Nuffnang

Monday, December 24, 2012

Penat.. padat.. puas..

Assalamualaikum..

PENAT..
Alhamdulillah.. hari pertunangan untuk 2 orang sepupuku telah berlangsung dengan jayanya juga dengan penuh meriah sabtu lepas. Tahniah untuk Tira & Helmi juga untuk Wawa & Aliff. Semoga segala perancangan kalian seterusnya untuk menjadi suami isteri akan mendapat keberkatan ALLAH. Seronok bila dapat terlibat sama untuk meraikan pertunangan sepupu sendiri. Berseri-seri wajah kedua-dua orang sepupuku. Seronok tengok. Tapi dalam seronok tu, penat memang cukup terasa. Lebih-lebih lagi bila majlis pertunangan kedua mereka itu berlangsung pada hari yang sama. (Tira sepupu en.asben dan Wawa sepupuku). Pagi-pagi kami ke Setapak untuk meraikan Tira yang bertunang selepas zohor. Selepas selesai majlis Tira, kami bergegas balik ke Bangi semula untuk meraikan pertunangan Wawa yang bertunang selepas maghrib. Semalam memang rasa nak landing merehatkan badan aje he..he.. Lepas sarapan lauk kenduri lebihan semalam maka bergolek-goleklah kami ramai-ramai kat rumah makcik aku sambil berborak sakan dengan adik beradik, makcik-makcik dan sepupu. Bab yang itu memang best he..he..

PADAT...
Dalam penat-penat tu terpaksa juga penuhi permintaan anak-anak untuk ke Big Bad Wolf di Mines sebab semalam adalah hari terakhirnya. Kalau bab anak dan buku, en.asben memang tak boleh nak kata tidak. So haruslah aku pun terlibat sama. Rasa nak seret badan aje pergi ke tempat yang padat dengan orang tu. Kami pergi selepas asar. Jalan masih agak sesak untuk menuju ke Mines tu. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Kesesakan tak kacau langsung mood kami. Lebih-lebih lagi bila mudah benar untuk kami dapat parking. Masuk aje dalam dewan memang terus hilang penat bila tengok buku-buku tu semua. Tengok harganya lagilah menggoda rasa nak memiliki buku-buku tu. Sangat murah okey. Rasa macam nak beli semua tajuk buku dan buka perpustakaan di rumah he..he.. Rasanya tahun ini punya Big Bad Wolf lebih bagus kerana buku-buku yang ada nampak lebih menarik. Ralit juga kami memilih dan membelek. Sambil tu tetap ralit juga memegang dan memerhatikan anak-anak sebab bila dah ramai-ramai tu memang takut bila anak-anak hilang dari pandangan mata. Pilih punya pilih  penuh padat juga sekotak. Tapi walaupun penuh sekotak kami hanya perlu membayar sebanyak RM150++ aje. Memang sangat berbaloi memborong buku di Big Bad Wolf ni.

PUAS...
Alhamdulillah.. walaupun penat, tapi hati ini rasa cukup puas. Puas bila melihat kebahagiaan Tira dan Wawa yang sudah pun menjadi tunangan orang sekarang ini. Walaupun terpaksa menempuhi kesesakan lalulintas dan orang yang padat tapi hati ini rasa puas. Puas bila dapat tambah koleksi buku di rumah. Semoga buku-buku itu akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami sekeluarga, insyaAllah. Dalam keseronokan dua perkara itu sebenarnya ada satu lagi perkara yang membuatkan hati rasa lebih puas. Alhamdulillah, tahun ini tertunai juga impian kami sekeluarga untuk membuatkan haji untuk arwah ayah. Semoga ianya diterima oleh ALLAH. Semalam aku pergi ambil sijil haji untuk arwah ayah tu. Turut diberikan sedikit cenderahati buat keluarga. Rasa sebak bila melihat nama di atas sijil itu. Haji Salim Bin Abdul Karim. Semoga arwah ayah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Salam hormat untuk semua. Take care.

14 comments:

Rai Ourkizuna said...

bestnya pegi big bad wolf..saya dengan suami mmg ada masalah dengan kepadatan umat..kalau boleh sangat mengelak tempat yg ramai orang.. walau pun jualan murah.. T_T

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaiii ruginya kat kedah takde jualan buku camtu. kalo ada kan best

abah khalisha said...

Sibuk btl hujung tahun ni..satu je yg kempis..dompet.hehehe..sebab duit byk keluar

Kakzakie said...

