Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Hari ni mataku yang sakit dah kembali pulih. Walaupun masih ada sedikit bengkak tapi dah banyak benar surutnya. Jadi boleh pergi ke pejabat macam biasa. Syukur.
Hari ni aku ke pejabat pakai baju peplum. Tak ingat bila aku beli baju tu. Tapi macam dah lama dah aku beli. Siap pernah pakai untuk gathering blogger lagi. Pergi ke pejabat pun dah beberapa kali juga aku pakai. Tapi sebab sekarang ni baju peplum tengah popular, jadinya ramailah yang bertanya tentang baju peplumku hari ini. Beli kat mana? Berapa harga? He..he.. Aku beli baju tu kat Voir Alamanda. Waktu pandang baju tu terus berkenan padahal cuma keluar untuk lunch dengan kawan-kawan aje. Sebab dah berkenan terus rasa nak try. Bila dah try terus rasa nak beli he..he.. Alhamdulillah masa tu ada diskaun. So lagilah rasa nak beli. RM 69.90 kut after less. Beberapa bulan selepas tu baru peplum ni popular. So tak adalah aku sibuk nak membeli baju peplum lagi sebab dah ada dah yang sehelai ni he..he..
Semalam Ummi - Salam Borneo ada bertanya nak bercuti ke mana sebab ummi nak ikut he.he.. Jomlah Ummi sebab kami nak pergi bercuti ke tempat ummi tinggal dulu. InsyaAllah, esok kami sekeluarga akan pergi bercuti ke Kuching. Cadangan asal nak ke Phuket dan Krabi. Tapi bila bincang-bincang balik tukar plan nak ke Kuching pulak. Sebab dalam negara pun tak habis sampai lagi. So kita cuti-cuti Malaysia aje. InsyaAllah, lain tahun kalau ada rezeki kita ke negara orang pulak. First time aku nak pergi Kuching. So ada excited juga di situ. InsyaAllah kami akan pergi dengan semua ahli keluarga en.asben. Emak aku pun ikut sama. So total kami pergi 16 orang. Alhamdulillah dapat pergi bercuti ramai-ramai. Harap-harap segalanya akan berjalan dengan lancar. Semoga percutian dan setiap perjalanan kami akan dilindungi oleh Allah.
Salam hormat untuk semua. Take care.
14 comments:
memula baca tajuk entri ni, terasa kakak dah pandai bermain SEO dgn baju peplum tu. kan skrg tgh pemes.. hehe..
Selamat bercuti kak fea..
lain tahun ke sabah lak :p
selamat bercuti kak :)
Seronoknya kak bercuti ke Kuching..Semoga selamat pergi dan balik!
Kalau pergi bercuti ramai-ramai macam ini terasa seronoknya Hanis sebab keluarga sendiri. Bila makan ramai-ramai dah macam kenduri pastinya..
Percutian keluarga bila bila, di mana-mana pun tetap best! Selamat bercuti Hanis, moga pergi dan kembali dengan selamat.
Wah bestnya...saya pun bercadang nak ke sana juga lepas ni. InsyaAllah =)
akak pakai peplum memang sesuai. tambah jelita... :D
mmg tgh femes baju tu skang kan kak
kalu saya pakai, sangat la tak sesuai
hahaha
seronok bila bercuti disertai ramai family...mcm2 aktiviti bole buat ni...
selamat bercuti :)
anak bini wak pon nk balik kampong sarawak kat Sarikei jugakkk.. ehhHEe salam jumat dr wak yee
akak..mana gambar>nak tgk la jugak
akak sesuai pakai peplum..saya x sesuai kot
baju peplum tu apa? akak missed the train kot?hahaha..kena google nih! selamat bercuti ya!
Ummi ketinggalan keretapi ni Hanis, dah 2 minggu ummi tak berblog, jenguk fb kejap2 je,tetamu silih berganti pulak cuti sekolah ni. Rupanya Hanis ke Kuching ye,bestnya, kalau macam tu lagilah nak ikut!,rindu makanan dan kawan2 disana.
Post a Comment