Tuesday, February 28, 2012

Emak suka, aku bahagia...

Lepas arwah ayah meninggal, kami berpindah dari Batu Pahat ke Bangi. Di Bangi kami tinggal di rumah sewa. Rumah sewa itu milik pakcikku. Suami kepada makcikku, adik arwah ayah. (Dulu arwah ayah berkerja dengan pakcikku juga). Ada 14 biji rumah sewanya di kawasan itu. Rumah teres yang kampung-kampung tu. Rumah dua bilik yang bersambung panjang. Pakcikku memberikan kami tinggal di situ secara percuma. Mungkin sebagai upah emak menjaga rumah-rumah sewanya. Setiap bulan memang emak tolong ambilkan duit sewa rumah. Urusan keluar masuk penyewa dan kebersihan kawasan rumah juga emak yang tolong jaga. Hal ehwal lain termasuklah bil air semua emak yang tolong uruskan.

Berbelas tahun juga kami tinggal di situ. Bila aku dah berkerja memang aku mahu membayar duit sewa rumah itu. Tapi pakcikku menolaknya juga. Tak terbalas rasanya jasa pakcikku itu. Semoga Allah memberkati hidupnya dan diberikan kesihatan yang baik juga kemurahan rezeki. Selepas berkahwin aku juga menyewa di rumah sewa itu sebelum rumah yang kami beli siap dibina. Selang sebuah rumah dari rumah emak. Waktu itu emak tinggal seorang. Adikku yang kedua sudah berkahwin. Yang bongsu tinggal di kolej. Bila rumah yang kami beli siap terasa berat hati pula nak tinggal jauh dari emak. Rasa tak sedap juga untuk biar emak tinggal di situ seorang bila kami sudah miliki rumah sendiri. Tambah pula pakcikku masih tidak mahu mengambil duit sewanya.

Jadinya aku mengajak emak untuk tinggal bersama kami. Sekarang ini sudah 8 tahun juga emak tinggal bersama kami. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kerana diberikan seorang suami yang boleh terima emak untuk tinggal bersama kami. Bersyukur juga kerana diberikan mertua yang sangat memahami keadaan kami. Baru-baru ni ada rezeki sikit untuk sambung bilik emak. Tak besar mana tapi lebih selesa berbanding saiz lama. Bilik air lebih dekat. En.asben memang kalau boleh mahu emak rasa selesa tinggal bersama kami. Bilik air yang baru ni pada emak lebih cantik lagi. (Sebenarnya biasa saja). Hari ahad lepas, emak dah boleh masuk semula ke biliknya sebab dah siap sepenuhya. Bilik air pun dah boleh guna. Dengan nada sebak emak cakap terima kasih sebab buatkan bilik dan bilik air yang cantik untuknya.

Aku tersentuh sangat. Aku tak mampu nak buatkan emak istana. Tapi cukup bersyukur dapat buatkan emak rasa selesa dan gembira. Kalau emak suka aku lagi bahagia. Alhamdulillah.

30 comments:

Suara Kalbu said...

Kak Hanis...

Tersentuh baca entry ni. Akak buat saya sedih dan ingatkan mak kat kampung huhuhu

Semoga keluarga akak terus bahagia dunia akhirat

Rina Rahamat said...

emak akak misti rs bahagia sgt kak :)

mama maman aka yana said...

rindunyer kat ma kat kg.. huhuh

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah...semoga bahagia akak berkekalan kerana membahagiakan emak kak..

sisdee said...

alhamdulillah..bestkan bila dpt tgk mak kita bahagia..actuallly bukan wang ringgit jadi ukuran..kita mjaga dia n sediakan tmpt dia yg lebih slesa pun dah mbahagiakan orang tua..

tahniah menjadi anak yg solehah!!

Irfa said...

kak..saya sebak baca entri ni :(
semoga makin berganda rezki akak dengan membuat hati seorang ibu bahagia.sy sendiri pun tak pasti dapat buat camtu pada mak ayah

smpi skrg niat nak beli keta utk ayah belum tercapai ;(keta ayah dah buruk.tak leh jalan jauh.tolong doakan utk saya juga ye kak

mamyharraz said...

terharu..

besar pahala bila dpt bahagia kan mak..tak kiralah benda kecil atau besar bila mak gembira automatik kita pun bahagia :)

Unknown said...

nak nangis kak baca entry akak ni..

Lulu Caldina said...

alhamdulillah kak fea.. semoga rezeki keluarga akan lebih baik lagi dengan kegembiraan emak

Dr K said...

Hebat betul pakcik akak tu ya..ada 14 biji rumah sewa..hehehe...

