Nuffnang

Monday, February 27, 2012

Sangat tak peka..

Sudah sebulan lebih rumah di bahagian dapur di renovate. Anak-anak memang semua maklum. Kalau Han dan Is, setiap petang lepas pekerja kontrak tu balik, mereka akan ikut belek-belek sama macam aku dan en.asben. Tak kiralah walau kena jalan jingkit-jingkit pun sebab lantai tak siap lagi. Tapi Az memang selalu buat tak reti. Dahlah taknak join sama, ambil port pun tidak. Bukan kata tak masuk kawasan dapur, menjenggah kat tepi dapur pun tidak. Langsung tak heran apa yang jadi kat dapur. Malam sabtu tu, Alhamdulillah, tiles sudah di pasang di bahagian dapur. Jadinya memang dah bolehlah nak masuk dapur dengan selesa walaupun ada beberapa bahagian yang masih belum siap sempurna. Jadinya kalau selalu nak makan cuci tangan di porch depan, hari tu dah boleh basuh tangan di sinki dapur untuk makan. Masuk aje dapur dia macam terperanjat. Macam panik sekejap sebab bilik air di dapur dah hilang.

Mama, bilik air kita mana? Aduhai anak aku sorang ni. Langsung tak tahu yang bilik air sudah diubah kedudukannya. Padahal orang lain semua dah guna bilik air yang baru tu. Bila dah macam tu barulah nampak dia berminat nak explore bahagian lain pula. Mama ini pintu bilik apa?  Nak tergelak aku dengar soalannya. Macam kan dapur tu besar sangat sampaikan boleh tambah bilik lagi. Itu pintu dapurlah sayang. Bila dah cakap macam tu dia macam tak percaya. Siap suruh aku buka pintu tu nak tengok kat luar. Dah tengok luar barulah dia puas hati. Ini bilik apa? Dia bertanya bilik air pula. Aku cakap  bilik air. Dia macam tak percaya sebab dulu kan bilik air kat tempat lain. Aku suruh dia buka pintu tu. Dah buka barulah percaya. Aku suruh masuk tengok, tapi dia malu. Dia intai sikit-sikit aje. Nantilah.. Katanya he..he.. Lepas tu, emak panggil tengok bilik emak pula. Dah besarkan sikit bilik emak aku memang buatkan pintu satu lagi belah belakang biar senang untuk ke bilik air. Jadinya bila dia masuk bilik emak dan nampak ada pintu di belah belakang dia tertanya-tanya lagi. Pintu ni nak pergi mana? He..he.. emak suruh di buka pintu tu. Bila dia buka dan nampak kami di dapur lagilah malu muka dia. 

Aduhai anak. Tak peka sungguh. Bukannya rumah jiran sebelah yang diubahsuai. Kat rumah sendiri pun dia langsung tak ambil tahu. Yang best tu, rumah kami bukannya besar sangat sampaikan dia tak tahu cerita. Jalan beberapa langkah dah sampai dapur. Balik dinding dah nampak dapur cinonet kami. Tapi itu pun dia tak perasaan. He..he.. comel aje  budak kecik ni tau. Tapi kalau dah besar nanti tak peka langsung macam ni memang tak comel lagilah. Anak oh anak..

33 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

hehe..biasa budak suka explore kalau benda baru cenggini berlaku..

agaknya ada perkara lain yg menarik minat Az hingga dia malas nk amik port psl renovation tu hehe

Irfa said...

hahaha.kelakarnya.mmg tak ambik kisah langsung la tu ;).insyaAllah..kecik2 je tak peka dah besar nanti moga dia jadi anak yg prihatin :)

.: iEyLa :. said...

hihi..macam2 la Az nih..
seb baek xbuka pintu tu trus ke masuk dapur jiran sbelah..kalau tak lagi haru..hihi

:: Mrs.Eady :: said...

hikhikhik..malu malu biler dah tau :)

Izan Ishak said...

kelakar je bila baca gelagat az ni kak fea... mmg comellah!

kakcik said...

Dia jenis tak kisah dan ambil mudah je kot. InsyaAllah dah besar nanti berubahlah perangainya tu. :)

Daddy Ziyyad said...

kecil lagi..dah besar nanti insya allah peka tu nanti..:)

letih kalau renovate rumah yg sedang di duduki ni..berabuknya..debu nya..

gadisBunga said...

cakap kat dia...eh...depan mata je tu. nape tak nampak? kihkihkih!

munna said...

hehehe...nasib baik dia tak ingat dah salah rumah....

Nini D.. said...

hahah...comel!

