Komen Han kepadaku..
Mama selalu nampak lain. Bila dekat rumah lain. Dekat rumah nenek pun lain (rumah mertua). Dengan Auntie Jaja dengan Auntie Lin lagi lain (kawan baik aku). Dengan geng Cik Mamat macam lain (geng ofis lama yang sekepala). Dengan orang lain pun selalu lain.
Itulah pandangan anakku tentang perwatakkanku. Bila dia sentiasa ada bila aku bersama orang lain membuatkan dia perasaan perbezaan-perbezaan tersebut. Pandangan jujurnya membuatkan aku tersenyum. Iye, begitulah aku.
Kalau di rumah, keluarga aku dari belah mak dan ayah memang jenis havoc. Kalau bercakap orang ingat bergaduh. Sebab kami jenis yang cakap kuat. Kalau bercakap memang selalu nampak beria dan excited. Bila di rumah mertua, mereka jenis yang bercakap perlahan. Mak dan ayah mertuaku jenis yang bercakap lembut. Bila ramai-ramai berkumpul barulah kecoh juga sesekali. Tapi tidaklah sekecoh keluargaku sendiri. Jadinya kalau aku terlebih kecoh tentulah macam tak kena pula. Jadinya perlulah aku mengawal diri supaya sesuai dengan keadaan. Dia orang tenang aku ikut tenang. Dia orang kecoh, barulah aku pun ikut kecoh sama.
Bila dengan kawan-kawan baikku, memang kita orang akan huhahuha lebih. Sebab kami berkawan sejak sekolah. Jadinya kalau sesekali berjumpa, kepala pun kadang-kadang masih weng macam budak sekolah juga. Keluarlah balik bahasa F kita orang. Kalau bercakap memang tak jaga-jaga. Semua main lepas dan berterus terang. Kalau nak kutuk pun tak berlapik. Memang takdelah nak control-control. Bila dengan geng ofis lama, kita orang macam keluarga. Maklumlah dah berbelas tahun berkawan. Bila dengan yang sebaya, main aku engkau saja. Bila yang lebih tua guna kita awak atau panggil guna kakak atau abang. Tapi dengan isteri-isteri dan suami-suami mereka cakap lebih sopan pula.
Kalau dengan orang yang baru kenal, aku memang tak reti nak ber'aku engkau'. Walaupun dalam blog guna 'aku'. Tak reti juga nak berhuhahuha lebih dengan yang tidak berapa rapat. Kalau di tempat kerja, tugasanku memerlukan aku bercakap dengan penuh sopan dan lembut. Jadinya aku perlulah menggunakan bahasa yang lebih sopan. Cakap pun lebih lembut. Kalau aku ikut gaya seperti di rumah tentulah pelanggan rasa tak selesa.
Kalau diikutkan dari komen Han, kedengarannya macam aku bermuka-muka. Tapi bukan begitu sebenarnya. Tak pernah berniat untuk hipokrit. Aku cuma mahu membawa diri mengikut keadaan. Bagi aku, kita kena pandai sesuaikan diri mengikut keadaan dan tempat. Mungkin pada orang lain tak perlu jadi orang lain. Memang tak salah untuk jadi diri sendiri pada setiap masa. Tapi tentunya tak salah juga untuk menyesuaikan diri. Bukan untuk jadi orang lain. Tapi untuk buatkan orang lain selesa dengan kita. Bukan semua orang boleh terima kita sebagaimana kita. Tapi kita boleh cuba buat orang rasa selesa dengan kita. Kalau kita dah cuba tapi orang tetap rasa tak selesa memang kita tak boleh buat apa. Itu pandangan aku. Pandangan kawan-kawan pula bagaimana?
Komen kawanku..
Akak ni selalu cakap lembut. Tentu kat rumah pun macam tu. Jawapannya, tentulah tak. Kat rumah akak cakap kuat. Tak percaya tanya anak-anak akak. He..he..
35 comments:
Rasanya ada persamaan antara kita fea...
Yus pun kalau di rumah emak dan ayah yus, campur adik beradik, suara melantang, padahal sebelah menyebelah je berckap.Tapi kalau rumah mertua semua agak sopan..tp rumah sendiri mmg cakap kuat juga, tu yg walau anak baru 4, mcm anak 10 lagaknya..hihi.
Kalau baru jumpa tak pandai juga ber aku engkau, even dengan teman baik. Biasa suka bahasakan diri dengan nama...
Tak pernah pulak rasa itu sebagai bermuka-muka, betul cakap fea, kena sesuaikan diri dengan tempat dan keadaan, dengan siapa kita bercakap kan...:)
saya pernah jumpa org yang... tak kira dimana pun dia... macam tu lah... tak hipokrit... saya plak sama cam akk... kena tengok keadaan... tapi biasanya kalau baru jumpa , saya lebih banyak diam... hehehe
saya pernah jumpa org yang... tak kira dimana pun dia... macam tu lah... tak hipokrit... saya plak sama cam akk... kena tengok keadaan... tapi biasanya kalau baru jumpa , saya lebih banyak diam... hehehe
sebab tu lah ade perumpamaan melayu tu kak..
"masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang harimau mengaum"
tu bukan bermuka2..tuk keselesaan sume kan.. :)
Hehe...sama lah kita...bgtahu Han...nnt bila dh dewasa dia pun akn jd mcm tu..pandai menyesuaikan diri sebenarnya..bknnya brmuka muka.. :)
setiap org ada persepsi masing2 bila lihat perwatakan org lain..biasanye bila dgn keluarga sndr mmg lbh havoc, sebabnyer semua satu kepala dan dah biasa..rasanye ank2 sy pun pernah tegur sy mcm tu..
hihihihi...
samaaaaaa la kita kak...
klu belah keluarga sendiri macam lupa diri plak bersembang gelak ketawa, tp kontra bila belah mertua style lain plak ...
dgn kawan2 baik mmg gelak je lebihnya drpd cerita :))
tp kadang2 blh kelu lidah nak berkata2 bila jumpa kawan baru ...auwwww
kat rumah garang..he..he.. kak liza lah tu.
samalah kita, org selalu kata saya ni lemah lembut, tapi saya garang dan tegas dgn anak anak sebenarnya, hihi..saya rasa bukan bermuka muka cuma kena sesuaikan diri dgn situasi dan org yg kita berdepan...
Kak Azie jenis huru hara! Riuh rendah!
Setuju, kena ikut keadaan :)
akak samela sara pon..kt umh mentua sara ckpnya soft spoken skitla sbb dorg jenis ckp pelahan..klo umh mak sara jumpa adik beradik sume suara meninggi jelah..sbb kitorg jenis kecoh..hehe
mmg perlu sesuaikan suasana ngan kak hanis :)
Salam,
Hanis membuat penyesuaian utk tujuan yang positif ... menjaga hubungan ... LF rasa ok .Ini bukan pura2
rasanya mungkin ramai yang sama kot
sebab kena pandai kawal diri ikut
keadaan di mana kita beradakan.
ya, betul! kita pun ingat hanis ni
pendiam dan lemah lembut sentiasa.
dan lagi ya, betul! kita ni pun bukan
lemah lembut kat rumah...auuumm!..haha~
kena sesuaikan ikutkeadaan kan kak tapi akak nmpk lembut teringin nk jumpa live!
salam kak fea... saya agreee... kita kena pandai sesuaikan diri mengikut keadaan dan tempat....
semuanya untuk keselesaan mereka2 kan... lain padang lain belalang..
uncle bermuka-muka...
kat blog serious... kat luar... hahaha!
Masa jumpa gathering kat rumah kakcik tu, you are full of smile, yet tak byk cakap..ye lah..tak kenal rapat pun..Heheheheh
Salam Anis...
Anak ckLah pun pernah cakap, dalam kelas, ibu selalu bagi muka dengan budak-budak. Tapi, di rumah....jarang! (anak satu sekolah). Pandangan anak...kadang-kadang memang boleh dipakai untuk timbang tara, tapi, kadang-kadang ikut perasaan mereka saja... :D
kena garang bertempat juga kan Hanis..
kalau berlembut sgt dorang pijak2..
berubah mgikut situasi kan..dan apa y penting,.kita tp kita..
bagi sy itu bukan bermuka2..itu berubah mengikut kesesuaian~ =)
kadang kita kena berlakon
dan berlakon tidak semestinya hipokrit..
anak2 sudah tahu. yg belum ialah faham..
kueh
btol kak..masuk kandang kambing,kita mengembek..masuk rumah ayam,kita berkokok..masuk rumah dobot,..kita geget dobot sesama :)
suka la entry nie..sebab kiter same..hehehehe..
Kakak rasa kebanyakan kita kenalah begitu Hanis agar penampilan kita tidak terasa canggung dan dipandang lain oleh mereka yg kita temui. Kakak pun dalam berkarya/berblog guna gantinama aku, tapi biasa kakak membahasakan diri dgn nama, saya, kakak dsb...
betullah kak fea... kita ikut keadaan kan.. bukan tandanya kita ni bermuka2.
izan pun kat umah cakap kuat2 juga.. hehe...
Ini la yang dikatakan "pandai sesuaikan diri".
Ditengah org lembut kita buat riuh rendah, tak ke terkezot sume org. Kan Hanis kannn.
inilah perempuan kan... ngeh3
oooooooooooooo baru tahu.so tu ari akak lemah lembut tu personaliti lain la yer?tak kisahla..janji hati baik
hampir semua org mcm tu kot sis.saya pun camtu.bukan hipokrit tp pandai bawa diri kot?dgn org yg saya tak biasa pun saya biasakan diri saya.
Kakak, aida pun mcm kakak.. Kat blog tulis ber aku bagai.. Tp bila jumpa org ber saya awak.. Kat rumah mcm tarzan je kalau duk marah anak.. Tp kat luar aida lah ibu yg pijak semut pun x mati.. Wakakaka
Aaa.betul..kena pandai bawak diri. TAkkan nak merodong je bawak identiti sendiri . MAsuk perpustakaan pun , org yang mmg selalu bising tu disuruh diam. Ye dak..
betul tu kak, ini pandai bawak diri namanya bukan bermuka-muka..:)
Betul betul betul!.. sangat setuju..! rase termotivated bace entry ni.. =)
Post a Comment