh bijak..dah tak nk babak yg tak masuk akal esp bila tiba bab agama dan facts....agak agak la kan kot nk tmbah seronok jln cerita pun kan...
Tapi akak tetap tonton jgak heheee

Izwa Kamaruddin said...

alamakkk...tak layan la pulok citer ni :)

Irfa said...

betul betul betul..
jika pilih rupa,esok dah lama kawen..dah boroi nanti takkan nak tukar baru.hehe

pilih yg sayang kita juga ;)

L said...

8tahun tggu sabar.. waaa. bukan seanng nk jumpe tu kan akak.. rupe tu tambahan je.. hehe.. =P

jom singgah baca sebentar.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html

Kella said...

rupa paras tak kekal lama.. tapi jika ada rupa diselingkan dengan budi pekerti yang baik, waaa itu rezeki laa.. =)

Nur-nba said...

Betul tu. Babak tu takde dalam novel, mungkin ditambah atas sebab2tertentu..

Memang rupa paras bukan ukuran, budi pekerti dan sifat keperibadian sangat diutamakan.

MulutPayau said...

akak tak brksmpatan lagi tengok citer ni....

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Kalau rupa paras baik, hensem, perangai pulak baik, berperibadi mulia adalah satu PAKEJ! Bukan mudah nak dpt yg sempurna :)

TiranaAduka said...

salam hanis
Alhamdulillah tirana aduka sihat2 je..
Pekabar pula di sana?

Bersyukur atas niqmat yg diberi

adventure mama said...

heheh cube letak johan raja lawak tu sebgi johan...die nak suh pilih mane..hehe

apdm said...

salam..

haha...ramainya yang layan citer ni,, kita x layan pun..hehe

Unknown said...

scene yang ada johan semua x best!geramkan, menyemak je johan tu..

azieazah said...

Jika watak digambarkan terlalu bombastik pun kadang2 jemu dan nampak melampau tak masuk akal.
Eloknya biarlah sederhana, kata orang sedap mata memandang. Heheh

محمد رازيق said...


salam kak.

setuju kak!. saya pun tak lari dari benda ni kak. contoh. beli buku. kadg2 duk tgk luar tapi isi dalam x best. hehe

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...