Tuesday, February 14, 2012

Kehilangan dan kecurangan..

Semalam terbaca status di FB tentang kehilangan seorang teman sekolah. Arwah bukanlah seorang teman yang rapat denganku. Rasanya tiada kenangan pun bersamanya ketika di sekolah dulu. Selepas bertahun berlalu aku hanya ingat-ingat lupa wajah dan namanya. Namun bila mendapat berita yang dia telah tiada, terasa sebak dan sedih juga. Entah mengapa aku terasa akan kehilangannya. Kehilangan orang yang sebelum ini kewujudannya tidak pernah dirasa. Selepas maghrib aku kirimkan surah yaasin untuknya. Barulah perasaan itu sedikit lega. Semoga arwah tenang di sana. Semoga anak-anak yang ditinggalkan mendapat kasih sayang dan jagaan sempurna dari suami dan keluarganya.

Beberapa hari sebelum ini mendapat cerita tentang masalah dalam hubungan orang lain. Orang yang agak rapat hubungannya. Rasa terkejut, sedih, kecewa, terkilan  dan macam-macam perasaan saling bersatu. Kecurangan berlaku. Kesetiaan dan pengorbanan bagaikan tiada harganya. Sampainya hati. Semuanya bagaikan tidak diduga. Aku maklum, masalah dalam sebuah hubungan rumahtangga hanya suami dan isteri itu saja yang tahu. Tentulah ada kekurangan di sini sana. Biasalah, asam garam rumahtangga. Kita sendiri mengalaminya. Terasa tidak puas hati pula walaupun itu bukan masalah rumahtanggaku. Ada rasa ralat juga walaupun ianya tiada kaitan denganku. Doaku agar kebahagiaan sentiasa menjadi milik mereka sekeluarga.

Dalam  setiap doa, aku tak pernah lupa untuk doakan beberapa orang yang kalau mahu diikutkan tiada kaitannya denganku. Namun aku rasa terpanggil untuk mendoakan mereka. Begitulah kan, setiap orang punya nilai dalam hati orang lain. Tak kira rapat atau renggang. Tak kira dekat atau jauh perhubungan itu. Ada masa-masanya, mereka terisi di hati kita.  Walaupun mereka itu bukannya siapa-siapa untuk kita. Dan mungkin kita sendiri tidak pernah berada dalam hati mereka. Juga bukan siapa-siapa untuk mereka.

37 comments:

Nini D.. said...

btol kak...
moga kita sama-sama mendoakan kebahagiaan bukan sahaja utk diri kita & keluarga kita tapi utk rakan2,sahabat jugak kenalan kita

Ayuni said...

kita hanya mampu berdoa, hanya Allah yg tahu segala-galanya....

Izwa Kamaruddin said...

hanya doa yg mendekat kan kita dgn org yg jauh juga yg tiada..itu sahaja penghubung walaupun kita tak serapat mane...kan?

Eye_nee said...

Tidak ada yg kekal didunia kan sis...even nyawa kita ni pun cuma pinjaman apatah lagi soal kebahagiaan...sbb itu dlm sesetengah perkara perlu kita bersedia menghadapi kemungkinan biar pun kita mohon Allah jauhkan supaya bila ketakutan kita menjadi kebenaran jika bukan sepenuhnya ketabahan sekurang-kurangnya suku kesedihan itu mampu kita atasi...

Takziah buat sahabat kamu itu..Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...Al-Fatihah....

Liza Abu Bakar said...

alfatihah... kehilangan insan di sayangi dgn situasi berbeza.

ieja amieja said...

alfatihah utk arwah..ALLAH mendengar setiap doa hamba2nyer..pahala yg besar buat kita mendoakan kesejahteraan org lain w/p kita tiada ikatan dgnnyer..

qemaishak said...

Betul tu kak..hanya doa penghubung antara kita sesama islam tak kira dimana saja..Al-Fatihah untuk arwah.

So Shy Lady (SSL) said...

kwajipn kita Doakn ksjahtraan ssama muslimin samada yg msih hdup r yg dh mati. alfatihah buat arwah

kcewa juga dgn isu kcurangn. kbykan kes llaki curang krn nafsu, prmpuan curang msti ada sbb lain...ceh ssl slalu bias, kan..jgn marah ;P

TS said...

xrugi kita doakan yang terbaik even orang tu tak pernah pon baik ngan kite kan kak..
moga sekecil2 doa kita dapat memberi ketenangan tuk mereka..

