Assalamualaikum..
Sejak dua menjak ini, setiap kali melihat statistik blogku, hati ini mula mempunyai perasaan seronak dan sedikit berpuas hati. Bukan pertambahan pengunjung yang menjadi penyebab utamanya. (Walaupun penyebab itu termasuk juga sedikit dalam faktor tersebut. Tipulah kalau cakap tidak kan? he..he..) Tapi faktor utama rasa seronok dan kepuasan hati itu ialah bila melihat kunjungan dari carian pengunjung yang membawa mereka ke blogku. Bila musim haji berakhir, tentulah tiba semula masa untuk menunaikan ibadah umrah. Jadinya entry-entry pengalaman umrah yang pernah aku kongsikan beberapa bulan lepas membawa pengunjung ke blogku.
Memang menjadi niat dan harapanku agar setiap perkongsian dan catatan pengalaman juga catitat rujukan ilmu yang aku perolehi dari orang lain dapat memberikan manfaat untuk pengunjung yang datang. Walaupun tak banyak, harapnya adalah sikit-sikit yang boleh diambil. Bila aku juga mendapat banyak manfaat dari entry-entry umrah orang lain sebelum ini, makanya aku jadi teringin mahu memberikan perkara yang sama kepada orang lain pula. Tapi dalam rasa seronok ingin membantu, adakalanya terasa takut juga jika perkongsianku itu tiada nilai yang baik untuk dijadikan rujukan.
Jadinya, buat pengunjung yang tidak menemui perkara yang baik dari entry-entryku ataupun perkongsianku tidak dapat menjadi sumber rujukan yang baik lagi berguna, aku ingin terlebih dahulu memohon maaf. Tapi jika ada yang memperolehi manfaat dari entry-entryku, aku ingin melahirkan rasa syukurku, Alhamdulillah. Setiap yang baik itu pastinya dari ALLAH dan setiap kekurangan itu tentulah dari diriku sendiri. Kehadiran pengunjung dan rakan-rakan baru sangat aku hargai. Terima kasih ya.
Salam hormat untuk semua. Take care.
13 comments:
Insya-Allah...
niat kita berkongsi pengalaman mungkin boleh memudahkan org lain kan kak... :)
Bila boleh dimanfaatkan tidak salah berkongsi sama Hanis.
alhamdulillah.. setakat nih entry akak memberangsangkan :)
Berkongsi ilmu, maklumat dan pengalaman. Mengumpul saham akhirat tanpa kita sedar.
sharing is caring kak...
ilmu yg kita kongsi..
Memang seronok baca kisah umrah akak..:)
Alhamdulillah,itu yang sebaiknya, berkongsi pengalaman dan pengetahuan, moga menjadi panduan dan ilmu yang bermanafaat dan pahalanya berterusan.
tak salah kalau ilmu kite nak share...lagi banyak nanti kite dapat apa yg kite beri. :)
Assalamualaikum Hanis
mengingatkan kembali memori...
Benda yg baik sis..biarpun hati kita mengatakan cuma sedikit perkongsian yg dapat kita catitkan.. bagi mereka yg mencari info2 itu besar ertinya..
Perkara yg baik & boleh dikongsi bersama untuk jadi panduan, sangatlah dihargai :)
As salam Kak Fea,
Tahniah! Insya'ALLAH pasti ada bahagian akak nnt... Marya suka baca pengalaman akak & org lain ke tanah suci... Bilalah agaknye dpt peluang begitu... Moga ALLAh sudi menerima kami sebagai tetamuNya satu hari nnt! Tetiba berbunga-bunga pulak hati baca entry akak ni :))
Kak buku baru nnt saya balik nak beli! Maybe next year kot... insha'ALLAH :))
alhamdulillah~
Post a Comment