Thursday, November 22, 2012

Istanbul aku datang..

Assalamualaikum..

Istanbul aku datang... Sekarang ini ramai yang bercerita tentang filem ini.  Ramai yang memberikan komen kata filem ni best. Tapi aku bukan nak bercerita tentang filem itu. Ini kerana aku pun belum tengok lagi filem tu. Aku nak cerita pasal Istanbul sebenarnya. Walaupun baru beberapa bulan aku mengunjunginya tapi aku dah banyak terlupa tentang nama tempat yang aku pergi di Istanbul. Jadinya sebelum aku terus terlupa eloklah aku update serba sedikit yang aku ingat buat kenangan diriku. Juga sementara filem Istanbul aku datang tengah hot sekarang ni. (Sekadar alasan nak mengaitkan filem tu dengan entry aku. Walaupun takde kaitan langsung sebenarnya he..he..). 
Menu pertama yang kami makan di Istanbul. Sucuk (sosej yang besar yang di potong macam burger) yang di makan bersama roti besar yang garing di hujung sana dan dicicah macam sambal yang tak pedas dalam pinggan kecil tu juga bersama salad yang cukup segar. Minumannya air yogurt. Very delicious I tell you. Tapi itulah sekali kami jumpa menu tu dihidangkan. Lepas tu tak jumpa lagi hu..hu.. ada sedikit frust dan tak puas di situ he..he..

Ini kat Bursa. Hari pertama kami di Istanbul kami di bawa ke Bursa terlebih dahulu dan bermalam di sana satu malam. Seperti di bandar Istanbul, di Bursa ini pun banyak sangat masjid-masjid lama yang cantik-cantik. Nampak macam panas tapi sebenarnya sejuk.  Kalau kena tiup angin tu gigillah juga. Waktu ni dalam pukul 7 pagi kut. Tapi dah nampak macam tengah hari.

Inilah menu yang kami selalu jumpa ketika di Istanbul selepas itu. Salad memang wajib ada dalam setiap hidangan.  Kemudian roti yang dimakan dengan kuah dari kekacang. Ada nasi juga. Tapi aku tak berapa lalu sebab nasi dia macam oily sikit. Daging kebab pun ada. Tapi sebab makanannya di hidang satu per satu jadinya tak dapat enjoy nak makan sekali.

Masjid di Istanbul kalau dari luar nampak macam masjid lama aje. Tapi bila masuk ke dalam, Subhanallah, cantik sangat. Memang indah hiasannya juga lampu gantungnya.


Rasanya yang ni di atas jambatan yang memisahkan dua benua di Istanbul. Benua Eropah dan Benua Asia. Istanbul adalah satu-satunya bandar yang terletak di antara dua benua. Unik kan. Bersyukur sangat kerana berpeluang untuk ke sana. Istanbul.. aku dah datang.. Alhamdulillah.
 
Dalam salah sebuah masjidnya. Banyak sangat masjid yang kami lawati sampaikan aku tak boleh nak ingat nama-nama masjidnya.
 
Tengok... aku dah lupa apa nama tempat ni. Waktu tu perjalanan kami dari Singapura ke Istanbul, Madinah dan Mekah selama 16 hari. Turun naik flight. Turun naik bas. Tukar ganti hotel. Banyak sangat tempat yang dilawati sampaikan aku terlupa nama-nama tempat tersebut. Tapi kenangan di tempat tersebut tetap di hati.


Masjid lagi. Masjid lama yang penuh sejarah semasa zaman kegemilangan islam Constantinople, nama lama bagi Istanbul.


Kami sedang berada di Istanbul di Benua Eropah. Di seberang sana tu Istanbul di Benua Asia.


Di bazaarnya. Macam-macam ada di sini. I missed the turkish delight. Love it so much.


He..he.. jakuzi kat bilik hotel. Tapi tak guna pun.


Masjid lagi..


Banyak sekali bunga ros kat Istanbul ni. Geram sangat tengok.


Cuaca dia yang best membuatkan penduduknya dapat beriadah dengan penuh selesa pada sepanjang hari.

Restorannya.. Cozy kan. I like..

Subhanallah.. segala-galanya nampak indah.

Istanbul.. Aku datang.. 
versi heroinnya bukan Lisa Surihani.. Tapi akak yang berisi dan chubby..

