Assalamualaikum..
Beberapa hari yang lepas aku menerima sms dari seorang teman lama. Sebenarnya kami tidaklah berapa rapat. Hanya pernah menjadi teman sekerja. Nak kata baik sangat waktu kerja dulu pun tidaklah juga. Cuma sesekali menjadi teman untuk makan-makan dan lepak-lepak. Keluar pergi outing pun rasanya tidak pernah. Tapi sehingga hari ini kami masih tidak putus hubungan. Walaupun aku mahupun dia tidak pernah add antara satu sama lain di FB. Tapi dalam setahun tu, pastinya akan ada sekali dua smsnya yang masuk tanda dia masih mengingatiku. Begitulah bagaimana kami saling mengetahui perkembangan masing-masing setiap tahun.
Setiap orang ada kisah hidupnya yang tersendiri. Ada yang lebih suka menyimpan dan memendamnya sendiri. Ada juga yang boleh meluahkannya kepada seseorang. Aku teringatkan tentang perkara itu bila teringatkan sahabatku yang seorang ini. Pada satu ketika agak kecoh juga orang membuat spekulasi mengenai sahabatku ini. Aku juga turut tertanya-tanya akan kebenaran cerita. Tapi seperti orang lain aku juga tidak pernah bertanya apa-apa kepada sahabatku itu. Makanya cerita yang diperkatakan terus diperkatakan. Ketika cerita itu masih menjadi tanda tanya, sahabatku ini datang kepadaku dan bercerita kisah sebenar.
Khabar angin yang didengar memang ada kebenarannya. Tapi dia mahu membiarkan perkara itu reda dengan sendiri tanpa dia mahu menerangkannya kepada semua orang. Entah kenapa dia boleh memilih aku untuk bercerita perihal dirinya yang sedang diperkatakan orang ketika itu. Aku sendiri juga terus menyimpannya tanpa dapat memberikan penjelasan kepada orang lain. Bila sesuatu perkara yang peribadi tentang orang lain diberitahu kepada kita, tentu saja perkara itu perlu dijaga sebaiknya. Tentu saja perkara itu menjadi rahsia. Memegang rahsia orang lain merupakan satu amanah. Bila bercakap tentang amanah, pastinya perkara itu akan terjadi atas dasar percaya.
Sebenarnya aku sangat kagum dengan orang yang boleh meluahkan masalah dengan orang lain. Ini kerana aku termasuk dalam kategori orang yang jenis memendam. Kalau perkara yang statusnya rahsia memang aku susah untuk luahkan dan kongsikan dengan orang lain. Kadangkala bukan sekadar hal yang berstatus rahsia, untuk meluahkan apa yang aku rasa pun aku tidak mampu dan tidak berani. Entah apa yang aku takutkan, aku sendiri tidak pasti. Walaupun aku nampak seperti tidak kisah untuk berkongsi cerita-ceritaku, tapi hakikatnya masih terlalu banyak yang aku simpan sendiri. Mungkin aku tak percaya dengan orang lain. Ataupun aku tidak mempercayai penilaianku sendiri yang orang lain boleh menjaga rahsia dan luahan hatiku sebaiknya.
Hmm.. adakalanya meluah adalah lebih baik dari memendam. Tapi sampai saat ini aku masih lebih suka memendam. Nampaknya bila sudah tidak boleh meluahkan, terpaksalah aku terus memendam. Bukan setakat memendam sebuah duka, malah adakalanya memendam sebuah gembira dan bahagia juga. Sebab takut untuk meluahkan, hal-hal yang gembira pun adakalanya aku boleh simpan sendiri he..he.. Tak kisahlah kan, yang penting kita bahagia dengan cara kita.
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.
13 comments:
yup..kita dgn cara kita sendiri kan kak :)
hhmmm.. suka luahkan tp sikit2 la.. kikiki..
sure akak nih org yg amanah sebab tuh la dia percaya kak akak..:)
susah nak jumpa org amanah nih
yg boleh kita luah, kita luahkan. yg rasa tak perlu , kita simpan.kadang tak elok juga semua kita luahkan tapi terpulang pada individu kan?
Ada ssestgh perkara ya perlu kita simpan...bagi akak, kdang2 perlu jugalah ssorng untuk berkongsi sesuatu cerita...
Ada org lebih suka meluah dr memendam sbb bila dah meluah mungkin akan kurang sikit bebanan dlm diri.
Akak pun jenis memendam jugak, tak reti nak cerita pada orang lain. Kalau akak cerita sikit2 di blog tu pun sebab akak tau takda sapa yg kenal muka akak & tak tau nama akak yg sebenarnya :)
kadang-kadang terasa kita ada banyak persamaan.. :)
Ada cerita yg diluahkan boleh terlerai namun ada juga yg akan menjadi lebih kusut...ada ketika memendam juga menjadi beban tapi setidak tidaknya bukanlah menjadi bertambah berat bila diluahkan...tepuk dada tanya selera kan sis...bagaimana kita sendiri selesa utk meluah atau memendamnya...
Tentu tinggi kepercayaan rakan tu kepada Hanis,dan ummi fikir dia tidak silap memilih, rahsianya masih tersimpan kemas.
bukan meluah pada semua org tapi cari seorang utk meluahkan supaya tidak menjadi 'kanser' dalam hati ;)
kdg2 meluah bukan utk mendapat penyelesaian tp sekadar berkongsi rasa
*senyum*
kueh
bagi mumme kan kak hanis,susah senang biarlah kutanggung sendiri... :)
YUP sgt bersetuju..:)
Post a Comment