Friday, February 3, 2012

Cuti 4 hari..

Pagi-pagi ni dapat sms dari adikku. Dia dah sampai Guangzhou. Cuti-cuti China he..he.. Katanya sejukkk sangat. Dia minta tolong tengok-tengokkan anak-anaknya. Hmm... kalau jalan berdua tak bawak anak-anak memang begitulah. Kepala tu asyik ingat anak saja. Baru sampai dah mula risau. Rindu sudah tentu. Aku jawab, insyaAllah. Siap tambah minta dia jangan lupa bawak balik ole-ole sekali. Baik punya kakak kan he..he..
 
Adik aku dah pergi bercuti. Esok kami sekeluarga juga nak pergi bercuti. Tak jauh pun. Cuma ke PD saja untuk 3 hari 2 malam. Tapi tetap rasa teruja sebab ada Family Day belah keluarga ibu mentuaku di sana. Mak mentua aku ada 9 orang adik beradik. Dengan Mbah lagi. Dengan anak, cucu, menantu semua. Memang ramailah. Sewa dalam 9 apartment kot. Banyak aktiviti yang telah dirancang. Yang paling best aktiviti makan-makanlah kan. Sukaneka pun ada juga. Kami sekeluarga rasa seronok dan tak sabar. Anak-anak dah asyik bertanya. Harap-harap segala yang dirancang berjalan lancar nanti, insyaAllah.
   **Guangzhou.. Adik aku bercuti ke sini...  

 **Corus Paradise, PD.. Kami nak bercuti ke sini...

Kawan-kawan semua bercuti ke mana untuk cuti 4 hari ni? Balik kampung ke? Kalau duduk rumah pun best juga. Masa cuti CNY, kami sekeluarga duduk di rumah saja. Tak berjalan ke mana. Tapi tetap seronok juga. Semoga cuti ni bermanfaat untuk kita semua. Take care.

**Gambar pinjam dari en.google.

48 comments:

mak encik | SZ said...

samalah kak, CNY hari tu dok rumah saja... cuti kali ni insyaAllah nak g Cambodia... selamat bercuti utk akak sekeluarga juga ye :)

Izwa Kamaruddin said...

duk rumah..huwaaaa...heeheh..sebab kami dah cuti haritu kan seminggu :)

♥MAMASYAZA♥ said...

akak penah stay kat corus paradise ni. masa tu amik baru umo 3 thn. dah lama pun. cuti panjang kali ni pun rasanya terperap lg kat umah, hero kecik demam

Kakcik Seroja said...

Kakcik bercuti di rumah je. :(

Kamalia said...

bestnya cuti2 malaysia..saya memang duduk rumah je..hehe

fazrulnoor said...

kat PD dah banyak tempat dan hotel2 yang best sgt2..tp mahal la sket

Unknown said...

selamat b'cuti kak...lia penah stay kat corus paradise PD ni...sgt selesa.. :)

faraherda.razalan said...

Kami takde perancangan lagi nak bercuti ke mana-mana. Cuma tgh berkira-kira nak blk ganu. Heheheh.

PCL said...

balik Kampung Pandan KL..entah rumah sesapa lah..hehe, janji kampung....kampung selayang pon mgkn gak kot, selamat bercuti.

Anonymous said...

insyaallah hari ahad ni nak ke cherating, bawak budak2 main pantai, selamat bercuti kak fea =)

qemaishak said...

CNY dah balik kg, cuti maulidul rasul & thaipusam ni xplan pun nak g mana lagi..mungkin dekat-dekat je.

Selamat bercuti kak..moga happy & selamat.

Nini D.. said...

selamat berhujung minggu & selamat berfamily day akak...kompem best!

Kakzakie Purvit said...

Kakak tak kemana selain balik jenguk bapak di kampung dua hari. Balik semula sebab anak-anak ada banyak suroh kena hafal...

Fieza79 said...

cuti byk hari..tp ongkos nya tk brp nak ade..cmne..?? hehe

Unknown said...

seronoknya adik akak makan angin ala honeymoon ni..

cuti kali ni kami pon tak kemana2 pon. rasa mcm nk bergolek2 kt rumah je, mesti best kan :)

Anonymous said...

Selamat bercuti ke PD. Akak nampak duduk rumah jerlah, cuti tak cuti sama saja bagi orang pencen ni.

munna said...

bestkan kak klu bercuti ramai dgn family.... munna InsyaALLAH kalau tiada halangan pergi Langkawi

Rumah Kuning said...

corus paradise... comelnye.

Asri Alam said...

bila cuti terlalu banyak masa untuk memikirkan kecelaruan hati. skg lebih suka bekerja

Qhaifa Nur said...

tengah fikir mana nak pergi cuti nih...

selamat bercuti...

