Monday, November 19, 2012

BFF dan Nora Danish di malam AIM..

Assalamualaikum...

BFF.. rasanya semua orang ada kawan baik. Alhamdulillah, aku pun ada juga. Antaranya cathy dan yati. Aku dengan cathy rapat sejak di sekolah rendah. Masuk form 1 kami rapat dengan yati pula. Selepas lebih 20 tahun kami terus rapat. Beberapa minggu lepas cathy yang tinggal di Doha telefon kata yang dia dah balik bercuti ke sini sampai hujung disember. Bila dengar dia dah balik ke sini memang rasa tak sabar-sabar nak jumpa. So kami pun plan nak jumpa malam minggu baru ni. Seronok sangat dapat jumpa, borak-borak dan makan-makan macam dulu. Macam-macam cerita yang kami share.

Me and my BFF plus anak-anak dara kami. Cepat betul masa berlalu. Kawan sejak sekolah, sampai dah kahwin, sampai dan beranak, sampai dah ada anak dara dah pun. Tapi kepala masih macam dulu. Itulah yang terus mengeratkan kami. Alhamdulillah.. semoga Allah memberkati persahabatan kami.

Me & Han with adik cathy. Korang kenal kot he..he.. Punyalah lama kami lepak. Sampai Nora balik dari AIM baru kami balik.

Han with Nora Danish. 

Han dengan yaya yang buatkan kami tunggu sampai nora balik. Alang-alang dah lepak kat rumah nora mana boleh terus balik tak jumpa dengan nora kan. Tapi okey jugak. Dapatlah kami lepak dan borak lama-lama sikit. Itu yang tak kisah nak tunggu tu sebenarnya he..he.. tapi masih tetap tak puas jumpa jugak. Nampak gayanya kena jumpa lagilah sebelum cathy balik doha. Harap-harap ada kesempatan, insyaALLAH..


Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

21 comments:

TS said...

wuuuu...cantiknye nora danish...hiks..
best kan kak..ade kwn rapat time susah senang kite.. :)

Kakcik Seroja said...

Comel ND tu, kan. Sama macam Fea, bagai tak dimamah usia. :)

Fieza79 said...

comel btul nora danish...

faraherda.razalan said...

Comel! Ish....muke akak mcm budak2lah kak. Mksd sy, mcm budak2 baru nak belajar kat U. Mudenya! Mcm takpercaya!

Eye_nee said...

Persahabatan yg jujur dan ikhlas berpanjangan dan berkekalan kan sis...semoga perhubungan persahabatan sis kekal abadi....nora danish yg sentiasa nampak comel...

Acik Erna said...

cantiknya nora..hanis pun sama..sesuai bergambar dengan nora sama2 cantik

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka tengok Nora yg comel tu. Macam budak aje walau dah ada anak.

ummiross said...

Hanis...!,jumpa Nora Danish rupanya. Hari tu tengok fb gambar dengan anak2 dara masing2 kan. Waa rupanya ada ND. Comelnya ND, tapi Hanis pun kan..sangat comel disebelah Nora Danish,hehe, betul..sweet je.

Seronokkan jumpa kawan lama, tambahan lagi kalau kawan rapat,ceria rasa hati kan.
Kirim salam kat kawan Hanis tu, terutama ND,hik!!

Izan Ishak said...

wahhhh... bestnya kak fea dpt jumpa ND! izan suka tgk kak fea yg rupa cam anak dara. kalau tgk sekali tak percaya dah ada anak dara rupa2nya~

♥MAMASYAZA♥ said...

amboi fea, best dpt pozing ngan ND.
sweet akak tgk anak dara fea tu

gadisBunga™ said...

errr...next time bole ajak GB kan kan? hihihi~

Irfa said...

untung ada kawan rapat sejak skolah/kawan rapat saya zaman skolah semua dah hilang dibawa arus..sesekali bertegur di fb tp x macam dulu lagi

bff dgn nora sekali ke?

Qhaifa Nur said...

seronok ada nora danish...
minat juga dgn dia.......

-Sara- said...

oo kawan kak hanis tu kakak nora danish ek..hihi..mesti comel nora tu kan :)

mummY daniSha said...

wahhh bestnye dpt jumpe nora...sure cantekkk kan die =)

Dr K said...

Ooohhhh..gi rumah kakak Nora Danish..hihihihih

azieazah said...

Nora Danish tu memang putih dan gebus, kan?

MulutPayau said...

seronoknya dapat jumpa Nora.....

Izwa Kamaruddin said...

cantik nyer han mcm mama dia :)

Azian Elias said...

wahhh..seronok kan kalau dapat jumpa BFF ni.. Ada ND lagi tuu.

nazayiena said...

BFF Fea tu kakak ND rupanya,baru pertama kali tgk gambar fea dlm blog nie.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...