Malam tadi aku dan emak ke rumah kakak sepupu. Sabtu ni anaknya akan berkahwin. Jadinya malam tadi pergilah menjengukkan muka dan tolong-tolong apa yang patut sikit-sikit. Balik ke rumah dalam pukul 11 lebih macam tu. Dalam kereta dengar radio saluran apa entah. Ada slot bicara cinta macam tu. Ada caller call sampaikan salam sayang, salam rindu dan ucapan-ucapan cinta buat yang tersayang. Biasalah slot-slot sampaikan ucapan macam tu bila dah nak tengah malam. Tersenyum-senyum aku dengar. Tapi panggilan seorang caller wanita ni sangat menarik perhatianku.
Mula-mula dia sampaikan ucapan untuk kekasih dia. Seperti orang lain dia pun ucapkan salam sayang dan salam rindunya dengan sepenuh perasaan. Ucapannya diakhiri dengan pesanan dalam ayat yang membawa maksud supaya kekasihnya jangan curang. Siap warning lagi kalau kekasihnya buat hal siaplah. Pada aku perasaan cemburu dalam perhubungan itu sesuatu yang biasa. Tapi bila pesanan jangan curang dan ayat warning itu dia tekankan beberapa kali, aku pulak yang rasa seram. Dia nampak begitu curiga dengan kejujuran pasangannya. Lebih-lebih lagi bila dengar cerita caller tu yang dia kenal kekasihnya melalui slot bicara cinta tu. (Aku baru first time dengar slot tu jadi aku pun tak tahu macam mana slot tu dapat menemukan jodoh mereka). Cinta mereka cinta jarak jauh sebab lelaki tu di utara dan dia di selatan. DJ ada bertanya dah berapa lama mereka bercinta? Caller tu kata baru 3 minggu.
Aku macam errr... lagilah aku seram. Baru 3 minggu kut. Tapi dengar dia punya warning kat kekasih dia tu macam kan dah 3 tahun mereka menjalin hubungan. Kalau dah begitu curiga yang pasangannya cenderung untuk berlaku curang, kenapa perlu nak teruskan perhubungan tu? Adik oh adik. Meh sini akak nak ajar sikit. Cemburu dan curiga itu perlu ada hadnya. Cemburu dan curiga juga tak perlu terjadi seawal hubungan itu baru lagi terjalin. Cemburu dan curiga perlu dikawal dan tak perlu ditunjuk-tunjukkan sangat dalam kata-kata. Apatah lagi dengan ugutan.
Adik, cemburu dan ugutan takkan membendung pasangan kita untuk berlaku curang. Tapi sikap kita yang terlalu cemburu dan curiga boleh jadi penyebab pasangan kita berlaku curang. Jangan buatkan pasangan kita berasa rimas dengan sikap cemburu dan curiga kita yang kelampauan. Juga ugutan kita yang menakutkan. Hubungan perlu dimulakan dengan rasa saling percaya dan mempercayai. Itu kunci paling utama. Bukannya dengan rasa curiga, syak dan prasangka. 3 minggu belum cukup untuk mengenali hati budi seseorang. Kalau rasa dah cukup kenal dan mula terasa curiga. Dah mula terasa nak cemburu. Akak rasa seperti ada yang tak kena. Sama ada pada adik ataupun pada pasangan adik sendiri.
Kan aku dah jadi cik seri siantan pagi-pagi ni. Macam kan adik tu baca blog aku pulak he..he.. Tapi takpelah, kalau adik tu tak baca mungkin anak aku akan baca entry ni. Pesanan ni untuk anak aku juga. Dalam hubungan, bila kita sudah mula merasa seperti ada yang tidak kena di awal perhubungan itu terjalin, janganlah kita ambil risiko untuk meneruskannya.
Salam hormat untuk semua. Take care.
21 comments:
Hehehe, bagus nasihat akak ni untuk pasangan muda mudi yang tengah bercinta..Cemburu tu perlu apa dalam hubungan. Betul, kita kena bagi ruang kat pasangan kita kan kak..
mekasih tuk nasihat akk pagi2 nih..hiks..
kadang2 cemburu tu yg buat pasangan curang..
so..berpada2 la kan kak.. :)
Betul sgt2....apalaa baru 3 minggu dah jeles ..tu baru ber cinta...udah kawin esok...suami kena rantai kat tiang rmh hahaaaa
Mcm mcm org desprate skrg kannn
Akak pun rasa seram.dgn dia...
baru nak bertunas rupanya percintaan mereka ni....kite yg 7 tahun berkenalan pun x pernah sound mcm tuh.
kalau 3 tahun mcm mana lah kan..kalau sifat cemburu dr awl dah tunjuk mcm nihsekali jgn salahkan kekasih dia cabut lari nanti :))
Oh..gitu? Ish ngeri mmg bdk2 now ni. Kita yg kawin bertahun pun still bljar mgenali psangan hihi..baru 3 mggu?
Adakah baru 3 hari knl dh ucap i love u...emmm...mudah2an anak2 kita terdidik cintai Allah dulu..
cinta kalu diikat dgn cemburu dan curiga.. rasanya banyak sakit hati dr bahagia.. huhuhu
hehehhe...baru 3 minggu dah main warning2 ye, aduyai, sabau je le.
Cemburu tak bertempat memakan diri dek oii!,ummi tolong tambah nasihat cik seri siantan buat adik tu juga,bolehkan Hanis, hikhik!!!
cinta selepas nikah...
cinta sebelom nikah...
dua-dua ada pro. & con. nya.
asal saja tahu & jaga hukum hakam serta jaga rukun negara yg ke 5...hiiii
Heheheheh...mcm psiko pun ade. Scary ohh...
Obses betul. Bhy!
Akak pun setuju dengan komen faraherda, macam psycho ja orang tu. Takut la heh..
isk..i baca pun seram.. baru 3 minggu kot kan..heheh..kalau betul2 kawen, abislah sumenye dicurigakan..hehehe
JELESSS??tak kuasa nak jelesss...rugi!baik kiter belai-belai kasi dia sayang kiter lagi..hehehee..
Alahaiiiii....
cemburu tu perlu tapi kalau dah keterlaluan tu bahaya kesannya..
lelaki perlu diikat hatinya, bukan ikat kakinya
kueh
pd saya klu takat kenal 3 minggu jer x yah le beria sangat...takut nnt makan diri...huhu
Hehehe patut la masa Kak Azie kata suka tengok muka hubby, awak cool jer. Heheheh lariiii
seram juga kak. baru 3 minggu dah bagi warning bagai. hehe. kalau 3 tahun kenal cmne lak kan kak. hehe
As salam wbt,
Hai Kak Fea!
Mesti lelaki tu rimas! Gelak baca komen kak AA...hehehe
setuju... dari tak curang rasa nk curang je. alahai 3 minggu baru terlebih sudah. kak liza 3 bulan kenal terus tunang, lepas setahun kahwin.. he..he.. tak de pulak warning jgn curang.
ni namanya serampang 2 mata.dalam pesan itu ada utk yg membaca dan juga utk anak2..ini untung org ada blog.tulis berkias2 sbb nak sound direct rasa cam kejam ;)
Post a Comment