Thursday, February 23, 2012

Rindu-rinduan...

Anak emak semuanya perempuan. Bila dapat cucu ramai lelaki pula. Selepas 11 tahun, hanya Han seorang cucu perempuan emak. 5 yang lain cucu lelaki. Tahun lepas barulah bertambah seorang lagi cucu perempuan. Jadinya tak kira anak-anak adikku sendiri yang sebelum ini semuanya lelaki dan anak-anakku yang bertiga tu memang berialah melayan si gegirl tu. Kiranya si gegirl ni memang kesayangan semualah. 

Sebelum ini adikku menghantar anaknya ke rumah kami untuk dijaga oleh emak. Tapi mulai tahun ini tidak lagi. Ini kerana anak-anaknya sudah di hantar ke taska dan nursery. Selalunya balik rumah memang meriah di sambut oleh si comel seorang tu. Anak-anak aku pun nak pergi sekolah melayan si gegirl dulu. Balik sekolah terpa gegirl dulu juga. Tapi sejak dua bulan ni takdelah lagi. 

Kelmarin adik aku call kata ada urusan di KL dan nak tinggalkan anak-anaknya sekejap. Semua orang macam excited sangat sebab gegirl nak datang. Anak-anakku tertunggu-tunggu. Sekejap-sekejap tanya, bila gegirl nak datang ni. Tapi adik aku tak jadi ke KL pula. Jadinya takdelah gegirl datang. Frustlah  anak-anak aku. Aku pun sama sebab dah terbau-bau dah si gegirl tu.

Semalam anak-anak berangan sangat biar gegirl datang. Si Az pula buat gempak kata gegirl nak datang. Apa lagi excitedlah semua. Padahal mana ada.   Jadinya dia orang pun frust lagi. Hari kerja memang jaranglah dapat jumpa. Kalau weekend tu memang selalu jumpa. Punyalah semua orang merindukan gegirl. Sampaikan macam tak boleh tunggu weekend.

Inilah gegirl yang kami rindui..

24 comments:

Kakcik Seroja said...

Wow ... comel. Bulat mata dan pipinya. Anak2 kakcik dan adik2 pun lebih ramai lelaki (9) dan perempuan ada 4. :)

Dinas Aldi said...

Gegirl sangat bertuah kerana ramai yg sangat sayang padanya :)

TS said...

bulat mata gegirl..patotla sume excited..hikhik.. :)

Maya Mayana said...

selalunya memang mcm tu la kak...kalau anak kita byk laki next generation lak pompuan..

ada iras2 anak2 akak juga..chinese look

So Shy Lady (SSL) said...

wah bestnya jd ksayangn ramai. mesti petah bkata2 gegirl nih, iye dak? hanis pulak t.nak mnmbah lg ke hihi

Kak Aya said...

mata gegirl ni bersinar terang...mesti comel dan cerdik budaknya

Unknown said...

sama mcm family ayu, dr 8 cucu, sorang lelaki..

tu yang sayang gila.. hehehhe

ummiross said...

cutenya gegirl,patutlah rindu-rinduan, ummi pun rasa nak cubit2 manja pipi tu..

Jendela Hati said...

bulatnya mata gegirl nie

Izwa Kamaruddin said...

alalalalaaa..comel nyer!

eB said...

comel plk nick gegerl eh?
suker :)

Unknown said...

seronokla gegirl tu sbb ramai yg melayan dia kan

Akak Kembang said...

cumel :)

-Sara- said...

comel mata bulat! tp mmg seronok melayan bdk2 ni kan kak hanis..meriah je umah! :)

MulutPayau said...

comel gegirl.....

sitinaminah02 said...

booolatnya mata. cumil2. sume org suka gegirl.

Mak Lagenda said...

Waaaaaa..kecik2 dah ramai peminat si gegirl nih!!

qemaishak said...

Comel je gegirl ni, mesti manja & rapat dengan anak akak kan..:)

Eye_nee said...

pipi yg bulat itu adalah sgt sedapppp bila dapat menciumnya...

Kakzakie Purvit said...

Kalau tak ada nak kecik memang macam tu Hanis. Lagi pulak dari kecik dah campur - mesra dan sayang lain macam rasanya...

Unknown said...

Comell...... ^_^

Ati Masrif said...

salam hanis,

apakata lahirkan gegirl lagi 1
sempat lagi tu...hihi

Rina Rahamat said...

bertuahnya gegirl jd kesayangan semua orang :)

Unknown said...

Gerammm nya tengok gegirl ni!! Mana x jadi buah hati kan..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...