Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Semalam keputusan UPSR dah keluar. Tahniah buat anak-anak yang berjaya mendapat 5A, 4A, 3A, 2A, 1A atau apa-apa keputusan pun. Tak kiralah apa pun keputusannya, yang pastinya semua anak-anak, guru-guru dan ibu bapa sudah berusaha sebaiknya. Yang berjaya terus mantapkan usaha tanpa perlu mendabik dada. Yang tidak berjaya boleh berusaha lagi tanpa perlu bersedih sangat. Apa yang penting jangan berputus asa dan jangan terus merasa selesa dengan setiap pencapaian kita. Keputusan yang baik selalunya sangat sinonim dengan ganjaran. Bagi budak-budak zaman sekarang ni lah. Zaman kita dulu takde pun macam tu sangat. Macam Han tahun lepas nak ke USS. Dah tercapailah hajatnya. Is pulak tahun depan. Untuk memberikan semangat aku adalah beritahu ganjaran yang akan aku berikan. Walaupun ianya menarik bagiku tapi ianya tetap tidak sepenuhnya menaikkan semangat Is.
Semalam bila tengok ramai pelajar yang dapat keputusan cemerlang kat tv aku tanyalah pada Is, tak teringin ke nak dapat macam tu. Dengan muka tak bersemangat dia kata nak. Bila dia cakap nak aku cakaplah, kalau nak berjaya macam tu abang kenalah usaha. Kena lebih rajin. Dengan muka nak taknak juga dia angguk. Malam tadi juga ada program apa entah kat tv bercakap perihal anak-anak. So aku dengan en.asben pun buka topik pasal berusaha untuk berjaya pada Is. Orang lain semua dah tidur jadi dia seorang sajalah yang kena dengar sebab masa tu dia tengah buat latihan matematik. Lepas dah cakap-cakap en.asben cuba nak bagi semangat berupa ganjaran. Kalau abang buat betul-betul dan berusaha untuk dapat keputusan yang baik, nanti ayah akan belanja abang kat semua kedai aiskrim yogurt dan cool blog yang ada kat bangi ni selama sebulan lepas dapat result. Abang sebut aje any flavour. Kalau tiap-tiap hari pun takpe sebab nanti ayah akan belikan. Waktu tu, bukan main bersemangat lagi muka Is. Muka dia memang seronok habis. Buat latihan pun nampak bersungguh sikit dari biasa. Sebab dia memang selalu teruja bab benda tu semua. Pantang lalu kat depan kedai snowgurt ke TF ke dan segala kedai yogurt atau cool blog memang mulut dia yang akan sebut dulu he..he..

Harap-harap ganjaran yang dijanjikan akan menyuntik semangat untuk dia lebih berusaha. Sebelum ni ganjaran aku ialah nak bawak dia pergi main ski kat Beijing kalau ada rezeki dengan izin Allah. Sebenarnya aku yang nak sangat bawak anak-anak pergi ke tempat tu. Kiranya ganjaran tu dah macam ganjaran untuk aku. Makanya semangat akulah yang lebih berkobar dari semangat dia he..he.. Aku rasa semua ibu bapa mahu lihat anak-anak mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau tak dapat pun kita sendiri tahu potensi diri anak-anak kita kan. Sebab kecemerlangan diri anak-anak bukan semata-mata terletak pada keputusan peperiksaan saja. Tapi sebagai ibu bapa dah jadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak kita cemerlang dalam semua bidang. Ganjaran hanya sekadar pemangkin untuk kita dan anak-anak lebih berusaha.
Salam hormat untuk semua. Take care.
29 comments:
zaman berubah kan kak..
hope Is tanam semangat tuk berjaya... :)
bila sebut nama 'Is' seolah2 ayat tu tertuju kat is (eeiyss) pulak.. hehe
sama tapi xserupa (^___^)
adik mama lak minta hadiah rumah atau keta.. keta mainan boleh la kann.. hahaha
Sebenarnya kakak rasalah Hanis salah satu cara nak bagi semangat rajin anak sekarang memang dgn ganjaran seperti ini. Kakak pun sama beri janji dan yg penting bila achieve apa yg dikehendaki kita kena tunaikan...
izwa doakan semoga impian akak utk ganjaran anak-anak bermain ski akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT :)
Budak Sepet akan menduduki UPSR tahun depan. Tak tahulah nak kata macam mana...
