Friday, February 24, 2012

Semua nak cerita...

Bila keluar, aku selalu guna handphone en.asben untuk layan blog, FB dan lain-lain capaian internet. Telefon sendiri cuma boleh guna kat rumah dan tempat ada wifi saja. Orang lain, hari-hari suka baca blog isteri sendiri. Tapi en.asben jarang-jarang nak baca blog aku. Tapi kalau en.asben baca blog aku, komen dia selalu pasal ejaan salah. Adooi. Mulalah dok kutuk aku, kata tulis novel, tapi ejaan pun salah. He..he.. saja menyakat biar aku sentap. En.asben lebih suka layan blog pasal jam. Sampaikan macam dah jadi pakar jam dah sekarang ni. Tanyalah movement apa, brand apa, semuanya dia tahu. 

Semalam bila nak guna handphone en.asben, dia tolong bukakan blog aku siap-siap. Dia baca-bacalah sikit-sikit entry-entry aku. Lepas tu terbaca entry If tomorrow never comes.  Eh, ini pun you nak cerita  komennya. He..he.. I cerita sebab tak boleh nak simpan sendiri dah rasa happy dan touching tu. Beberapa bulan lepas aku keluar jumpa kawan lamaku Nari di Alamanda. Baru nak bercerita dia cakap oh, aku tahu. Aku dah baca pasal tu kat blog kau. Balik rumah aku bercerita pada en. asben. Komennya, iyelah, semuanya you dah cerita dalam blog, kalau dia baca memanglah semuanya dia tahu. He..he.. betullah tu.

Entahlah, sejak ada blog memang aku suka nak cerita semuanya kat sini. Sebenarnya tulis untuk bacaan sendiri nanti-nanti (ya, aku memang sangat suka baca blog sendiri. Sampaikan en.asben pun perasan. Tulis sendiri baca sendiri.. he..he..) Takpelah aku suka baca tulisan sendiri. Juga untuk anak-anak aku membacanya. (Han suka juga baca blog aku). Tapi dalam nak cerita semua, aku masih tetap bertapis-tapis lagi. Walaupun nampak macam semua aku nak cerita, tapi sebenarnya cuma 40% saja yang aku kongsikan di sini. Yang lain masih aku simpan sendiri.

Kalau ikutkan hati memang semuanya aku nak cerita. Tapi setiap apa yang kita lakukan perlu ada limit. Sensitiviti orang lain perlu kita jaga. Kalau rasa semuanya kita boleh luahkan, takut-takut ianya tidak baik untuk diri kita sendiri. Macam aku, kalau nak menulis dan berkongsi sesuatu selalunya aku tak terus menulis. Sebelum tulis aku fikirkan dulu buruk baiknya. Bila rasa macam okey barulah aku menulisnya. Kalau boleh aku cuba bersederhana dalam bercerita. Mengelak dari berlebih-lebihan meluahkan perasaan gembira dan duka. Memanglah ini blog aku. Tapi bila orang lain pun membacanya sama, aku kena fikirkan juga apa yang orang lain rasa. Pada aku pandangan dan penilaian orang perlu aku ambil kira juga biar sama-sama rasa selesa.  

29 comments:

Eye_nee said...

Betul sis...biar yg membaca juga rasa selesa kan....jgn sampai org lebelkan kita ni syok sendiri pulak bercerita perihal yg terlalu peribadi pun tak baik kan...

Unknown said...

kak, saya pon kalau boleh byk yg nk diceritakan kt blog, tp tak boleh sebab suami tak suka. kalau boleh dia taknak cerita pasal dia dimasukkan sekali. tp rasanya almost everything about me also about him kan..stress gak kekadang ngn limitation dia tu. sbb sometime benda simple je saya nk rekod dalam blog, tp dia tak suka. huhuhuhu nasib laaa

mama maman aka yana said...

setuju.. kekadang byk nak cite.. kekadang tak tau benda tuh blh jd isu besar.. tp better hati2 kannn..:)

Unknown said...

yus pun suka baca blog sendiri berulang kali...hihi.

tp setuju, mmg perlu limitation, cuma tgk juga pada setiap orang had dia macam mana, yg penting jangan sampai jatuh aib pada keluaga kan fea...

Ibu Muda 30series said...

wani pon sukaaaa sgt bercerita

tp sekarang ni byk mende dh tak boleh nk bercerita dgn bebas :(

huhuuu

Acik Erna said...

assalam hanis..nak jugak dia baca..suami acik lansung tak kisah..he he
yang selalu tegur ejaan salah hero bongsu acik..dan kawan opis..
tapi tu la dah terbiasa ejaan lama..sebab orang pun dah lama

gadisBunga™ said...

hobi kite sama.

baca blog sendiri.

cuma saya kurang sikit yg boleh dibaca sbb kdg tu saya tulis 2-3 ayat je. hihihi~

suri solehah said...

betul tu hanis,,cerita setakat yg tak terlalu peribadi sangat kira okey lagikan..
suami saya kalau baca sah kutuk pasal gaya tulisan saya yang tak menarik katanya huhu

ummiross said...

bukan Hanis je suka blog Hanis, ummi pun suka,hik!
Ummi pun kadang2 banyak yang nak tulis pasal family sebagai catatan kenangan, tapi kadang2 bila fikir2, tak jadi tulis, takut di salah tafsir. Tapi N3 Hanis, so far ok, santai je, takde yang melebih2, seronok ummi baca, kadang2 senyum sendiri.

