Tuesday, November 6, 2012

Sudah terantuk baru mengadah..

Assalamualaikum..


Kalau semalan, kelmarin dan kelmarin dulu, waktu-waktu selepas tengah hari memang waktu hujan sedang turun dengan lebatnya. Tapi hari ini cuaca nampak masih cerah. Tapi pokok-pokok dah mula bergoyang. Guruh dah mula kedengaran. Mungkin sekejap nanti, hujan yang lebat seperti beberapa hari yang lepas akan turun juga.

Dari minggu lepas asyik meredah hujan. Sejak ahad, hidung dah mula selsema. Semalam kepala dah mula sakit. Hari ini badan dah mula panas dan tekak dah mula sakit. Nak demamlah tu nampaknya. Hari ni terasa cukup panjang masa di pejabat. Tengah hari tadi tidur di surau pun terasa lama sangat sebab badan rasa tak selesa.  

Harap-harap demam ni tak lama menyinggah. Okeylah, nak pergi ambil payung kat dalam kereta dulu. Selepas beberapa hari dengan selamba meredah hujan, hari ni dah tak berani dah.  Ini ke yang dikatakan, sudah terantuk baru mengadah?? 

Salam hormat untuk semua. Have a nice day..

13 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

cepat2 mkn ubat ok sebelum melarat. take care

Lulu Caldina said...

mmg nak sakitlah tu kak.. makan ubat tau..

Izwa Kamaruddin said...

take care akak :)

Kakcik Seroja said...

Walau apa sakit yang Fea hadapi, semoga ianya segera berlalu pergi.

Acik Erna said...

asalam Hanis..masa2 hujan ni kadang malas nak buka tutp payung..acik la..tu yang mudah dapat selesema tu kan..moga hanis cepat baik ye

Hudalatip said...

Sekarang ni pun tengah berdentum guruh, hujan dah mula membasahi bumi..hari ni saya memang penat dan lemah, asik tido je kat ofis ni..

ummiross said...

Demam ye Hanis..moga cepat sembuh, jangan lupa makan ubat ye.

nazayiena said...

Cepat2 mkn ubat.

TS said...

take care kakak...
jage kesihatan..and guna payung tau...hiks

JunAina said...

Fea...Aina hari2 merempit dalam hujan dari Kl ke Kajang tapi pakai baju hujan le. Sejukkk...

Moga cepat sembuh! Kalau demam selsema mak selalu petua ambik vitamin c.

Hanis MY said...

Odaijini kak fea

Kak Aya said...

Salam hanis....jgn sampai melarat...

p/s: novel baru bila nak keluar?

Izan Ishak said...

jangan lupa makan ubat kak... jgn sampai melarat pulak ye~

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...