Nuffnang

Tuesday, February 21, 2012

Azure Fatahillah...

Itulah nama penuh Az. Anak bongsu kesayanganku. Hari ni sudah 8 tahun usianya. Ayahnya kata budak yang tak sabar-sabar nak keluar. Sebab kakak dan abangnya lahir pada tarikh 22. Dia pulak lahir pada tarikh 21 pukul 11.30 malam. Lagi setengah jam saja nak masuk 22 haribulan. Kalau tak, sama tiga-tiga beradik tarikh hari lahirnya. Bulan lain-lain. Rasa macam baru semalam melahirkannya. Macam baru semalam juga kaum keluarga macam susah nak menyebut namanya yang Azure tu.  Tapi sekarang ni semua dah lancar nak menyebutnya. Azure tu maknanya biru langit. Jadi sebutannya sama macam sebut warna biru langit azure tu lah juga. Ae-zi-or gitu. Atau A-zur pun boleh. Namanya sama makna dengan nama en.asben. Itu yang letak nama tu. Fatahillah pula nama salah seorang wali songgo yang menjadi raja. Fatah pun ada makna juga dari nama-nama Allah.

Setiap kali pergi klinik mesti nurse dan doktor tanya macam mana nak menyebut namanya. Guru-gurunya pun begitu. Jadinya lepas ni bolehlah aku minta mereka tengok cara sebutannya kat blog aku. Jadinya mereka tahulah macam mana nak menyebutnya dengan betul he..he.. (Poyo betul mamanya ni nak promote blog sendiri kan).

Pagi-pagi tadi bangun aje tidur aku dengar abangnya dah wish birthday. Lepas tu kakaknya pula. Alhamdulillah masing-masing peka tentang tarikh istimewa adik beradik. So pagi tadi kami nyanyikanlah ramai-ramai lagu selamat  hari jadi untuknya. Jadilah nak buatkan dia suka. Memang tersenyum-senyum malulah dia. Nak buat makan-makan pun tak boleh sebab rumah macam kapal karam lagi. Makan habuk bolehlah he..he.. Hadiah memang dah dapat dulu. Siap dengan abangnya pun dapat sekali.

Doaku agar anakku Azure Fatahillah terus diberikan kesihatan yang baik. Semoga Az dipanjangkan umur dan mendapat umur yang berkat. Semoga Az menjadi anak soleh yang bijak dan baik akhlaknya. Semoga anak-anakku sentiasa di lindungi olehNYA. Amin.

 Mereka yang paling comel dalam dunia di mataku dan en.asben...

Ambil gambar memang takdelah yang semenggah. Memang takde canlah nak ada gambar yang okey sikit kalau dengan budak sorang ni. Mesti ada aje spoilnya. Ini kira okeylah juga sebab tak masam mencuka. Tapi takpe, I like beribu-ribu kali juga. My one and only Azure Fatahillah tetap budak 8 tahun paling cute di hati mamanya.
I love you sayang. Happy 8th birthday.

30 comments:

Kakzakie said...

Happy birthday Azure... Sekejap rasa kan Hanis dah 8 tahun. Detik nak melahirkan masih kejap dalam ingatan tahu-tahu dah 8 tahun...

ummiross said...

Amin..amin, moga Allah makbulkan doa seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang.

Happy birthday Azure Fatahillah. Hihi muka nampak cute dan nakal je. Mama dengan papa bagi hadiah apa kat Az?

Hanis MY said...

otanjyoubi omedetou azure... anak2 akak semua comel2 cm akak n hasben...

Nini D.. said...

Happy birthday Az!!

Izan Ishak said...

happy 8th birthday azure fatahillah! suka tgk memek muka dia tu kak... cute sangat!

Kamalia said...

happy birthday azure..
sedap sungguh nama dia,1st time dengar nama ni..

whitecappuccino said...

happy birthday azure!! tarikh lahir akak juga 22hb :)

kakcik said...

Happy birthday Az. Semoga menjadi permata yang paling berharga buat seisi keluarga. :)

:: Mrs.Eady :: said...

Happy Birthday Azure :)

ieja amieja said...

happy belated besday buat Azure..moga doa mama menjadi kenyataan..aminnn

lydzar said...

hehheehe kalau saya jd cikgu dia pon mesti tak reti nak sebut. kalau azura tau lah :D tp mmg kretip lah nama budak 8tahun ni. hihih

btw, happy birthday dari aunty.

Tina Othman said...

happy birthday az, moga membesar menjadi anak yg berjaya di dunia & diakhirat

Eye_nee said...

Selamat Hari Lahir Azure..Agar membesar menjadi Khalifah Kelurga yg bertanggungjawab...

Huda said...

Happy birthday Az, unik nama tu kak, saya pun praktis gak nak menyebut nama tu..moga jadik anak yang soleh dan hormati ibu bapa dan keluarga.

diana said...

selamat harijadi az..;)

qemaishak said...

Happy birthday azure..moga jadi anak yang baik & soleh..dua tiga kali qema praktis sebut nama tu kak, ikut yang akak tulis tu hehe

munna said...

happy birthday buat Azure.... semoga membesar sebagai anak yag soleh dan menggembirakan ibubapa ye...

Suara Kalbu said...

Happy Birthday Az,

Jadi anak yang baik dan soleh. Moga membesar jadi permata yang membanggakan keluarga, agama dan bangsa ye dik

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

selamat hari ulang tahun kelahiran untuk Azure Fatahillah...moga menjadi anak yg soleh

.: iEyLa :. said...

happy Birthday Azure Fatahillah...
moga Az membesar jadi anak yg soleh dan sentiase comey di mata mama & ur dad k...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

hihi..mmg susah tu nk sebut nama anak akak..hepy besday comellll..moga jd anak soleh, sihat dan tampan selalu eaa..


p/s: betullah akak ni ada rupa haleeda :)

Pala Maldini said...

Happy bday Ae-zi-or...

terbelit lidah pakcik weh...

eh, terasa tua lah pulak guna perkataan pakcik.. huhu!

Gen2Merah said...

selamat ulangtahun Azure fatahillah... mak, aii saya pun mcm terbelit lidah nak menyebut.. ekeke.. sori ya kak.. semoga azure membesar menjadi seorang anak yang taat kepada ibu bapanya...

p/s: 1st time saya dapat lihat gambar akak Fea (",)

So Shy Lady said...

Azure Fatahillah - unik! muka btul2 muka mama neh. slamat mnyambut hari ulangthn , dear!

Dinas Aldi said...

Happy 8th birthday, Azure Fatahillah!

Nama istimewa untuk seorang insan yg pastinya sangat istimewa di hati mama & papa :)

Maya Mayana said...

Happy Birthday sayang...semoga jd putera soleh..Aminn..

ohww tergeliat jugak nak menyebutnya ingat menu menggoda lg tadi...hiks maklumlah semalam...


kelass mama promote blog,hehe...

Cho Zila said...

happy besday Azure Fatahillah... 8 tahun dah besar tau.... semoga jadi anak soleh yerk...

saniah said...

SELAMAT HARI LAHIR AZURE FATAHILLAH...moga membesar menjadi anak yg beriman dan taat pada Allah..sayangkan kedua orangtuanya dan ahli keluarga yg lain..moga sentiasa didalam perlindungan Allah hendaknya...amin
panjang doa anty saniah kan..:)
take care

Aida said...

Happy 8th birthday Azure.. Muka chinese look ni mesti hot.. Hehehe.. Moga azure membesar menjadi anak yg soleh dan dipermudahkan atas segala NYA.. ;)

Lulu Caldina said...

selamat hari lahir sayang.. :)