Assalamualaikum..
Subhanallah.. tiada apa yang akan berlaku tanpa keizinan dari Allah. Allahuakbar.. besar sungguh kuasa Allah itu.. Alhamdulillah... terima kasih Allah atas segala limpah kurnia yang telah diberikan.
Boleh dikatakan, hampir setiap petang bila memandu pulang dari pejabat aku mendengar siaran radio IKIM FM. Segmen petangnya sangat menarik dan banyak memberi ilmu yang sangat bermanfaat buatku yang masih sangat cetek ilmu agama dan ilmu dunia. Setiap hari akan ada segmen khas yang mengetengahkan topik yang pelbagai. Tapi ustaz jemputan selalunya adalah ustaz yang sama mengikut hari-hari tertentu. Cara penyampaian dan penerangan setiap ustaz memang menarik. Begitu juga dengan kupasan yang dibawa.
Dalam banyak-banyak ustaz, aku sangat tertarik dengan cara ustaz yang seorang ni. Penerangannya sangat jelas. Kaitan yang diketengahkan selalunya kaitan yang simple dan cukup mudah untuk membuatkan aku faham. Cara penyampaiannya sangat tenang dan penuh santun. Tidak berlebih-lebihan dan sangat bersederhana walaupun dari sumber rujukan yang dibawa membayangkan yang beliau seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Dari cara dan gaya beliau menyampaikan ilmu memang jelas yang beliau itu sangat berilmu orangnya.
Nak kata taksub tu tidaklah. Tapi aku begitu teringin untuk tahu siapakah gerangan ustaz itu. Rasa itu semakin terasa pada minggu lepas. Bukan apa, aku mahu melihat bagaimana orangnya kerana aku rasa begitu kagum dengan ilmu yang dimiliki dan santun cara penyampaiannya. Macam bila mendengar ceramah di surau. Kadang-kala terjengah juga kepala ini untuk melihat siapa orangnya yang menyampaikan ceramah dan memberi ilmu. Ianya sekadar rasa yang begitu. Terniat juga mahu google gambarnya. Tapi tak berkesempatan dan kebanyakan masa aku sendiri terlupa tentangnya.
Ditakdirkan, ketika di Kuching sabtu lepas ada rancangan yang dikendalikan oleh ustaz tersebut di tv. Mendengar suaranya aku terus bercakap sendiri. Eh.. ini macam suara ustaz di radio IKIM tu. Melihat pada tulisan namanya memang betul, beliau adalah ustaz itu. Alhamdulillah, dapat juga aku melihat ustaz itu. Abang ipar en.asben yang juga ustaz ada juga memberi komen tentang ustaz tersebut. Katanya ustaz tersebut memang tinggi ilmunya. Sumber rujukannya luas. Kalau menyampaikan ilmu, hujahnya selalu penuh dengan hadith dan dalil-dalil. Komen abang ipar en.asben itu memang seperti apa yang aku rasa tentang ustaz yang penuh ilmu itu.
Ditakdirkan, petang semalam ada program JAKIM yang menggunakan kemudahan di tempat kerjaku. Makanya ramailah ustaz-ustaz dan pegawai dari JAKIM yang datang. Petang itu ketika aku memasukkan data di komputer aku mendengar orang memberi salam. Bila mengangkat muka, Subhanallah, ustaz itu yang memberi salam rupanya. Punyalah minggu lepas aku terasa macam nak google gambarnya. Baru beberapa hari lepas dapat tengok rupanya di kaca tv. Semalam pula dapat tengok ustaz tu secara live di depan mata. Siap berbalas ucapan salam dan senyuman. Bercerita pada en.asben malam tadi, en.asben kata memang ustaz tu terkenal. U tak kenal ke? Hmm.. aku memang tak kenal. Tapi sekarang dah kenal he..he..
Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan untuk muat naik Bab 3 dan Bab 4 Benar-benar Cinta di web Ilham Karangkraf. Jika berminat untuk mengikuti sambungan kisah bolehlah klik link dibawah. Sudi-sudikan dan terima kasih.
Salam hormat untuk semua. Take care.
12 comments:
terjah sambungan novel ... :)
Waa ustaz yang mana satu ni Hanis, ummi pun suka dengar radio IKIM, sambil2 masak kat dapur pun buka radio, sambil berperang dengan periuk belanga, sambil dengar ceramah, bestkan sebab sekarang ramai ustaz yang best2 jugak..
Alamak.fea...akak mmg tak sempat nk baca novel fea ni...masa utk ber BW ni terhad sgt...so tunggu novel kluar lah akak sambar...nnt ada jual online tak? Hehee nk oder laa :-)
Woww...nmpkkan Allah itu Maha Mendengar kan kak :)
wak pon X kenal ustaz tuuu.. Uuhhuu
seronok bila dapat jumpa secara live kan kak
sape nama ustaz tu kak?
encik husband jeles tak hihikk..tak tak kita gurau jer..:D
mumme paling suka rancangan tghr sabtu,selepas slot dr muhaya,ustaz amin kalau x silap...soaljawab rumahtangga.
As salam Kak Fea,
Siapakah gerangan ustaz itu? Ustaz Pahrol kah? suka-suka je terjah saya ni...
Ok! Saya nak baca cerita baru akak! Maaf kak Fea, seminggu 2 ni tak berapa sihat... huhuhu
Kenapa IKIM online tak leh buka dah kat sini...sumber ilmu sy ilang satu...hikhikhik
ustaz haslin baharin ke, yg ske ngaji ikut loghat pakistan..best :)
Mesti teruja bila ustaz tu ada depan mata kan Hanis. Kakak selalu dengar melalui radio aje sebab kakak memang pendengar setia radio IKIM. Tak tukar channel lain pun..
Post a Comment