Wednesday, November 14, 2012

Roti Canai D' Bukit..

Assalamualaikum...

Semalam cuti. Hari ni kerja. Esok cuti lagi. Yeaahhhh.. nampak sangat suka cuti dari kerja kan he..he.. Semalam walaupun cuti masih  kena bersiap pagi-pagi juga sebab Han dan Is bersama sepupu mereka ada join slot cuti sekolah yang diadakan di Surau Kajang Utama. Macam kem motivasi gitu. Setengah hari aje dari 8-2 petang. Jadinya kenalah bangun pagi untuk siapkan sarapan dulu. Lepas dah daftarkan dia orang semua aku dengan en.asben  pun balik ke rumah semula. Walaupun kat rumah dah ada nasi goreng tapi tekak ni tiba-tiba pulak nak makan roti canai.

So on the way back pujuk-pujuk en.asben ajak singgah kat kedai roti canai D'Bukit yang agak terkenal untuk orang di B.B.Bangi. Namanya D'Bukit mungkin sebab kedainya terletak kat atas bukit area Sungai Ramal. Kedainya tepi jalan aje. Walaupun selalu lalu dan kedai tu pun tak jauh pun dari rumah, tapi tak pernah sekali pun singgah. Jadinya dah terlanjur cuti dan takde plan lain teringin pula nak singgah. Lebih-lebih lagi bila berdua aje. So bolehlah dating makan sarapan bersama he.he.. Tapi hajat nak makan sarapan bersama tak menjadi sebab mejanya semua penuh. Memang tempat parking pun dah penuh juga. Jadi kenalah parking kat tepi-tepi jalan. Itu pun penuh jugak. Punyalah ramai pelangannya. Alhamdulillah.. maju betul perniagaannya. Seronok sangat tengok. Sebab setiap kali lalu memang macam itulah keadaannya.

Kat kedai tu bukan setakat jual roti canai aje. Tapi ada juga hidangan soto, mee sup, mee jawa dan nasi lemak juga. Kalau tak singgah memang aku tak tahu pasal tu. Ingatkan jual roti canai aje. Sebab takde tempat duduk, kita orang pun order roti canai kuah kari kambing untuk bungkus. Dengarnya itulah menu yang paling top di situ. Alang-alang dah order takkan nak order 2 keping aje kan. Orderlah 10 keping. Boleh emak dan anak-anak makan sekali. Untuk 10 keping roti canai yang dipesan mengambil masa dalam 1 jam juga kami kena menunggu. Pukul 8-9 pagi. Memang panjang list ordernya. Nasib baik en.asben tak angin dengan aku. Fuhhh.. lega.

Pada aku roti canai dan kuah karinya biasa-biasa aje. Dengan masa menunggu dan juga rasanya, lepas ni  takdelah aku akan teruja untuk ulang datang balik ke sana. Sebab kat kedai roti canai yang aku selalu beli depan rumah yang tak mengambil masa selama itu pun aku dah dapat makan roti canai yang rasanya sebegitu. Tapi takdelah kuah kari kambing tu. Jadilah aku dah dapat merasa makan roti canai di D'Bukit tu sekali. Selalunya macam itulah kan. Bila dengar orang kata sedap dan kedai makan tu agak popular, kita akan rasa teruja untuk mencubanya. Tapi selera setiap orang tak sama kan. Ada yang akan mengulang datang. Ada juga yang tidak.

Salam hormat untuk semua. Selamat menyambut tahun baru. Take care.

13 comments:

Lulu Caldina said...

selamat tahun baru kak fea :)

TS said...

at least merasa kan kak...
*selamat tahun baru kak..

NM02 said...

ada gambar lagi best kak. hehehe

Dr K said...

satu jam menunggu? kalau saya, bila dah rasa rasanya biasa biasa sahaja, mmg saya pun macam kak hanis la, tak sanggup nak ulang membeli kat situ..hihihi

Izwa Kamaruddin said...

belum tentu sama tekak kannnn :)

edane said...

Alahai.. Lamanya. Tp tak pe puas hati sbb dpt merasa

♥MAMASYAZA♥ said...

bab tunggu lama ni yang tak sedap dengar, kalau en. abah silap aribulan cancel order, meh kita beli kat tempat lain

♥ Nana BamBam ♥ said...

lamanyee..kalau nana cancel je..hahah

munna said...

betul tu kak... bila tgk satu2 kedai laku .. otomatik kita nak mencuba kan

ummiross said...

Mula baca rasa macam nak try juga ni Hanis, tapi kalau tunggu lama tu yang lemah sikit tu. Anyway Tq for the info, mana tau satu hari nanti ummi boleh juga cuba2 singgah.

saniah said...

Selalunya cerita org la yg mmbuatkan sesuatu tu popular :-) tapi kot mana pun kena try sndr la kan....selera kita tak.sama..kan
Akak pulak klau ramai sgt org akak tawar hati nk singgah...malas menunggu sebenarnya hehee

TiranaAduka said...

salam sis fea...
selamat tahun baru maal hijrah...
moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas......
salam dari TiranaAduka sekeluarga..

Mengenali TiranaAduka - About TiranaAduka.

MulutPayau said...

lamanya mnunggu...kalau akak, dah kensel tu...

Salam maal hijrah dari akak...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...