Misz-ella said...

Things happen for reason. Ada sebab knp dugaan diberi kepada kita sehingga ke tahap itu. Doakan yg terbaik utk mereka2.

Izan Ishak said...

izan setuju kak... baru2 ni pun boleh dikatakan kawan baik izan baru dilepaskan oleh suaminya. mujur keluarganya sgt2 supportive dan terima perkara ni sbg satu yg positif. apa2 pun kita sentiasa doakan yg terbaik buat mereka semua...

Kakcik Seroja said...

Doa itu juga satu usaha. semoga Allah mendengar dan mengabulkan apa yang kita minta.

Dr K said...

dalam zaman IT ni, makin mudah org berlaku curang, duduk dalam rumah pun boleh curang

Unknown said...

bila nafsu menguasai diri, kecurangan tentunya berlaku. Pokok pangkal iman kita juga kan hanis, jgn di kawal oleh nafsu, takut merana diri. Kesian sahabat hanis tu.

Yus sendiri ada seseorang yg yus kenal rapat, pernah datang bercerita pasal kecurangan suaminya. Sedih sangat, sbb dia datang pagi2 tiba2 muncul di rumah yus mengadu....huhu.

sahromnasrudin said...

Allahumma inna nas aluka ridha ka wal jannah..wa nauzubuka min sakhatikawannar....

dwatyKNY said...

AL FATIHAH buat arwah...

saya pun hanya mampu berdoa tuk org2 disekeliling saya... semoga sentiasa di redhai ALLAH ..

Qhaifa Nur said...

al-fatihah buat arwah..

moga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...

Unknown said...

seperti ayu juga, jika hati tak tenang, bacaan alfatihah dan yasin buat legakan hati..
al fatihah buat arwah sahabat kak hazla

Admin said...

orang yang baik,
kehilangannya akan dirasai..

al-fatihah..

ummiross said...

Al fatihah, semoga kawan Hanis tu ditempatkan disisi orang2 yang beriman.
InsyaAllah doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang tidak diketahui oleh orang itu sendiri tergolong dalam doa yang mudah dimakbulkan.

Ati Masrif said...

mendalam maksud tu di perenggan
terakhir tu..

rasa sedih pula kita membacanya
tapi memang betul pun dan selalu
berlaku...

hanya hati kita saja yang tahu...

munna said...

setuju dgn kakak... sentiasalah berdoa buat sesama insan... Al-Fatihah buat arwah

Kak Amy said...

Al fatihah untuk arwah...kenal atau tidak kenal tak rugi kalau kita mendoakan mereka..malah dapat pahala lagi kan kak..

kueh bakar said...

kecurangan itu dekat dengan kehilangan..

semakin curang maka semakin dekatlah.

gadisBunga™ said...

zaman sekarang ni, petik jari je dah boleh berlaku curang.

nauzubillah~

Dinas Aldi said...

Al-Fatihah buat teman sekolah Hanis tu..

Unknown said...

salam takziah..smga rohnya ditempat disamping org2 yg b'iman..amin.

Ce'gu JAERA said...

kita hanya merancang. Allah swt adalah oenentu segala2 nya... hadapi kehidupan ini dengan kesabaran dan keredhaan atas segala yang dilakukan..

whitecappuccino said...

macam2 kes rumahtangga sekarang..kita doakan yg terbaik utk semua.

Unknown said...

kak fea..
tolong doakan saya semoga sihat dan murah rezeki..ye..
heheh

Hudalatip said...

betul la kak, tak kiralah siapa, selagi namanya manusia, kita punya rasa hati, tak salah mendoakan sesama insan kan..

MulutPayau said...

Al-Fatihah utk arwah.....

Hanis MY said...

al fatihah utk arwah

semoga kebahagian jadi milik kita semua insyaallah

nadbaptist said...

salam hanis,

baru ada kelapagan singgah disini..setiap seorang muslim eloklah mendoakan muslim yang lain.
Al-Fatihah buat arwah.

eB said...

puitisnyer.
alfatihah....

irfa said...

alfatihah...

penah dengar kata2 'doa' bukan hanya untuk kita sahaja..'doa' juga utk org lain..bukan susah pun

Rumah Kuning said...

Kita mesti berusaha dan berdoa. Selebihnya serahkan kpd Yang Maha Esa.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...