Assalamualaikum..
Malam isnin baru ni sebelum cuti krismas, ada kejadian yang tidak menyenangkan berlaku di kawasan perumahan kami. Lebih kurang pukul 9 malam jiran belakang menelefon meminta kami mengintai rumah jiran yang betul-betul berada di belakang rumah kami. Katanya ada bunyi bising di dalamnya sedangkan tuan rumah tiada di rumah pada ketika itu. (Sebab kereta tuan rumah tiada di depan rumah). Ketika kami mengintai ke rumah tersebut memang lampu di dalam rumah terang berpasang. Kipas di bilik bawah juga laju berpusing. Kiranya memang sah ada orang di dalamnya yang pastinya bukan tuan rumah. Kalau tidak diberitahu tentu saja kami menyangkakan yang memang tuan rumah dan keluarganya yang berada di dalam rumah.
Waktu itu pihak polis sudah dipanggil. Sementara menunggu polis datang, jiran-jiran sudah berjaga-jaga di hadapan rumah. Sebahagian lagi termasuk en.asben menunggu di bahagian belakang rumah. Tiada siapa yang berani masuk menerjah. Makanya terpaksalah menunggu pihak polis datang. Juga menunggu tuan rumah balik. Bila pihak polis sampaisi pencuri itu sudah hilang dari dalam rumah. Mungkin sudah lari melalui loteng rumah. Entah di mana dia menyorok pun kami tak tahu dan tak dapat dipastikan. Nampaknya pencuri tu lebih tahu selok belok kawasan rumah kami dari kami-kami semua.
Oleh kerana si pencuri itu terus tidak ditemui, terpaksalah jiran-jiran termasuk en.asben menunggu dan berjaga sehingga ke pagi. Pukul 5 pagi barulah en.asben masuk ke dalam rumah. Dalam pada pencuri tidak dapat ditemui, jiran belakangku itu sudah kehilangan tv dan set golfnya. Mungkin pencuri itu sudah masuk sebelumnya dan membawa keluar barangan tersebut dan masuk sekali lagi untuk mencuri barangan lain. Keberanian mereka cukup menakutkan. Ingatkan pencuri buat kerja di tengah malam dan buat kerja dalam keadaan gelap. Tapi rupa-rupanya janji rumah kosong, waktu bila pun mereka berani masuk. Tak payah bergelap, dalam keadaan rumah terang benderang pun dia orang berani buat kerja.
Sangat penting untuk menyimpan nombor telefon jiran-jiran yang terdekat. Makanya, jika berlaku hal-hal yang begini, kita boleh saling menghubungi dan berkongsi informasi. Alhamdulillah ada jiran-jiran yang peka dan ada sikap bersatu hati. Ianya menjadi penguat untuk menghilangkan rasa takut pada si pencuri yang tak akan selamat hidupnya nanti. Kesenangan dari harta mencuri pastinya tak berkat. Kalau terlepas di dunia pastinya dia tidak akan selamat di akhirat nanti. Semoga kita semua dan harta benda kita sentiasa dilindungi dari pencuri durjana seperti itu.
Salam hormat untuk semua. Take care.
15 comments:
Ya Allah..menakutkan kak!
gerunnyer.. aduhai
MasayaAllah..tak sangka kan, begitu pulak taktiknya, kalau jiran tak prihatin , pasti ingat tuan rumah yang ada didalam.
Hati-hati ye Hanis.
Pencuri semakin berani, kita pula yang jadi takut... :(
Macam mana dia boleh lepas sedangakan semua org dah jaga-jaga depan-belakang rumah tu Hanis. Betul-betul licik pencuri tu...
Jadinya..pencuri tu mmg boleh hilang macam tu aja ke kak? Tak nampak dia keluar ikut mana?
makin banyak kes masuk umah ni kan kak..
kdg2 xyah tggu musim aye pon diorang dah siap2 intai mane yg ade org mane yg x..
Nih yg buat berdebar2 nak duduk landed property coz rumah skrg hanya ada satu pintu dan jiran2 semua dah kenal sangat termasuk dgn saudara2 yg selalu datang rumah.
liciknya mereka..selamber je buat kerja macan tu..lepas plk dlm org duk mengepung tu..
ya Allah, menakutkan..
berani betul pencuri skg nie...
nasib baik akak dan jiran2 ada nombor telefon untuk berhubung. baguslah kejiranan akak...
Takutnya..syukurlah jiran2 prihatin & ada nombor telefon masing2.
Inilah pentingnya hidup berjiran kan, mudah mudahan pencuri tu dapat ditangkap segera..
mmg berani kan depa...js mmg fobia bab ni...sbb pernah terjadi...huhu...
salam ziarah sini..
Post a Comment