Dinas Aldi said...

Bila dah tulis, nak kena baca jugak balik blog sendiri takut ada yg tak kena ke, tersilap ke gitu kan. Peh tu suka baca komen orang, nak tengok pendapat dema pasal apa yg kita tulis, betul tak? I like :)

Kakcik Seroja said...

Kadang2 memang rasa nak ceritakan semuanya - tapi kesesuaiannya tiada. Eceh! :)

Ce'gu JAERA said...

salam kak fea.. sama macam saya mula2 berblogging dulu... setiap hari apa yang saya telah lakukan dalam sehari tu akan saya cerita kan satu persatu dalam blog... wakakaka...

bila buka dan baca balik penulisan lama ni, ya Allah betapa malunyaa... hehehehehe... terus padam semuanya. hehe

Unknown said...

Saya pun suka meluahkan.. Tp ada satu post yg saya dah tarik balik.. Sbb bos kat opis pun duk baca blog aida.. Adoiiyaiii

Maya Mayana said...

setuju tu kak...40% kita kena simpan sendiri jugak maklumlah publicnya punya diari...hal2 tepi kain atau terlalu peribadi cukuplah kita sendiri tahu kan..

yana suka entry yg boleh minta pendapat org lain

ini mcm buku skrap bergambar utk anak2

kdg2 melalui penulisan kita boleh kenal sikap seseorang juga...

sorry kak pnjg lak komennya

mamaarifakeemaisy said...

n3 ni kena pd waktunya..sbb kite tgh terfikir2kan hal ni..risau sesekali terasa mcm berlebih2 pulak bercerita kt blog..wlupun blog sndiri tp kalau berlebih sgt, terlalu gembira or sebaliknya, risau kot pembaca meluat pulak..huu~

suka jgk baca blog sndiri, tmbh2 hal anak yg lepas2..mengimbau memori gitu..hehe~

tp tulisan hanis mmg sederhana..just nice~

susumanis said...

salam hanis..hub atau anak cucu x baca masa kita ada lagi x pe..tapi bila kita dah x de..blog ni jadi priceless for them..kenangan abadi kita pada org org yang kita kasihi lagi cintai, sbb tu pada para isteri jgn lupa ucapkan kasih dan rindu pada suami jika itu mmg dihati, bkn nak show off kat sape sape, cuma bila kita pergi dulu, itu lah pengubat rindu kita pada cinta hati kan... :)) bila ingat mati, banyak sgt kenangan manis nak kita tinggalkan, benarlah Sabda Rasulullah saw, ingat mati adalah pada mereaka yang bijaksana...

kueh bakar said...

manusia yg hidup memerlukan rahsia...

Anonymous said...

mintak izin suami akak nak tgk muka akak,suami,anak2 dan satu family..yg lain dah tgk kecuali dia...

Unknown said...

saya jarang baca blog sendiri kak..tapi suami hari2 baca blog saya...
bila saya suruh tinggalkan komen dia kata tak reti..heheheh

Adiweyah said...

Assalamualaikum Hanis...dah lama tak singgah sini...suka baca celoteh Hanis...tak sabar nak baca novel "Takdir Fitrah Terindah"...tapi tak sempat lagi nak ke kedai buku..kata teman2 blogger boleh menitiskan air mata bila membaca novel Hanis..

Kak Aya said...

salam...suami kak aya selalu bc blog k.aya jadi pengisian blog kena tapis sikit hi hi..k aya pun selalu nak ceritakan apa saja kat blog tp fikirkan byk benda perlu dijaga kenalah tulis apa yg perlu je.

p/s: bila nak keluarkan novel baru?

whitecappuccino said...

kadang macam2 nak citer tapi teringat juga..biar berpada..yg patut simpan, simpan je la

azieazah said...

Pada Kak Azie, blog Hanis ok jer. Sederhana tiada melebih.

Hampir semua kita berpendirian sebegitu. Menjaga banyak hati di luar sana. Kita ada ramai pihak yang kita sayang, yang perlu kita jaga hati dan perasan mereka.

ckLah @xiiinam said...

...betul tu. Rasa nak cerita semua, tapi kena bertapis-tapis. Kawalan keselamatan kendiri di alam maya...hehe

MulutPayau said...

Kalau ikutkan mmng nak tulis semua...tapi perlu jugak bertapis...
Suami akak tak pernah baca blog akak..hehehe..

Izwa Kamaruddin said...

iye kak..buat ape pun kene berpada-pada kan sb bkn semua org happy utk kiter bkn semua org memahami kita kan..

Unknown said...

Salam Hanis,

Saya pun ada penyakit suka baca blog sendri... konon2 bestlah...hehehe...

Yes, sy juga punya perasaan yg sama, rs nak cerita semua tp kena ada limit atau batasnye... mcm sy isteri seorg diplomat... byk rahsia kerajaan ooo...hehehe...gurau je*

Terima kasih sudi jenguk blog sy :)

Irfa said...

kak ..samalah ngan saya.skrg dok opis baru..setiap pagi akan ke opis lama sbb nak coll dokumen.belum saya citer kawan2 kat sana dah tahu sbb diorang baca blog saya ;(.so dah habis modal nak citer

Liza @ Adzriel AB said...

cakap dgn hubby, kalau kita takde nanti dah tentu blog inilah jadi pengubat rindunya. percayalah!

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...