Kita berbaktilah sedaya yg kita mampu selagi org tua masih hidup..berkat hidup ni kalau kita jaga org tua

Kakzakie Purvit said...

1. Pakcik Hanis seorg yg tahu agama. Tanggung-jawab dia sebab ayah meninggal dialah wali pada Hanis. Tahniah utk dia...

2. Hubby Hanis menantu yg baik. Tahniah juga utknya - jaga MIL seperti mak sendiri.

3. Mak Hanis - ibu yg baik tak pernah meminta tapi amat menghargai. Sayu kakak bila mak ucap terima kasih

4. Untung Hanis berpelung jaga mak...

dwatyKNY said...

masa kecik2 dulu pun kami duk menyewa jer... coz... ayah kerja pindah2...

Eye_nee said...

Terus mata jd berkaca baca ayat terakhir pd perenggan ke tiga tu...Bagaikan tidak wajar dia mengucapkan terimakasih pd kita ni kan sis kerana ini adalah tanggungjawab kita sebagai anak...tp inilah sifat insan yg di panggil MAK..TAHNIAH buat suami kamu yg begitu prihatin menjaga kebajikan ibu kamu...

Dan MAK akk pula imbuhan yg SEDIKIT akk berikan kepada Mak akk setiap bulan..Syukur dan terimakasihnya bukan kepalang...

Nini D.. said...

baca entry ni sambil senyum & bergenang air mata..moga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga :)

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah, syukur dapat pakcik baik begitu...

kalaupun kita ada kalanya berselisih pendapat dengan ibu...yang kena tahu ibu tetap 1 tiada 2...ibu happy anak pun bahagia...

saniah said...

suka entry ni..kita sbg anak perempuan walau dah kahwin tetap dihati nak jaga ibubapa sendiri

Alhamdulillah suami dan mertua hanis memahami dan mereka jg pastinya adalah org2 yg penyayang..syukur ya hanis
berterimakasih lah selalu pada mertua dan suami..bukan semua org blh menerima seluruh keluarga kita..:) take care dear

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah, syukur padaNya kerana Hanis dikurniakan keluarga yg sangat baik & juga suami yg sangat memahami hati Hanis yg ingin berbakti pada ibu. Akak doakan semoga kebahagiaan milik Hanis selalu :)

munna said...

nenek munna pun tinggal dgn mak munna dah berpuluh-puluh tahun lamanya... bukannya anak lain tak ambil peduli tapi nenek kata lebih selesa dan seronok tinggal di rumah mak munna....

-Sara- said...

kak hanis, tersentuh bace entry akk yg nii..

Siti Noor Aminah said...

beruntung mak akak dpt anak dan menantu yg baik. terus igt mak kt kampung. sob3x

Ce'gu JAERA said...

touching sungguh.... kasih sayang dan pengorbanan emak mmg tiada tandingannya.. inilah masanya utk kita membalas segala jasa2 emak...

rasa nak nangis plak...

susumanis said...

Alhamdulillah hanis ada World's greatest hub n mum..alhamdulillah....

Hanis MY said...

terharu sgt baca entri ni... huhu... akak tunjuk contoh buat anak2 juga...

whitecappuccino said...

sejuk perut mak mengandungkan anak sebegini..tentunya emat amat bahagia..

Maya Mayana said...

Alhamdulillah..terasa bahgia kan bila dapat lihat sinar kasih sayang di mata ibu dan senyumannya..

bukan mudah juga anak dan menantu tinggal serumah..syukurlah semuanya sepakat kak...dapat lagi mentua yg memahami...

yana pun tk dpt bantu mak yana byk,dpt hulur sikit yg termampu utk buat umah di felda dan harap2 satu masa nanti boleh juga hulur duit utk mak ayah ke Mekah walaupun tk byk kalau nk dibandingkan jasa mereka membesarkan kita...

nurkaloi said...

ok touching huhuhuh

T__T love mak

Kak Amy said...

terharunya kak..tiba2 teringat dekat mak di kampung..

Kamalia said...

Alhamdulillah..
sanagt tersentuh baca cerita akak ni..harap nanti saya pun dapat buat macam tu jugak buat emak atau mertua saya..

TS said...

bahagianye dapat buat mak sendiri happy kan kak.. :)

adianiez AIDA said...

lega rasa ati ye bila emak ucap tq ye. rasa kita da balas jasa je. but, tak terbalas jasa dia melahirkan kita, kan? tersentuh baca post ni...

nota kaki : today first time saya terjah blog ni. jumpa sewaktu blogwalking blog mamasyaza jap tadi. da follow, senang nak dtg lagi nanti. sudi la kiranya menjejaki saya ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...