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

29 comments:

Unknown said...

boleh tahan jugak cantiknya istanbul ni kan kak..

mama maman aka yana said...

kalu akak ngan lisa dibandingkan kompom la akak menang psl akak dihati abg sayam kannnn.. hehehe

Izwa Kamaruddin said...

ya allah akak..best nyer!insya Allah izwa nak simpan duit nak kesana la...

TS said...

weeee...akk comey...
syoknye dpt ke sane.. :)

♥ Vna ♥ said...

bestnye kak!! teringin nak gi jugak

Kakcik Seroja said...

Jauh berjalan, luas pandangan. :)

Unknown said...

mn ada jeles tgk:(

ummiross said...

Sukanya gambar yang bawah sekali tu, Istanbul aku datang versi Hanis yang tetap comel!.

Teringinnya nak Istanbul, bila tengok gambar2 Hanis ni lagilah berkobar2, nanti kalau nak pergi ummi minta tip dengan Hanis ye. Memang kalau berjalan ni, part makan2 tu yang paling best kan.

faraherda.razalan said...

Jln2 Istanbul ke kak? Bestnya...jauh jln! Heheheh!

Unknown said...

syokknyerrr..nk pergi jugakk!

NM02 said...

wah!!!


bestnyer akak!!!!!

محمد رازيق said...

wah. cantiknya view sana. say blum sempat pergi lagi. hehe. akak gi lama ke? hehe. lama saya tak singgah blog ni. hope kak ingat sy. yang kat bangi, gathering datuk LF dulu.

Nini D.. said...

wah...cantiknya kak tempat2 tu!

Mimie said...

bestnye dpt gi Istanbul.....

munna said...

cantiknya ....... teringin juga nak kesana nanti....

Unknown said...

Subhanallah...cantik masjid masjid kat sana..bestnya Istanbul..

Dr K said...

Istanbul, mmg menjadi kota impian ramai orang utk melancong ke sana..:)

Saya nak tanya, masa kak hanis ke sana, sekali dgn pakej umrah kan...rasa terkejar kejar tak? Maksud saya, terkejar kejar tak dari satu tempat ke satu tempat? Sebab saya ada niat nak buat umrah&ziarah Istanbul ni juga...Ada yg kata bagus buat asing asing..:P

Bangunan yg akak lupa nama tu ialah istana Topkapi, katanya ada janggut Rasul SAW di dalam nya..

qemaishak said...

cantik masjid kat sana kan...
beruntung dapat lawat negara orang ni..heroin dlm cerita ni cantik gak:)

Anonymous said...

hemmmmm speechless tgk gambar2 kak fea, tah bila lah dpt peluang ke sana

oh ni time pergi umrah aritu ye, singgah istanbul, ingatkan kak fea nak ceta movie lisa tu

Unknown said...

bila pulak is nak sampai ke sana ni (^__^)

Ibu Muda 30series said...

kak fea, mybe next time kalo nk jenjalan ni kena bwk note book...catat semuanya kt dlm tu...hihihi

saniah said...

Istanbul...merupakan tempat yg jd idaman akak dan suhaila...bkn sbb filem tu ya...hehee
Tgk gambar2 dr fea ni lagi la tak sabar nk pegi....ishhh bila la nk penuh tabung buluh kami tu???? :-D

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

cantik nyer istanbul kan?salah satu tempat yg BSB teringin sangat nak pegi.

Kak Aya said...

salam...aduhh cantiknya Istanbul...ni kalau mengidam nak ke sana time2 gini, jenuh ni...

azieazah said...

Kak Azie nak masukkan Istanbul dalan senarai tempat yang hendak dilawati, suatu hari nanti. Cantik sangat!

Next time, kalu ke negara orang bawak pen dan nota kecil utk catat nama tempat. Sebab memang susah nak ingat, apa lagi kalu dah lama tinggalkan. Kalu tulis entri, lewat pun masih boleh refer.

Dinas Aldi said...

Bestnya dah sampai Istanbul! :)

Unknown said...

As salam Kak Fea,

Heroin tu dah cun dah! silap2 Lisa Surihani tak dpt cari makan nnt! hehehee...

syoknye ke Istanbul, aritu ada tgk pakej ke sana dr Msia... pakej ke sana shj tak campur2... mahal juga tp rasanye kalau tgk pd tmptnye mmg berbaloi2 ni! Ya ALLAH moga adalah rezeki utk ke sana nnt... ameen :)

Irfa said...

bestnya akak dah sampai istanbul
layan gambar jelah dulu

Zura said...

bestnya akak dapat jalan-jalan ke sana... huhu~~

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...