Friday, February 10, 2012

Peluang yang dilepaskan dan peluang yang datang lagi..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.

Beberapa tahun lepas, kami menerima satu peluang yang cukup baik. Yang tak termimpi namun selalu mengharapkannya. Namun ianya ditolak oleh en.asben dengan alasan yang cukup baik juga. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka kerana alasannya sangat baik. Mahu memberi peluang kepada orang lain adalah alasan yang aku tidak boleh tolak tepi. Waktu itu tidak langsung terfikir yang kami akan memperolehi peluang yang sama sekali lagi. Tidak juga mengharapkan dan bermimpi yang peluang itu akan diterima semula dengan cara yang sama. Namun perancangan Allah itu sangat indah. Tanpa disangka, kami memperolehi peluang itu sekali lagi. Alhamdulillah, kali ini dengan rasa penuh kesyukuran, kami akan menerimanya nanti, insyaAllah. Sangat besar harga sebuah keikhlasan. Ianya bagaikan balasan yang cukup bermakna buat kami. Aku mula memahami erti sebuah keikhlasan itu.

Beberapa tahun lepas yang aku juga tidak pasti bila, en.asben memperolehi satu peluang yang berharga. Namun en.asben melepaskannya atas alasan yang cukup kukuh. Aku tidak maklum mengenainya kerana en.asben menyimpannya sendiri. Aku tahu, dia menyimpannya kerana tidak mahu sebarang keputusan yang diambil dipengaruhi oleh aku. Ianya baru aku ketahui selepas en.asben mendapat peluang yang sama sekali lagi baru-baru ini. Kali ini barulah en.asben berkongsi denganku.  Semalam, en.asben mengambil langkah pertama untuk memperolehi peluang itu. Doaku agar peluang ini adalah yang terbaik buatnya.

Peluang yang diberi itu kadangkala menjadi perkara yang paling indah buat kita. Namun menolaknya atas alasan yang sewajarnya juga menrupakan perkara yang paling indah juga. Tidak semua peluang akan kita perolehi kembali selepas menolaknya. Namun bila ianya diterima lagi untuk kali kedua, keindahannya sangat terasa. Itulah yang aku rasakan kini. Percaya pada diri sendiri serta sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang diambil merupakan  satu peluang yang hanya kita boleh lakukan. Hanya kita yang dapat mengambil peluang yang diperolehi. Hanya kita juga boleh melepaskannya dengan alasan kita sendiri. Bukan orang lain dan tiada siapa boleh mempertikaikannya. Bila ianya memang rezeki kita, InsyaAllah, kita akan memperolehinya lagi. Kesimpulannya, tidak semua peluang perlu direbut. Adakalanya melepaskannya juga menjadi perkara yang sangat patut.

40 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah...tumpang gembira utk akak sekeluarga.. :)

Anonymous said...

alhamdulilah, niat yg baik, pasti dapat balasan yg baik juga kan =)

Nini D.. said...

rezeki dari Allah..tahniah buat akak sekeluarga :)

sahromnasrudin said...

HUBBY akak naik pangkat lagi dan kene pindah ke??? tahniah ya....

Kakcik Seroja said...

Bila Allah SWT menentukan bahawa sesuatu itu untuk kita, ditolak bagaimanapun, ianya akan datang juga ke riba. :)

Kamalia said...

Alhamdulillah..suka dengan kata2 akak yang ni.."Bila ianya memang rezeki kita, InsyaAllah, kita akan memperolehinya lagi. Kesimpulannya, tidak semua peluang perlu direbut. Adakalanya melepaskannya juga menjadi perkara yang sangat patut."

Eye_nee said...

keyakinan tetang akan ada satu lagi peluang selepas menolak dgn alasan yg cukup baik....terbukti....Tahniah atas peluang berharga yg dtg semula kepada kamu ini....

qemaishak said...

Alhamdulillah..bila kita ikhlas dalam membuat sesuatu perkara, Allah pasti membalasnya dengan keindahan...tumpang gembira untuk akak:)

Unknown said...

Tahniah! Tumpang gembira untuk Hanis dan suami....

dwatyKNY said...

ikhlas dan sabar... pasti dibalas ALLAH... tahniah...

tim_fs said...

wah kak..apakah itu..
btw tahniah..tulah pepatah org kata reski tak kemana..