Perjalanan yg memuaskan hati Hanis. Arwah mak kakak pun meninggal sebelum menunaikan haji tapi setahun sebaik dia pergi bapak pergi dan masa itu juga bapak buatkah haji utknya.

Huda said...

Seronoknya pergi BBW..Kalaulah dekat johor ni confirm dah banyak saya borong..Memang seronok bila dapat berkumpul dengan sedara mara kan..

ummiross said...

Alhamdulillah, tahniah untuk kedua2 cousin Hanis. Seronoknya dapat bergolek2 ramai dengan sepupu2 dan saudar mara terdekat macam tu macam tu,mesti best sangat2 dapat sembang2 kan.

Alhamdulillah, dapat buat haji untuk arwah ayah Hanis, insyaAllah tenang rohnya disana, Al Fatihah.

Izan Ishak said...

tahniah utk kedua2 sepupu yg bertunang tu kak... moga ikatan mereka dan pasangan terus mendapat rahmat dari Allah...

kalaulah BBW ada kat sini...bestnya lah kak fea. dah tu mesti tergoda dgn harganya yg murah2 tu.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

hanis:saya pun semalam pergi ambil sijil haji ibu mertua saya di masjid bukit aman.

Kunang-Kunang said...

Seronokkan tengok orang yang dekat dengan kita bahagia.

diana said...

alahai..saya ni lemah sikit kalau ke tempat yang bersesak2 dengan orang..tambah2 sekarang dah tambah "beg tangan" lagi la malas nak pi..hehehe

atuk said...

Assalamualaikum Hanis

selamat bertunang untuk 2 orang sepupu tu....

azieazah said...

Bila kita sudah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun penat tetapi kepuasan itu yang lebih penting.

Anonymous said...

Mother Goose body too wound up in the earth for a comfortable dirt nap. [url=http://www.ukdresshop.co.uk]Formal Dresses uk[/url]
[url=http://www.canadagoosehommes.com]canada goose vest[/url] But what really makes it laughable is that Vita is wearing a skirt! style="margin: 0.0px 0.0px 0.0px 0.0px; font: 12.0px Lucida Grande;">.
School uniform: This consists of a V-neck sweater, a white collared shirt with the Gryffindor tie, a pleated skirt, stockings or tights, Mary Jane shoes, a black cloak, and a wizard robe. [url=http://www.londongenuinepandora.com]pandora charms[/url] After I remove the boots, the pain disappears, but the funny feeling doesn't. Both sneakers and trainers are sports shoes. Ignatius Piazza started Front Sight Guns Coaching Start in response to a lifestyle problem of his own, any drive-by shooting within '88.
On the added duke in simpler environments men and women abrasion hats . [url=http://www.soldesgoosefr.com]Canada Goose Kensington Parka[/url] which in this case is school..
Keep in mind that the US has more Spanish speakers than there are in Spain! If you can't understand what your patients are trying to tell you, you won't be able to provide them with the critical health services that they may need.. If you prefer to be able to part past the first few inches of the head and would like to put the hair into a high ponytail, a full lace wig is a great option. There are numerous ways you must follow in wearing the Arab costume for males. [url=http://www.promkleidde.com/]Prom Kleid 2013[/url]

Anonymous said...

It should not be used as a substitute for professional medical advice, diagnosis or treatment. http://www.ukdresshop.co.uk
http://www.canadagoosehommes.com These can be very frustrating when trying to find a coupon code that is valid.
I only want to show that after three weeks of such a life I was in desperate need of diversion. [url=http://www.salemulberryshop.co.uk]Mulberry Tote Bags[/url] In other words, next year it's going to be all but impossible to find a set that doesn't have built-in broadband connections and smart, streaming media features.. The London Borough of Bromley form must also accompany the medication as no medicine can be given without this completed form. Mind you, they also practised binding the feet of girls, because small feet were considered ultra-feminine and binding stunted the foot growth.
if you don't mind doing business with loan sharks then use credit cards. [url=http://www.soldesgoosefr.com]canada goose femme[/url] While it is a truth that fashion crazes go back from time to time, the high-slit outfit may still be used on 2012 and it will definitely still be a fab discover even after its initial revival last 2011.
It's considered good fortune for brides to wear the cheery color in China, traditional areas of Russia, and many other nations. In addition, in order to prevent dry paperboard cracks from line pressing, the preliminary line pressing wheel device will be fixed.. Since at least the 14th century, ladies handbags have been a staple addition for women's wardrobes, and the tre . [url=http://www.promkleidde.com/]kleider abendkleider[/url]