Assalamualaikum..
Beberapa hari lagi akan menjelang tahun 2013. Walaupun 2012 belum berakhir tapi perancangan untuk 2013 sudah bermula. Macam-macam agenda untuk 2013 sudah tersusun. Untuk vacation pun dah berderet beratur mengikut bulan. Ada cadangan trip dengan grup yang itu. Ada cadangan trip dengan grup yang ini. Berselang seli dengan majlis kenduri kendara sanak saudara dan rakan-rakan. Walaupun belum terlaksana keterujaan tu dah mula dirasai. InsyaAllah, semoga setiap perancangan akan berjalan dengan lancar hendaknya. Semoga terus diberikan keberkatan umur serta umur yang panjang. Juga kesihatan yang baik juga rezeki yang murah agar segalanya dapat dilalui dengan baik nanti.
Selalu kita dengar yang kalau setakat doa saja, ianya takkan menjadi tanpa usaha. Tapi sebenarnya doa merupakan usaha kita yang pertama. Doa juga tidak sepatutnya menjadi ikhtiar kita yang terakhir. Tapi ianya harus ada dalam waktu permulaan, pertengahan dan di akhiran. Itu yang aku dengar dari Ustaz Pahrol di radio IKIM semalam. Semoga doa-doa kita akan diterima oleh Allah untuk menjadikan setiap perancangan kita terlaksana sebaiknya. Juga agar segala usaha kita bagi memastikan setiap perancangan itu berjaya.
Alhamdulillah.. hari ini mood dipenuhi dengan keceriaan. Terima Kasih ALLAH. Tiada apa yang akan berlaku tanpa izin dariMU.
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.
18 comments:
moga dipermudahkan segalanya bagi kita tuk tempuh halangan hari mendatang...
moga keceriaan sentiasa mengiringi hari2 kita kan kak..
wah dah ada agenda utk next year ye..
Assalamualaikum Hanis
Alhamdulillah...dlm kecerian selalu...moga2 cita2 tercapai
hamboi... dah mcm2 ada utk tahun dpn ye kak... moga semua yang dirancang dpt berjalan dengan sempurna. in shaa Allah
InsyaAllah...moga semuanya dimakbulkan :)
wow utk vacation tu yg best nak dengar...hehehehe. jadual keja utk 2013 pun dah mula penuh for januari.
Ooh..ni mesti ustaz Pahrol yang Hanis cerita kat n3 hari tu kan. Ummi pun ada dengar ceramahnya semalam.
Waa vacation, ni yang best ni. InsyaAllah, moga Allah permudahkan, semoga Allah tunaikan segala impian hanis dan family.
mudah2an segala perancangan kita utk 2013 nanti dipermudahkan ye kak...
mcm izan ni, next year mmg berderet anak2 sedara nak menikah...
Bila kita renung diri kita dan bermuhasabah terlalu banyak yg kita dapat dari doa dan harapan kita. Itulah senjata kita selain usaha kerana kita tidak mampu apa-apa sebenarnya. KUASA itu hanya DIA yg ada.
ya lah kadang kita jadikan doa sebagai usaha terakhir .. kena ubahlerni.. sekejapjer dah nak dekat 2013
Semoga segala yg dirancang itu akan terlaksana & dipermudahkan olehNya, amin :)
Hanis...ummi salah tekalah ye, hikhik!!!, Ustaz Zulkifli ye, memang best kan,teratur pengucapannya, sangat tinggi ilmu agamanya, ummi pernah jumap dia kat airport, nampak tawadhuk juga orangnya. Alahamdulillah, seronok berkongsi minat yang sama dengan Hanis...
ooooo...dah siap rancang trip utk 2013 ya....hihihi..saya tak rancang lagi..
semoga segala impian dan perancangan akan terlaksana dan dipermudahkan segalanya...
tak sabar menempuh tahun yang baru, tapi alamak umur makin meningkat
alhamdulillah segala perancangan mnjadi...syukur atas nikmat yg di beri.....
bagusnya akak...plan awal...sy ni byk lg yg tertunggaknya kak...huhuhu
Sama la kak..mcm mcm agenda ade ni :)
Post a Comment