Assalamualaikum..
Hari ini bermulalah peperiksaan SPM untuk tahun 2012. Semoga anak-anak yang mendudukinya akan dapat membuat peperiksaan mereka dengan baik. Semoga keputusan cemerlang akan menjadi milik mereka hendaknya, insyaAllah. Anak buah aku pun mengambil peperiksaan SPM tahun ini. All the best Ana. Habis exam nanti kita semua boleh pergi bercuti ke Kuching.. yeay. Waktu zaman aku dulu, kalau hari pertama peperiksaan tentunya kertas Bahasa Melayu. BM memang menjadi kegemaran aku. Sebabnya bukan apa, kertas BM aje yang aku selalu confident aku boleh score. Matapelajaran lain selain subjek agama islam memang aku tak berapa nak yakin dapat score. Selalunya memang tak score pun he..he.. (Aku pun macam IS juga sebenarnya, banyak main hu..hu..)
Aku suka sangat nak jawab soalan mencari yang tersurat dan tersirat. Nak buat karangan lagilah aku suka. Walaupun aku dah tak ingat apa tajuk karanganku waktu SRP dan SPM, tapi sampai sekarang aku masih ingat kesungguhan aku membuat karangan BM time peperiksaan-peperiksaan tu. Bila aku dapat A1 untuk BM waktu SRP aku macam excited terlebih. Seronok sebab aku dapat result yang baik hasil usaha yang bersungguh. Memang setiap kali peperiksaan aku akan membuat karangan dengan sepenuh hati. Sebab aku suka bermain dengan kata-kata. Suka nak buat ayat dalam bentuk cerita. Mungkin sebab aku tak berapa reti nak bercerita bila bercakap. Jadinya bila dapat bercerita melalui penulisan aku rasa puas dan aku akan membuatnya dengan penuh kesungguhan.
Ada kawan-kawan yang tanya dari mana dan bila aku minat dengan penulisan bila aku mula menulis blog dan novel. Sebab sebelum ni mereka tak tahu pun yang aku suka menulis. Iyalah juga, aku menulis dengan bersungguh cuma dalam karangan waktu peperiksaan. Jadinya memang takdelah kawan-kawan yang tahu dan sedar tentang tu he..he.. Sebenarnya sejak dari sekolah rendah aku minat menulis. Waktu darjah 6 aku menjadi johan syarahan agama. Ianya dari sebab minat menulis sebetulnya. Kalau nak ikutkan bakat bersyarah tu memang tak menyerlah sangat pun sebab aku memang ada parkinson sikit kalau nak berdiri depan orang ramai. Spesis darah gemuruh terlebih he..he.. Kalau nak suruh bercakap depan orang lagilah terserlah kegugupanku. Mengeletar, berdebar-debar, berpeluh-peluh semua cukup korum ha..ha..
Aku menang mungkin sebab karangan aku untuk isi syarahan itu lebih baik dari kawan-kawan lain. Sebab itulah aku boleh terpilih sebagai johan. Iyalah, baru darjah 6 kot. Takkan aku cuma nak tulis syarahan tu dan suruh orang lain syarahkan. Ingat diva karangan ke apa sampaikan ada orang yang sudi nak syarahkan isi syarahan yang aku tulis tu. Jadinya nak tak nak, terpaksalah aku yang bersyarah sendiri walaupun dalam keadaan mengigil-gigil seram sejuk sebab nervous he..he.. Alhamdulillah, sekarang ni aku rasa bersyukur sebab aku dapat teruskan minat menulis tu. Ianya menjadi kepuasan buat diriku sebab aku dapat buat perkara yang aku suka sangat nak buat.
Han ada bercerita, kawan-kawan dia ada yang kata dia beruntung sebab ada mama yang boleh menulis. Jadinya bila tak faham nak buat penulisan boleh rujuk pada aku. Sebenarnya tak juga. Aku mungkin ada sedikit bakat menulis. Tapi untuk mengajar penulisan tu tak berapa nak reti juga. Ejaan pun kadang tu tersilap juga. Jadinya kalau kat rumah kenalah anak-anak merujuk pada yang lebih pakar. En.asbenlah siapa lagi. Dia kan pelajar terbaik Bahasa Melayu waktu SPM kat sekolahnya dulu. Aku ni tak. Masa sekolah rendah aje pernah dapat award pelajar terbaik mata pelajaran Alam dan Manusia. (Sekarang takde lagi kan. So adalah aku memori terindah dengan matapelajaran Alam dan Manusia tu he..he..) Masuk sekolah menengah memang tak merasa lagi pegang apa-apa title pelajar terbaik. (Dah banyak main, memang mampu berangan ajelah kalau nak dapat award kat sekolah kan ha..ha..) So u take overlah ya sayang he..he.. Biar I tulis blog aje. Rajin sikit boleh I tulis novel jugak.
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.
18 comments:
bakat tu dah ada rupanya dari kecil.. same to me lah kak, bezanya, kakak dah betul2 jadi penulis skrg ni.. lulu dah jadi penulis tak jadi ;)
Salam lulu.. itulah.. sayang sebab lulu tak teruskan.. akak pula yang terasa ralatnya.. tapi walau apapun lulu dah jadi penulis blog yang dikenali skrg..
keluarga penulis! :)
tak sabar tunggu buku baru kak fea hihi
lame dah upenye bakat terpendam tu kak..
alhamdulillah..akhirnye bakat tu diteruskan.. :)
turun temurun la ni... hehehe
saya ingat, dulu bila disuruh tulis karangan " tak lebih dari 80 patah perkataan"...ianya adalah menyusahkan! nak kena bajet, nak kena kira satu per satu ayat..hahaha
akak tak pandai sgt bab nak mengarang ni, tu pasal tulis blog pun cacamarba...hehehehehe
klau ada minat mmg senang...
gud luck utk adik2 kita yg menduduki SPM ari ni..semoga kejayaan menjadi milik mereka
memang berbakat dari dulu rupanya Hanis ni, patutlah kalau baca tulisan Hanis kat blog smooth je.Bertuah anak2 Hanis, kedua2 ayah dan ibu dapat membantu mengikut kemampuan masing2..
pun suka matapelajaran BM (Penulisan) sbb suka menulis dan berangan.kadang2 sampai terkeluar tajuk
Akak pun dulu zaman sekolah kemain suka karang mengarang tapi dalam BI la. Jiwang plak tu, asyik tulis kisah cinta ja kejanya, kahkah! Sabaq jalah.
saya lagilah kak
huhu .. tapi zaman sek pernah hantar utk masuk dlm surat khabar ruangan cerpen .. dpt saguhati ekek ;)
Bahasa melayu ni kalau kita x sungguh2 buat mmg susah jg nak score walaupon ianya bahasa makbonda kita. . Saya pon lgsg x ingat bab tajuk2 karangan masa sek dulu. Hihi lost losttt
Kita dulu belajar kurang bahan rujukan berbanding anak sekarang. Satu subjek dah macam-macam buku kita belikan. Dictionery macam-macam dictionery kita beli.
Tapi kita pun bersyukur masih mampu berjaya seiring dgn mereka yg lahir dari keluarga mewah kan Hanis. Taklah anak kita juga mewarisi kesusahan nak dapat buku macam kita dulu.
munna pun suka sgt subjek ni... dgn sejarah nasib baik dua2 tu score masa spm
ohh akak ni mmg dh ada bakat terpendam dr zaman sekolah rupanya..teruskan ya kak..satu hr nnt manala tau akak jd antara penulis disegani di malaysia ni :)
Post a Comment