Assalamualaikum..
Hari sabtu dan ahad baru ni penuh dengan aktiviti. Selama 2 hari badan tak terasa letih pun. Malah rasa bertenaga aje nak ke mana-mana. Juga nak buat macam-macam perkara. Tapi hari ni baru terasa pancit sikit. Faktor-faktor penuaan sudah agak jelas di situ he..he..
Malam sabtu dapat sms dari jiran sebelah rumah yang kini sudah berpindah. Sms itu memberitahu tentang keadaan suaminya yang sedang kritikal di ICU IJN. Rasa sedih dan simpati sangat bila mendengar berita itu. Pagi sabtu tu kami pergi melawat. Suami jiran aku tu diserang stroke selepas melakukan pembedahan pintasan jantung. Sampai sekarang aku teringat-ingat akan keadaannya. Sampai sekarang aku teringat akan kesedihan isterinya. Sampai sekarang aku masih terfikirkan anak-anaknya yang terpaksa tidur di bilik menunggu. Doaku semoga jiranku itu akan segera sembuh. Balik dari IJN memang terasa insaf. Terasa nak lebih jaga kesihatan dan pemakanan. Balik dari IJN terus ke PZS untuk settlekan urusan zakat pendapatan dan simpanan bagi tahun ini.
Alhamdulillah.. rasa lega bila dan selesai menunaikannya. Semoga zakat kami diterima dan rezeki kami akan terus diberkati olehNYA. Bergenang airmata ketika mengaminkan doa pegawai di PZS tu. Minggu ni memang banyak juga aku terbaca tentang status FB kawan-kawan yang meluahkan rasa kelegaan selepas dapat menunaikan zakat pendapatan dan simpanan mereka. Alhamdulillah.. rasa seronok membacanya. Dalam membaca komen-komen tersebut ada juga aku terbaca komen yang meluahkan rasa tidak senang dengan orang yang sibuk-sibuk bercerita tentang pembayaran zakat pendapatan mereka dihujung-hujung tahun ni. Mungkin baginya bila sudah menunaikan zakat tu diam-diam sudahlah. Macamkan orang lain tidak membayarnya. Pandangan setiap orang tak sama kan. Tapi komen sebegitu membuatkan aku rasa terfikir-fikir pula bila mahu bercerita tentang perkara tersebut. Mana tahu orang mungkin tak suka dengan cara kita. Tapi setiap perkara yang kita lakukan bergantung pada niat kita kan. Jadinya walaupun tidak kongsikan di FB aku tetap mahu kongsikan di blog ini kerana pada aku perkara itu tiada salahnya. Kalau banyak perkara lain boleh dikongsi di FB dan blog, kenapa pula perkara tentang zakat tidak boleh dikongsi? Confuse tak? Aku rasa aku akan teruskan apa yang aku rasa boleh aku kongsikan. Pada aku tak salah nak bercerita perihal kebaikan sebegini. Mungkin ada yang terlupa tentangnya. Maka dari situ ia akan menjadi seperti satu peringatan. Mungkin ada yang tak pernah tahu tentang perkara tersebut. Maka dari situ mereka dapat mengetahuinya. Kalau ada yang rasa sebaliknya, minta maaf ya.
Settle dengan urusan zakat pergi merai kenduri kahwin teman lama pula di Kajang. Walaupun pada mulanya terfikir-fikir nak pergi ke tidak. Tapi bila fikirkan orang dah menjemput maka dengan berbesar hati aku ajak en.asben untuk menghadirinya. Alhamdulillah.. seronok bila dapat jumpa dengan ramai teman-teman lama di sana. Lebih seronok bila pengantin merai kedatangan kita. Tak sangka akak sudi datang ke majlis saya. Jom ambil gambar dengan kami kak. Buat pengantin, terima kasih kerana kesudian menjemput. Masih tak lupa nak jemput walaupun dah lama dah aku tinggalkan tempat lama tu. Rasa cukup terharu okey he..he..
Semalam bawa anak-anak dan anak saudara pergi mandi kolam di Country Height Club House. Seronok dan teruja bila lalu kat kawasan perumahan orang-orang kaya tu. Bagus untuk memberi kesedaran diri juga. Kalau kita ingat kita dah kaya, masih terlalu ramai yang lebih kaya. Jadi tak perlu rasa riak dan sombong tak bertempat. Waktu anak-anak berenang aku dengan adik aku sewa basikal. Kayuh keliling tempat parking he..he.. Dah lama tak mengayuh basikal rasa seronok juga. InsyaAllah, sabtu ni 2 orang sepupu akan mengikat tali pertunagan. Seorang lepas zohor. Seorang lepas maghrib. Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar. Untuk sepupuku Tira dan Wawa yang comel lote tu, selamat menjadi tunangan orang. Subhanallah, tadi rasa letih. Sebaik habis menaip entry ni terus rasa segar pula. Alhamdulillah..
Bab 5 - Benar-benar Cinta sudah di update. Sudi-sudikan dan terima kasih.
Salam hormat untuk semua. Take care.
8 comments:
akak..
sy kan kl degar org masuk hospital ni mcm trauma laaa...huhuhu
akak sekrg ni mmg tgh trauma gila. bebaru ni, kenalan satu tempat keja, dlm perjalanan dari alor setar ke tempat keja, van yg dinaiki dah melanggar bontot bas. kesian sgt, ramai yg patah tgn n kaki. ada yg masih kat icu. sedih sesgt. minggu ni memang insaf le sekejap, nak bwk keta laju pun tak berani
Itulah Hanis bila ada kawan kita diuji sedemikian rupa muhasabah diri betapa bersyukurnya kita.. Samalah juga dgn berzakat yg dituntut, moga dapat mengingatkan pada yg lupa/terlalai.
terpulang pada niat masing2 kan kak..
mungkin sekadar update kita di fb boleh mengingatkan beribu org yg terbace status tu tuk lunaskan zakat mereka.. :)
seronok yer kak :)
Moga keadaan suami jiran hanis tu semakin baik, moga mereka terus tabah.
Alhamdulillah, saling ingat-mengingati, zakat menyuburkan harta dan dapat pula membantu yang susah.
Kita mmg tak sangka bila kita akan sakit...bila kita akan mati kan..macam suami jiran lama akak tu, dah takdirnya kena stroke lepas surgery...Moga diberikan kesembuhan buatnya..Insya Allah..
Tentang share perkara di laman FB/blog/etc ni, bagi saya, benda yg baik..elok la kita kongsi..sebarkan...dgn niat supaya jadi contoh tauladan...Mulut manusia ni kak, pasti ada sahaja yg tak puas hati...Yg penting, kita tahu niat kita kan...:)
x salah nak kongsi benda yg baik kan....yg penting nawaitu kie =)
Post a Comment