Assalamualaikum..
Petang semalam aku sms bertanyakan keadaan suami jiran lamaku selepas pergi melawat suaminya di IJN sabtu lepas. Waktu itu jiranku kata, suaminya masih tidak sedar tapi sudah ada refleks bila dicuit atau dipegang. Terasa lega aku mendengarnya. Tapi tengah malam tadi dapat sms dari jiranku itu yang memberitahu suaminya sudah kembali ke rahmatullah. Inalillah.. sudah sampai janjinya untuk kembali kepada Allah pada hari jumaat yang mulia ini.
Takziah buat jiranku itu. Semoga dia dan 4 orang anak perempuannya akan dapat meneruskan kehidupan mereka dengan sebaiknya. Menghadapi sebuah kehilangan bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi bersama waktu yang berlalu insyaALLAH semuanya dapat dilalui dengan baik. Al-Fatihah buat suami jiranku. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Salam hormat untuk semua. Take care.
14 comments:
innalillah...moga Allah beri hati yg tabah dan kental buat kawan kak hanis
alfatihah, takziah, beratnya kehilangan kan
takziah buat jiran..
teringat arwah ayah yg kembali sihat awal pagi b4 dia mninggal..mgkin nk kita gembira seketika dan dia pergi juga petang tu pukul 3...
alfatihah buat semua yg tiada..
alfatihah
semoga keluarganya tabah atas kehilangan
al-fatihah..
Innalillah...
moga mereka tabah tuk harungi hari mendatang...
dan moga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman...
Al-fatihah untuk arwah....dan takziah untuk ahli keluarga...
Al Fatihah
Al-Fatihah. Kawan zaman sekolah menengah akak dulu pun baru saja kehilangan suaminya dalam usia 41 tahun, mengejut saja pemergiannya. 4 orang anak lelakinya pun masih kecil..Semoga mereka semua tabah menghadapi kehilangan ini.
Innalillah..Takziah kepada keluarganya. Moga rohnya dicucuri rahmat.
al-fatihah..semoga mereka sekeluaarga kuat hadapi dugaan ni
Takziah buat jiran Hanis, moga mereka terus tabah.
Moga roh arwah suaminya ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman, Al fatihah..
alfatihah
AlFatihah buat arwah...
Post a Comment