Friday, December 28, 2012

Takpe...

Assalamualaikum..

Lumrah manusia. Ada yang tahu untuk menjaga hati orang lain. Ada juga yang tahunya hanya menyakiti hati orang lain. Tak kiralah walau bagaimana baik pun orang lain itu melayannya. Ada yang jenis bercakap lembut. Ada yang jenis bercakap kasar. Tak kiralah walau selembut mana orang bercakap dengannya. Ada yang akan ambil kisah akan perasaan orang lain. Ada juga yang tidak kisah akan perasaan orang lain. Hmm.. bukan semua orang akan melayan kita sebaiknya. Bukan semua orang boleh menjaga hati kita sebagaimana yang kita mahu. 

Lumrah manusia juga. Adakala hati kita tersentuh. Adakala hati kita terguris. Adakala kita boleh bersabar. Adakala kita boleh terasa juga. Bila dah terasa, rasa marah senang  nak menjelma. Ada peluang memang kita mahu membalasnya. Tapi.. memaafkan adalah lebih baik. Malah ianya akan lebih melegakan hati kita sebenarnya. Mungkin, tanpa kita sedar, kita sendiri pernah melukakan perasaan orang lain. Ianya boleh jadi balasan untuk kita juga. Dari situ kita dapat pengajaran untuk lebih tahu menjaga perasaan orang lain. Besar betul kelebihan memaafkan dan bersabar ni. Ianya memang tak semudah bagai dikata. Tapi dengan sedikit usaha dan kesungguhan, pastinya kita boleh melakukannya. Takpelah kalau orang buat kita. Allah yang Maha Mengetahui itu kan ada.

Benar-benar Cinta - Bab 10 sudah dimuat naik. Sudi-sudikan dan selamat membaca.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.  

16 comments:

Izwa Kamaruddin said...

tak sabar nak beli buku akak!

mama maman aka yana said...

insyaallah kak.. mmg betul tuh.. nak jaga diri utk marah pun satu hal jugak tuh..:)

*SiRibenMerah said...

takpe.. sabar je.. one fine day~ everything gonna be ok. :)

Angah said...

memang payah mengawal emosi, org begitu-kita begini, org begini-kita begitu, tak selari!

TS said...

xsbar nak tunggu novel baru siap!! :)

mummY daniSha said...

so true kak =)

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Mmg btl..utk menahan hati dr marah...terpaksa la on kn silent mode...kdg tu bla silent mode suda br mula ssh plk nak tkr ke mode normal....trasa janggal d mn2...yg bt sy jd btl2 silent mode tu bla yg junior bole tinggi kn sora n x respek org yg da tua...gerammm!!!

dwatyKNY said...

sedang belajar untuk entiasa memaafkan orang... insyaALLAH

Rumah Kuning said...

mulut senang menyebut maaf tapi hati sentiasa teringat-ingat. saya le tu. hehehe

ummiross said...

Betul kata Hanis, ianya sukar tapi sangat besar ganjarannya disisi Allah,terpujinya sifat sabar dan pemaaf disisi Allah SWT.

♥MAMASYAZA♥ said...

betul ckp fea, bermaafan tu adalah lebih baik, tapi cam akak ni, bila hati dah terguris, rasa susah sgt nak maafkan org tu, kalo boleh nak tgk muka dia pun akak dah meluat

Kakzakie Purvit said...

Betul Hanis kadang kita cakap tentang org lain tapi tak tahu org cakap kita juga.. Jgn ingat kita nie baik sebab org lain yg menilai kita tak tahu.

Unknown said...

betul kak, paling penting fikir positif je, manusia tiada yg sempurna..

Asyiqeen Faisal said...

nak cari kat mph alamanda

MumMe said...

perfectly said kak...

ieja amieja said...

bukan senang jg nak ikhlas memaakan org lain kan..ieja sndr kadang2 pujuk hati supaya betul2 ikhlas bila memaafkan org..sebb w/p dah maafkan seringkali teringat blk perbuatan dorang tu..
buku dah siap ke?? lama x singgah cni..ketinggallan citer..huhu

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...