Unknown said...

syukurlah, kadang Allah beri kita sesuatu yg kita tak jangka jangka..alhamdulillah..

MulutPayau said...

Alhmdulillah....
Tahniah dan tumpang gembira....

Anonymous said...

apa pun berita itu sy tumpang happy untuk akak n family ;)

from me:happyirfa.blogspot.com

Kakzakie Purvit said...

Bersyukur Hanis... Benar ketentuan Allah tidak ada upaya utk kita mentafsir... Tolak kali pertama tapi kali kedua dtg lagi. Itulah hak namanya Hanis...

Rina Rahamat said...

org kt peluang datang hny sekali..tipulah kata-kata tu kan..



btw, peluang apa tu?


tumpang gembira utk akak sekeluarga :)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

tahniah..best nyerrr...

h4ni3 said...

kalau dah tertulis rezeki tu utk kita, tak kemana kan kak
alhamdulillah.. happy for u :)

ummiross said...

Alhamdulillah, Allah membalas segala kebaikan dan keikhlasan, kini tiba masa keluarga Hanis pulak menikmati manisnya peluang itu.

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah, bukan senang nak dapat peluang kedua setelah peluang pertama ditolak. Bermakna itu benar2 rezeki kita :)

sekadar satu coretan said...

Tahniah ye hanis.. Dah mmg rezekikan takkan kemana..

Unknown said...

alhamdulillah...sesungguhnya DIA lbh tahu apa yg terbaik utk kita kan kak...

Mak Wardah said...

Tahniah...Moga dapat yang terbaik.

Unknown said...

الْحَمْدُ لِلَّهِ.. Dah memamg itu namanya rezeki hak milik akak sekeluarga.. Moga akak berbahagia ke akhir hayat.. آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ ​​عَالَمِيْنَ

So Shy Lady (SSL) said...

mmng jarang skali pluang k emasn akn muncul brulangkali dlm hdup tp klau dh tcatat itu rzeki kita, ia tak ke mn kan ;D. tahniah buat famili hanis

susumanis said...

syukur alhamdulillah sebaik baik ucapan rasa syukur yang sangat indah...happy for hanis , hub n family :))

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

Alhamdulillah
Syukur

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah...sudah rezeki buat hanis, ia tak kemana lambat atau cepat ia datang...

Hanis MY said...

alhamdulillah...saya pun tumpang gembira...

whitecappuccino said...

tumpang gembira ..agak2 la..peluang apa tu ek??curious la!

Unknown said...

Salam,
LF dan isteri tumpang gembira ... Minat juga nak tahu apa peluang itu? Kalau boleh, share

Izan Ishak said...

setuju sgt kak... apapun kita dah buat keputusan yg terbaik. tak kiralah sama ada melepaskan atau menerima peluang yg dtg...

tumpang gembira untuk akak juga!

ieja amieja said...

alhamdulillah..kalau dah rezeki tu x kemana kan hanis..

Liza @ Adzriel AB said...

pilih masa yg sesuai tu

~Sal Ismail~ said...

peluang kedua..nikmatnya cukup terasa..bersyukur apa adanya~ =)

-Sara- said...

akak dpt ape tu? apepon all the best kak :)

Lydia Miza said...

melepaskan sesuatu yg amat baik mmg agak buat isteri terkilan.tp alasan yg munasabah adalah yg terbaik buat diri dan keluarga perlu kita lihat juga kan sis.

p/s:windu sis...maaf lama adik tak ziarah sini.busy sgt2 skrg ni

Maya Mayana said...

tumpang gembira utk akak sekeluarga...

sehyum baca komen rinna...hehe,mungkin itu adalah balasan baik kita kepada orang lain..Alhamdulillah...

Ati Masrif said...

alhamdulillah hanis, tahniah!
walaupun tak dinyatakan tetapi
dapat di bayangkan perasaan itu
sebab kita pun pernah mengalaminya
dulu tapi situasi yg lain :)

Wanita Belum Hamil said...

Salam kenal..ana follow sini kalau sudi follow la ana balik ye..

p/s: ana baru dalam blog nie

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...