Kamalia said...

ekeke..sangat comel bila dia jadi blur macam tu..

kakchik@ella said...

hehehehe .. Brp umur dia tu hanis?

lydzar said...

mama patut usik2 dia, cakap kalau masuk kt pintu ni, boleh sampai KLCC..masuk pintu ni boleh sampai Alamanda...hahaha mesti lg malu muka dia nnt.

saniah said...

Hihi....perangai sebijik mcm ank bujang akak yg sulung..mmg jenis tak kisah..:)
Wahh dapur dh siap ek? Tringin nk tgk laa

Maya said...

Salam kak, sy kadang2 jenguk juga ke sini sambil lalu hehe tak smepat nak berlama2 bertenggek.

Saya masih di Australia..insyaAllah dalam tahun ni juga akan balik for good..tak berapa lama lagi, ni sdg bertungkus lumus menyiapkan thesis :)

BTW, keep bloging, insyaAllah ada umur boleh jumpa..hehe

mama tim said...

hehe..comel jer az ni..anak2 saya pon cmtu jugak...rasanya bukan peka ke tak kot..tp sbb dia kurang ambil tahu..eh tak peka ngan kurang ambil tahu sama jelah ..heheh..

Eye_nee said...

brg kali Az fikir kes2 ubah suai bahagian dapur tiada berkepentingan khusus pd dia lainlah kalau bilik dia yg diubah suai.. tu yg dia mcm ignore saja last2 dah termalu sendiri hehehe..kesian dia nak guna new toilet pun segan2...

Liza @ Adzriel AB said...

meh sini acik cubit2 pipi tu... biasalah anak2.

Kakzakie said...

Anak lelaki dgn perempuan lain Hanis. Kalau perempuan bab renovate dan menghias mestilah lebih ambil tahu. Apa lagi Az masih kecik. Dia tak kuasa nak tinjau dapur yg masih belum siap sepenuhnya. So... bila mama/papa/kakak/nenek sibuk-sibuk ha...barulah dia perasan tu dan mesti suka sebab lebih cantik dan baru...

ieja amieja said...

lawak lah Az ni..boleh dia x perasan sume tuh erk..bdk lelaki mmg gtu kot..x ambil pusing sgt benda2 mcm ni..tau dah siap..tu pun suprise ye..

Mamamya said...

hehee..mcm2 ragam anak2 kan kak..setiap sorang mesti b'beza karakter.. :)

wahida said...

kelakar lak baca n3 ni...mcm2 ragam dorang ni...

nasib baik kecik lagi..kalau dah besar, mmg tak comel lagi dah kalau buat mcm ni...haha...

Ati Masrif said...

hehe..kiutnya si iz tu..

besar mana dia tu hanis?
ada besar syahmi...mesti baik
budaknya sampai tak mau jengah
atau mengacau dapur tu..

kalau syahmi ..habis terbalik
semua barang2 reno tu...huhu

mamyharraz said...

kiut je soalan dia..bila dah siap baru eksited nak explore segenap ruang :) kiut sgt

Gen2Merah said...

kanak2 ni ada yang aktif, ada yang jenis selamba je... dari situ kita boleh kesan anak2 dengan minatnya tersendiri bila dah menjelang dewasa mengikut karakter masing2..

kalau kat umah saya, budak2 ni lah yang aktif menyelongkar segala... hahaha.. kadang2 ada yang sampai kaki termasuk dalam cat.. hehe

selamat petang kak Fea sekeluarga..

LYAfrina said...

hehe,,, kelakar lak lya mbacanya.. agaknya dia x serasi lg suasana baru.. tu y terlupa tu... hehe

whitecappuccino said...

biasanya kita excited bila ada benda baru kat rumah..tidak bagi Az ye?

Maya Mayana said...

mungkin Az tak minat nak amik port sebab rasa renovate tu tkdelah yg berubah byk kot,sekali tgok ha baru terpana...

terima kasih akak atas komen akak yg membina tu di blog yana...moga2 yana pun dpt ubah diri jd lebih baik sebelum nk lihat anak2 jd baik...

azieazah said...

Jangan nanti dia cakap dia sesat dlm rumah sendiri, sudah lah. hehehehe

mama maman said...

cumilnyer la... hahaha.. kelakar la dia...:)

So Shy Lady said...

haha ank2 mcm2 feelnya. tak pe lah, ada klemahn kat situ, mungkin ada klebihn tang lain, kan ;D

-Sara- said...

ehehe..mmg comel! :)

Kak Aya said...

la hai....tergelak sorang-sorang kak aya baca...hmm mungkin dia ralit dgn perkara lain tu.