Unknown said...

cuti kali ini balik kampung je hanis..

selamat bercuti ya hanis...

Ati Masrif said...

salam hanis cayang,

bila fikir nak gi bercuti je pasti
rasa teruja

family belah MIL kita pun besar juga
kalau kenduri dah sangat meriah!

selamat bercuti ye :)

Eye_nee said...

Selamat Bercuti sis...dengan cerita kamu saja buat hati akk teruja..akk tak kemana-mana rasanya...lepak king kat rumah manis rumah jer lah...

dwatyKNY said...

salam maulidur RASUL dan selamat bercuti.... saya dah cuti2@utara CNY... so, dah pokai ni maybe duk rumah jer... jalan pun gi area KL JER...

So Shy Lady (SSL) said...

ayuh cuti2...wah smpai 9 apartmen pasti meriah nnti ;D

akk ke gambang - family day juga tapi 3 kluarga je yg dpt tlibat

slamat bcuti ye hanis take care!

-Sara- said...

have a great holiday ye kak hanis :)

tim_fs said...
This comment has been removed by the author.
tim_fs said...

kak..selamat beholiday kak..

saya nak ke pantai timur plak..kita cuti2 msia jelah kan kak..haha

saniah said...

duduk rmh je mgu ni..mgu lepas dh kena jem teruk masa balik CNY..hehe serik nk kluar kl musim cuti..harap hanis selamat dlm perjlnan pergi dan balik dan enjoy your holiday dear..:)

Ce'gu JAERA said...

salam kak fea.. cuti2 ni sy stay kat umah je... banyak keja skeola yang kena dibereskan. ehe

sud@is said...

jalan2 pagi cari makan
kenyang balik rumah....

azieazah said...

Bercuti ni kat mana pun sebenarnya tetap seronok. Asal sahaja kita bersama orang tersayang.

Tapi kalu dapat sampai ke negara China tu, kira bonus la..

Selamat bercuti sepuasnya, HANIS.

Kak Azie bercuti di KL sahaja. Rumah dan beberapa program biasa.

ZaidJinggo said...

Ye lah..tinggala adik yg sorg lg ni xkemana..hehe..xpe,kitorg gi rumble ank angah esok..jgn rsau..huhuhu

ummiross said...

Salam bertemu kembali..
Waa bestnya hanis, cuti2 Malaysia ramai2, semoga semuanya berjalan lancar, enjoy your holiday..

ckLah @xiiinam said...

Salam...
Cuti 4 hari ni, ckLah nak berehat, cas semula 'bateri' untuk bekerja lagi...hehe.

Selamat bercuti Hanis...

اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِناَ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَآلِÙ‡ِ ÙˆَصَØ­ْبِÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ

L said...

pergh kenapa xikut? huhu

jom baca kejap=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

whitecappuccino said...

have fun ya Hanis..akak cuti2 3 hari kat rumah ajer..

Unknown said...

Salam Hanis Azla,

Penulis rupanya... tp tak berkesempatan nak beli novel tu.. insya'Allah nnt cari :)

Bercuti ke mana-mana pun mmg seronok asalkan bersama yg tersayang...

Salam kenal, Happy Holiday & Salam Maulidur Rasul :)

Maya Mayana said...

waa bestnya coti2..kira rombongan cik kiah nak berpiknik ramai2 la ni yerk..lg best dan meriah bila ramai2 tu kan...

yana keje 2 hari ni di saat org semua bergumbira bersama keluarga...sedihnya kak...company tk amik cuti ni


Salam Maulidur Rasul..

Dinas Aldi said...

Cuti saja pun dah seronok tapi bila pi jalan2, lagi seronok, hehe

h4ni3 said...

tak cuti.. huhu..

eh, nak komen psl entri pokok tumbang tu.. ingatkan akak saje tebang. kot la nak renovate rumah ke kan.. hihi.. tp mujurlah takde kemalangan jiwa/harta. besar jugak nampak batang pokok tu

ida =) said...

Seronoknya cuti2 malaysia

sahromnasrudin said...

kami turun JB ..seronok hihihhhh

Princess Feyqa said...

mcm best je pergi bercuti dkt china.. :)

sud@is said...

hehe belum sampai lagi kesini

wahida said...

saya dan hubby pernah keje kat Corus Paradise tu kak...kat situ kami kenal dulu...hehe...

Nini D.. said...

lamanya akak bercuti tulis blog.......

Unknown said...

Tahun 2012 ni masih belum lg memulakan misi berjalan-jalan.. Tp ingat cuti skolah bulan 3 ni nak masuk USS.. Hmmmm

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...