Assalamualaikum Hanis
Insyaallah Is akan berjaya dengan cemerlang
takpe..bagi yg kurang berjaya.. upsr cuma first step..tingkatkan usaha..
alahaiii bestnye kalau dpt pegi beijing kan. betul tu kita sebagai ibu bapa, sentiasa memberi galakan pd anak2 supaya rajin belajar, rajin berusaha kalau nak capai kejayaan yg cemerlang. insyaallah berkat doa ibu
Ganjaran memang boleh jadi pemangkin semangat pada anak2..Cuma macam saya ni takdelah direct sebut nak ganjaran, cuma baru2 ni bila zarif buat cemerlang dalam exam so adalah ganjaran dia..:)
salam sis
Tirana doakan semoga niat sis ke beijing termakbul.amin amin amin,
Terima kasih sis sudi lapangkan masa di blog tirana aduka.andai kata ada tersalah atau menyentuh sensitiviti sesetengah pembaca.Tirana aduka memohon ribuan ampun dan maaf.happy blogging sis.
Terima kasih.
nice n3 dengan kupasan yang menarik. Yang paling best ganjaran nak ke Beijing tu hanis.., bijak..bijak, sampai ummi pun rasa nak ikut, hik!
Mmg mcm tu fea..bdk lelaki klau bab offer mkan mmg tak tolak hehee is is...tak teringin ke beijing tp lbh teringin nk mkn yogurt...mcm2 ank2 ni kann
bertuah anak2 skrg kan kak fea. utk naikkan semangat mereka belajar n berjaya kenalah ready dgn ganjaran2 yg sesuai kan...
Salam Hanis,
Maaflah lamanya tak singgah sini. Internet problem.
Tumpang seronok tengok anak-anak yang berjaya. Tahniah pada semua pelajar2 dan tahniah juga pada ibubapa di atas kesabaran dan mengorbanan wang ringgit demi kejayaan anak-anak.
ehehe..tak salah kalau as pembakar semanngat kan kak :)
era skang ni mmg kena wat mcm tu
kalu zaman kita, jgn harap la nak ada upah2 ni kan kak
nway, kalu itu yang boleh buat anak2 teruja, apa salahnya
Semoga lebih bersemangat lg...
Tahniah utk budak2 UPSR
Ganjaan mungkin slh 1 cara utk mendorong. Plg penting usaha dan doa ibu bapa kan...
wakakakakka...best tu Is...boleh makan aiskrim yogurt selama sebulan kat semua kedai aiskrim yg ada kat Bangi!
Assalam hani..anak bungsu acik dulu..dia sendiri yang nak..kalau dapat 5A nak ni..pmr pulak..kalau dapat 8A nak ni he he..dis sendiri yang sebut..kita tak pun..Alhamdulillah tercapai...tunggu SPM pulak tahun depan
saya dulu tiap kali nk exam, mak atau abah x pernah nk offer apa2 kat saya...huhu....
zaman dah berubah...
betul tu dik, semua ibu bapa mnngharapkan anak2 berjaya dgn cemerlang....bagi akak, gnjaran tu perlu utk menaikkan smngat mereka...
saya pun buat cenggitu kat anak saya si abang tu...kalau tak, mmg susah sikit nak belajar dia tu....huhu...
sebagai perangsang utk mereka terus berusaha tak salah kan?:) insya Allah, die boleh melakukannya! mesti bersemangat bile dgr dpt mkn coolblog & eskem yogurt tu:)
saya pun buat mcmtu kat anak, hadiahkan percutian bila dia dpt exam membanggakan.. saja disamping suntik semangat dpt eratkan lg keluarga
Bagus juga memberi ganjaran sebagai semangat kepada anak-anak selagi mana kita mampu. Semoga mereka juga terus berusaha untuk memberikan yang terbaik demi masa depan depa juga.
ramai yg kata 'tak elok janji macam2 kat anak'tp bg saya..ganjaran itu sebagai pembakar semangat.kecil besar ganjaran tak penting ;)
smoga anak2 kita berjaya
Post a Comment