Baru-baru ini en.asben dapat Most Healtiest and Good Planner award. Bukanlah langsung tidak pernah sakit. Tapi bila sakit yang sikit-sikit dan masih berkemampuan untuk ke tempat kerja memang en.asben selalu gagahkan juga. Tak pernah dia melayannya. MC yang menjadi kemudahan jarang menjadi keperluannya bila sakit itu tidak memerlukan dia berehat di rumah. Tentulah atas tanggungjawab sebagai pekerja. Lagipun ketua keluarga kan tanggungjawabnya lebih. Mencari nafkah keluarga paling utama. Alhamdulillah sepanjang tahun lepas tiada langsung MC yang diambil. Tiada juga hal-hal yang mengesa sehingga cuti kecemasan perlu diambil. Memang rekod kedatangan en.asben selalu cemerlang. Rasanya folder file sijilnya memang penuh dengan 100% attendance ni. Terima kasih Allah atas kesihatan yang baik yang telah diberikan buat suamiku. Juga kerana segala urusan kami dipermudahkan. Alhamdulillah. Tahniah buat en.asben.
Baru-baru ini juga adikku dapat Best Team Leader award. Alhamdulillah. Tahniah untuk adikku Rita. Dia memang komited dengan kerjanya. Tiap kali call memang memanjanglah tengah kerja. Orang lain cuti tapi dia kerja. Orang lain pergi kenduri, dia pergi kerja. He..he.. Harap-harap anugerah yang diperolehi menjadi pemangkin untuk dia terus cemerlang dalam kerjayanya. Baru dapat award dapat pula offer kerja di tempat baru. Alhamdulillah rezeki. Jadi berganda seronoknya. Semoga dia terus berjaya di tempat baru nanti.
Selain kenaikan gaji dan bonus, anugerah yang diterima juga menjadi inspirasi buat kita sebagai pekerja. Tapi, tidak kiralah dapat anugerah atau tidak, kerja yang dilakukan kenalah sentiasa ikhlas dan bersungguh. Kerana tugas kita merupakan amanah untuk kita yang merupakan satu ibadah juga.
22 comments:
yang penting keje kne ikhlas..
amanah tetap kne tunaikan :)
bukan senang tu tak amek MC langsung...saya respek habis la...
tahniah pada husband akak dan adik akak...saya impress!!
mcm saya ni pulak kerap jugak amek EL kalau anak sakit...
Nini nak mintak jugakla bos kasik award kat Nini..
bila cite tentang mc ni mmg
menyakitkan hati kalau orang
suka benor mc dan hb kita pun
paling tak suka mc...sakit pun
pi kerja...samalah mereka ini..tahniah!
Kakak pun tak pernah MC tau Hanis. Tapi bila sampai hal anak-anak kakak memang cuti. Itulah kelemahan kakak.
Salute dgn suami Hanis. Nampak dia memang seorg yg bertanggung-jawab dah tahniah juga buat adik - moga terus sukses.
wah banyak berita gembira ye kak... munna pun klu cuti selalunya bila ada berkaitan dgn anak2 dan family je...
alhamdulillah..saya yakin semua anugerah itu akan menjadikan suami dan adik awak bekerja dengan lebih cemerlang lagi..amiinnn..
tetiba nak tanya.. akak keje mana?
;)
bestnyaa..xpenah mc..alhamdulillah Allah beri kesihatan yg baik utk suami akak :)
alhamdulillah n tahniah utk suami & adik akak..smga akan lbh cermerlang dlm kerjaya masing2 slps ini..amin.
tahniah utk asben dan rita :)
akak pon nnt insya-allah dpt award :)
Salam,
Tumpang gembira dan tahniah satu keluarga
setuju kak.. alangkah indahnya hidup bekerja jika kesemuanya ikhlas kerana Allah swt.. tak perlu harapkan ganjaran mahupun pujian...
Insya Allah, pasti ada hikmah yang Allah akan berikan kepada mereka yang sabar kan
selamat petang kak Fea (",)
semoga anugerah yg diterima akan menyemarakkan lg semangat yg ada..tahniah ye..
alhamdulillah..hub yang sihat selalu siapa yang jaga..isteri dia laaaa..so hanis leh dapat arward behind every healthy man there's a great wife taking care of him :)) yeay !
bagusnya, hrp2 dpt mbri motivasi pd org lain juga
ssl nk ucap tahniah buat k 2nye. sampaikn tau!
samalah hanis... hubby kak liza pun keje sokmo, demam pun kadang gi keje juga.
Alhamdulillah, tahniah,tahniah buat keduanya. Semoga menjadi inspirasi untuk diri sendiri dan orang lain jugak.
Wah! Tak amik mc langsung, mmg bukan sesuatu yang mudah...
Tahniah untuk asben fea...:)
tahniah utk mrk berdua
tahniah utk husband n adik kak fea. betul tu kak... award tu sbg pembakar semangat utk lebih berjaya lagi kan... yg penting kerja kerana Allah tu yang lebih penting...
Kalau majikan pandai appreciate pekerja, saya x rasa pekerja akan rajin amik mc.. Bila di pekerja diberi penghargaan atau pun pujian-pujian kecil, pasti hati mereka berbungai-bunga utk pegi kerja.. Opis saya x begitu .. Kena hala airkond, baru bley dapat naik gaji best.. ;(
Post a Comment