Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. percutian kami sekeluarga ke Kuching sudah berakhir. Semalam dapat cover rehat dan tidur walaupun kat sana banyak juga tidur masa dalam van dan flight he..he.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar ketika di Kuching. Walaupun waktu nak balik KL flight delay tapi kami semua masih dalam mood happy. Semoga ada rezeki untuk kami pergi bercuti satu keluarga lagi macam ni. Memang havoc dan happening bila dah berkumpul ramai-ramai.
Best ke Kuching? Hmm.. pada aku okeylah. Nak kata best sangat pada aku biasa-biasa saja. Nak kata tak best, Kuching masih lagi tempat yang seronok untuk dilawati. Tak kisahlah walau apa pun pandangan aku, yang penting anak-anak seronok. Alhamdulillah, di sana kami berkesempatan berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak, Pasar Satok, Pasar Serikin, Taman Buaya, Kuching waterfront dan beberapa tempat lagi. Pemandu van cum pemandu pelancong kami sangat ramah dan baik. Banyak juga informasi yang kami dapat dari mereka. Terima kasih untuk Zul dan Man.
Shopping? Aku banyak beli kek lapis sarawak yang sedap dan ikan terubuk masin yang best tu he..he.. Itu pun untuk buah tangan. Yang lain-lain banyak beli barang-barang untuk anak-anak. Aku dengan en.asben cuma beli satu barang aje untuk diri sendiri. Anak-anak pulak memang lengkap. Dari beg, kasut, selipar, baju, mainan, souvenir semua dia orang beli. Az siap beli beg dan kasut sekolah dari Kuching lagi he..he..
Makan? Makanannya memang memenuhi citarasa kami sekeluarga. Harganya juga sangat berpatutan. Tapi adalah juga yang buatkan kami tercenggang. Sebab murah sangat dan ada yang agak mahal bagi kami. Standarlah tu kat mana-mana pun kan. Kiranya makanan Sarawak memang kami cuba untuk merasainya. Mee kolok, umai, ayam pasuh, mee kampua. Memang sedap-sedap semuanya. Durian sarawak pun kami try juga he..he.. Yang best tu, homestay yang kami sewa siap ada pokok rambutan. Buahnya merah-merah dan sangat manis. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga untuk menikmatinya.
Lagi apa ya. Hmm.. taman buayanya best. Mula-mula masuk tu rasa macam biasa aje dengan harga tiket RM16 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Iyalah tengok buaya semua kaku aje. Tapi selepas tengok show dia orang bagi buaya makan terus aku rasa tempat tu sangat owesome. Macam tengok rancangan dokumentari secara life pula. Satu pengalaman yang sangat menarik bila dapat tengok keganasan buaya-buaya tu mengejar dan berusaha untuk mendapatkan makanan. Walaupun seram tapi tetap fun. Bukan kata anak-anak tak berkelip. Aku pun sama jugak he..he..
12.12.12 tarikh yang cantik kan hari ini. InsyaAllah, semoga hari-hari kita akan sentiasa dipenuhi dengan keberkatan dan keindahan walaupun tarikhnya tidak secantik tarikh hari ini.
Bab 3? Ada yang dah bertanya sambungan Bab 3 Benar-benar Cinta di Ilham Karangkraf. InsyaAllah, kalau berkesempatan petang ni aku akan muat naik.
Salam hormat untuk semua. Take care.
16 comments:
Akak dah balik..mesti seronok kan, nengok gambar kat fb pun cam best je..entah bila rezeki saya nak ke sana pulak..
ada lagi nak tanya.. nanti
waahhhh teringin juga nak ke Kuching ni...seronok baca entry holiday ni.
Kakcik ingat Fea sekeluarga bercuti ke Indonesia...
Dah lama kakcik tak ke Kuching. :)
bila lah mumme nak sampai ke sarawak...MAHA hr tu sj mengunjungi rumah Sarawak...rs masakan sarawak,persembahan kebudayaan dan kek-kek lapis...
mesti seronok anak2 akak kan kak :)
Seronok ye kak :)
Klu pegi sana kek lapis dan terubok masinlah yg byk beli buat buah tgnkan...
iye kak....silalah upload cepat bahagian 3..tak sabar nak baca :)
Seronoknya bercuti beramai-ramai kan, meriah!
Rindu pula dengan Kuching bila dengar cerita Hanis ni,tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat bermastautin, hik!!
jejak > baca > follow:
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/
SARAWAK.... BILALAH TURN SAYA PLAK NAK SAMPAI SANA....
seronoknya bercuti..... munna takde kemana lagi cuti2 ni....
tak sabar nak tengok gambar kat sana?
yg penting gembira bersama family kan =)
Dah sampai Kuching nak cuba menang tiket percuma tak? TIKET PERCUMA Dari Kuching Ke Balikpapan.
http://www.facebook.com/MASwings?v=app_415371831874431
Post a Comment