Thursday, December 6, 2012

Benar-benar cinta di Ilham Karangkraf..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Aku tak berapa sihat. Sakit mata dah 3 hari. Hari ini dan semalam doktor suruh berehat di rumah sebab takut berjangkit pada orang lain. Hujung minggu ni dahlah nak pergi bercuti. Harap-harap mata yang bengkak dan kecil sebelah ni akan kembali seperti biasa secepat mungkin, insyaAllah.  Benar-benar Cinta.. Itulah tajuk manuskrip keduaku. Alhamdulillah, aku dah selamat menghantarkan manuskrip ke-2 tu kepada Editor Buku Prima hujung oktober yang lepas. Tak pastilah sama ada akan diterima dan diterbitkan atau pun tidak. Harap-harap ada rezeki untuk diterbitkan. Tolong doa-doakan sama ya. Terima Kasih. 

Beberapa hari selepas poskan manuskrip tu aku ada menghubungi editor Buku Prima untuk bertanyakan sama ada manuskrip tu sudah diterima atau belum. Alhamdulillah manuskrip tu sudah diterima. Editor juga ada memberitahu tentang laman web baru penulisan iaitu Ilham Karangkraf. Di laman web tersebut kita boleh kongsikan penulisan-penulisan novel atau cerpen dari pelbagai genre. Kalau kawan-kawan juga berminat untuk kongsikan penulisan kawan-kawan  untuk bacaan pembaca boleh kongsikan di sana. Hanya perlu daftar dan muat naik. Untuk membaca penulisan-penulisan yang menarik juga boleh ke sana. 

Semalam aku berkesempatan untuk muat naik bab 1 manuskripku.  Kalau ada kawan-kawan yang berminat untuk membacanya bolehlah klik link Benar-benar Cinta - Ilham Karangkraf. Boleh tinggalkan komen juga untuk aku memantapkan lagi mutu penulisanku.  InsyaAllah kalau ada kesempatan nanti aku akan upload bab-bab seterusnya. Menurut editor, dari situ juga mereka akan tahu demand untuk manuskrip tu. Manalah tahu dari situ ada rezeki untuk manuskrip keduaku diterbitkan. Harap-harap segala usaha akan membuahkan hasil, insyaAllah. 

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

15 comments:

Lulu Caldina said...

:) good luck kak fea.. cepat sembuh!

NM03 said...

gud luck kak!

Hanis Azla said...

Lulu Caldina : Thank you lulu :))

NM03 : Terima kasih ya..

Anonymous said...

muat naik aka upload bkn muat turun.

Hanis Azla said...

anonymous : terima kasih atas teguran.. betul tu.. kesilapan saya dan akan diperbetulkan.. thanks again..


ummiross said...

Tahniah Hanis, ummi ada baca semalam,bab 1 pun dah sangat menarik, wish you all the best dear!!!!

Izwa Kamaruddin said...

terjah baca!

MulutPayau said...

gud luck dik...akak akan terjah ke sana nanti...

-Sara- said...

gud luck kak hanis! :)

Hanis Azla said...

Ummiross : Alhamdulillah.. terima kasih ummi atas sokongan.. hargainya sgt2..

mrs eady : jemput.. jemput.. jemput.. he..he.. thanks izwa..

mulut payau : Terima kasih kak.. selamat menerjah.. he..he..

diana : Alhamdulillah.. atas izin Allah juga.. terima kasih ya diana..:))

-sara- : Terima kasih sara..

nurulfarehah said...

serius bminat jugak. tp cmne ye ciri2 manuskrip tu & boleh dpt peluang utk publish kan die? :)

Hanis Azla said...

Salam Nurulfarehah.. kalau berminat untuk kongsikan penulisan awak, boleh tulis ciri cerita dan genre mengikut syarat-syarat yang tersebut di laman web Ilham tu. Kalau memang dah ada keseluruhan cerita lagi mudah. Boleh masukkan bab demi bab yang sudah kita ada. Kalau masih belum ada cerita lagi boleh cuba untuk mulakan dengan cerpan dulu. Dari situ kita boleh dapatkan komen dari pembaca. Cara untuk kita publish karya di Ilham Karangkraf tu sangat mudah. Hanya daftar dan kemudian boleh muat naik atau update karya kita di sana. (Semuanya ada diterangkan secara jelas di laman web ilham itu) Akak harap penerangan serba ringkas ini dapat membantu.. Selamat menulis ya.

Nur-nba said...

Tahniah kak.. Semoga akak lebih berjaya lagi selepas ni..

Anonymous said...

Kawan saya email salinan artikel nie pada saya.
.. katanya idea2 dalam blog awak memang menarik.
.. saya dah bookmark .. terima kasih dan kalau
boleh nak mintak izin share kat fb...

My webpage ... Promosi Zalora

Hanis Azla said...

As-salam..

Jika ada perkongsian di sini yang boleh memberi manfaat untuk orang lain silalah share.. saya takde masalah.. TQ yer..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...